Saturday, June 9, 2012

Mimpi tiga helai kain putih

Inalillahi wainailaihi rojiun   

KUALA TERENGGANU: “Saya terjaga daripada tidur selepas bermimpi seorang wanita memberikan tiga helai kain putih sebelum mengerjakan solat Tahajud untuk menghilangkan rasa tidak sedap hati, minggu lalu.

“Bagaimanapun, saya tak sangka mimpi itu bagaikan petanda saya akan kehilangan tiga ahli keluarga tersayang serentak,” kata Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, isteri kepada Abdul Razak Othman, 49, yang maut bersama anaknya, Siti Suraya Abdul Razak, 14, dan kakak ipar, Fathilah Othman, 53, dalam kemalangan di Kilometer 62, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Felda Chalok Rahmat, Setiu, kelmarin.


Dalam kejadian jam 5 petang, Abdul Razak bersama enam penumpang, termasuk Siti Fauziah, tiga anaknya dan dua kakaknya dalam perjalanan dari Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, Seberang Perai, ke rumah anak saudaranya, Elmilia Nabila Ishak, 25, di Gong Badak, di sini, untuk melawatnya yang baru melahirkan anak sulung.

Kejadian malang itu dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Avanza dipandu Abdul Razak bergesel dengan sebuah Toyota Hilux yang datang dari arah Kuala Terengganu menuju Kota Bharu ketika melalui sebuah selekoh di tempat kejadian.


Pertembungan itu menyebabkan Abdul Razak, Siti Suraya dan Fathilah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian dalaman badan, manakala Siti Fauziah yang patah tangan kiri dan cedera di kepala dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, manakala tiga lagi penumpang, Rosidah Othman, 55, Mohamad Adam Abdul Razak, 16, dan Siti Raihana Abdul Razak, 12, dirawat di Hospital Setiu.


Bagaimanapun, pemandu Toyota Hilux terbabit yang berusia 37 tahun bersama isteri dan dua anaknya tidak cedera.

Menurut Siti Fauziah, dia tidak pasti bagaimana kemalangan berlaku kerana ketika kejadian tidur sebelum mendapati dirinya berada di hospital sebaik tersedar.


“Saya tidak dapat menahan sebak selepas dimaklumkan mengenai kematian suami, anak dan kakak ipar.

“Apabila diingatkan kembali, kain putih yang diberi seorang wanita itu mungkin membawa maksud tertentu. Sebelum ini, saya ingatkan mimpi itu membawa petanda saya akan mati, rupa-rupanya akan kehilangan tiga ahli keluarga serentak,” katanya ketika ditemui di Wad Pembedahan Wanita HSNZ, di sini, semalam.


Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia juga terkilan kerana hajat arwah suaminya untuk melawat anak saudara yang baru melahirkan anak sulung di Gong Badak, di sini, tidak kesampaian.


“Arwah sememangnya beria-ria hendak bertemu ahli keluarga baru kami itu tetapi apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya.


“Saya masih terkejut dengan kejadian ini, apatah lagi kehilangan tiga nyawa serentak. Pemergian mereka memberi kesan besar kepada kehidupan kami. Bagaimanapun, saya tetap reda dengan pemergian mereka,” katanya sebak.


Sementara itu, suami Emilia Nabila, Shairyzal Mohamad Azizan, 30, berkata dia bergegas ke Hospital Setiu sebaik dimaklumkan mengenai kejadian menimpa ahli keluarga isterinya.


“Saya menghubungi arwah jam 4.30 petang pada hari kejadian untuk bertanyakan lokasi mereka. Ketika itu, anak arwah, Siti Raihana memberitahu mereka akan sampai tidak lama lagi.


“Namun, saya mula rasa tidak sedap hati apabila panggilan dibuat tidak dijawab sebelum seseorang menghubungi saya menggunakan telefon arwah dan memaklumkan mengenai kemalangan itu,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Mimpikainputih/Article/artikelMA

Balasan Peragut



IPOH - Kerakusan seorang peragut berakhir apabila terbabit dalam kemalangan melibatkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah kereta sejurus selepas meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Bendahara, semalam.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, peragut terbabit cedera di bahagian kepala.

Peragut berusia 37 tahun itu turut merayu jurugambar media supaya tidak merakamkan kejadian tersebut agar ahli keluarganya tidak akan menanggung malu akibat perbuatannya.

Gelagat peragut berkenaan membuatkan jurugambar, polis serta orang awam yang berada di tempat kejadian tersenyum.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek dipercayai meragut beg tangan milik seorang wanita berusia 20-an yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke sebuah restoran.

Katanya, orang awam yang menyedari kejadian itu segera membantu wanita tersebut dengan menghalang suspek yang cuba melarikan diri menaiki motosikal.

“Tindakan orang awam berjaya menghalang suspek daripada melepaskan diri sebelum terbabas dan melanggar salah sebuah kereta berhampiran tempatan kejadian.

“Insiden itu menyebabkan suspek mengalami cedera parah di kepala sebelum berjaya diberkas anggota polis yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Azisman berkata, suspek dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes curi motosikal, samun dan dadah.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/peragut-terima-padah-1.54972

Maut Rempuh Belakang Treler

NILAI – Hasrat seorang lelaki untuk ke tempat kerja tidak kesampaian selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah treler rosak diletakkan di laluan kecemasan, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 6.45 pagi di Kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini mengakibatkan mangsa, M. Thiyagu 26, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 sedang menuju dari rumah di Sungai Gadut ke sebuah kilang tempat dia bekerja di Nilai.

“Manakala, treler yang membawa muatan besi itu pula sedang dalam perjalanan menghala ke Pelabuhan Klang, namun terpaksa berhenti di laluan kecemasan selepas pemandu treler berusia 62 itu mendapati tayar belakang bahagian kiri treler berkenaan tercabut," katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-rempuh-belakang-treler-1.55035

1 Maut 6 Cedera

PASIR MAS – Seorang lelaki maut, selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan tiga kenderaan lain, berhadapan Pondok Polis Chekok, semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 5.20 petang itu, mengorbankan They Bong Lit, 50, manakala enam lagi mangsa lain mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Bong Lit yang memandu kereta Honda Civic dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas, bersama rakannya, Mohamad Yusof, 48, dipercayai cuba memotong kereta Toyota Unser, sebelum melanggar bas sekolah dari arah bertentangan.

Mohamad bagaimanapun mengalami kecederaan parah dan mendapat rawatan di hospital yang sama.

Sementara itu, pemandu Unser, Ibrahim Mamat, 49; isterinya, Nazli Mohd Nor, 45; dua anaknya, Muhamad Fahmi, 13 dan Nurul Fasihah, 17 serta anak saudaranya, Nur Izzati Roslan, 20, mengalami kecederaan ringan.

Mereka dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Pasir Mas.

Tidak sempat mengelak

SEMENTARA itu, pemandu kereta Kancil, Mohamad Firdaus Hakimi Mohamad Nordin, 24, berkata, kejadian berlaku dalam masa yang amat pantas.

Menurutnya, dia yang memandu dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah, tidak sempat mengelak kereta yang dipandu mangsa, lalu bertembung seterusnya berpusing beberapa kali, sebelum terhenti di bahu jalan.

“Selepas itu, saya lihat terdapat bas dan dua lagi kenderaan lain juga tidak sempat mengelak, lalu bertembung antara satu sama lain.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan parah, namun masih terkejut dengan kejadian yang menimpa,” katanya, semalam.

Terkejut lihat mangsa terbabas

SEMENTARA itu, pemandu bas, Shamsuddin Mohamad, 46, yang memandu dari Pasir Mas ke Ipoh, Tanah Merah bersama 40 penumpang, tidak mengalami kecederaan parah.

“Saya yang memandu terkejut apabila mendapati mangsa terbabas ke laluan bertentangan.

“Mujur saya tidak membawa bas dengan laju, jika tidak pasti bas juga akan terbalik selepas dilanggar kereta itu,” katanya, semalam.

Kesemua penumpang bas kelihatan masih lagi terkejut, dan tidak menyangka kejadian ini berlaku ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Bachok.

Mangsa yang hanya mahu dikenali Aminah berkata, dia mengalami lebam di bahagian tangan manakala anaknya lebam di bahagian pipi.

“Saya bersyukur kerana bas yang dipandu perlahan, tidak mengalami kerosakan teruk, jika tidak penumpang di bahagian hadapan pasti mengalami kecederaan parah,” katanya, semalam.

Hasil siasatan mendapati mangsa cedera parah

SEMENTARA itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian ini.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kita masih menyiasat sama ada mangsa memandu dalam keadaan mabuk atau sebaliknya,” katanya, semalam.

Menurutnya, pihaknya menasihati semua pemandu agar mengutamakan keselamatan diri dan keluarga supaya kejadian kemalangan ini dapat dielakkan.

“Musim cuti sekolah ketika ini mengundang kesesakan lalu lintas, maka setiap pemandu disaran merancang perjalanan terlebih dahulu.

“Sikap panas baran dan tidak bertolak-ansur dikatakan menjadi punca utama berlakunya kemalangan di sini,” katanya, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi diminta tampil, untuk memberikan maklumat berhubung kejadian itu.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/seorang-maut-enam-cedera-1.55012

Thursday, June 7, 2012

Warga emas tersepit



PENDANG – Seorang warga emas tersepit dalam kereta, manakala anaknya tercampak keluar dari kenderaan itu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Alor Pudak, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.10 petang itu, mangsa, Che Amii Darus, 74, mengalami kecederaan teruk apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya bersama anaknya, Azizah Che Ani, 53, terbabas di kiri jalan lalu terlanggar dua  pokok dan sebatang paip air.

Ketika di tempat kejadian, mangsa hanya mampu menyebut nama ALLAH sahaja, sementara menunggu pihak berkenaan mengeluarkannya yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala anaknya sudah tercampak keluar daripada kenderaan.

Anak mangsa, Mohd Salim Abdul Rahman, 28, berkata, ibu dan datuknya, dalam perjalanan pulang ke rumah dekat Kampung Kerkau Guar Kepayang selepas melawat neneknya yang sakit di Hospital Alor Setar. “Ibu saya tidur di  hospital, manakala datuk pergi ke hospital awal pagi untuk melihat nenek sambil mengambil ibu saya pulang ke rumah.

“Saya terkejut setelah dihubungi dimaklumkan mengenai kemalangan itu dan terus bergegas ke tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam. Mohd Salim berkata, ibunya setakat ini berada dalam keadaan stabil, cuma hanya terkejut dan mengadu sakit dada manakala datuknya dirawat di Unit Kecemasan Hospital  Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Sementara itu, Penyelia Bomba Alor Setar, Abdul Razak Saad berkata, dia bersama lima anggota tiba di tempat kejadian selepas 15 minit menerima panggilan dan mendapati pemandu kereta itu berada dalam keadaan tidak  bermaya kerana tersepit, manakala seorang lagi mangsa berada di luar kereta.

“Pihak bomba menggunakan alat pemotong hidraulik untuk memotong bahagian kereta agar dapat mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya. Dalam pada itu, seorang saksi kejadian, Mohd Zakir Yami  yang juga pekerja kontrak syarikat swasta berkata, dia bersama rakan-rakannya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat kemalangan itu.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama beberapa rakan sedang memasang pendawaian elektrik kira-kira 60 meter dari tempat kejadian mendapati kereta terbabit terlanggar sebatang pokok dan paip air seterusnya terpelanting serta  melanggar sebatang lagi pokok di tepi jalan itu.

“Ketika itu, ia terbabas tanpa melibatkan kenderaan lain kerana waktu kejadian tiada kenderaan di laluan itu dan anak mangsa tercampak. “Kami segera ke tempat kejadian untuk membantu mangsa dan mendapatikereta mangsa  hampir  terbalik menyebabkan saya bersama rakan-rakan dan penduduk kampung terdekat bertindak menolak kereta itu untuk membantu mengeluarkan mangsa, namun pelbagai usaha dilakukan tetapi tidak berjaya sehingga bertindak menghubungi bomba,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/mangsa-tersepit-anak-tercampak-1.54440

Maut Dirempuh Myvi


 Inalillahi wainailaihi rojiun  

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut apabila motor yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian jam 8.15 malam kelmarin. Mangsa, Abdullah Abdul Wahab, 28, dilaporkan menunggang motosikal melalui simpang masuk ke Taman Harmoni 2, sebelum dilanggar kenderaan jenis Myvi yang datang dari arah Gelang Patah ke Skudai.

Menurut saksi di tempat kejadian, kedudukan persimpangan tersebut yang agak tersorok dari jalan utama,   menyebabkan kenderaan dari Gelang Patah ke Skudai tidak dapat melihat kenderaan yang keluar dari persimpangan taman tersebut.

Kata saksi itu lagi, kejadian berlaku amat pantas apabila kereta Myvi tersebut yang dipandu seorang lelaki tidak berhenti sebaliknya meluru masuk ke simpang taman terbabit. Abdullah yang menetap di Taman Universiti, di sini, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/lelaki-maut-dirempuh-myvi-1.54455

Wednesday, June 6, 2012

Ibu Maut Ayah Parah Anak Cedera

Inalillahi wainailaihi rojiun  

IPOH: Seorang wanita maut, suaminya parah manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta yang dinaiki merempuh belakang lori di KM 256 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, hari ini.

Ketua Polis Trafik negeri, DSP Mohamad Roy Suhaimi, berkata Rohana Ahmad, 45, maut di tempat kejadian dalam kemalangan jam 9.40 pagi itu.

"Suaminya, Amiruddin Basaruddin, 45, mengalami cedera parah di kepala dan anak mereka Mohamad Aiman Hakimi, 13, Noralina Anum, 19 serta Saiful Khairul, 21 cedera," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, Amiruddin, Mohamad Aiman dan Noralina dirawat di Hospital Raja Bainun, sementara Saiful pula menerima rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar.

Katanya, keluarga tersebut yang berasal dari Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang dalam perjalanan ke selatan apabila kereta dipandu Amiruddin terbabas sebelum merempuh belakang lori terbabit.

Sementara itu, dalam satu kemalangan tengah malam tadi, dua lelaki terbunuh selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ipoh-Menglembu dekat sini.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta Jerad Anthony, 22 dan rakannya Ganeson a/l Kumar, 25.
Jerad maut di tempat kejadian manakala Ganeson pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Mohamad berkata, kejadian jam 12.40 tengah malam tadi apabila kereta yang dipandu Jerad bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA

Al-Fatihah

Sumber:
bharian.com.my/bharian/articles/Wanitamaut_suamiparahkemalangandiLeburayaUtara-Selatan/Article

Tuesday, June 5, 2012

Warga Emas Dirempuh Tren Komuter



NILAI – Tindakan seorang lelaki melintas landasan kereta api mengundang padah apabila maut dirempuh tren komuter di Batang Benar, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, V Ravichanthiran,  30, mati di tempat kejadian kerana parah di kepala dan anggota badan selepas dirempuh tren yang dalam perjalanan dari Batang Benar ke Bangi.

Ceroboh kawasan landasan kereta api Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang mendakwa seorang lelaki dilanggar tren  komuter.

“Siasatan awal   polis mendapati, mangsa telah menceroboh kawasan landasan kereta api dan dipercayai cuba melintasinya. “Mangsa dikatakan tidak perasan  sebuah komuter datang menyebabkan dirempuh tren berkenaan,” katanya semalam.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan daripada pemandu tren dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Sementara itu di Bahau, seorang warga emas maut dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan di hadapan Stesen Keretapi Bahau di Kilometer 1, Jalan Bahau-Rompin, kira-kira jam 10.20 malam kelmarin.

Mangsa, B Gurdit Singh, 66, dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang datang dari arah Mahsan menuju ke Taman Meranti. Ketua Polis Daerah, Muhd Sabri Muhamad berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat parah   i kepada dan anggota badan.

Menurutnya, mangsa yang teragak- agak untuk menyeberang jalan menyebabkan pemandu kereta tidak dapat memastikan sama ada warga emas terbabit mahu melintas atau tidak.

"Bagaimanapun, tiba-tiba mangsa melintas menyebabkan pemandu kereta berkenaan tidak sempat mengelak dan merempuhnya. "Pemandu kereta terbabit membuat laporan polis mengenai kejadian ini di Balai Polis Bahau pada hari sama," katanya. Muhd Sabri  erkata, mayat  mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/cuai-melintas-undang-padah-1.53234

Murid SK Galing Maut Kemalangan



Inalillahi wainailaihi rojiun 

KUANTAN: Seorang bapa tidak menyangka pelukan erat anak sulungnya sebelum mereka bersiar-siar di bandar ini menjadi dakapan terakhir apabila kanak-kanak itu terbunuh dalam kemalangan di Jalan Teluk Sisek berdekatan Dewan Jubli Perak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Rizwan Idris, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Galing, di sini, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, sejam selepas kemalangan akibat cedera parah di badan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama bapanya, Idris Badar, 41, serta seorang adik lelakinya berusia dua tahun dalam perjalanan ke Teluk Chempedak untuk makan angin sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kancil dipandu Idris bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dua pokok palma di kiri jalan.


Anak bongsu Idris kini dirawat di HTAA akibat cedera di kepala manakala Idris hanya cedera ringan.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/articles/Dakapayahkaliterakhir/Article

Peneroka Maut Dirempuh Lori


Inalillahi wainailaihi rojiun  


GEMAS – Seorang peneroka Felda Pasir Besar, di sini, maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh treler dari arah bertentangan, di Kilometer 16, Jalan Gemas-Rompin, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Baharudin Ujang, 78, dipercayai dalam perjalanan ke kebunnya sebelum terbabit dalam kemalangan ngeri membabitkan lori treler muatan kosong dari arah Rompin.

Anak mangsa, Zolkafli Mohd Said, 54, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah bapanya itu pada malam Sabtu lalu ketika adik-beradiknya berhimpun di rumah bapa yang mengadakan kenduri bagi menyambut kedatangan Ramadan.

“Arwah bapa tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma dia sudah mengeluarkan duit tabung haji bagi menunaikan upah haji buat arwah datuk dan nenek namun tidak kesampaian kerana pihak Tabung Haji menyatakan kuota sudah penuh.

“Oleh demikian, kami adik beradik akan berbincang di kemudian hari bagi menunaikan hajat arwah bapa kami ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, (HT) di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang dipercayai berada di tengah jalan tercampak beberapa meter dan cedera parah di kepala dan badan.

Menurutnya, motosikal mangsa diseret ke bahu jalan dan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke HT untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, siasatan mengenai kejadian ini masih dijalankan. Kita minta kepada saksi kejadian supaya tampil membantu polis menjalankan siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ridhwan Ghazali menerusi talian 06-4411221 atau 06-4411222,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/hajat-peneroka-tak-kesampaian-1.53733

Sunday, June 3, 2012

Jangan tinggalkan ayah



Inalillahi wainailaihi rojiun  

LEDANG: “Izwan, bangunlah nak, jangan tinggalkan ayah,” rintih Hashim Kamat, 55, ketika memangku jenazah anak lelakinya yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Sengkang-Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.50 malam, Mohd Izwan Farid, 19, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Bukit Gambir.


Hashim yang tiba tidak lama selepas kejadian sempat memangku jenazah anaknya hampir sejam sebelum jenazah dihantar ke Hospital Tangkak.

Menurut Hashim, ketika menerima panggilan daripada adik Izwan, Hamizad, 16, berkaitan kemalangan itu, dia berasakan seolah-olah bermimpi dan tidak percaya dengan maklumat itu.


“Ketika dimaklumkan berkaitan kejadian, saya berada di Kampung Parit Jarum Darat kerana menghadiri gotong-royong perkahwinan anak saudara.


“Ia bagaikan mimpi kerana sejam sebelum itu, saya bertemu Izwan di rumah dan dia kelihatan ceria seperti biasa,” katanya.

Menurut Hashim, Izwan tidak bekerja pada hari kejadian dan sepanjang di rumah, dia juga tidak menunjukkan kelakuan pelik.


Katanya, jarak lokasi kemalangan dengan rumahnya di Kampung Batu 19 hanya tiga kilometer.

“Arwah tidak memaklumkan apa-apa dan ketika kejadian, dia kemungkinan dalam perjalanan ke Pekan Bukit Gambir untuk bertemu rakan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kemalangan berkenaan.


Harun berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Sengkang menghala Bukit Gambir dan tiba di tempat kejadian, dia dipercayai cuba memotong kenderaan lain.


“Mangsa berkemungkinan gagal memotong lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.


“Akibat rempuhan itu, motosikal mangsa berkecai dan mangsa tercampak beberapa meter di atas jalan,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/2012060301113720120603011137/Article/artikelMA
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Konvoi Maut


Inalillahi wainailaihi rojiun  

IPOH: “Dia (Noornazmin) sempat memeluk saya dua kali, seolah-olah berat hati meninggalkan kami untuk menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi pagi tadi (semalam) bersama adiknya. Saya tidak percaya kehilangan mereka beberapa jam kemudian,” kata ibu malang, Norhiah Abdul Rashid, 50-an, yang kematian dua anaknya serentak akibat kemalangan ngeri, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa yang juga pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohammad Noornazmin Mohd Norzri, 20, dan adiknya, Mohammad Noornazafiq, 18, maut apabila motosikal ditunggang merempuh belakang lori berhampiran kilometer 270, susur keluar tol Jelapang, Lebuh raya Utara-Selatan, di sini.


Nazmin dan adiknya yang membonceng motosikal dikatakan menyertai konvoi 15 motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang sebelum terbabit dalam kemalangan apabila kenderaan dinaiki merempuh belakang lori.

Pelanggaran itu menyebabkan Noornazmin cedera parah di perut dan kaki sebelum meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dua jam kemudian.


Norhiah yang tiba di bilik mayat HRPB jelas tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui kedua-dua anaknya maut dalam tragedi itu.


Menurutnya, anaknya sempat sembahyang berjemaah awal pagi tadi (semalam) sebelum suaminya turut membaca surah Yasin bagi mendoakan kelancaran perjalanan mereka.

“Saya tak sedap hati dan meminta Noornazmin membatalkan hasrat menyertai konvoi itu. Malah, saya khuatir keselamatannya kerana motosikal ditunggangnya baru dibeli.


“Namun dia bersungguh-sungguh mahu menyertai konvoi itu. Saya sempat menasihatkannya supaya tidak menunggang laju dan sentiasa membaca ayat Kursi sepanjang perjalanan,” katanya sebak.

Menurutnya, dia sempat menghubungi telefon bimbit anaknya sebelum keluar ke pasar dan Noornazmin memberitahu mereka selamat sampai di Putrajaya.


“Paling menyedihkan apabila Noornazafiq yang baru mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal mendaftar sebagai pelajar di Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ pada Isnin depan,” katanya.


Sementara itu jurucakap polis berkata, pihaknya masih menyiasat punca mangsa dan adiknya melanggar belakang lori kontena.


Difahamkan, motosikal dinaiki dua beradik itu berada di tengah-tengah konvoi sebelum terbabit dalam kemalangan.


Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Norzri Mohd Nordin, 50-an, dilihat tenang menerima berita buruk itu selain menganggap semua adalah takdir.


Jenazah kedua-dua beradik dikebumikan di Kampung Ramuan Cina Kechil, Melaka

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Ajalmotosikalbaru/Article/artikelMA

Maut Kejar Sepasang Kekasih



Inalillahi wainailaihi rojiun  

SABAK BERNAM – Tindakan nekad dua sekawan mengejar sepasang kekasih yang dipercayai bermadu asmara dalam sebuah kereta di jalan Ban Canal di sini berakhir tragedi apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Parit Empat Ban Canal, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian 12.10 malam itu, dua sahabat itu bertembung dengan motosikal yang dinaiki seorang mangsa dan menyebabkan kedua- dua penunggang  maut manakala pemboncengnya patah kaki kanan.

“Mangsa, Shahrezal Shahari, 31, berasal dari Peket 20, yang menunggang motosikal dari arah Sungai Besar ke Pasir Panjang meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

“Manakala, dua sahabat tadi, Afian Mohd Zaidi, 22, dari Parit Serong Simpang Lima, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak manakala rakan yang memboncengnya kenali sebagai Arif,  18, dari Parit 14 Darat Simpang Lima, mengalami patah kaki kanan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, tidak sampai sejam selepas kejadian pertama, seorang pemuda Zairul Akmal Zulkifli, 22, maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu  23, Sungai Nibong selepas bertembung kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga sekeluarga.

"Kejadian kira-kira 1.00 pagi itu berlaku di Kilometer Anggota polis trafik menunjukkan keadaan motosikal ditunggang Shahrezal dan Afian. (KM) 58, Jalan Teluk Intan, Klang itu menyebabkan mangsa cedera di beberapa bahagian  badan termasuk kepala dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tanjong Karang," katanya.

"Siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta datang ke balai polis berhampiran atau  menghubungi Balai Gerakan di talian 03- 3224222," katanya. 
Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/temui-ajal-ketika-kejar-pasangan-kekasih-1.53038

Kakak Maut Adik Parah



Inalillahi wainailaihi rojiun  

KUANTAN - Perjalanan dua beradik menaiki motosikal dari arah Pekan menghala ke Kuantan berakhir tragedi apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Kuantan – Pekan di hadapan Sekolah Menengah  Kebangsaan Ubai dekat sini, semalam.

Dalam nahas membabitkan dua kenderaan kira-kira jam 11.45 pagi itu, pembonceng, Nurul Diyana Mohd Hatta, 24, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala adiknya, Mohd Faizul Naim Mohd Hatta, 19, yang menunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dua beradik itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, Mohd Faizul dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng tercampak ke atas jalan, manakala mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Jasmani berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dikebumikan.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/kakak-maut-adik-parah-1.53024

Tak sempat meraikan ulang tahun perkahwinan



Inalillahi wainailaihi rojiun   

TANAH MERAH – Hasrat seorang isteri untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya tidak kesampaian apabila suaminya maut dalam satu kemalangan di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, jam 3.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Kancil yang dipandu mangsa Muhamad Yusuff Ismail, 32, dirempuh sebuah lagi kereta yang keluar dari persimpangan secara tiba-tiba. Mangsa meninggal di tempat kejadian ekoran rempuhan kuat   di bahagian tepi kanan pemandu menyebabkan keduadua kereta tersebut terbabas ke bahu jalan dan memasuki longkang.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, mangsa yang maut kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat  dan  dituntut keluarga, manakala pemandu sebuah kenderaan lagi hanya cedera ringan serta menerima rawatan pesakit luar.

Isteri Muhamad Yusuff, Siti Intan Rohaina Ahmad Fauthi berkata, berita sedih itu diterimanya sejam selepas suaminya keluar dari rumah. Menurutnya, kejadian yang menimpa amat mengejutkan kerana sebelum ini tiada sebarang  perubahan ditunjukkan pada diri arwah dan dia reda dengan kejadian itu.

“Tidak sempat merasai ulang tahun perkahwinan yang pertama dia pergi meninggalkan saya,” katanya yang masih belum dikurniakan anak. Menurutnya, sebelum keluar dari rumah arwah ada memberitahunya mahu menghadiri majlis   enduri kahwin rakannya di Tanah Merah.

“Ada juga saya nyatakan hasrat hendak ikut sama ke  majlis tersebut, namun arwah kata dia hendak pergi berseorangan dan saya akur dengan keputusannya,” katanya ketika di Hospital Daerah Tanah Merah.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/hasrat-raikan-ulang-tahun-perkahwinan-punah-1.52982

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount