loading...

Saturday, June 30, 2012

Seremban catat korban jalan raya tertinggi

 MOHD. Rusdi Ismail (dua dari kanan) mengemaskan topi keledar seorang penunggang 
dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya di Jalan Kuala Klawang-Seremban, Jelebu

JELEBU 27 Jun - Seremban dikategorikan sebagai lokasi panas apabila mencatatkan angka kematian tertinggi akibat kemalangan jalan raya sepanjang tempoh Januari hingga Mei lalu bagi seluruh negeri.

Setiausaha Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri, Mohd. Rusdi Ismail berkata, berdasarkan statistik, Seremban merupakan daerah tertinggi mencatatkan kes maut yang membabitkan 59 kes daripada 129 kes yang dilaporkan dalam tempoh lima bulan tersebut di sekitar negeri ini.

"Hampir separuh daripada 129 mangsa korban jalan raya di negeri ini dalam tempoh tersebut membabitkan kawasan sekitar daerah ini.

"Jempol pula berada pada kedudukan kedua pada kadar 15 kes dan Nilai di tempat ketiga (14 kes) dan diikuti dengan daerah lain," katanya kepada Utusan Malaysia pada program pengagihan topi keledar Kempen Keselamatan Jalan Raya di Jalan Kuala Klawang-Seremban, Jelebu, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Setapa Yussof dan Pegawai Daerah, Zaidi Johari.

Rusdi yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya negeri memberitahu, pembonceng dan penunggang motosikal masih merupakan kumpulan tertinggi menjadi mangsa nahas jalan raya di seluruh negeri ini dalam tempoh tersebut .

"Daripada 129 jumlah keseluruhan kes maut, 89 kes membabitkan pembonceng dan penunggang motosikal.

"Pecahan statistik turut menunjukkan kes maut melibatkan kereta 22 kes, diikuti dengan lain-lain kategori melibatkan lori, pejalan kaki dan basikal," ujarnya.

Sumber:
utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

Kemalangan Pekerja Meningkat

Othman Mohd. Nordin (kanan) memakaikan vest keselamatan kepada salah seorang penerima 
pada Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Perjalanan Selamat Ke Tempat Kerja peringkat negeri di Pendang

PENDANG 26 Jun - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah memandang serius peningkatan kes kemalangan jalan raya semasa pekerja berulang-alik ke tempat kerja dan ketika waktu rehat, khususnya melibatkan penunggang motosikal.

Pengarah Perkeso negeri, Othman Mohd. Nordin berkata, berdasarkan statistik sepanjang lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 670 kes direkodkan membabitkan pembayaran pampasan RM560,332 berbanding 450 kes dengan bayaran sebanyak RM267,455 bagi tempoh sama tahun lalu di negeri ini.

"Kajian Perkeso juga mendapati Kedah menduduki tangga keenam negeri yang mencatatkan kes kemalangan jalan raya tertinggi pada tahun lepas.

"Fenomena ini perlu dibendung segera supaya kemalangan jalan raya semasa perjalanan ke tempat kerja atau sebaliknya dapat dikurangkan," katanya pada Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Perjalanan Selamat Ke Tempat Kerja peringkat negeri di Kuari Bukit Perak, di sini hari ini.

Hadir sama pada program yang dianjurkan dengan kerjasama Bina & Kuari (K) Sdn. Bhd. itu ialah Pengerusi syarikat tersebut, Senator Muhamad Yusof Husin.

Pada majlis berkenaan, Perkeso Kedah turut menyerahkan cek faedah kepada lima penerima dan menyampaikan topi keledar serta jaket keselamatan kepada wakil syarikat dan orang awam.

Othman berkata, penunggang motosikal masih lagi menjadi kumpulan pengguna jalan raya yang paling terdedah dan berisiko dalam kes-kes kemalangan.

Ini kerana, katanya, kebanyakan penunggang motosikal sering mengabaikan perkara asas keselamatan seperti tidak memakai topi keledar atau memakainya dengan cara tidak betul, tidak patuh arahan lalu lintas dan mengabaikan aspek penyelenggaraan kenderaan mereka.

"Berikutan itu, kami menganjurkan program untuk memberi kefahaman dan penekanan keperluan tindakan pencegahan sebagai asas kepada perlindungan keselamatan sosial pekerja.

"Perkeso amat menghargai mana-mana majikan di negeri ini yang mengambil langkah positif menganjurkan dan menyokong usaha kerajaan menangani isu keselamatan jalan raya," katanya.

Dalam pada itu, Othman memberitahu, pembayaran pampasan faedah oleh Perkeso negeri dari Januari hingga Mei tahun ini meningkat 31.51 peratus iaitu kepada RM4.97 juta berbanding RM3.78 juta bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihatkan majikan yang belum mencarum pekerja mereka supaya berbuat demikian jika tidak mahu berdepan dengan tindakan denda.

Katanya, kebanyakan majikan yang gagal mencarum untuk pekerja mereka adalah di dalam industri kecil dan sederhana (IKS).

Sumber:
utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.htm

Pelajar Al-Ahmadi Maut Ke Sekolah



Inalillahi wainailaihi rojiun  

SUNGAI UDANG - Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Al-Ahmadi, di sini, maut ketika dalam perjalanan ke sekolah, selepas motosikal ditungganginya terbabas di Lebuh SPA berhampiran Bertam Ulu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kejadian berlaku pada jam 7.30 pagi apabila mangsa, Muhammad Hakimi Mohammad Tarmizi, 16, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Bertam Ulu ke sekolah berkenaan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

“Mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala," katanya, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Sesyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, datuk mangsa, Johari Yaakop, 54, berkata, dia mengetahui anak sulung daripada tiga beradik itu kemalangan selepas rakannya di warung makan memaklumkan ada seorang pelajar maut kemalangan berhampiran Bertam Ulu.

“Sebaik mendengar berita ini, hati saya mulai bimbang kerana cucu saya menggunakan laluan berkenaan untuk ke sekolah.

“Saya segera ke lokasi kejadian dan kebimbangan saya menjadi kenyataan sebaik sahaja saya lihat mangsa adalah cucu saya sendiri," katanya.

Rakan mangsa, Muhammad Faris Buang, 17, pula berkata, dia yang menunggang motosikal untuk ke sekolah ditahan oleh seorang lelaki ketika melalui lokasi kejadian yang bertanyakan
sama ada saya mengenali mangsa.

“Sebaik memberhentikan motosikal, saya terkejut melihat mayat yang terbaring adalah rakan sekolah saya," katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pelajar-maut-ke-sekolah-1.61989

2 beradik maut di Danau Toba, Indonesia



KUALA LUMPUR: Dua beradik rakyat Malaysia antara lapan yang terkorban dalam kemalangan apabila bas mini mereka naiki ketika dalam perjalanan pulang ke Medan dari Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, jatuh ke gaung sedalam 150 meter di tepi Danau Toba, pagi kelmarin.



Inalillahi wainailaihi rojiun 

Mangsa Zaidun Basir, 68, yang menetap di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur dan adiknya Zulkifli Mohd Basir, 64, dari Johor Bahru, dikatakan berkunjung ke Mendailing, untuk mencari dan menziarah anggota keluarga di sana bagi mengumpul maklumat salasilah keluarga mereka.


Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Nor Azhar Hajis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan (6 pagi di Malaysia), ketika kedua-duanya menaiki bas mini bersama sembilan lagi penumpang lain, dalam perjalanan ke Medan.

Menurutnya, laporan diterima daripada pihak berkuasa Simalungun yang menyiasat kejadian itu mengatakan sebelum kemalangan, penumpang dan pemandu bas berhenti rehat di Balige untuk menonton perlawanan separuh akhir Euro 2012 antara Sepanyol dengan Portugal.


“Hasil siasatan awal mendapati, sebaik selesai perlawanan bola sepak itu, mereka meneruskan perjalanan, namun bas mini dipercayai dipandu laju hilang kawalan ketika mengambil satu selekoh di Batu Gantung, sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung.


“Kedua-dua warga Malaysia dan enam yang lain termasuk pemandu maut dalam kemalangan itu, manakala empat lagi penumpang cedera,” katanya ketika dihubungi semalam.

Nor Azhar berkata, dua beradik itu berkunjung ke Mandailing bagi mencari dan menziarah sanak saudara mereka di sana, serta dijadualkan pulang ke tanah air menaiki pesawat dari Medan pada hari kejadian berlaku.

Katanya, keluarga mangsa di tanah air turut dimaklumkan mengenai kemalangan maut itu dan dua wakil keluarga iaitu anak lelaki mangsa tiba ke Medan pagi semalam bagi menuntut dan membawa pulang jenazah.

“Jenazah kedua-dua mangsa dibawa pulang ke tanah air oleh anak mereka menaiki pesawat MAS kira-kira jam 7 malam waktu tempatan,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/2beradikmautnahasdiMedan/Article/index_html
hariansumutpos.com/2012/06/36890/minibus-terjun-ke-danau-toba-8-tewas.html
news.okezone.com/read/2012/06/29/340/655846/adik-kakak-selamat-karena-nyangkut-di-pohon
gobatak.com/kecelakaan-maut-mini-bus-terjun-ke-danau-toba/

Friday, June 29, 2012

Kemalangan 4 Kenderaan


PEKAN: Tiga lelaki maut manakala dua yang lain cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 61, Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini malam Khamis.



Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian 9.45 malam itu, pemandu van, Talib Yahya, 54, dari Sungai Isap Damai, Kuantan, mati di tempat kejadian.

Katanya, pemandu lori tangki, K. Chalaparmal, 50, dari Desa Serindit, Kampung Jawa, Kuantan, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah, Rompin.

Sementara seorang lagi yang maut ialah pemandu pacuan empat roda, Tang Wai Hoong, 48, dari Taman Desa Air Putih, Kuantan yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Mohamed Fauzi berkata, seorang pemandu kereta yang masih belum dikenal pasti identitinya dan kelindan lori tangki tersebut, B. Sivasankaran, 28, cedera dankini dirawat di HTAA.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika pemandu van yang datang dari arah Segamat menuju ke Kuantan telah memotong beberapa buah kenderaan lalu bertembung dengan lori tangki itu.

"Dipercayai dia gagal masuk ke laluannya lalu bertembung dengan lori tangki yang datang dari arah bertentangan. Ekoran itu, lori terbabit hilang kawalan dan melambung ke atas sebuah pacuan empat roda di laluan menghala ke Kuantan," katanya.

Beliau berkata, lori tangki tersebut kemudiannya terbalik dan melintang dilaluan menghala ke Kuantan menyebabkan sebuah kereta gagal mengelak dan merempuhkepala lori terbabit.

Katanya, ketika kejadian keadaan di jalan itu gelap kerana tiada lampu jalan. - BERNAMA


Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_25.htm

Pemandu Treler Maut



TAPAH – Setelah tersepit hampir tujuh jam, seorang pemadu treler maut akibat cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan dalam satu kemalangan di Kilometer 325.1 arah Selatan Lebuh raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Tapah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 1.10 pagi membabitkan treler yang dipandu mangsa, C Chandrakumaran, 53, dengan sebuah lori membawa muatan benih getah.

Menurutnya, treler yang dipandu mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh, telah dirempuh dari belakang oleh lori terbabit, menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum masuk ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter.

"Mangsa maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori, Mohd Zaimi Mohd Desa, 54, serta kelindannya mengalami cedera parah pada beberapa bahagian badan.

" Mohd Zaimi dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, manakala kelindannya dirawat di Hospital Tapah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambah beliau, Pasukan Bomba dan Penyelamat Tapah turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut sebelum dituntut keluarga bagi urusan pengebumian.

"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. Siasatan dijalankan di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/tersepit-hampir-tujuh-jam-1.62303

Rempuh Tiang Elektrik



ALOR GAJAH - Seorang pemandu lori lima tan muatan benang anyaman nyaris maut selepas lorinya merempuh dua tiang elektrik dan tembok pagar rumah penduduk di Jalan Kampung Melaka Pindah, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, pemandu lori, Atan Mohamad, 44, difahamkan dari arah Tangkak, Johor menghantar bekalan benang anyaman ke sebuah tempat di Shah Alam.

Difahamkan, Atan yang memandu lori melalui jalan lama Tangkak-Ayer Keroh-Durian Tunggal menghala ke Alor Gajah itu hilang kawalan sebelum merempuh lori satu tan yang membelok ke kiri jalan.

Menurutnya, ketika memandu di jalan berbukit di Kampung Melaka Pindah berhampiran Bulatan Pengkalan, dekat sini, lorinya hilang kawalan sebelum merempuh lori satu tan yang dipandu Shukor Rasul, 27.

"Akibat rempuhan itu, lori saya hilang kawalan namun sempat mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan sebelum melanggar dua tiang elektrik di kanan jalan,” katanya.

Dia yang bernasib baik tidak tertusuk tiang elektrik yang patah dua keluar sendiri melalui pintu sebelah pemandu tanpa sebarang kecederaan.

"Akibat pelanggaran itu, sebuah lori rosak, dua tiang elektrik putus dua, sebatang pokok tumbang manakala pagar batu rumah penduduk musnah dirempuh.

"Namun saya bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku," katanya yang membuat laporan di Cawangan Trafik Daerah Alor Gajah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan terbabit.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dua-tiang-elektrik-patah-dirempuh-lori-1.62276

Thursday, June 28, 2012

Terbabas dirempuh Toyota Hilux


ALOR GAJAH - Dua beradik menghadapi saat mencemaskan apabila kereta dinaiki mereka terbabas dirempuh sebuah pacuan empat roda dan hampir terhumban ke dalam sebuah sungai, awalpagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 12.30 pagi itu di Sungai Kertah, Pengkalan Balak, berdekatan Kompleks Perahu Layar Hang Jebat.

Kereta jenis Toyota Estima dinaiki mangsa dirempuh sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.Mangsa, Ayob Mohamad, 42, berkata, dia bersama abangnya, Roslan Abu, 46, dari arah Kuala Sungai Baru menuju ke Pengkalan Balak, sebelum dirempuh Toyota Hilux yang hilang kawalan datang dari arah bertentangan.

“Kami lihat Toyota Hilux berkenaan dipandu dalam keadaan terhoyong-hayang. Saya tidak dapat mengelak dari terus bertembung.

"Akibat pertembungan kuat itu, kereta kami hampir terhumban ke dalam sungai, namun bernasib baik kerana tayar hadapan kereta tersangkut pada tebing pembentung," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian.

Menurut Roslan, sebelum kejadian, dia bersama adiknya itu dalam perjalanan pulang ke rumah seorang saudaranya di Pengkalan Balak selepas selesai memancing di pantai Sungai Tuang.

Difahamkan, Toyota Hilux itu dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/cemas-kereta-hampir-terhumban-dalam-sungai-1.61602


Mangsa adalah rakan



Inalillahi wainailaihi rojiun  

ALOR GAJAH - Seorang pemandu treler tidak menyangka mangsa yang cuba diselamatkan akibat terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 221.6 Lebuhraya Utara - Selatan, di sini, awal pagi semalam, adalah rakannya sendiri.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, Hairudin Jaafar, 35, yang ketika itu sedang memandu treler muatan kereta di lebuh raya terserempak dengan kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan sama di hadapannya.

“Saya lihat kenderaan sudah berderet terkandas. Sampai di tempat kemalangan, saya turun dari treler untuk meninjau keadaan mangsa yang ketika itu saya tidak sangka seteruk ini," katanya.

Menurutnya, dia kemudian cuba memanjat ke arah treler yang terbabit kemalangan itu menerusi besi-besi yang sudah remuk.

"Masa itu, saya lihat mangsa masih lagi hidup namun dalam keadaan nazak sambil mengerang menahan kesakitan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Hairudin berkata, dalam keadaan gelap dia melihat kepala mangsa sudah terkulai dan bertakup pada papan pemuka kenderaan.

"Manakala, kakinya sudah tersepit. Saya tak mampu buat apa-apa hanya menunggu bomba tiba mengeluarkan mangsa," katanya.

Hairudin berkata, dia kemudian terkejut apabila mendapati mangsa adalah rakannya sedangkan semasa membantu menyelamat, dia langsung tidak sedar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Saad Ramli, 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang dipercayai perjalanan dari Perak menuju ke Johor Bahru untuk menghantar muatan enam buah kereta, merempuh belakang sebuah treler lain mengakibatkan mangsa tersepit.

Difahamkan, mangsa bertolak dari Grik menuju ke stor tempat kerjanya di Bukit Beruntung, Rawang, sebelum memulakan perjalanan ke Johor Bahru kira-kira 1.30 pagi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan 2 Mohd Yusof Hussin berkata, mangsa berjaya dikeluarkan selepas lebih sejam tersepit.

“Tiga jentera membabitkan 16 anggota dari Balai Bomba Alor Gajah dan Rembau bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/nampak-kepala-rakan-terkulai-1.61595

Bukan tertidur atau mabuk


KOTA DAMANSARA – Seorang pemandu lori nyaris maut selepas lori dipandunya terbabas dan terbalik dalam kejadian di Jalan Persiaran Kenangan, petang semalam.

Mangsa S.Chandran, 41, yang dalam perjalanan menghantar barang elektrik dari Kota Damansara menuju ke Pusat Bandar Petaling Jaya cuba mengelak daripada melanggar sebuah motosikal yang berhenti secara tiba-tiba di lorong kanan.

Saya mahu elak motosikal itu menyebabkan saya memusing ke kanan lalu melanggar pokok dan pembahagi jalan sebelum lori terbalik,” katanya.

Menurutnya, dia dikeluarkan dari lori oleh pengguna jalan raya yang kebetulan melalui jalan itu sementara menanti kehadiran polis. “Saya kesal kerana penunggang motosikal itu berlalu begitu sahaja selepas melihat lori saya terbalik  ,”katanya.

Dia yang hanya mengalami cedera ringan menafikan tertidur atau mabuk ketika kejadian. “Ini pertama kali saya terlibat dalam kemalangan sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seperti ini,” katanya yang berpengalaman selama 20 tahun memandu lori.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan namun berjaya dikawal oleh polis yang tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian.

Susulan insiden tersebut, satu laporan dibuat di Balai Polis Kota Damansara.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kemalangan-pemandu-nafi-mabuk-1.61630

Toyota Alphard rempuh lori



Inalillahi wainailaihi rojiun  

MUAR – Seorang wanita maut, manakala suami dan anak lelakinya cedera setelah kenderaan yang mereka naiki merempuh sebuah lori sarat dengan muatan runcit di Kilometer 139.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Sabariah Senin, 47, bersama suaminya, Zainuddin Bujang, 49, dan anak lelaki mereka, Zaireen Haziq Darwisy, 13, dikatakan dalam perjalanan pulang dari bercuti di Singapura sebelum kenderaan Toyota Alphard yang dipandu Zainuddin hilang kawalan.

Disebabkan itu, kereta tersebut melanggar pembahagi jalan sebelah kanan lalu terbabas, berpusing sehingga memasuki laluan lori di sebelah kiri dan kemudiannya merempuh lori berkenaan sebelum terbalik.

Sabariah meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala manakala anak lelaki mereka cedera parah dan patah kaki serta bahu kiri.

Zainuddin pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, pemandu lori berkenaan, Gan Chin San, 66, bersama kelindannya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mereka masih trauma dengan kejadian itu.

Chin San berkata, dia bersama kelindan dalam perjalanan untuk menghantar barang- barang tersebut ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, semasa tiba di tempat kejadian dia nampak melalui cermin belakang kereta itu berpusing beberapa kali disusuli bunyi brek kecemasan.

“Saya berhentikan lori di tepi lebuh raya kerana bimbang apabila melihat kereta berkenaan dalam keadaan yang sangat berbahaya.

“Namun kereta itu menghala ke arah kami dan merempuh lori sebelum terbalik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kami meminta saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/toyota-alphard-rempuh-lori-1.61699

Monday, June 25, 2012

Bayi Maut Bersama Ibubapa



Inalillahi wainailaihi rojiun  

BERA - Seorang bayi berusia lapan bulan bersama ibu bapanya maut dalam satu kemalangan apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta jenis Honda Accord dari arah bertentangan. Mangsa, Mohd Solehuddin Jaabar Ismail, 28,    Nor Ashikin Ismail, 28 dan bayi itu, Ahmad Habibi yang berasal dari Felda Sebertak dikatakan dalam perjalanan pulang ke Bahau setelah menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, kemalangan itu berlaku kirakira jam 5.20 petang kelmarin di Kilometer 14, Jalan Temerloh–Bahau dekat sempadan Bera–Temerloh.

Menurutnya, kereta Honda Accord itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan hingga terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh kenderaan mangsa. “Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu Perodua Myvi (Mohd  Solehuddin Jabbar) dan anaknya mengalami kecederaan parah serta meninggal serta-merta.

“Isteri mangsa pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh berikutan me- ngalami pendarahan yang teruk,” katanya.

Mohd Solehuddin merupakan pegawai perangkaan di Jabatan Perangkaan Kuantan, sementara Nor Ashikin pula bekerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Papan sebagai pembantu tadbir.

Difahamkan, rempuhan kuat itu juga menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian enjin kereta mangsa, namun ia berjaya dikawal anggota bomba. Mohd Zahid berkata, kereta Honda Accord itu dipercayai memasuki laluan  bertentangan ketika cuba melepasi selekoh di jalan mempunyai garisan putih berkembar tersebut.

Katanya, pemandu Honda Accord itu, Chong Chun Yong, 33, turut mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hoshas.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu Honda Accord yang memandu laju di kawasan selekoh sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sehingga merempuh kenderaan  mangsa.

“Saksi kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah menerusi talian 09-2502222 untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen (41) (1) APJ 1987 ini,” katanya. Difahamkan, semua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Sebertak, tengah malam kelmarin.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/kemalangan-bayi-antara-tiga-maut-1.60400

Kemalangan di jalan Pasir Mas-Salor



KOTA BHARU - Tiga cedera ringan manakala seorang parah dalam kemalangan yang melibatkan kereta jenis Perodua Myvi, Satria Neo dan Proton Iswara di jalan Pasir Mas-Salor, di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan tiga kenderaan terbabit remuk selepas dipercayai salah sebuah kenderaan terbabit, cuba memotong antara satu sama lain dari arah yang sama dan dikatakan gagal  memotong kenderaan di hadapannya ketika melalui jalan terbabit.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Radhi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kirakira jam 7.53 pagi.

“Seorang lelaki yang menaiki kereta Myvi tersepit dan kami cuba sedaya upaya mengeluarkan mangsa. Dengan kekuatan lima anggota akhirnya lelaki itu berjaya diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kaki dihantar ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kemalangan-seorang-parah-tiga-cedera-ringan-1.60369

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount