loading...

Monday, December 2, 2013

Dua rakan nyaris maut


2 Disember 2013
BUKIT BERUANG - Dua rakan termasuk seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar tembok sebelum berpusing di Jalan Bukit Beruang di sini, kelmarin.

Mangsa, dikenali sebagai Ayu, 20, dan rakan lelakinya berusia 22 tahun turut cedera di muka, tangan dan kaki dalam kemalangan yang berlaku berhampiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Difahamkan, mangsa datang dari arah Bukit Beruang menghala persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh di sini, sebelum kereta jenis Perodua Viva tersebut terbabas lalu melanggar tembok pagar MBMB.

Saksi, Mohd Hanif Arif, 25, berkata, dia yang berasal dari Puchong, Selangor dalam perjalanan ke sebuah rumah inap desa di Bukit Baru ketika kejadian, memandu seorang diri dan berada di belakang kereta mangsa.

“Ketika hendak berhenti di tepi jalan kerana mahu menelefon rakan bertanyakan lokasi rumah inap desa, tiba-tiba saya lihat kereta mangsa yang berada di hadapan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tembok sebelum berpusing sekali dan berhenti dalam keadaan bertentangan.

“Saya segera berlari ke arah mereka dan cuba membantu mengeluarkan pemandu sebelum seorang rakan lain datang membantu penumpang perempuan dan menghubungi nombor kecemasan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/nyaris-maut-kereta-langgar-tembok-mbmb-1.226387



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my