loading...

Saturday, June 23, 2018

Dua Beranak Maut



IBU bersama anak lelakinya maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 8 Jalan Pontian-Kukup berhampiran Pontian, malam tadi.

Kemalangan 10.10 malam itu menyebabkan Norasmah Ab Karim, 37, bersama anak lelakinya, Muhammad Azqullah Azhar, 4, meninggal dunia di tempat kejadian.

Turut cedera suami Norasmah, Azhar Zainal, 39, serta seorang lagi anak lelaki mereka, Muhammad Aizat Azhar, 10, selain penumpang belakang yang juga ibu Norasmah, Noraini Sulaiman, 60.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga mangsa berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda.

"Kenderaan mangsa dari arah Pontian menghala ke Serkat, manakala kenderaan pacuan empat roda dari arah Sinar Harapan menghala ke Serkat.

"Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang tiba di lokasi kemalangan tidak memberhentikan kenderaannya sebelum membelok ke kiri," katanya.

Akibat perlanggaran itu katanya, dua penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian.

"Semua mangsa termasuk pemandu dan dua penumpang yang cedera kemudian di hantar ke Hospital Pontian untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera ringan.

Beliau berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu akan ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/351015/dua-beranak-maut
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/440707/ibu-anak-4-tahun-maut-nahas



Tuesday, June 19, 2018

Bas Terbalik Di Lebuhraya Karak



SEORANG mangsa meninggal dunia manakala dua lagi parah selepas bas ekspres terbalik dalam kemalangan di Kilometer 33.3 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur berhampiran Gombak, 6.30 petang, hari ini.




Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Pasukan penyiasat masih berada di lokasi dan masih belum diketahui jumlah sebenar mangsa yang terbabit,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada 6.34 petang.

“Satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Setakat ini punca kejadian dipercayai akibat bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya.

Katanya, setakat ini pihaknya menerima laporan seorang sahaja mangsa meninggal duni, dua mangsa parah akibat tersepit.

“Bas berkenaan membawa 42 penumpang dalam perjalan ke Kuala Lumpur. Sehingga kini operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my