loading...

Thursday, May 22, 2014

Maut bertembung lori


22 Mei 2014
Teluk Intan: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 3, Jalan Padang Tembak di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi itu, mangsa P Ramasamy, 61, yang memandu keretanya dari arah Teluk Intan ke Hutan Melintang, dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori terbabit.

Mangsa yang tersepit selepas bahagian depan keretanya remuk akibat pertembungan itu, maut ditempat kejadian, manakala pemandu lori yang berusia 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu kereta terbabit kemudian berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.‎

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakimautbertembunglori/Article/index_html



Pelajar Kemalangan di Australia


22 Mei 2014
Kuala Lumpur: Seramai 21 rakyat Malaysia terdiri daripada 13 pelajar berusia 10 sehingga 12 tahun bersama 5 guru dan 3 sukarelawan terselamat dalam kemalangan bas di Gidgegannup, Australia Barat yang berlaku jam 8.30 malam tadi (waktu tempatan).

Sukarelawan, Mohd Fikri Mohd Bakri, 51, berkata, kejadian berlaku ketika rombongan pelajar itu dalam perjalanan balik menghadiri Seminar Alam Sekitar dari Bayswater menuju kem penginapan mereka di Lake Leschenaultia.


"Kami singgah membeli makanan di Mirrabooka sebelum terbabit dengan kemalangan kira-kira 30 minit selepas memulakan perjalanan semula," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, punca kemalangan berkemungkinan akibat kabus tebal yang menghadkan jarak penglihatan pemandu bas dan permukaan jalan basah.


"Ketika itu hujan renyai dan bas dalam kelajuan 30 kilometer sejam sebelum bas terbabas dan tersangkut di benteng setinggi 4 kaki. Semua terselamat dan bas tidak terbalik atau jatuh gaung," katanya.


Katanya, semua pelajar menjalani pemeriksaan di Hospital Diraja, Hospital Princess Margaret dan Hospital Swan District di Perth sebelum semua dibenarkan pulang tengah hari tadi.




Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/RakyatMalaysiakemalangandiPerth//Article?BeritaUtama
http://news.abnxcess.com/2014/05/malaysian-children-injured-in-perth-bus-accident/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=malaysian-children-injured-in-perth-bus-accident




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount