Saturday, December 3, 2011

Maut Rempuh Belakang Lori

KUANTAN  - Seorang pemuda maut selepas kereta yang dinaiki beliau bersama tiga rakannya merempuh belakang sebuah lori di sebuah stesen minyak dekat Kampung Pandan, jalan pintasan Kuantan di sini, pagi tadi.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata S. Saravanan, 18, yang duduk bahagian belakang kereta itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi semasa Saravanan dan rakan-rakannya itu sedang dalam perjalanan dari arah Pelabuhan Kuantan menuju ke Gambang.

Katanya kereta yang dipandu K. Yogeswaran, 22, itu merempuh bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan, dan akibat rempuhan, kereta itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar tembok simen stesen minyak di kiri jalan.

"Saravanan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga rakannya cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainalabidin berkata mayat Saravanan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Staf Syarikat Telekomunikasi Digilis Digeret Lori Tanah


Inalillahi wainailaihi rojiun


KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan syarikat telekomunikasi berusia 52 tahun maut akibat digilis dan diheret beberapa meter oleh sebuah lori tanah yang gagal mengelak di Jalan Lingkaran Tengah 2 Ampang, di sini, pagi semalam.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, ketika kejadian pada jam 8.50 pagi itu, mangsa Naharudin Long, berasal dari Hulu Langat, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.


“Mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Taman Keramat menaiki motosikal sebelum bergesel dengan sebuah kereta menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan terjatuh, kemudian sebuah lori tanah yang berada di belakang motosikal itu gagal mengelak lalu merempuh mangsa dan mengheretnya beberapa meter.

“Menyedari kejadian itu, pemandu lori terbabit memberhentikan kenderaannya dan mendapati mangsa tersangkut di bawah lorinya,” katanya.

Menurutnya, pihak bomba kemudian sampai di tempat kejadian dan mengeluarkan mayat mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, kes itu diklasifikasikan bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Al-Fatihah...

Sumber: Sinar Harian
              ntv7

Friday, December 2, 2011

Tubuh Terputus Dua Dirempuh Bas Persiaran



KULAIJAYA – Seorang pekerja warga Bangladesh maut dalam keadaan menyayat hati setelah tubuhnya terputus dua akibat dirempuh sebuah bas persiaran di KM 49.9 Lebuhraya Utara-Selatan di Sedenak, di sini kira-kira jam 8 pagi, semalam.


Kejadian itu menyebabkan bahagian pusat hingga kaki mangsa tercampak ke bahu jalan, manakala bahagian kepala hingga perutnya tersangkut pada bahagian hadapan bas yang sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Johor Bah­ru-Singapura.

Kemalangan ngeri itu turut menyebabkan dua rakan mangsa yang bersamanya ketika kejadian mengalami kecederaan parah dan sedang mendapatkan rawatan di hospital ber­­ham­­piran.

Salah seorang penumpang, Valambal, 60 berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum terjatuh dari tempat duduknya dan terhumban ke arah hadapan bas bersama beberapa penumpang lain.

“Dia (pemandu) tidak dapat mengelak pekerja berkenaan lalu melanggarnya sebelum memberhentikan bas dan ketika itu ramai penumpang yang terjatuh ke hadapan bas.

“Ketika kejadian saya duduk di barisan ketiga di belakang pemandu, yang lain-lain (penumpang) selamat dan hanya alami luka ringan,” katanya.

Sementara itu, pemandu bas yang dikenali sebagai Ahmad berkata, kejadian berlaku amat pantas menyebabkan dia tidak sempat mengelak dari melanggar mangsa, namun berjaya mengawal kenderaan daripada menyebabkan terbalik ke bahu jalan.

“Kejadian ini mengejutkan saya, namun saya berasa sedikit lega kerana selamat mengelak dari melanggar pembahagi jalan dan mengawal kenderaan supaya tidak terbalik,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berpunca daripada pemandu bas yang melanggar lori kenderaan pekerja yang sedang menjalankan kerja pembaikan pada bahu jalan terbabit.

Katanya, kesemua 20 penumpang dan pemandu terselamat.

Sumber: Sinar Harian

13 Penumpang Bas Kuala Tahan Ekspress Terselamat


TEMERLOH – Seramai 13 penumpang sebuah bas ­ekspres milik syarikat Kuala Tahan Ekspress terselamat ­selepas kenderaan dinaiki dari Kuala Perlis ke Jerantut terbabas di Kilometer 109.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, kejadian jam 6.30 pagi itu berlaku apabila pemandu bas, Saifulhamizi Mohamad, 31, gagal mengawal kenderaan terbabit sebelum bergesel ­dengan besi pengadang jalan di kiri jalan.

Menurutnya, akibat pergeseran badan bas dengan besi pengadang jalan mengakibatkan bas menggelongsor ke ­tebing lebuh raya terbabit.

“Bas terbabit hanya ter­babas dan tidak terbalik dan semua 13 penumpang yang ada tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sewaktu dihubungi semalam.

Mohd Nor berkata, ­pemandu bas yang berasal dari Bandar Pusat Jengka, Maran, mempunyai lesen memandu yang sah, kejadian berlaku di laluan lurus, sehala dan dua ­lorong serta ketika keadaan cuaca baik dengan permukaan ­jalan kering.

Mohd Nor menasihati semua pengguna jalan raya di daerah ini supaya memandu dengan lebih berhati-hati ter-utama ketika keadaan cuaca yang tidak menentu di Pantai Timur sejak kebelakangan ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nor menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka terutamanya ketika musim cuti sekolah ketika ini.

Sumber: Sinar Harian

Pemandu Myvi Maut Terbabas


Inalillahi wainailaihi rojiun
BENTONG – Seorang lelaki maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 17.3 Jalan Bentong-Raub dekat sini dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa dikenali sebagai, Azhar Mohd Noor, 40, beralamat di Taman Bukit Koman, Raub.

 Menurutnya, mangsa yang memandu seorang diri kereta jenis Myvi dalam perjalanan dari Raub menuju ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum masuk ke dalam longkang, seterusnya melanggar tebing tanah dan naik semula ke bahu jalan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Menurutnya, semasa kejadian berlaku keadaan jalan lurus, namun suasana gelap kerana tiada lampu.

 “Kejadian disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat lanjut diminta menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya

Al-Fatihah...

Sumber: Sinar Harian

Thursday, December 1, 2011

Sepasang Warga Emas Maut


Inalillahi wainailaihi rojiun

LIPIS - Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 9 Jalan Lipis-Merapoh kira-kira jam 8.20 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Normah Awang, 61, penumpang hadapan kereta Wira meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, Hamzah Zakaria, 58, juga pemandu kereta meninggal dunia di Hospital Lipis.

Menurutnya, dua lagi mangsa, Hasliza Talib, 33, dan anaknya, Alif Saparen, 2, menaiki kereta Kia Citra turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Lipis.

“Kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila kereta Kia Citra yang dipandu oleh suami Hasliza, Saparen, 35, datang dari arah Merapoh ke Kuala Lipis telah hilang kawalan dan terbabas.

“Dalam masa sama. kereta Proton Wira yang dipandu Hamzah datang dari arah Lipis ke Merapoh menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abdul Razak berkenaan, akibat pertembungan itu, Normah, mengalami kecederaan di bahagian tengkuk dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian, manakala Hamzah meninggal dunia di Hospital Lipis akibat kecederaan parah di dada.

Menurutnya, jenazah suami isteri berkenaan telah di bawa ke Hospital Lipis bagi urusan bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di Kuala Medang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta berhubung dengan Inspektor Mazrie Ismail di talian 09-312 2222 bagi membantu siasatan.

Abdul Razak berkata, keadaan jalan yang sedang dibaik pulih (jalan batu kasar) dipercayai menjadi punca pemandu gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

“Walaupun telah diletakkan papan tanda amaran berkaitan kerja-kerja menaik taraf laluan berkenaan, namun keadaan jalan yang tidak rata dan gelap mungkin menjadi punca pemandu gagal mengesan kerja baik pulih itu,” katanya.

Al-Fatihah...

Sumber: Sinar Harian

Kemalangan Bas Sekolah Pendidikan Khas

 
ALOR GAJAH: “Mujur saya tak panik apabila beberapa guru yang duduk di bahagian depan dan belakang saya menjerit dengan kuat apabila melihat sebuah kereta tiba-tiba muncul di satu selekoh tajam,” kata Mohd Hafiz Ismail, 22 (gambar kecil), mengenai kemalangan membabitkan bas sekolah dipandunya dengan sebuah kereta di selekoh Kampung Telok Belanga, Kuala Sungai Baru, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, Mohd Hafiz bersama 44 penumpang termasuk 38 pelajar sekolah pendidikan khas dan enam guru pengiring mereka berdepan detik cemas akibat perlanggaran kuat itu yang turut menyebabkan pemandu kereta berusia 20-an parah apabila keretanya remuk teruk. Difahamkan, sebelum kejadian, bas sekolah terbabit dalam perjalanan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Taman Desa Bayu, di sini, selepas mengadakan lawatan sehari di Jasin.

Menurut Mohd Hafiz, dia cuba memaut stereng ke kiri, namun belum sempat berbuat demikian kereta berkenaan yang datang dari arah Kuala Sungai Baru meluncur laju dan merempuh bahagian hadapan kanan bas.

“Beberapa guru yang duduk di bahagian hadapan menjerit kepada saya supaya mengelak dari terus melanggar kereta itu namun saya cuma mampu mengelak ke kiri jalan.

“Dalam keadaan cemas saya sedar di sebelah kiri jalan terdapat penghadang besi dan gaung, jika saya gagal kawal bas dengan baik berkemungkinan boleh meragut 44 nyawa yang ada dalam bas,” katanya.

Katanya, akibat perlanggaran kuat itu beberapa pelajar berusia antara tujuh dan 12 tahun tersungkur di atas lantai dan di bawah kerusi manakala kereta berkenaan berpusing beberapa kali.

“Apabila berjaya memberhentikan bas dan memastikan semua penumpang selamat dan tidak cedera saya turun melihat keadaan pemandu kereta yang tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan orang ramai dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan.

“Sementara itu, saya dan beberapa guru pengiring terpaksa menahan beberapa buah bas kilang untuk menghantar pelajar tadi pulang ke PDK yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, dia bersyukur kerana mereka semua terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Saharuddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu dan mengesahkan tiada kemalangan jiwa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-556 3222 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: myMetro

Lori Tanah Tiga Tan Rempuh Enam Kenderaan


IPOH – Akibat brek tidak fungsi, sebuah lori seberat tiga tan muatan tanah telah merempuh enam kenderaan pelbagai jenis di Jalan Raja Nazrin Shah, dekat Medan Gopeng, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, pemandu lori berusia lingkungan 50 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kenderaan yang terlibat adalah Proton Wira, Honda Civic, Toyota Hilux, Toyota Unser, Toyota Vios dan Mercedes Benz. Dipercayai ada pemandu yang cedera ringan namun, tiada laporan dilakukan.

“Kesemua kenderaan berkenaan berada di lorong kiri menuju ke pusat bandar raya.

"Sementara lori itu akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sumber: Sinar Harian

Penunggang Motosikal Maut Digilis Kereta



ALOR SETAR - Seorang penunggang motosikal maut digilis kereta apabila motosikalnya terjatuh setelah bergesel dengan sebuah kereta lain datang dari arah yang sama sekitar jam 7.30 malam kelmarin.

Mangsa, Ooi Say Hian, 35, dari Taman Sri Merbok, Tokai, Pendang dikatakan gagal mengawal motosikalnya sewaktu ingin mencelah antara dua kereta yang sedang menghala dari Sungai Petani ke Kepala Batas.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, kejadian berlaku di persimpangan tiga lampu isyarat baru Tandop.

Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa gagal mengawal motosikalnya apabila mahu meneruskan perjalanan setelah lampu isyarat bertukar hijau.

“Pada mulanya, mangsa bergesel dengan kereta di sebelah kanan kemudian terbabas ke laluan kiri dan terjatuh serta digilis kereta jenis Proton Saga Iswara itu.

“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia sewaktu tiba di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Dua Motosikal Bertembung


HULU BERNAM – Seorang penunggang motosikal patah kaki kanan dan tangan kanan setelah bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan dalam kemalangan di Jalan Besar Hulu Bernam dekat Taman Goldenwood di sini malam semalam.

Kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu dipercayai berlaku apabila kedua-dua motosikal terbabit cuba memotong kenderaan di hadapan mereka sebelum bertembung.

Saksi kejadian, B Vikneswaran, 28, yang mengenali mangsa berkata, Palani dalam perjalanan dari arah Bernam Jaya dikatakan gagal mengelak motosikal ditunggang seorang mekanik yang datang dari arah Tanjung Malim, Perak.

“Ramai orang yang terdengar bunyi dentuman kuat dan bergegas ke tempat kejadian dan kami dapati kedua-dua mangsa terbaring di atas jalan.

“Orang awam yang berada di tempat kejadian segera menghubungi ambulans yang sampai lima minit kemudian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, Palani berasal daripada Tanjung Malim dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Manakala mekanik terbabit yang hanya dikenali sebagai Bunga, 20-an dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kedai aksesori kereta di Tanjung Malim ke rumahnya di Kalumpang, dekat sini.

Palani mengalami kecederaan parah dan patah kaki dan tangan kanan sementara Bunga cedera di muka, bagaimanapun dia dilihat tidak banyak bergerak.

Kedua-dua mangsa diberi bantuan kecemasan sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, November 30, 2011

Suami Isteri Maut Bertembung Van

Inalillahi wainailaihi rojiun

30 November 2011
KUANTAN: Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van di Kilometer 9 Jalan Lipis-Merapoh, malam tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata pemandu kereta, Hamzah Zakaria, 58, meninggal dunia di Hospital Lipis manakala isteri mangsa, Normah Awang, 61, maut di tempat kejadian.

Katanya, dalam kejadian pukul 8.20 malam itu, kenderaan yang dinaiki suami isteri berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Kuala Medang dari bandar Lipis.

Menurutnya kenderaan mangsa dipercayai bertembung dengan sebuah van yang datang dari arah bertentangan yang telah terbabas ke laluan kereta mangsa.


Mohamed Fauzi berkata pemandu van berkenaan hanya cedera ringan.


Katanya keadaan jalan di tempat kejadian lurus dan dalam proses pembaikan. - Bernama

Al-Fatihah

Sumber: myMetro

Dua Maut Pertembungan Wira dan D-Max

KUDAT: Dua orang maut dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di KM 3.5, Jalan Bak-Bak dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Jamaludin Hussin berkata mangsa dikenali sebagai Mariati Johari, 25, yang merupakan pemandu kereta Wira itu dan penumpangnya Jaiddy Jaafar, 24.

Empat penumpang lain dalam kereta itu hanya cedera ringan, katanya ketika dihubungi.

Jamaludin berkata pemandu pacuan empat roda D-Max tersebut, Christine Vun Chau Hing dan anak perempuannya Lo Lee Fah @ Vivian pula mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Kudat.

Katanya kedua-dua kenderaan itu bertembung antara satu sama lain di laluan bertentangan. - Bernama

Sumber: myMetro

Treler Terhumban Dalam Sungai


November 30, 2011
 ALOR GAJAH - Seorang pemandu treler bersama ­rakannya nyaris maut selepas kenderaan berat yang dipandu terbabas dan terhumban ke dalam sungai di Jalan Kampung Panchor, Durian Tunggal, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian yang ­berlaku kira-kira jam 2.30 ­petang itu, mangsa, Rosli Mat Tan, 38, bersama seorang ­rakan berusia 35 tahun dalam perjalanan dari Krubong ­menuju ke Gemas untuk mengambil getah yang sudah diproses untuk dihantar ke Port Klang.

Menurutnya, dia memandu perlahan kerana jalan raya basah selepas hujan.

“Sebaik menuruni bukit yang berselekoh, saya tekan brek tetapi tidak berfungsi ­sebelum treler yang dipandu hilang kawalan.

“Akibat panik, saya ­bertindak memaut stereng ke kanan jalan menyebabkan ­treler terhumban ke sungai,” katanya.

Rosli berkata, dia tercampak keluar dari cermin hadapan dan tidak sedarkan diri sebelum dibantu orang awam.

“Mujur ketika kejadian ­tiada kenderaan lain yang ­melalui jalan itu, jika tidak pasti kejadian menjadi lebih teruk,” katanya.

Katanya, sebelum memulakan perjalanan, dia sudah melakukan pemeriksaan ke atas treler seperti hari ­kebiasaannya malah lokasi ­kejadian adalah laluan yang sudah biasa dilalui untuk menjalankan urusan kerja.

Sementara itu menurut saksi kejadian, Ismail Hashim, 44, dia dikejutkan dengan ­dentuman kuat ketika berada di rumah yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Saya terus keluar dan mendapati treler tanpa muatan itu sudah terhumban di dalam sungai manakala ­pemandu serta kelindannya tercampak dari treler terbabit.

“Saya membantu mangsa yang mengalami kecederaan ringan sebelum hubu­ngi ta­lian kecemasan,” katanya.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah menggunakan ambulans untuk menerima rawatan.

Sumber: Sinar Harian

Penunggang Motorsikal Tercampak Lima Meter



November 30, 2011
SEREMBAN - Seorang lelaki maut setelah tercampak sejauh kira-kira lima meter selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Mantin Batu 14, Mantin dekat sini, kelmarin.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, G Kalidas, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

“Pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss itu, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Prenathan, 26, turut dilaporkan cedera parah.

“Mayat Kalidas dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat, manakala rakannya yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kemala­ngan dipercayai berlaku apabila motosikal dalam perjalanan dari arah Mantin ke Semenyih, Selangor bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan semasa cuba memotong beberapa kenderaan lain di depannya.

Katanya, mangsa gagal mengawal motosikalnya di selekoh berhampiran tempat kejadian sebelum berlanggar dengan lori yang menghala ke Seremban.

“Keadaan jalan yang licin disebabkan hujan turut dipercayai menjadi antara punca Kalidas tidak dapat mengawal motosikalnya,” kata­nya.

Beliau berkata, pemandu lori yang berumur 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan keterangannya telah diambil untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang, mengesahkan keja­dian berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

pejalan kaki dilanggar dua

November 30, 2011
KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki terbunuh selepas dilanggar dua buah kereta di Jalan Besar, Serdang Raya, dekat sini malam tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt Zulkifli Jonit, berkata dalam kejadian pada 11.10 malam tadi, K Kanisin, 58, dikatakan sedang melintas jalan sebelum dilanggar.

"Pada mulanya mangsa dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah Seri Kembangan. Kemudian mangsa tercampak ke laluan bertentang sebelum dilanggar oleh sebuah lagi kereta," katanya.

Zulkifli berkata Kanisin, yang berasal dari Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala. - Bernama

Sumber: myMetro

Video Kemalangan Jalan Raya November 2011



3 Mati, 5 Parah - Kemalangan Pekerja Warga Asing




11.11.11 - Kemalangan Maut Bas/Treler, SMK Air Merah, Kulim




11.11.11 - Kemalangan Maut Bas/Treler, SMK Air Merah, Kulim




Kemalangan di Bukit Tangga




Kemalangan Kereta Api Langgar Lori Tangki di Kota Kinabalu




Kemalangan di Jln Sg. Pusu, melibatkan sebuah Lori Tanah, Van JHEOa dan Proton Persona pada 17 November 2011 kira kira jam 12 t/hari



Kemalangan Lori 12 - 11 - 2011




kemalangan depan menara TM 11/11/11




Kemalangan di muar jalan omri





KEMALANGAN MAUT YG BERLAKU PADA 26/11/2012 PAJA JAM LEBIH KURANG 8.30PG DI LEBUHRAYA PASIR .MAS - RANTAU PANJANG...




Berlaku sekitar 7.50pm-8 pm di Jalan Padang Tembak (simpang jambatan Taman Jaya) yang meragut 2 nyawa suami isteri pada 19/11/11




Kemalangan di km256 arah selatan pd 14/11/2011




Lima Kemalangan Dalam Tempoh 2 Jam Di Lokasi Sama Bukit Tagar




Kemalangan berdekatan Bulatan Kayangan Shah Alam
(10112011-7.30am)





Kemalangan di KM24 Tuaran Road Sabah 05 11 2011




Maut Tercampak Dalam Loji Najis.





November 26, 2011 Penuntut kampus UiTM Seri Iskandar Maut

Tuesday, November 29, 2011

Remaja Maut Bertembung Kia Spectra


November 29, 2011
BENTONG – Seorang remaja maut dalam ­kemalangan yang berlaku di Kilometer 9.8 Jalan Bentong-Raub berhampiran Kilang Lee Rubber petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa, Bakri Bah Hit, 17, beralamat di Pos Titon, Kuala Lipis ­menunggang motosikal jenis Yamaha LC seorang diri dari arah Bentong ke Raub. Menurutnya, ­setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Kemudian bertembung dengan sebuah kereta Kia Spectra yang dinaiki dua orang termasuk pemandu dan penumpang dari arah Raub ke Bentong.

“Akibat pertembungan itu, mangsa ter­perosok di bawah kereta tersebut dan terpaksa di­keluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bentong,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, mangsa ­mengalami kecederaan parah di bahagian ke­pala dan disahkan mati di tempat kejadian. Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga. “Siasatan masih d­iteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Monday, November 28, 2011

10 Penumpang Bas Awam Nyaris Maut


November 28, 2011
TERAP - Seramai 10 penumpang bas awam nyaris maut apabila kenderaan itu terbabas ke tebing jalan kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, bas yang dinaiki mereka datang dari arah Butterworth menuju ke Selama dan berhenti di perhentian bas Kulim untuk mengambil serta menurunkan penumpang.

Menurutnya, apabila tiba di selekoh Terap Batu 10, pemandu bas terkejut apabila banyak kereta berhenti kerana kerja membaik pulih jalan sedang dijalankan. Bagi mengelak berlaku
kemalangan lebih serius, pemandu bas cuba mengelak deretan kereta di hadapannya dan terbabas ke bahu jalan.

“Ke semua penumpang yang berada dalam bas tidak mengalami sebarang kecederaan, " katanya.

Dia memuji sikap pemandu bas yang cuba sedaya upaya mengelak dari berlaku kemalangan.

"Mungkin dia tidak sempat membrek kerana deretan kereta berhenti di tengah jalan raya.

“Bagaimanapun kami bersyukur kerana semuanya selamat. Saya meminta kerjasama agensi yang ingin membuat kerja baik pulih jalan supaya meletakkan papan tanda lebih jauh supaya dapat memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain, ” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Maut Digilis Lori


November 28, 2011
KRUBONG - Hajat seorang pemuda untuk bermain futsal bersama rakan-rakannya tidak kesampaian apabila maut digilis lori semasa dalam perjalanan menuju ke gelanggang futsal di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, mangsa, Jackson Basiri, 21, yang berasal dari Sabah, menunggang motosikal yang kemudian sebelum bergesel dengan sebuah lori dari arah Pantai Belimbing, Durian Tunggal, menghala persimpangan lampu isyarat Krubong/Lebuh SPA.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, lori terbabit yang datang dari arah sama terbabas sendiri ke kiri jalan lalu bergesel dengan motosikal ditunggang mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Alor Gajah.

“Pemandu lori dipercayai cuba memintas motosikal ditunggang mangsa sebelum mangsa terjatuh ke atas jalan yang kemudian digilis tayar bahagian belakang kiri lori berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian badan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Lori Langar Lari

RANTAU PANJANG - Seorang pekerja syarikat swasta meninggal dunia kelmarin setelah lebih sebulan bersabung nyawa melawan kecederaan parah yang dialami akibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 3, Jalan Shapadu dari arah Rantau Panjang menghala Bandar Sultan Sulaiman.

Mangsa, Misnan Tembol, 50, dari Jalan Genting yang bekerja di sebuah syarikat meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi di Hospital Sungai Buloh ketika masih menerima rawatan.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di syarikat terbabit yang beroperasi di Pelabuhan Klang.

“Motosikal yang ditunggang mangsa telah bergesel dengan sebuah lori menyebabkan motosikal tersebut gagal dikawal lalu terbalik ke tengah jalan.

“Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital. Lebih sebulan menerima rawatan bagaimanapun mangsa menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 3.30 petang di hospital yang sama,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat kemalangan berkenaan.

“Sehingga kini polis masih mengesan pemandu lori tersebut yang dipercayai melarikan diri sejurus kejadian berlaku.

“Selain itu, kita turut meminta bantuan orang awam yang menyaksikan kejadian ini tampil memberi maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nor Zaharuddin Sanip di talian 03-32902222,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Penumpang Bas Ekspres Dilanggar Lari



November 28, 2011
SUNGAI BULOH - Seorang warga emas menjadi mangsa langgar lari di Restoran Jejantas Sg Buloh, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa Siti Eshah Kali, 55, bersama anaknya, Normaizatul Akmal Salam, 18, dan Badrul Amin, 15, dalam perjalanan pulang ke Klang, setelah menghadiri kenduri di Taiping, Perak.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Supritendan Azmi Mansur berkata, bas ekspres dinaiki mangsa berhenti di Restoran Jejantas Sg Buloh, berhampiran stesen minyak dan keluarga itu turun untuk ke tandas.

Menurutnya, ketika berada di dalam tandas, kedua beradik itu terdengar jeritan di luar, lalu ke tempat kejadian dan mendapati ibu mereka terbaring dengan kecederaan parah di kepala.

Beliu berkata, siasatan polis pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), gagal mengecam nombor kenderaan terbabit kerana had pe­ngawasan CCTV adalah terhad.

“Bagaimanapun, kami berjaya mengenal pasti syarikat lori dipercayai lori ais yang ia terus meninggalkan tempat kejadian sebaik kemalangan berlaku, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.

Al-Fatihah...

Sumber: Sinar Harian

Sunday, November 27, 2011

Penuntut kampus UiTM Seri Iskandar Maut



Inalillahi wainailaihi rojiun

November 27, 2011
IPOH - Dua penuntut UiTM Seri Iskandar maut apabila kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori muatan tempurung kelapa sawit di Kilometer 7 Jalan Ipoh-Lumut, pagi semalam.


Mangsa, Muhammad Hilmi Md Yusoff, 21, dari Taman Perpaduan Ulu Kinta dan Ain Nadiea Baharuddin, 21, dari Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan adalah penuntut jurusan Ijazah dan Diploma Ukur Bahan di universiti berkenaan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, kedua- dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Lumut.

“Siasatan awal mendapati, kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Muhammad Hilmi dari arah Jelapang menghala ke Lumut dipercayai memotong kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Mangsa yang gagal mengawal kenderaan bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Lori terbabit turut terbabas akibat pelanggaran itu namun pemandunya terselamat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam perkembangan sama, Wan Shahruddin berkata, pemandu kereta jenis Honda CRV turut melanggar bahagian belakang Kancil namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua-dua mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.

“Mayat mangsa dihantar di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

Polis akan meneruskan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut.

Ain Nadiea penuntut cemerlang

TUNANG kepada kakak Ain Nadiea yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, sepatutnya mangsa pulang ke rumah mereka di Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan pagi semalam.


“Bagaimanapun, arwah tidak berbuat demikian sebaliknya menuju ke Lumut bersama rakan baiknya itu.

“Namun kira-kira jam 10 lebih kami menerima panggilan daripada abang menyatakan arwah terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB.

Katanya, Ain Nadiea adalah anak bongsu daripada lima adik beradik dan seorang penuntut cemerlang dalam jurusan yang diambil.

“Malahan, kini arwah sibuk mengambil kursus ekspres bagi menamatkan program diploma supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam kursus yang sama.

“Berkemungkinan juga arwah bersama rakannya dalam perjalanan ke kampus untuk menghadiri kelas bagi kursus itu,” katanya.

Berhubung kaitan hubungan Ain Nadiea dan Muhammad Hilmi beliau berkata, mereka berdua sudah saling mengenali sebelum melanjutkan pelajaran di UiTM.

Menurutnya, keluarga mereka juga mengenali Muhammad Hilmi yang dikatakan teman istimewa kepada Ain Nadiea.



Pemandu lori masih terkejut

“KELIBAT kereta Kancil yang cuba memotong kenderaan lain membuat saya tersentak sehingga menyebabkan lori yang dipandu terbabas ke arah jalan bertentangan serta melanggar pengadang jalan.”

Itulah luahan pemandu lori, AGopi, 31, yang terselamat dalam kemalangan maut itu.


Beliau yang sudah sembilan tahun memandu lori berkata, kejadian kemalangan itu adalah pertama kali berlaku dalam hidupnya.

“Saya cuba mengelak daripada melanggar kereta itu namun gagal.

“Kejadian itu juga berlaku hanya dalam sekelip mata,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang menyebabkan dua maut serentak.



VIDEO



Al-Fatihah...

Sumber: Sinar Harian
             ntv7
             myMetro

Rebah Melihat Mayat Suami


Inalillahi wainailaihi rojiun

November 27, 2011
RANTAU PANJANG – Seorang isteri rebah sebaik melihat mayat suaminya yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Serai Lima, Lebuh Raya Rantau Panjang-Pasir Mas, kira-kira jam 8.50 pagi semalam.

Kereta jenis Persona dipandu mangsa dari Pasir Mas ke tempat kerja itu, terbabas dan terbalik sebelum tersekat pada sebatang pokok di laluan bertentangan.

Noraini Othman, 42, berkata, dia tidak menyangka suaminya maut kerana rakan yang pergi mengambilnya di Kampung Aur Duri memaklumkan dia terlibat dengan kemalangan.

Noraini berkata, sebaik sampai di tempat kejadian, dia benar-benar terkejut melihat sekujur tubuh suaminya yang kaku di tepi jalan sebaik dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari keretanya .

Menurutnya, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan pada hari-hari terakhir sebelum terlibat kemalangan.

“Pagi tadi, dia sempat menjamah sarapan mihun goreng bersama dengan ‘teh o’ yang saya sediakan sebelum ke tempat kerja kira-kira jam 8.30 pagi. Selalunya pun suami akan keluar pada waktu yang sama ke tempat kerja dan kemudiannya akan memeluk saya sebelum keluar,” katanya kepada Sinar Harian di tempat kejadian.

Noraini berkata, suaminya juga sempat meluahkan rasa sayang yang jarang dilakukan sebelum ini sebelum ke tempat kerja.

Menurutnya, dia tidak mengesyaki apa-apa di sebalik ungkapan tersebut sehinggalah sampai di tempat kejadian.

“Pa (suami )sayang sayang (panggilan untuk isteri), sangat- sangat,” itulah luahan suami sebelum keluar pagi tadi.

Biar pun agak terkejut dengan tragedi menimpa suaminya, namun Noraini redha dengan ketentuan Ilahi suaminya maut dalam kemalangan itu. Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba Pasir Mas, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian kira-kira jam 8.57 pagi.

Menurutnya, bomba bersama tujuh anggota ke tempat kejadian mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

“Sampai di tempat kejadian, kami dapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum mulakan kerja mengeluarkan mangsa.

Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan pihak bomba berusaha keluarkan masa berikutan kereta tersekat pada pokok dan remuk teruk,” katanya.

Turut serta dalam operasi ini, empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Rantau Panjang diketuai Koperal Zuzilawati.

Al-Fatihah

Sumber: Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount