Friday, December 6, 2013

Bayi 10 bulan antara tiga maut kemalangan



Inalillahi wainailaihi rojiun

6 Disember 2013
REMBAU: Tiga termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Km244.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke selatan hari ini.


Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, pemandu bas persiaran warga Singapura Ahmad Zaki Kassim, 33, dan Rasidah Abdul Latip, 30, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak Rasidah yang berusia 10 bulan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.







Sementara suami Rasidah, Khairul Nazri Yusof, 34, dan seorang penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku apabila sebuah lori tangki yang dalam perjalanan dari Seremban menuju selatan dipercayai hilang kawalan dan berpusing.

Katanya akibat itu lori berkenaan kemudian merempuh kereta Myvi yang dinaiki Rasidah bersama suami dan anak mereka serta dan sebuah teksi.

"Kereta Myvi yang dipandu Khairul Nazri terperosok di belakang lori tangki itu sebelum dirempuh pula teksi berkenaan," katanya di lokasi kejadian.





Jurucakap itu berkata tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori seberat 16 tan, sebuah bas persiaran dan sebuah motosikal yang mengekori dari belakang turut merempuh lori tangki itu.

"Bas persiaran yang tidak berpenumpang itu yang dipandu Ahmad Zaki melanggar bahagian badan lori tangki berkenaan sebelum lori lain yang membawa bahan binaan dan sebuah motosikal turut melanggarnya," katanya.

Katanya pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/
http://www.astroawani.com/news/show/tiga-termasuk-bayi-maut-dalam-kemalangan-di-rembau-26574
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131207/dn_08/Bayi-10-bulan-antara-tiga-maut



3 Saudara maut kemalangan



Inalillahi wainailaihi rojiun

6 Disember 2013
Kota Bharu: Tiga bersaudara termasuk ibu dan bayinya berusia dua minggu yang dalam perjalanan pulang selepas majlis bercukur, maut selepas kereta kancil yang dinaiki dirempuh dari belakang oleh sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina menyebabkan kedua-dua kenderaan itu 'melekat' di kedai burung dan kedai makan dalam kejadian di Jalan Chica, di sini.





Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Zabidah Dollah 58, dan cucu saudaranya maut di tempat kejadian selepas tercampak beberapa meter dari kereta manakala ibu bayi berkenaan, Siti Maimunah Abdullah maut dalam perjalanan ke hospital.

Bapa bayi itu yang juga pemandu kereta dilaporkan cedera parah dan sedang menerima rawatan.

Semua mangsa termasuk Pemandu MPV, Kamarizan Mat Yaman, 31, yang dilaporkan cedera dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Trageditigasaudara//Article?HarianMetro
http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Bayi_Berusia_17_Hari_Antara_Tiga_Maut.html



Tiga kereta Lamborghini terbakar



6 Disember 2013
SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.





Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.



Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.

Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.






VIDEO: 
Tiga kereta Lamborghini terbakar



Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/tiga-lamborghini-hangus-di-lebuh-raya-1.227995
http://www.hmetro.com.my/articles/3Lamborghiniberkecaidijalan/Article
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TigaLamborghinihangusdalamnahasdekatSeremban/Article/?bh&y
http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/3_Kereta_Mewah_Milik_Warga_Singapura_Rentung.html


Lori plastik terbalik



6 Disember 2013
BALING - Sebuah lori muatan plastik terbalik di Jalan Gerik berdekatan Kampung Kemangi kira-kira jam 12.30 pagi, semalam.

Pemandu lori yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Baling itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbalik di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kawasan itu sering berlakunya kemalangan terutama kenderaan berat.

“Jadi, kita berharap pemandu lori khususnya lebih berhati-hati, kerana ia turut akan memberikan kesan kepada pemandu lain,” katanya.

Sebelum ini, banyak kes kemalangan kenderaan berat di kawasan itu dan kebanyakan punca kemalangan adalah disebabkan hilang kawalan sebelum terbabas.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/lori-muatan-plastik-hilang-kawalan-1.227955



Thursday, December 5, 2013

Pekerja SWM maut dilanggar lari



5 Disember 2013
TAMPIN – Seorang pekerja SWM Environment Sdn Bhd (SWM) maut dipercayai dilanggar lari di persimpangan lampu isyarat pekan Tampin, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa, V Thamaselvam, 54, dalam perjalanan ke tempat kerjanya dengan berjalan kaki dari rumahnya di Taman Gunung Mas Tampin Jaya menuju ke Tampin.

Menurut adik mangsa, V Selvabala, 48, setiap hari abangnya akan bersiap-siap keluar dari rumah sekitar jam 6 pagi untuk bersarapan di kedai sebelum memulakan tugas kira-kira 7 pagi.

“Memang setiap hari saya berjumpa dengan abang kerana kami bekerja di tempat sama dan saya juga sering menghantar abang pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja. Kali terakhir saya menghantar abang ialah pada Isnin lalu.

“Semalam (kelmarin) saya bercuti dan tidak berjumpa dengan abang, namun pada Isnin lalu abang tidak menunjukkan kelakuan pelik ketika dihantar pulang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika di lokasi kemalangan,  semalam.

Selvabala berkata, abangnya sudah 10 tahun bekerja dengan SWM dan sebelum itu dia bekerja dengan Majlis Daerah Tampin (MDT) selama 22 tahun.

Mangsa meninggalkan seorang balu, Rajendamalar, 54, manakala anak kedua mangsa, Krishnama, 24, merupakan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gemas.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian dan meminta saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ridhwan Ghazali di talian 06-4412570.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pekerja-swm-maut-dilanggar-lari-1.227575



11 kereta dilanggar lori bijih besi



5 Disember 2013
JERANTUT- Sebuah lori yang sarat dengan muatan bijih besi bertembung dengan 11 kereta apabila gagal menekan brek ekoran jalan utama di Kilometer 19 jalan Jerantut-Kuala Lipis itu dinaiki air sedalam 0.8 meter petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Azid Ismail berkata, kejadian pada jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori muatan bijih besi itu yang datang dari arah Kuala Lipis gagal memberhentikan kenderaan pada jarak 150 meter.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa  lima kenderaan dari arah Jerantut dan enam kenderaan dari arah kuala lipis  menunggu giliran untuk bergerak ekoran air naik.

“Semasa sedang menunggu giliran untuk melalui jalan itu tiba-tiba datang lori muatan bijih itu yang dipercayai dipandu laju hilang kawalan terus merempuh kenderaan yang berada di hadapan.

“Sebanyak 11 buah kenderaan mengalami kerosakan teruk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beberapa orang dalam kenderaan itu mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Jerantut dan Kuala Lipis sebagai pesakit luar,” katanya

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/11-kereta-dilanggar-lori-bijih-besi-1.227533



Wednesday, December 4, 2013

Adik bakal pengantin maut



Inalillahi wainailaihi rojiun

4 Disember 2013
LEMBAH BERINGIN - Seorang adik kepada bakal pengantin perempuan maut setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 410.3 arah Kuala Lumpur selepas susur masuk Plaza Tol Lembah Beringin, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Noor Syaliny Ab Sani, 21, maut akibat tersepit di tempat duduk belakang kereta jenis Toyota Corrolla sementara pemandu, Nasarul Zaharin Nasaruddin, 28, dan tunangnya, Noor Maznin Ab Sani, 27, hanya mengalami kecederaan di kepala.

Difahamkan, kedua-dua pasangan berkenaan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Disember ini dan beberapa kad jemputan turut ditemui berselerak di atas jalan berikutan kemalangan itu.

Sumber berkata, kemalangan berpunca dari kegagalan pemandu mengawal kenderaan ketika melalui jalan basah menyebabkan keretanya terbabas ke kiri jalan dan merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di bahu jalan.

"Kereta mangsa dipercayai berpusing-pusing sebelum melanggar lori yang membawa muatan khinzir itu," katanya.

Anggota Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pasangan berkenaan yang parah dikejarkan ke Hospital Slim River manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa dalam perjalanan dari kampung di Kuala Kangsar untuk ke Kuala Lumpur.

“Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kereta yang dipandu hilang kawalan disebabkan jalan basah dan licin kerana hujan lebat.

“Kereta berpusing beberapa kali sebelum merempuh sebuah lori yang (setakat ini) tidak diketahui nombor pendaftarannya,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan oleh Inspektor Maszaliza Ibrahim @ Othman di bawah Seksen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/adik-bakal-pengantin-maut-1.227144



Percutian tujuh sekeluarga bertukar tragedi



Inalillahi wainailaihi rojiun

4 Disember 2013
GEORGETOWN - Percutian tujuh sekeluarga dari Sungai Petani, Kedah ke negeri ini bertukar tragedi apabila dua daripada ahli kelurga mereka maut dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran dengan kawasan Pantai Jerejak disini petang semalam.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu mengorbankan seorang ibu dan anak lelakinya manakala tiga lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah van kilang dari arah bertentangan.

Saodah Hashim, 48, dan Nazirul Afif Mohd Bakri, 11, disahkan mati ditempat kejadian manakala tiga ahli keluarga yang lain yang mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, van kilang yang dipandu seorang lelaki berusia 40an itu hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta berkenaan.

Bagaimanapun pemandu terbabit mengalami kecederaan ringan.

Kesemua yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.

Pegawai Kanan Bomba II, Balai Jalan Perak, Kamaruzi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan dari Balai Bomba Bayan Baru kira-kira jam 3.15 petang dan sebaik tiba dilokasi kejadian mendapati terdapat mayat seorang kanak-kanak lelaki yang terbaring di atas jalan raya dipercayai terpelanting keluar dari kereta yang dinaiki mangsa.

Kamaruzi berkata, empat mangsa lagi tersepit didalam kereta jenis Proton Wira itu dan berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

“Sebaik tiba kita dapati darah berlumuran di atas jalan raya malah pihak bomba juga terpaksa memotong kereta terbabit bagi menyelamatkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu.

“Kita ambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa ekoran kereta itu remuk teruk dan kesemua mangsa di hantar ke HPP untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

“Kita akan jalankan siasatan sebaik mangsa berada dalam keadaan stabil dan kes ini disiasat mengikut Seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Al-Fatihah











Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/dua-beranak-maut-kemalangan-1.227217
http://carigold.com/




Tuesday, December 3, 2013

Remaja perempuan maut diseret lori 10 meter



Inalillahi wainailaihi rojiun

3 Disember 2013
KOTA BHARU - Hasrat seorang kakak untuk menghantar adiknya ke tempat kerja tidak kesampaian selepas adiknya maut dalam kemalangan di Simpang Tiga Tiong, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, penunggang, Nor Rashidah Mohd Sapawi, 24, mengalami kecederaan ringan manakala adiknya, Noraidawatie Irnie Mohd Sapawi, 19 parah dan maut di tempat kejadian, selepas motosikal yang ditunggang Nor Rashidah dirempuh sebuah lori muatan batu.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.45 pagi itu, menyebabkan kedua-duanya diseret hampir 10 meter sebelum pemandu lori itu menyedari melanggar motosikal terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komosioner Azham Othman, berkata, secara tiba-tiba lori berkenaan yang diparkir di bahagian kanan jalan menukar haluan ke kiri selepas motosikal yang ditunggang Nor Rashidah sampai di lampu isyarat Perodua dan melanggar belakang motosikal.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-duanya terjatuh dan diseret, namun penunggang hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar manakala pembonceng maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa yang maut di bawah ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut untuk urusan pengebumian.

“Pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa Mohd Sapawi Che Mat,48, berkata, Noraidawatie  yang merupakan anak kelima dari lapan beradik seorang yang peramah dan suka bergurau senda.

“Dia memang rapat dengan keluarga, namun tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum pemergiannya, hanya beberapa hari lalu dia gembira selepas diterima bekerja di KB Mall sebagai jurujual di pusat membeli belah terbabit.

“Apa pun saya redha dengan kejadian ini walaupun masih sedih dan terkejut dengan dan mengharapkan rohnya ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/hasrat-hantar-adik-tidak-kesampaian-1.226680



Dua remaja maut bertembung bas rombongan



Inalillahi wainailaihi rojiun

3 Disember 2013
KUALA NERUS – Dua remaja maut setelah motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas yang membawa seramai 31 penumpang di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Kampung Sungai Ikan, Tepuh, di sini.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang semalam itu, kedua-dua mangsa iaitu Mohd Asri Natrah, 16 dan Muhamad Farihin Taib, 14, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Berikutan kemalangan ngeri itu, laluan berkenaan sesak dengan kenderaan hampir tiga kilometer, ditambah pula hujan lebat.

Difahamkan ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang turut mempunyai pertalian saudara dan tinggal di Kampung Gemuroh, dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik selesai memukat di Sungai Ikan.

Bagaimanapun, semua 31 penumpang bas rombongan Majlis Islam dan Adat Melayu Perak dipandu lelaki berusia 61 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Honda Wave datang dari arah Felda Belara menghala ke Gemuroh.

“Ketika melalui Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu di Kampung Sungai Ikan itu, motosikal ditunggangi mangsa berusia 16 tahun, memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan.

“Berikutan kemalangan itu, kedua-dua mangsa yang masih bersekolah, maut serta-merta di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, menurut abang sepupu kedua-dua mangsa, Mohd Rosdi Mat Zin, mereka berdua merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti bersama memandangkan rumah mereka berdekatan antara satu sama lain.

“Memang aktiviti memukat ikan menjadi hobi mereka berdua setiap kali tibanya cuti sekolah terutama pada musim tengkujuh. Namun beberapa hari sebelum kejadian, kedua-duanya kelihatan akrab luar biasa dan sering dilihat bersama.

“Mungkin itulah petanda mereka akan pergi bersama buat selama-lamanya. Kami sekeluarga reda meskipun terpaksa menerima hakikat kehilangan dua ahli keluarga serentak dalam satu masa,” katanya.

Mohd Rosdi juga berkata, kedua-dua mangsa yang turut belajar di tempat sama, SMK Bukit Guntong itu sememangnya rapat sejak kecil.

Menurutnya, jenazah kedua-duanya akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Gemuroh.

Awal bulan lalu, sepasang suami isteri dari Pasir Puteh, Kelantan yang dalam perjalanan untuk menghadiri seminar di daerah ini turut maut di lokasi berhampiran, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian semalam.

Kedua-dua mereka yang menaiki kereta Perodua Viva, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah setelah kemalangan dengan empat kenderaan lain.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/sahabat-hingga-hujung-nyawa-1.226738



Monday, December 2, 2013

Dua rakan nyaris maut


2 Disember 2013
BUKIT BERUANG - Dua rakan termasuk seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar tembok sebelum berpusing di Jalan Bukit Beruang di sini, kelmarin.

Mangsa, dikenali sebagai Ayu, 20, dan rakan lelakinya berusia 22 tahun turut cedera di muka, tangan dan kaki dalam kemalangan yang berlaku berhampiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Difahamkan, mangsa datang dari arah Bukit Beruang menghala persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh di sini, sebelum kereta jenis Perodua Viva tersebut terbabas lalu melanggar tembok pagar MBMB.

Saksi, Mohd Hanif Arif, 25, berkata, dia yang berasal dari Puchong, Selangor dalam perjalanan ke sebuah rumah inap desa di Bukit Baru ketika kejadian, memandu seorang diri dan berada di belakang kereta mangsa.

“Ketika hendak berhenti di tepi jalan kerana mahu menelefon rakan bertanyakan lokasi rumah inap desa, tiba-tiba saya lihat kereta mangsa yang berada di hadapan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tembok sebelum berpusing sekali dan berhenti dalam keadaan bertentangan.

“Saya segera berlari ke arah mereka dan cuba membantu mengeluarkan pemandu sebelum seorang rakan lain datang membantu penumpang perempuan dan menghubungi nombor kecemasan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/nyaris-maut-kereta-langgar-tembok-mbmb-1.226387



2 maut dalam kemalangan berasingan


Inalillahi wainailaihi rojiun

2 Disember 2013
PASIR PUTEH - Dua wanita yang secara kebetulan mempunyai nama sama, maut dalam kemalangan berasingan iaitu Kampung Kandis dan Padang Pak Amat, di sini, kelmarin.

Hasmah Ab Rahman, 71, dari Kampung Sega, Machang dan Hasmah Taib, 58, dari Kampung Seligi di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di Kilometer 10.5 Jalan Pasir Puteh-Machang-Jeli di Kampung Kandis, Hasmah Ab Rahman meninggal dunia selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu anaknya dikatakan terbabas sebelum merempuh pokok.

Hasmah bersama dua anaknya, Siti Mariam Ismail, 31, (pemandu) dan Norbadira, 27, dalam perjalanan dari Machang ke rumah seorang lagi anaknya, Normaizi, 45, di Bukit Tok Beng, Terengganu.


Mahu jalani rawatan tradisional

Normaizi ketika ditemui berkata, ibu dan dua adiknya itu berhasrat datang ke rumahnya kerana ingin menjalani rawatan tradisional bagi mengubati penyakit Hasmah dan juga Norbadira.

Katanya, ketika menunggu kehadiran mereka, dia menerima panggilan memaklumkan kereta mereka terbabit dalam nahas di Pasir Puteh.

“Emak seperti tahu ajalnya hampir tiba apabila dia menamakan saya sebagai penama (pewaris) akaun simpanannya di bank, Khamis lalu.

“Saya terkilan kerana tidak sempat memenuhi hasrat ibu bagi mengubati penyakitnya,” katanya.


Minta izin suami untuk ke bandar

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari di Kilometer 34.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Padang Pak Amat, seorang wanita warga emas meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan lori.

Mangsa, Hasmah Taib cedera parah di kepala dalam nahas yang berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai membeli barangan runcit di bandar Pasir Puteh.

Suaminya, Mamat Yaakob, 66, berkata, dia yang mengetahui tragedi itu melalui seorang jiran bergegas ke tempat kejadian sebelum ke Hospital Tengku Anis.

“Dia (arwah) sempat meminta izin daripada saya untuk ke bandar Pasir Puteh bagi membeli stok kad prabayar dan juga beberapa barangan runcit yang semakin berkurangan di kedai kami.

“Arwah juga seorang isteri yang cekal dan kuat semangat, dia sentiasa ambil berat perihal kehidupan empat anak kami yang berusia 23 hingga 38 tahun,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal mengesahkan kejadian itu dan pihaknya meminta saksi tampil membantu siasatan polis berhubung kedua-dua kemalangan tersebut.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/dua-hasmah-maut-kemalangan-1.226370



Sunday, December 1, 2013

Paul Walker pelakon Fast and Furious maut kemalangan


1 Disember 2013
KUALA LUMPUR: Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan filem ‘The Fast and the Furious’ maut akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarita pada petang Sabtu.


Kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan melalui laman twitter dan Facebook.

Berita kematiannya turut dilaporkan secara eksklusif dalam portal berita hiburan TMZ.

Menurut laporan itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles.

Memetik kata-kata sumber, laporan itu mendakwa bahawa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe GT bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.







Video Kemalangan  Paul Walker



Sumber:
http://www.astroawani.com/news/show/pelakon-the-fast-and-the-furious-paul-walker-maut-dalam-kemalangan-26224
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_09/Paul-Walker-mati-kemalangan
http://www.nst.com.my/latest/fast-furious-star-paul-walker-dies-in-crash-1.417893

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount