loading...

Friday, November 8, 2013

Kelindan maut rempuh belakang lori



8 November 2013
SEREMBAN - Seorang kelindan lori warga Myanmar maut selepas kenderaan dinaikinya hilang kawalan, lalu merempuh belakang sebuah lagi lori di Kilometer 243.9 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa, Noi Mon Lay, 22, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, mangsa bersama pemandunya dalam perjalanan dari arah Rembau menuju ke Seremban.

“Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian, lori dinaikinya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh belakang sebuah lagi lori seberat 10 tan yang berada di lorong kiri lebuh raya.

“Rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa dan pemandunya berusia 30-an tersepit dan terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan mereka,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kelindan lori berkenaan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu lori itu pula mengalami cedera parah di kepala.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Abd. Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lori-rempuh-belakang-lori-1.218739



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my