Monday, June 17, 2013

Pegawai Farmasi terbunuh digilis treler


Inalillahi wainailaihi rojiun

17 Jun 2013
SEREMBAN –  Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori dalam satu kemalangan di Kilometer 258.3 Lebuhraya Utara - Selatan, berdekatan Plaza Tol Senawang, di sini, kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Muhammad Hafiz Abas, 23, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Farmasi di sebuah hospital di Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan gandum.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan. Dalam masa sama, datang sebuah lori menggilis mangsa.

“Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan dada meninggal dunia serta merta di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis kini masih menjalankan siasatan terhadap punca kemalangan berkenaan.

"Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pegawai-farmasi-maut-digilis-lori-1.172117
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terbunuhdigilistreler/Article



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount