Saturday, December 31, 2011

Video Kemalangan Jalan Raya Disember 2011


kemalangan di mentakab


SEG KG 03/12/11 KEMALANGAN


kemalangan di Kampung Buluh



Kemalangan Di Perjumpaan Keluarga Munah, Kg. Kuala Kaung


kemalangan di jln utara baru tawau



Kemalangan ngeri Sempena Krismas 2011



Kemalangan di Kuala Terengganu



Kemalangan di Lebuh AMJ - berdekatan masjid sg petai



Kemalangan d inanam

Nenek Ingin Potong Kaki Untuk Selamat



SYDNEY: Seorang nenek yang terperangkap dalam keretanya yang terbalik akibat kemalangan pada Hari Krismas lalu, begitu terdesak untuk melepaskan diri hingga terfikir untuk memotong kakinya sendiri.


Menurut polis semalam, bateri telefon bimbitnya mati dan Deborah McKnight tidak dapat membuat panggilan kecemasan apabila keretanya terbalik di benteng di laluan kampung di kawasan terpencil, Ahad lalu.

Kata anak perempuannya, Ebony, Deborah cuba berbuat demikian tetapi tidak dapat memotong tulangnya.

Katanya dia tidak tahu senjata apa yang mahu digunakan untuk memotong kakinya.



Sumber:
hmetro.com.my/articles/Ditindihkeretatigahari/Article
news.com.au

4 Maut Pulang Dari Majlis Meminang



KENINGAU: Kegembiraan tujuh sekeluarga mahu menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka selepas selesai menghadiri majlis meminang bertukar tragedi apabila empat daripada mereka maut, selepas kenderaan dinaiki merempuh lori tangki di Kilometer 15, Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, berhampiran Kampung Kinabaan, semalam.

Sebelum kejadian, pacuan empat roda Nissan Frontier dipandu Koperal Bryne Mathew, 31, bersama enam ahli keluarga termasuk seorang kanak-kanak dipercayai dalam perjalanan dari Kota Kinabalu di Kampung Sunsuran ke Kampung Maras, sebelum bertembung lori tangki dari Tambunan ke Kota Kinabalu, jam 5.20 petang.


Tiga anggota rombongan itu, pemandu dan seorang penumpang lori tangki terbabit cedera parah. Selain Bryne, mangsa lain yang maut dikenali, Jubin Justinus, 21, Rupinah Maurus, 33, dan Maurus Masida, 59, manakala tiga yang parah dikenali Lans Koperal Anthony Mourus Masida, 25, Thomas Maurus, 20, dan Oliver Dennis Bryne, 5.

Ketua Polis Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad ketika dihubungi berkata, lelaki dalam lori tangki itu yang parah dikenali Jaslan Cong Keng, 32, dan seorang lagi belum dikenali pasti identitinya. “Pemandu pacuan empat roda itu anggota berpangkat koperal dari Pasukan Gerakan Am di Johor,” katanya sambil memaklumkan kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1957.


Difahamkan, empat penumpang pacuan empat roda itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tambunan.


Tujuh ahli keluarga yang menaiki pacuan empat roda berkenaan baru saja selesai menghadiri satu majlis peminangan dan dalam perjalanan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kampung Mangi Pangi di Tambunan.

Bagaimanapun, ketika melalui selekoh di tempat kejadian kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan.


Akibat perlanggaran itu, lori tangki berkenaan terbalik dan terhumban ke dalam gaung sedalam 10 meter di sebelah kanan jalan, manakala pacuan empat roda itu terjunam ke dalam parit di kiri jalan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba Tambunan, Alan Ayuhang berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tambunan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang dan tiba di lokasi jam 5.35 petang bersama enam anggota dan sebuah jentera.


Kataya, bomba mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam pacuan empat roda berkenaan.


Mereka yang maut mengalami kecederaan parah di kepala dan dada, manakala mereka yang parah cedera pada anggota badan lain seperti tangan dan kaki.


Sementara itu, seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, ketika kejadian itu, dia berehat di bilik rumah berdekatan tempat kejadian.


“Saya terkejut apabila mendengar dentuman kuat di luar sebelum melihat sebuah lori tangki terbalik dan terhumban ke dalam gaung.


“Ketika itu, saya ingatkan lori berkenaan terbabas dan saya bergegas menghubungi bomba Tambunan sebelum menuju ke tempat kejadian,” katanya.


Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian dia melihat sebuah pacuan empat roda turut terbabas dengan beberapa penumpang berlumuran darah.


“Ketika itu saya dengan beberapa penduduk kampung segera membantu mangsa yang tersepit dan beberapa minit kemudian sepasukan anggota tiba untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my/myMetro/articles/4mautbalikmeminang/Article/index_html

Warga emas maut dirempuh lori

ALOR GAJAH - Pihak polis meminta saksi kejadian kemalangan membabitkan warga emas yang maut di persimpangan lampu isyarat, di Pengkalan, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), kelmarin tampil untuk bantu siasatan.

Ketika kejadian, mangsa yang masih sedarkan diri dipercayai dilanggar sebuah kenderan lain ketika dalam perjalanan ke Bandar Alor Gajah menaiki motosikal jenis Suzuki RC80.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan, Lee Lian Heng, 77, dari arah Machap Umboo ke Bandar Alor Gajah maut empat jam kemudian selepas dirempuh sebuah lori muatan satu tan dari arah belakang.

Menantu sulungnya, An Ai Yong, 50, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka berkata, mangsa masih sedarkan diri sekitar jam 1.45 petang di wad kecemasan sempat bertemu dengannya dan seorang cucu.

“Semasa dimaklumkan berhubung kejadian, saya ber­ada di tempat kerja di Machap Umboo dan bergegas pulang ke rumah sebelum ke Hospital Alor Gajah. Saya sangka bapa cuma cedera ringan.

“Sewaktu di hospital, bapa ada mengadu sakit di belakang badannya selain sesak nafas. Dia juga ada menceritakan yang dia dilanggar dari arah belakang,” katanya.

Menurutnya, ketika itu bapa mertuanya kelihatan stabil namun, tidak lama kemudian, doktor memberitahu bapanya itu perlu dirujuk ke Hospital Melaka berikutan keadaannya semakin kritikal.

“Saya terkejut apabila doktor memaklumkan keadaannya semakin kritikal dan tidak sedarkan diri akibat ke­cederaan parah yang dialami,” katanya.

Katanya, pagi sebelum kejadian, bapa mentuanya sempat bersarapan bersamanya dan berbual seperti biasa sambil bergurau senda sebelum keluar ke Pekan Alor Gajah atas pelbagai urusan.

“Biarpun usianya semakin meningkat tapi bapa masih kuat dan mampu bekerja keras menyara sembilan ahli keluarganya.” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supe­rintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, menge­sahkan ada menerima laporan berhubung kemalangan terbabit.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal sendirian dikatakan dilanggar dari arah belakang di persimpa­ngan berkenaan oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya kira-kira jam 10 pagi.

“Mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh orang awam sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi balai polis berdeka­tan atau Balai Polis Trafik Ibu pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah untuk membantu siasatan,” katanya.

Sumber: sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-dirempuh-lori-satu-tan-1.15516

Maut Setelah Lulus Ujian Motosikal Kelas B2

Inalillahi wainailaihi rojiun

TAMPIN – Seorang remaja maut selepas baru saja disahkan lulus ujian menunggang motosikal kelas B2 di sebuah sekolah memandu di sini, semalam.

Muhammad Farid Iwadh, 16, meninggal dunia selepas motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggangi terbabit dalam langgar lari di Kilometer 0.7 Jalan Tampin - Gemas di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik saja selesai menjalani ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ketika kejadian, mangsa yang mempunyai lesen memandu L sudah lulus lesen memandu penuh.

Mangsa dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Taman Baiduri, Kuala Ina, di sini dipercayai dirempuh dari belakang oleh sebuah lori kecil seberat tiga tan.

Bapa mangsa, Khalil Meon, 47, berkata, sebelum hendak pergi menjalani ujian menunggang motosikal itu, arwah sempat bersalam dan mencium tangan ibu bapanya.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kemalangan menimpa arwah memang memeranjatkan kami sekeluarga.

“Saya mengizinkan arwah berulang alik ke sekolah memandu bagi mengambil lesen motosikal sejak musim cuti sekolah ini supaya arwah patuh dengan undang-undang jalan raya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini semalam.

Khalil berkata, dia sempat menghubungi sekolah memandu berkenaan bagi mengetahui status ujian JPJ anaknya, sebelum dimaklumkan wakil sekolah memandu itu bahawa anaknya lulus dalam ujian berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar dari belakang oleh lori seberat tiga tan.

“Mangsa maut dalam perjalanan ke HT akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota dalaman.
“Buat masa ini, pemandu lori berkenaan masih belum tampil bagi membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ridhwan Ghazali di talian 06-4411221 atau 06-4411222.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dirempuh-lori-dari-belakang-1.15631

Remaja maut digilis tayar treler



Inalillahi wainailaihi rojiun

SUNGAI KAPAR INDAH (SKI) - Sungguh menyayat hati bagi seorang remaja apabila dia meninggal dunia dalam keadaan ngeri dengan kepalanya betul-betul berada di tayar treler dalam satu kemalangan berdekatan lampu isyarat Batu 6, Jalan kapar, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Muhamad Suhaimy Yaacob ,18, yang menunggang motosikal dikatakan cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang berada di lorong kanan bagaimanapun tindakannya gagal menyebabkan kenderaannya bergesel dengan treler.

Akibat dari itu, mangsa tercampak dan sebahagian badannya turut terperosok di bawah kenderaan terbabit.

Bagaimanapun tindakan pantas pemandu treler berkenaan yang membrek secara mengejut beberapa saat sebaik menyedari mangsa tercampak ke bawah kenderaannya berjaya mengelak daripada terus menggilis bahagian kepala remaja itu.

Mangsa dari Bukit Rotan, Kuala Selangor meninggal ­dunis akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan lain.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Rantau Panjang sebagai pemandu forklift.

Menurutnya, mangsa dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan laju menyebabkan dia gagal mengawal motosikalnya hingga bergesel dengan sebuah kereta ketika lampu isyarat bertukar hijau.

“Rempuhan kuat menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter ke laluan bersebelahan hingga kepalanya nyaris digilis treler panjang yang baru sahaja bergerak dalam keadaan perlahan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia ketika kepalanya nyaris digilis treler bermuatan besi yang dalam perjalanan ke sebuah kilang di Batu 5,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi bedah siasat.

Al-Fatihah...


Sumber: sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kepala-nyaris-dilenyek-treler-1.15607

Wednesday, December 28, 2011

Penagih Dadah Dilanggar Selepas Meragut

KUALA TERENGGANU - Geram dengan tindakan dua lelaki cuba meragut isterinya, seorang peniaga bertindak nekad melanggar motosikal yang dinaiki suspek yang sebelum itu berjaya menyamun seorang warga emas, di sini.

Dalam kejadian pada Isnin lepas di Jalan Hiliran itu, seorang suspek diberkas manakala rakannya berjaya melarikan diri apabila motosikal yang dinaiki mereka terjatuh selepas dilanggar kereta peniaga berusia 31 tahun tersebut.

"Polis juga menemui semula beg galas wanita warga emas yang disamun mereka sebelum dilanggar. Suspek juga didapati positif dadah,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan di sini hari ini.

Mengulas rentetan kejadian, Manoharan berkata, sebelum itu kedua-dua suspek dipercayai cuba meragut beg seorang wanita yang berjalan kaki menuju ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya di Jalan Sultan Ismail di sini. - BERNAMA

Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

Askar wataniah maut

Inalillahi wainailaihi rojiun

KULIM - Seorang askar wataniah maut setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 26, Jalan Kulim-Baling berhampiran Kawasan Perindustrian Padang Meha, Sungai Karangan, dekat sini hari ini.

Ketika kejadian kira-kira 11 pagi, mangsa, Azlina Rosli, 23, yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob, dekat sini, bersama adiknya Izzati, 19, yang menunggang motosikal lain bersama seorang rakan yang berusia 20 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Son berkata, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan ke arah Pekan Padang Serai apabila kemalangan itu berlaku.

Katanya, ketika Azlina mengambil satu selekoh di situ, dia bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Padang Serai menyebabkan mangsa terpelanting dari motosikalnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Soo Son berkata, Azlina mengalami luka parah di kepala selain luka-luka di bahagian badan dan kaki.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. - BERNAMA

Al-Fatihah

Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

Padah Cubaan memotong


Inalillahi wainailaihi rojiun

BUKIT MERAH – Cubaan memotong motosikal lain di garisan kecemasan gagal, apabila motosikal dipandu seorang remaja, di sini, bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 190.2 arah utara, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tol Bukit Merah/Alor Pongsu, 8.40 malam semalam.

Mangsa, Ahmad Akmal Ahmad Fauzi, 21, maut di tempat kejadian akibat gagal mengawal motosikal sebelum di gilis sebuah treler dari arah sama.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan cuba memotong sebuah motosikal lain yang ketika itu dipandu seorang lelaki India bersama seorang pembonceng di lorong kecemasan.

Menurutnya, bagaimanapun cubaan mangsa gagal menyebabkan mangsa bergesel dengan treler sebelum terjatuh dan di gilis tayar treler terbabit.

“Mangsa dipercayai tidak dapat mengawal motosikalnya kerana angin daripada treler yang kuat.

“Mangsa mati di tempat kejadian setelah mengalami pendarahan dalaman,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dituntut oleh datuknya, Adnan Basarudin, 60, dan di bawa pulang ke kampung halaman di Kuala Sepetang, Taiping untuk dikebumikan.

Ahmad Akmal sudah kematian kedua ibu bapanya dan tinggal bersama datuknya sejak beberapa tahun lalu di Kuala Sepetang, Taiping.

Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, pemandu treler, Ahmad Sharani, 26, berkata, sebelum kejadian, dia melihat daripada cermin sisi sebelah kiri, sebuah motosikal dipandu seorang lelaki India di lorong kecemasan sebelum dipotong oleh mangsa yang meluru laju ke hadapan.

“Saya risau juga tengok gelagat mangsa yang tidak mempedulikan treler saya dengan memotong agak rapat.

“Saya khuatir dia bergesel dengan badan treler, selalunya angin daripada treler yang kuat boleh menarik sesiapa sahaja jika jarak terlalu dekat,” katanya.

Ahmad berkata, kebimbangannya menjadi kenyataan apabila dia terlihat mangsa terjatuh dan tergilis pada tayar belakang treler.
“Saya terus memberhentikan kenderaan, nasib baik kontena ini tiada muatan jadi mudah untuk berhentikan.

“Mangsa mungkin terbabas disebabkan terlalu rapat dengan treler dan angin daripada treler menariknya sebelum terjatuh,” katanya.

Katanya, dia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga disebabkan kejadian yang tidak di sangka-sangka itu.

Al-Fatihah...

Sumber: sinarharian.com.my/edisi/perak/remaja-maut-digilis-treler-1.15100

Tuesday, December 27, 2011

Dua pelajar perempuan Maut pulang dari pasar malam

Inalillahi wainailaihi rojiun

MARAN: Dua pelajar perempuan yang dalam perjalanan pulang dari membeli makanan di pasar malam, maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Km 33.1 Jalan Maran–Jerantut.

Zalika Idris, 16 dan rakannya yang hanya dikenali Wan Nur Fatihah, 17, kedua-duanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dekat sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Ahmad Johari Shahabuddin berkata dalam kejadian 6.55 petang itu, motosikal yang ditunggangi Zalika dipercayai cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan kereta lain dari arah bertentangan.

Pemandu kereta itu, Nur Faradilla Abd Rahim, 39, bersama enam penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ahmad Johari berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar berkenaan tidak memakai topi keledar ketika kejadian. - BERNAMA

Al-Fatihah...

Sumber:
mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/12/27/mstar_jenayah/20111227104604&sec=mstar_jenayah

Maut dihempap dahan pokok




BUKIT RAMBAI - Seorang penunggang motosikal terkejut apabila mendapati remaja yang maut akibat dihempap dahan pokok, di Jalan Ayer Salak, dekat sini semalam rupa-rupanya anak saudaranya sendiri.

Lim Kim Swee, 55, berkata, dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, dia hanya berada kurang 100 meter di belakang mangsa dan melihat sendiri dahan pokok berkenaan patah, lalu menghempap seorang penunggang motosikal sebelum mangsa terseret beberapa meter.

“Selepas kejadian itu, saya memberhentikan motosikal untuk membantu, namun mangsa sudah meninggal dunia. Sebaik saja saya dekati dan memeriksa MyKad mangsa, saya terkejut dia adalah anak saudara saya,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, semalam.

Dalam kejadian itu, Tan Yong Wee, 21, seorang juruteknik pendingin hawa maut di tempat kejadian.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Salak, di sini untuk berjumpa abangnya di Tanjung Minyak.

Kim Swee berkata, ketika kejadian, angin bertiup kencang dan dia dalam perjalanan menghantar sayur di beberapa pasar sekitar bandar ini.

“Saya memang tidak menyangka kejadian buruk ini menimpa saudara saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Pengawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, N Raman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan telefon pada 11.02 pagi.

“Dipercayai mangsa dihempap dahan pokok sebelum terseret disebabkan seluarnya tersangkut pada besi di bahagian belakang motosikal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kejadian itu juga menyebabkan Jalan Ayer Salak, di sini ditutup kepada lalu lintas sebelum mayat mangsa di bawa ke Hospital Melaka, selain dahan pokok berkenaan dialihkan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang , Datuk Seet Har Cheow berkata, meminta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memantau keadaan pokok di bandar ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang,

“Saya sudah minta MBMB untuk menjalankan siastaan berhubung perkara ini dan dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesi­hatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO Negeri.

Sumber: 
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-dihempap-dahan-pokok-1.14921
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Dua remaja bertembung lori tangki



LEMAL – Dua remaja bertarung nyawa apabila motosikal ditunggang bertembung lori tangki berdekatan sebuah stesen minyak lalu tersepit antara motosikal dengan tayar lori berkenaan, jam 8.45 malam, kelmarin.

Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Che Kadir Che Ya berkata, mangsa yang terlibat adalah Zulkifli Johari, 26, dan rakannya Mohd Irwan Che Hamid, 20.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa menunggang motosikal dari Pasir Mas menghala ke Bulatan Lemal ketika kejadian dan pihaknya menerima panggilan pada jam 8.49 malam serta bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan lima anggota.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dalam masa lima minit dan kedua-dua mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, mangsa Zulkifli berkata, dia menunggang motosikal bersama rakannya ketika dalam perjalanan pulang ke To Uban.

Menurutnya, mereka tidak menyedari lori tangki berkenaan keluar dari sebuah stesen minyak kerana faktor jalan gelap.

“Saya mengalami kesakitan di bahagian pinggang kerana pernah terlibat dalam kemalangan di Kota Tinggi, Johor September lalu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas, kelmarin. Seorang lagi mangsa, Irwan mengalami luka di bahagian lulut dan tangan kiri, dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Sumber: sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tersepit-bawah-lori-tangki-1.15040

Monday, December 26, 2011

Mayat ditemui di pembahagi Jalan Pandan Indah


KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan pembahagi jalan di Jalan Pandan Indah menghala ke Taman Shamelin Perkasa, Ampang di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohamed Nazri Zawawi berkata siasatan awal mendapati lelaki berumur 30-an itu dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan vaksin BCG pada bahunya.

"Ketika dijumpai, terdapat luka pada dahi, kesan seretan pada belakang badan mangsa dan kaki kanannya patah.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian dan identitinya tidak dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)untuk dibedah siasat.


Mohamed Nazri berkata pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira 9.55 pagi.

Enggan mengulas pertanyaan sama ada lelaki itu merupakan mangsa langgar lari atau mangsa jenayah, beliau berkata siasatan masih dijalankan. -- BERNAMA

Sumber: hmetro.com.my/articles/Mayatlelakiditemuidipembahagijalan/Article
             xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/111226155347.jpg

Penunggang rempuh tembok batu


Inalillahi wainailaihi rojiun

SEREMBAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh tembok batu sebuah rumah di Taman Seremban Jaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian 8.10 pagi itu, Yusnizan Yusof, 31, yang berasal dari Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang bekerja di sebuah kilang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan perumahan itu.

"Mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok batu rumah berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - BERNAMA

Al-Fatihah

Sumber: kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm
              xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/111226155459.jpg


Bayi Maut, Penuntut UiTM Kelantan Rentung


Inalillahi wainailaihi rojiun

KUALA LIPIS 25 Dis. – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan rentung setelah kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta di sini awal pagi ini.

Hadino Zafan Jasman, 23, penuntut tahun akhir jurusan Perakaunan yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM ketika itu dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 5 pagi.

Nahas pukul 5 pagi itu turut meragut nyawa seorang bayi berusia 10 bulan, Mohd. Farhan Darwiz yang menaiki kereta jenis Honda dipandu datuknya.

Menurut Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Razak Hassan, kereta yang dipandu Hadino Zafan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Katanya, kenderaan mangsa dipercayai berpusing beberapa kali sebelum bertembung dengan kereta Honda dari arah bertentangan yang dipandu oleh Mohd. Zin Kasim, 50-an.

“Berikutan pelanggaran itu, kereta Hadino Zafan terbakar dan mangsa tidak sempat keluar menyelamatkan diri.

“Pemandu kereta Honda terlibat pula sempat mengeluarkan isterinya, Hamidah Kasur, 51, dan dua cucunya, Mohd. Fahmi Dannial, 4, dan Mohd. Farhan, namun bayi itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, sejurus Mohd. Zin menarik keluar ahli keluarganya dari kereta, kenderaan itu turut terbakar.

Menurut beliau, polis terpaksa menggunakan khidmat pakar Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang untuk mengesan identiti mayat Hadino Zafan berikutan semua identiti mangsa musnah terbakar.

“Pihak Forensik akhirnya mengesan kereta Proton Saga itu milik bapa pelajar tersebut iaitu Jasman Bagiman, seorang pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel dan bertugas di Kuala Lumpur.

“Beliau sendiri datang ke tempat kejadian untuk membantu mengecam mayat anaknya,” katanya.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Sub Inspektor Abdul Rahman Yunan di talian 09-3122222 untuk membantu siasatan.

Al-Fatihah...

Sumber: utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Saturday, December 24, 2011

Kelindan lori maut dirempuh pacuan empat roda



PELABUHAN KLANG - Hasrat murni seorang kelindan memberi isyarat kepada pemandu lain agar menukar laluan bersebelahan bagi memastikan mereka mengelak daripada merempuh lorinya yang rosak mengundang padah apabila maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

 Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, di Persiaran Raja Muda Musa di sini, mangsa dikenali A Kamaraj, 25, dari Pandamaran meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan lain selepas terseret beberapa meter.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa bersama pemandu lori sedang membawa muatan barangan alat ganti kenderaan dari arah Klang menghala Pelabuhan Klang.

Setibanya di tempat kejadian, lori yang dinaiki tiba-tiba mengalami kerosakan ketika berada di laluan paling kanan memaksa pemandunya terpaksa memberhentikan kenderaan.

Dia kemudiannya bergegas ke lokasi lain dipercayai untuk memanggil mekanik bagi membaiki kenderaannya.

Sementara itu, kelindannya dikatakan menunggu sambil berdiri bersebelahan kenderaan itu untuk memberi isyarat kepada pemandu lain agar segera menukar laluan bagi mengelak merempuh lorinya.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintenden Rosly Abdul Rahman berkata, secara tiba-tiba sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Frontier yang dipercayai dipandu laju gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh bahagian belakang lori tersebut.

“Mangsa yang berdiri tidak sempat menyelamatkan diri sekali gus menyebabkan lori dan mangsa terseret sejauh kira-kira lima meter.

“Mangsa terseret di bawah lori itu hingga ke laluan paling kiri dan tersangkut pada pengadang jalan,” katanya.

Berikutan kejadian itu katanya, mangsa meninggal dunia di bawah lori tersebut dan anggota bomba memberi bantuan untuk mengeluarkan mangsa.

“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Sementara itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda pula hanya mengalami kecederaan ringan dan kenderaannya remuk teruk di bahagian hadapan,” katanya.

Sumber: sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/hasrat-murni-bertukar-tragedi-1.14562

Pemandu Lori Maut Dirempuh Treler


Inalillahi wainailaihi rojiun

MUAR – Seorang jurukimpal besi maut apabila lori dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan kereta selepas dirempuh dari arah belakang oleh sebuah treler di Jalan Bukit Pasir di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu berlaku apabila lori satu tan dengan muatan besi pagar dipandu Abdul Raub Abd Rashid, 36, bersama dua penumpang dipercayai dalam perjalanan dari Muar ke Taman Indah Bukit Pasir untuk memasang besi pagar di rumah pelanggannya.

Bagaimanapun, ia hilang kawalan selepas dirempuh sebuah treler ketika hendak membelok memasuki Taman Indah lalu terbabas laluan bertentangan.

Sebuah kereta Proton Wira dari arah Pagoh menghala ke Muar yang ketika itu berada di laluan itu gagal mengelak lalu merempuh lori mangsa sehingga menyebabkannya berpusing sebelum terbalik. Manakala kereta terbabit remuk di bahagian hadapan.

Abdul Raub meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan lain. Mayatnya dibawa ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Dua penumpang lori terbabit yang cedera parah dan pemandu kereta yang mengalami kecederaan ringan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Pemandu treler yang tidak mengalami kecederaan membuat laporan berkaitan kejadian di balai polis berhampiran.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Al-Fatihah

Sumber: sinarharian.com.my/jenayah/jurukimpal-maut-1.14432

Friday, December 23, 2011

Tak sempat menunaikan solat Jumaat


Inalillahi wainailaihi rojiun 

KUALA KEDAH - Hasrat seorang warga emas untuk menunaikan solat Jumaat tidak kesampaian apabila maut ketika dalam perjalanan bersama anak bongsunya tengah hari semalam.

Mangsa, Manaf Hashim, 75, dari Kampung Tok Pasai dikatakan membonceng motosikal bersama anak lelakinya yang baru  mendapat keputusan peperiksaan Penilaian Menengah  Rendah (PMR)  kelmarin,  cuba menyeberang jalan dari simpang Taman Bersatu untuk ke masjid berdekatan.

Bagaimanapun, usaha berkenaan gagal apabila motosikalnya dirempuh sebuah van yang datang dari arah bertentangan,

Mangsa meninggal di tempat kejadian manakala anaknya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Pemandu van yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.10 petang.

“Semasa kejadian itu, saya sedang dalam perjalanan dari arah Yan menuju ke Kuala Kedah untuk mengambil barang sebelum menunaikan solat Jumaat.

“Saya nampak dari jauh (dalam jarak dua tiang elektrik) mangsa berada di simpang  dan  dilihat cuba menyeberang jalan. Saya sempat membunyikan hon  untuk memberi amaran namun mereka tetap melintas jalan,”  katanya.

Menurutnya, beliau terkejut dengan tindakan mangsa dan cuba menekan brek serta mengubah ke laluan sebelah kanan namun gagal untuk mengelak dari merempuh motosikal itu.

Sinar Harian cuba  mendapatkan reaksi daripada isteri mangsa di bilik mayat HSB tetapi tidak berjaya kerana masih bersedih dengan kejadian itu.

Namun beliau mengakui mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sewaktu keluar dari rumah.

Menurut waris terdekat, mangsa meninggalkan seorang isteri serta dua anak berusia 18 dan 15 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Azaman Mohd Jan mengesahkan kejadian berkenaan.

Sumber: sinarharian.com.my/edisi/utara/tak-sempat-tunai-solat-jumaat-1.14359

Terhumban ke dalam longkang tepi jalan


SALAK BARU – Gara-gara jalan licin, sebuah kereta jenis Produa Viva yang dipandu oleh seorang remaja tercampak ke dalam longkang besar di sebuah selekoh berhampiran Taman Delima, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, penduduk di kawasan berhampiran mendakwa lokasi berkenaan sering berlaku kemalangan disebabkan beberapa faktor termasuk keadaan jalan raya dan kecuaian pemandu.

Mangsa kemalangan, Khairul Anuar, 22, berkata, kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja dan tiba-tiba sahaja dia terhumban ke dalam longkang besar di tepi jalan.

Menurutnya, walaupun keadaan keretanya mengalami kerosakan agak teruk tetapi dia masih bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang dan ketika itu cuaca hujan menyebabkan jalan licin serta kereta dipandu hilang kawalan.

“Selepas itu kereta dipandu terus terhumban masuk ke dalam longkang besar dan saya tidak dapat berbuat apa-apa.

“Sewaktu kejadian saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Sungai Siput ke rumah di Karai dan memang sering menggunakan jalan ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Sungai Siput, Superitendan Azman Salim mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu dan dua lagi kes kemalangan dilaporkan berlaku di Jalan Datuk Shee Koon Lim.

Jelasnya, berdasarkan laporan, kemalangan melibatkan remaja berkenaan berlaku disebabkan mangsa terlanggar lopak air dan terbabas sendiri.

“Dalam masa lebih kurang setengah jam dua kes melibatkan sebuah kereta tiba-tiba berasap dipercayai enjin rosak,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan dan berlaku kira-kira jam 4.30 petang.

“Manakala satu lagi kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan seorang lelaki warga Myanmar berusia 20-an yang menunggang basikal.

”Dalam kejadian itu, lelaki berkenaan cuba menyeberang jalan dan dilanggar sebuah kereta yang kebetulan melalui jalan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kaki serta luka di bahagian tangan,” katanya.

Sumber: sinarharian.com.my/edisi/perak/terhumban-dalam-longkang-1.14304

Rumah dirempuh lori tangki



KAMPUNG LUIT - Empat beranak yang sedang tidur di ruang tamu nyaris maut apabila bahagian hadapan rumah mereka di Batu 42, Kampung Luit, dirempuh sebuah lori tangki membawa 32 tan minyak masak, kira-kira jam 11.30 malam, kelmarin.

Lori yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai terbabas dan turut merempuh tiga kenderaan lain iaitu sebuah pacuan empat roda, lori dan van di hadapan rumah berkenaan.

Mangsa, Hamzah Mohamad, 69, berkata, dentuman kuat akibat rempuhan itu mengejutkan dia yang sedang tidur bersama isteri dan dua anak, lalu segera ke luar rumah bagi mengetahui perkara sebenar.

Menurutnya, sebaik membuka pintu, dia tergamam melihat sebuah lori tangki berada di hadapannya dan sebatang tiang beranda rumah patah.

“Lori ini terbabas lalu merempuh sebatang pokok mangga dan tiga kenderaan lain. Saya segera minta tolong jiran terdekat yang keluar menyaksikan kejadian itu untuk menahan bahagian bumbung dan siling beranda yang hampir roboh akibat tiang utama patah.

“Ini merupakan kejadian kedua menimpa kami sekeluarga kerana kira-kira 20 tahun lalu, sebuah bas pernah terbabas dan merempuh rumah serta merosakkan tujuh kenderaan lain, namun kami tidak menerima sebarang ganti rugi daripada pihak syarikat bas berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Hamzah berkata, dia sekeluarga bersyukur apabila terselamat dan meminta syarikat lori berkenaan bertanggungjawab dengan menanggung kos kerugian yang dianggarkan melebihi RM100,000.

Difahamkan, pemandu lori yang ditemani isteri tidak mengalami sebarang kecederaan dan mendakwa kerosakan brek adalah punca kejadian.

Sumber: sinarharian.com.my/edisi/pahang/empat-beranak-nyaris-maut-1.14189

Maut Jatuh Lori


SEMANTAN HULU – Seorang pemuda maut serta merta setelah terjatuh daripada lori yang dinaikinya sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 8 Jalan Cheroh – Gesing pada jam 3.30 petang, kelmarin.

Ketua Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata, mangsa, Kam Kah Wai, 19, berasal daripada Kampung Sempalit.

Menurutnya, ketika ­kejadian mangsa berada ­dalam lori di bahagian belakang ­dalam perjalanan dari Semantan ke Raub.

“Setibanya di tempat kejadian, tiba-tiba mangsa terjatuh daripada lori lalu terkena cermin hadapan dan besi pengadang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mohd Nazlan berkata, ketika kejadian cuaca cerah dan jalan juga dalam keadaan baik.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Raub bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Sumber: sinarharian.com.my/jenayah/pemuda-maut-jatuh-lori-1.14279

Thursday, December 22, 2011

Padah Berhenti Ditepi Jalan



SEREMBAN – Dua rakan sekerja bernasib baik kerana selamat dalam kemalangan di jejambat Jalan Serem­ban-Tampin, berhampiran Kampung Baru Rahang, kira-kira jam 9 pagi, di sini, semalam.

Pang Kin Yin, 72, memandu kereta Perodua Kancil, dan rakannya dikenali sebagai Ahmad memandu lori, dalam perjalanan pulang ke Seremban selepas mengambil lori yang telah dibaiki dari sebuah bengkel di sekitar Senawang.

Bagaimanapun, lori tanpa muatan itu tiba-tiba mengalami kerosakan di tengah jalan, menyebabkan mereka terpaksa berhenti di lorong kiri dan keluar dari kenderaan untuk menghubungi mekanik.

Kin Yin berkata, tidak sampai lima minit menunggu, keretanya dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kembara dari arah belakang.

“Rempuhan menyebabkan kereta saya terdorong ke depan dan merempuh lori pula.

“Ia menyebabkan kereta saya ber­ada di tengah remuk,” katanya.

Sementara itu, pemandu Perodua Kembara yang mahu dikenali sebagai Ho, 30, berkata, dia tidak menyedari kereta Kin Yin berhenti di kiri jalan.

“Saya sangka kenderaannya bergerak, menyebabkan saya hilang kawalan sebelum merempuh kedua-dua kenderaan.

“Mujur saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.



Sumber: sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kancil-tersepit-1.14037

Wednesday, December 21, 2011

Akibat keletihan


ALOR GAJAH - Akibat keletihan, seorang gadis nyaris maut apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandu terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam parit di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, pekerja kilang, Norzaini Abd Rahman, 24, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Pengkalan Balak menuju ke Kuala Linggi tidak menyedari kereta dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam parit berlumpur.

“Saya memang tidak sedar stereng kereta semakin menghala ke kiri jalan dan hanya terjaga apabila kereta sudah berada dalam keadaan terbalik.

“Saya tambah terkejut dan panik apabila air lumpur mula masuk ke dalam kereta. Kedudukan kereta yang terbalik di bahagian pemandu menyebabkan saya terpaksa keluar mengikut pintu penumpang,” katanya.

Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu baru sahaja tamat waktu bekerja, jam 8 malam kelmarin hingga 7.30 pagi semalam bersyukur tidak mengalami kecederaan serius.

Saksi kejadian, Ghazali Ani, 41, ketika ditemui berkata, dia dari arah Kuala Linggi menuju ke pekan Kuala Sungai Baru terkejut apabila mendapati kereta yang dipandu mangsa meluncur laju ke kiri tanpa menekan brek.

“Saya tidak sedar keadaan pemandu ketika berselisih dengannya dan sebaik kejadian, saya segera berpatah balik ke arah mangsa untuk melihat keadaannya.

"Mangsa ketika itu cuba keluar sendiri menyelamatkan diri dalam keadaan panik, mungkin kerana ketakutan," katanya.

Norzaini yang masih terkejut dengan kejadian itu menerima rawatan pesakit luar di klinik berhampiran.


Sumber: sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kereta-terjunam-masuk-parit-1.13745

Tuesday, December 20, 2011

Warga emas tak sempat mendapatkan rawatan

Inalillahi wainailaihi rojiun

SEREMBAN 19 Dis. - Hasrat seorang warga emas untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital selepas mengalami penyakit semput tidak kesampaian selepas dia maut dalam satu kemalangan di Kilometer 2.5 Jalan Jelebu, dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa, Saari Mohd. Ali, 62, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditemui oleh orang ramai dalam keadaan terbaring di tepi jalan kira-kira pukul 7 pagi selepas dipercayai terbabas ketika menaiki motosikalnya itu.

Seorang rakan sekerja mangsa, Mohd. Saad Alias, 60, berkata, sebelum kejadian dia bersama Saari sedang bekerja di sebuah kilang kira-kira 100 meter dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Dia yang terkejut dengan kejadian yang menimpa sahabatnya memberitahu, pada pukul 4.30 pagi, Saari yang berasal dari Rembau dekat sini ada mengadu bahawa dia mengalami lelah dan mahu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Dia bertegas untuk pergi seorang diri dengan menunggang motosikal Honda Ex-5 tetapi selepas beberapa jam saya hairan kerana dia tidak pulang ke tempat kerja.

"Saya kemudian menghubungi anak Saari tetapi dimaklumkan bahawa dia juga tidak pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di sini.

Namun jelasnya, kira-kira pukul 7 pagi dia dimaklumkan oleh seorang rakannya, Saari ditemui terbaring dan tidak bernyawa di tepi jalan tidak jauh dari tempat dia bekerja.

"Untuk mendapatkan kepastian saya terus bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut apabila melihat mayat rakan saya terbaring kaku di sisi motosikalnya.

"Ketika ditemui mayat mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan cuma ada sedikit luka di bahagian tangan," jelasnya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.

Al-Fatihah

Sumber: utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Maut dilanggar dua buah kenderaan

Inalillahi wainailaihi rojiun

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Seorang penunggang motosikal maut dilanggar dua buah kenderaan selepas dia terjatuh di Kilometer 303.5 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Kajang awal pagi ini.

Dalam kemalangan pukul 2 pagi itu, mangsa, Mohamad Imran Haris dipercayai cuba memotong sebuah kereta di lorong paling kanan lebuh raya itu namun bergesel dengan kenderaan tersebut menyebabkan dia hilang kawalan dan terjatuh.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Zulkifli Joned berkata, mangsa kemudian dilanggar oleh dua buah kereta lain sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badan.

Katanya, mangsa yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Mahkota, Bangi dekat sin meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Al-Fatihah...

Sumber: utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_06.htm

Tiga Beranak Maut Bertembung Van


SAMARAHAN: Kegembiraan sepasang suami isteri menghadiri jamuan anak lelaki mereka yang baru berkahwin, tidak berpanjangan apabila mereka terbunuh bersama anak perempuan dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 24, Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Lass Well, 50, dan isterinya, Kucing Laman, 58, serta anak bongsu mereka, Idea, 19, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Perodua Viva dinaiki bertembung sebuah van.


Dua lagi ahli keluarga malang berkenaan iaitu anak lelaki mangsa, Peter, 34, dan isterinya, Catherine Andau, 24, yang hamil tiga bulan parah dalam kejadian itu.

Difahamkan, lima beranak itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Selamgan Bajong di Sebuyau selepas menghadiri jamuan yang diadakan anak lelaki ketiga pasangan terbabit berusia 30-an di Serian.


Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila sebuah van dari arah bertentangan terbabas lalu bertembung kereta dipandu Peter.


“Pemandu van berkenaan yang dalam perjalanan ke Asajaya gagal mengawal kenderaannya berikutan keadaan jalan licin akibat hujan lebat sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta mangsa,” katanya.

Beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan tiga beranak yang duduk di bahagian belakang kereta itu maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang di hadapan cedera parah.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat dan kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, pemandu van bersama penumpang wanita di tempat duduk hadapan kenderaan terbabit cedera parah, manakala lapan penumpang lain cedera ringan.


Sementara itu, menurut seorang saudara mangsa yang enggan dikenali, Peter dan isterinya yang sedang dirawat dilaporkan dalam keadaan stabil dan kandungan wanita terbabit selamat.


“Kami amat sedih atas kehilangan tiga saudara kami terutama Idea yang baru tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya sambil memberitahu jenazah mangsa akan dikebumikan di Kampung Ketimbong di Sebuyau hari ini.

Sumber: hmetro.com.my/myMetro/articles/3beranakterbunuh/Article/index_html
              thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/20/sarawak/10127810&sec=sarawak

Tiga sekeluarga Maut Dirempuh Lori

Inalillahi wainailaihi rojiun

BATU PAHAT: Tiga sekeluarga, iaitu anak dan ibu bapanya yang dalam perjalanan ke Johor Bahru untuk menziarahi keluarga, terbunuh selepas kereta Proton Satria yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Kilometer 90.7, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kereta dinaiki mangsa dipercayai memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya berkenaan.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata Proton Satria terbabit kemudian memasuki kembali laluan kanan sebelum dirempuh lori membawa muatan sayur.

“Dalam kejadian yaang berlaku di sempadan Yong Peng-Ayer Hitam itu, mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta berkenaan, Mohamad Ridzuwan Ab Jalal, 24; ibunya Noorjan S M Abdul, 53 dan bapanya Ab Jalal S Shahul Hamid, 60.


“Ketiga-tiga mangsa cedera parah di badan dan kepala. Ridzuwan tercampak keluar dari Satria berkenaan,” katanya.


Menurut Din, Noorjan pula tersepit di tempat duduk penumpang belakang manakala Jalal meninggal dunia di Hospital Batu Pahat empat jam kemudian.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, jalan agak licin. Kami juga masih mengenal pasti punca kemalangan.


“Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Hospital Batu Pahat berkata keluarga mangsa sudah menuntut jenazah mereka pada jam 1 tengah hari semalam dan dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Selama, Perak, untuk dikebumikan.

Al-Fatihah...

Sumber: hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigaberanakterkorbansebelumsempatziarah/Article/index_html

Bas Ekspres Terbalik Warga Brunei Maut


TUARAN: Dua penumpang bas ekspres warga Brunei, seorang lelaki dan seorang wanita, maut dalam kemalangan jalan raya dekat sini petang ini, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Zaharuddin Rasip.



Beliau berkata mangsa lelaki itu berusia 50 tahun dan seorang wanita itu berumur dalam lingkungan 50-an, maut akibat terhimpit dalam kemalangan itu yang berlaku pada kira-kira jam 3.05 petang.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas yang dinaiki itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan.

Bas ekspres itu yang membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong ke Sabah dari Jumaat lalu sehingga esok, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Setakat ini seramai 11 orang cedera akibat kemalangan itu dan mereka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.


Nama mangsa yang maut belum diketahui dan 21 orang penumpang lain termasuk pemandu bas itu tidak mendapat sebarang kecederaan. - Bernama

  NGERI...keadaan bas pelancong dari Brunei yang hilang kawalan dan 
terbalik sebelum merempuh pokok, semalam. Gambar kecil, Abd Manan.

Dari myMetro, “Saya terhidu bau hangit seperti getah terbakar ketika bas menuruni bukit beberapa detik sebelum kemalangan,” kata Mohd Nazirul Mubin, 21, penumpang bas yang terselamat dalam nahas ngeri mengorbankan enam pelancong warga Brunei.

Kejadian pada jam 3 petang di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli itu mengakibatkan bas terbabit yang dinaiki 33 penumpang menggelongsor di atas jalan sebelum merempuh dan ‘melekat’ di sebatang pokok hingga sebahagian besar bumbung kenderaan terkopak.

Wartawan Harian Metro yang tiba di tempat kejadian mendapati keadaan amat menyayat hati apabila mangsa yang terbunuh dan parah bergelimpangan, selain suara mengerang kesakitan jelas kedengaran.

Mohd Nazirul berkata, sebelum kemalangan bas yang membawa 22 penumpang perempuan dan 11 lelaki itu cuba memintas tiga kenderaan termasuk dua lori.


“Bagaimanapun, bas secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbalik lalu menggelongsor dan merempuh pokok,” katanya sambil memaklumkan penumpang bas adalah anggota rombongan kumpulan Muslimah Kampung Mulaut, Brunei.



6 Terbunuh Dalam Kemalangan

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat serta orang ramai membantu mangsa yang cedera apabila sebuah bas pelancong dari Brunei hilang kawalan lalu terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan, Tamparuli,



Inalillahi wainailaihi rojiun

TUARAN: Enam terbunuh manakala 20 penumpang parah apabila bas sewa khas dari Brunei yang dinaiki terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan dekat sini, petang semalam.

Bas yang membawa rombongan 31 pelancong kumpulan muslimah Kampong Mulaut itu dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu sebelum dijadual pulang ke Brunei, Jumaat ini.
Dalam kejadian jam 3.05 petang itu, mangsa yang meninggal dikenal pasti sebagai Abd Manan Ishak, 50; Pengiran Zahamah Pengiran Zainal, 61; Dayang Norhayati Abd Hadi, 61; Faridah, 60; dan Sapawi, 60.
Identiti seorang lagi mangsa wanita yang maut belum dapat dipastikan setakat jam 9 malam tadi.

Dua mangsa meninggal di tempat kejadian, seorang dalam perjalanan ke Hospital Tuaran manakala tiga lagi di hospital.

Mereka yang cedera parah termasuk pemandu bas dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) dan Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada masalah brek yang menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan.
"Setakat jam 9 malam ini (tadi), kita mengesahkan enam penumpang terbunuh, 18 cedera parah dan sembilan yang lain cedera ringan berikutan kemalangan itu.

"Rombongan 31 pelancong yang turut disertai beberapa kanak-kanak itu merangkumi sembilan lelaki dan 22 wanita serta dua pemandu, semuanya warga Brunei," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di QEH di sini, malam tadi.

Hadir sama Konsul Jeneral Brunei di Sabah, Daud Tahir.

Tan berkata, Polis Sabah akan membantu urusan penghantaran pulang jenazah ke Brunei selepas selesai bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika mengesahkan kejadian berkata, pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit, menyebabkan ia jatuh mengiring lalu terseret sejauh kira-kira 30 meter sebelum merempuh pokok.

"Rempuhan kuat menyebabkan sebahagian bumbung bas itu tercabut," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Tinjauan Berita Harian di lokasi antara lain menyaksikan penumpang bergelimpangan terbaring sambil meraung kesakitan di atas jalan dan dibantu orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Selain anggota polis, seramai 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Lintas serta Kota Kinabalu menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit, di samping memberi bantuan kecemasan.

Al-Fatihah...


Sumber:  hmetro.com.my/myMetro/articles/2wargaBruneimautdalamkemalanganjalanraya/Article/index_html
               nst.com.my/latest/six-dead-after-bus-with-40-bruneians-crashes-in-sabah-1.21894
              bharian.com.my/bharian/articles/EnampelancongBruneimautbasterbalik/Article/index_html
              theborneopost.com/2011/12/21/six-brunei-tourists-killed/



Angka kematian meningkat kepada tujuh


Inalillahi wainailaihi rojiun

20 Disember 2011; KOTA KINABALU: Seorang lagi penumpang bas dari Brunei yang terlibat dalam kemalangan di Sabah semalam disahkan meninggal dunia, menjadikan angka kematian dalam tragedi itu kepada tujuh orang.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang hari ini berkata penumpang itu, ketua rombongan Awang Tarsad Damit, 58, meninggal dunia pada kira-kira 12.15 pagi di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Dua penumpang maut di tempat kejadian dalam kemalangan di KM8.9, Jalan Ranau-Tamparuli di Tuaran dan empat lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuaran.

Tan berkata jenazah semua mangsa akan diterbangkan ke Brunei hari ini bersama-sama dengan 13 lagi yang terselamat dalam nahas itu.


"Sebanyak 13 lagi yang kini berada dalam keadaan kritikal dan separa kritikal akan terus dirawat di Hospital Queen Elizabeth," katanya kepada pemberita.


Tan juga berkata sebuah pesawat komersil dihantar oleh kerajaan Brunei untuk membawa pulang mereka yang terselamat dan yang meninggal dunia.

Beliau berkata pesawat itu tiba kira-kira 1 pagi dan dijangka berlepas pada tengah hari ini.

Tan mengesahkan identiti tiga yang meninggal dunia dan tidak dapat dikenal pasti semalam sebagai Hasnah Yusof, 62, Noor Faridah Husin, 62, dan Abdul Ghani Muhamad, 66.

Tiga lagi ialah Abdul Manan Ishak, 50, Pangiran Zaharah Pengiran Zainal, 61, dan Dayang Norhayati Abd Hadi, 61.

Beliau juga berkata bas yang didaftar di Brunei itu membawa 33 orang termasuk dua kanak-kanak berumur tujuh dan sembilan tahun dan penumpang paling tua berumur 78 tahun.

"Mereka terdiri daripada 32 warga Brunei dan seorang warga India, pembantu pemandu berusia 26 tahun. Mereka berada di Sabah untuk bercuti. Pemandunya yang berumur 38 tahun dan pembantu pemandu itu turut cedera parah," katanya.

Bas berkenaan hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam dan merempuh sebatang pokok di KM8.9, Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan di Tuaran pada kira-kira 3.05 petang semasa dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari Tawau.

Tan berkata bas itu akan dihantar ke Puspakom Sdn Bhd untuk pemeriksaan. - Bernama
Al-Fatihah...

Sumber: hmetro.com.my/myMetro/articles/Nahasbas_Angkakematianmeningkatkepadatujuh/Article/index_html




Kerajaan Sabah ucap takziah kepada Brunei


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Brunei khususnya kepada keluarga dan waris semua mangsa yang terbabit dalam nahas bas ekspres di negeri itu semalam.

"Kita berasa amat sedih dan bersimpati dengan tragedi ini. Saya berharap mereka bersabar dan tabah menghadapi keadaan ini. Juga didoakan mangsa yang cedera dan masih menerima rawatan akan segera pulih.

"Sama-sama kita berdoa untuk mereka yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin," kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dalam kenyataan di sini.

Dalam kemalangan pada 3.05 petang semalam, bas yang membawa pelancong Brunei dari Tawau ke Kota Kinabalu dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam sebelum melanggar sebatang pokok besar di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan di Tuaran.

Tujuh rakyat Brunei berumur antara 50 dan 66 tahun terbunuh.

Musa berkata kerajaan negeri sedia menghulurkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Beliau juga berkata jabatan dan agensi kerajaan akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

Musa turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada jabatan dan agensi berkaitan serta semua pihak yang menghulurkan bantuan dalam semua aspek ketika kemalangan itu berlaku.

Sumber: bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=635587

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount