Friday, November 16, 2012

Bilal Masjid Negeri Pahang maut

Inalillahi wainailaihi rojiun

17 November 2012
KUANTAN 17 Nov - Beberapa jam selepas melaungkan azan bagi solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, bilal masjid berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya hari ini.

Azamuddin Mansor, 40, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 7 pagi.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 6.40 pagi itu, Azamuddin yang menunggang motosikal sendirian bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Tun Ismail, di sini.

"Mangsa yang datang dari arah Jalan Tun Ismail telah bertembung dengan kereta terbabit ketika hendak membelok ke Jalan Bukit Sekilau.

"Mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke HTAA untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian," katanya kepada Bernama.

Zainalabidin berkata siasatan awal mendapati kemalangan di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat itu berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi. - BERNAMA

Al-Fatihah

Sumber:
utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121117/je_05/Bilal-Masjid-Negeri-Pahang-maut-selepas-solat-subuh



Calon SPM maut

Inalillahi wainailaihi rojiun

17 November 2012
SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Jalan Lencongan Barat berhampiran Taman Nilam, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 1.15 pagi, mangsa, Muhammad Hambali Abd Wahab, 17, dari Kampung Bukit Kecil, Simpor, dekat sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dipercayai berlumba dengan sebuah motosikal lain sebelum kedua-duanya terbabit kemalangan sesama sendiri.

Sumber polis trafik ketika dihubungi berkata, motosikal Honda EX5 yang ditunggang Hambali dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal lain ketika masing-masing memecut di Jalan Lencongan Barat berhampiran Taman Nilam, di sini, pada jam 1.15 pagi.


Keadaan itu, katanya, menyebabkan kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari arah Sungai Pasir menghala ke Taman Nilam tercampak sebelum Hambali cedera parah dan disahkan meninggal.


Sementara itu, remaja yang berasal dari Taman Sungai Wang, di sini, yang menunggang sebuah lagi motosikal dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan lanjut.

“Mayat Hambali kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya manakala remaja yang cedera itu kini dirawat dan keadaannya dilapor stabil.


“Berdasarkan maklumat awal, polis percaya kedua-dua mangsa sedang merempit sebelum terbabit kemalangan. Bagaimanapun siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/CalonSPMmautberlumba_pesaingparah/Article/index_html



5 Sekeluarga Nyaris Maut

17 November 2012
ALOR GAJAH: Lima sekeluarga nyaris maut apabila Perodua Alza dinaiki melanggar belakang treler sebelum terbabas dan merempuh pokok jati di Kilometer 202.3, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.40 petang, kereta dipandu R Mohan, 41, turut dinaiki isteri, S Premah, 37, serta dua anak mereka, M Girthanaa, 10, dan M Barshanah, berusia tujuh tahun bersama seorang anak saudaranya, V Kebelah dalam perjalanan dari resort di Simpang Ampat untuk pulang ke Johor Bahru.


Sumber berkata, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh belakang treler sebelum terbabas ke kiri lebuh raya dan merempuh pula pokok sebelum berhenti di tebing tembok lebuh raya.

Katanya, berikutan kejadian itu, Barshanah, patah kaki kanan manakala Premah cedera di leher dipercayai kesan dari sentapan tali pinggang keledar.


Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pantai Ayer Keroh untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Daerah Alor Gajah, Rosniza Mansor, berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 3.48 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama tiga anggota.

“Sebaik tiba di lokasi, semua mangsa keluar ke tebing lebuh raya dan pemeriksaan mendapati mangsa kanak-kanak perempuan (Barshanah) patah kaki kanan dan seorang lagi mengalami kecederaan di leher,” katanya.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan kejadian dan kes disiasat Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1952.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/5sekeluarganyarismautkeretarempuhtreler/Article/index_html


Pembantu perubatan HTJ maut

Inalillahi wainailaihi rojiun

17 November 2012
SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah van yang terbabas dari arah bertentangan di Kilometer 14 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, mangsa Yusahizam Mohd. Yusof, 40, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Tuanku Ja”afar (HTJ) di sini sedang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke Seremban sebelum terlibat dalam nahas berkenaan.

"Sebaik sahaja mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 tiba di lokasi kejadian, sebuah van jenis Toyota Hiace yang dipandu seorang lelaki dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.

"Akibat daripada rempuhan itu, motosikal mangsa terperosok di bawah van berkenaan mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu van berkenaan yang turut cedera di dada dikejarkan ke HTJ untuk rawatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, ASP Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi berkata, punca kejadian masih disiasat dan mayat mangsa dihantar ke HTJ untuk bedah siasat. – BERNAMA

Al-Fatihah

Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm



Dirempuh Ketika Bayar Tol

Proton Waja dirempuh Proton Pesona ketika membayar tol

17 November 2012
SEREMBAN – “Kejadian itu berlaku terlalu pantas kerana tiba-tiba saya terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum kereta saya meluncur laju ke hadapan,” demikian kata A Mohindaran, 52, yang nyaris maut selepas kereta Proton Waja dipandunya dirempuh dekat Tol Setul menghala ke Seremban, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, Mohindaran yang memandu bersendirian berhadapan detik mencemaskan apabila keretanya dirempuh  dari arah belakang oleh sebuah kereta Proton Persona dipercayai dinaiki oleh enam sekeluarga.

Menceritakan detik itu, Mohindaran berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Pilah dari Kuala Lumpur.

“Sebaik sahaja sampai di tol, saya menyerahkan kad kepada jurutol. Tapi belum sempat keluarkan duit, saya rasa kereta saya seperti ‘dihempap’ dari arah belakang.

“Ia menyebabkan kereta saya meluncur laju ke hadapan lalu melanggar palang sebelum terbabas ke tepi bahagian tol,” katanya.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan belakang keretanya rosak teruk, namun dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Waja terbabit dirempuh Proton Persona dari arah belakang yang tiba-tiba hilang kawalan.

Proton Persona terbabit dinaiki enam orang, termasuk dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun,” katanya.

Yusof berkata, rempuhan itu mengakibatkan seorang penumpang dewasa Proton Persona patah tangan kiri manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, kesemua mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian difahamkan mereka sekeluarga dalam perjalanan ke rumah bapa saudara di Bahau, Jempol.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tidak-sempat-bayar-tol-1.104323
hmetro.com.my/articles/Sondolnakbayartol/Article



Suami Maut Depan Mata


Inalillahi wainailaihi rojiun

17 November 2012
KLANG - Seorang isteri tergamam melihat suaminya tercampak dan maut di depan mata selepas motosikal dinaiki pasangan itu dirempuh sebuah kenderaan di simpang tiga di Jalan Raya Barat di sini, semalam.

Isteri yang turut cedera parah itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat suaminya, Hyrol Nazry Ismail, 38, menghembuskan nafas terakhir di atas jalan raya dalam keadaan tertiarap dengan topi keledar masih tersarung kemas di kepalanya.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, dalam kejadian sekitar 6.40 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Shah Alam bagi menghantar isteri ke tempat kerja di sebuah kilang di sana.

Katanya, ketika cubaan membelok ke kanan untuk melalui jalan pintas menghala ke Majlis Perbandaran Klang (MPK), tiba-tiba motosikal dinaiki pasangan itu dirempuh sebuah kenderaan dari arah Jalan Emas menghala Telok Pulai.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa dan motosikal tercampak ke atas jalan raya.

“Suami yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala isterinya patah kaki kiri dan dibawa ke hospital.

“Kita dimaklumkan kedua-dua mangsa adalah golongan OKU,” katanya.

Rosly berkata, sehingga kini, pihaknya belum dapat mengenal pasti kenderaan yang merempuh mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke Balai Trafik Klang Selatan bagi menyalurkan maklumat. Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Khairul Naim Saufy di talian 03-33722222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/suami-maut-depan-mata-1.104316


Kemalangan Ambulan ATM


Ambulan ATM dan van muatan makanan laut remuk selepas bertembung dekat Air Asahan, Batu Gajah

17 November 2012
TANAH MERAH – Tidak sampai 24 jam, dua kemalangan ngeri berlaku di Jalan Kota Bharu- Machang- Jeli kelmarin yang mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang warganegara China.

Dalam kejadian pertama di Kilometer 68, dekat Batu Gajah, mangsa Ning Shaoping ,53, dari Wilayah Hunan China bersama rakannya Lee Min Song, 54, dari Pahang maut
selepas kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki terbalik dan berpusing selepas bergesel dengan kereta Proton Saga yang ingin memasuki simpang.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, dalam kejadian 2 petang itu, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di lombong bijih besi, Lubok Stol, Rantau Panjang selepas membeli alat ganti mesin di bandar Tanah Merah.

 “Hilux yang berada di belakang kereta tersebut cuba memotong menyebabkan berlakunya pergeseran menyebabkan kenderaan tersebut gagal dikawal lalu terbalik dan berpusing beberapa kali.

“Kedua-dua mereka tercampak keluar dari kenderaan dan maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk dibedah siasat. Sehingga petang semalam (kelmarin) punca kematian belum diketahui,” katanya.

Sementara itu, kes kedua berlaku pada awal pagi, kira-kira jam 1.50 pagi di Kilometer 60 membabitkan sebuah Ambulan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkalan di Kem Batalion Pertama Rejimen Sempadan Batu 11, dekat sini dan sebuah van barangan bermuatan makanan laut.

Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan tersebut bertembung di kawasan selekoh menyebabkan ambulan tersebut terbalik manakala van barangan tersebut remuk di bahagian depan.

Mangsa,  pemandu van muatan makanan laut, Alias Shukri Nawang, 51, dipercayai dari arah Besut, Terengganu menuju ke Pulau Pinang meninggal dunia di HTM dipercayai mengalami kecederaan dalaman.

Katanya, jenazah mangsa yang berasal dari Bachok itu kemudian dituntut oleh ahli keluarga untuk pengebumian sejurus selesai bedah siasat dijalankan.

“Sementara itu, dua paramedik dan seorang pesakit yang merupakan penumpang belakang Ambulan ATM yang sedang menuju ke HTM cedera parah kini mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) dan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ 11).

“Pemandu dan penumpang hadapan hanya cedera ringan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tiga-korban-dalam-dua-nahas-1.104306



Pemandu Treler dan Kelindan Maut


Inalillahi wainailaihi rojiun

BENTONG: Dua maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan treler dan sebuah Perodua Myvi di Kilometer 42.8 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Janda Baik, dekat sini, kira-kira 9.25 malam tadi.

Kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan besi buruk dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan itu terbabas, bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terbang serta terhumban ke laluan bertentangan.


Menurut jurucakap Peronda Lebuh Raya Karak, pemandu treler dikenali Mohd Yusof Mansor, 38, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam longkang berhampiran.

“Pemandu treler berkenaan maut akibat parah di kepala dan badan manakala kelindannya putus tangan kanan dan hancur di bahagian muka.


“Dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Myvi pula parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Sehingga ini, identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti,” katanya.


Menurutnya, siasatan awal tidak menolak kemungkinan treler berkenaan dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan sebaik menuruni selekoh berkenaan.

Difahamkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terpaksa mengambil kira-kira setengah jam untuk sampai ke lokasi kejadian berikutan kesesakan lalu-lintas.

Kemalangan itu juga menyebabkan laluan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur terpaksa ditutup kira-kira dua jam untuk kerja-kerja pembersihan sebelum dibuka semula kira-kira 11.30 malam.

Al-Fatihah


Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Duakorbantreler_terbang_/Article?15/11



Wanita Hamil ditimpa motosikal


16 November 2012
KEPALA BATAS: Tindakan terburu-buru seorang lelaki warga Myanmar keluar dari simpang tiga dekat Permatang Tok Gelam di sini, nyaris meragut nyawa penunggang motosikal wanita yang hamil enam bulan, petang kelmarin.

Berikutan kejadian itu, Norhidayati Hashim, 32, bimbang kandungannya terjejas kerana dia mendakwa turut ditimpa motosikalnya selepas berlanggar dengan motosikal ditunggang lelaki terbabit.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa seorang Pembantu Makmal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mutiara, Pulau Pinang menunggang motosikal Yamaha dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Muda, dekat sini.

Sebaik tiba di tempat kejadian, lelaki Myanmar yang menunggang motosikal Honda Wave dari Teluk Air Tawar secara tiba-tiba keluar dari simpang dan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak sebelum berlaku perlanggaran.


Berikutan itu kedua-dua mangsa terjatuh, manakala Norhidayati ditimpa motosikal sendiri sebelum dibantu penduduk yang melihat kejadian.


Kebetulan adik Norhidayati, Norshafikah, 25, yang melalui jalan sama berhenti untuk melihat kemalangan itu sebelum terkejut sebaik mendapati kakaknya menjadi mangsa.

Norshafikah menenangkan kakaknya yang hampir pengsan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan, manakala lelaki Myanmar terbabit berusia 50-an ditahan penduduk.


Menurut Norshafikah, kakaknya cedera di kaki kiri.

Sementara itu, lelaki Myanmar terbabit yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) mendakwa dia tidak nampak mangsa dari arah kanan kerana ada sebuah kereta di depannya yang juga mahu keluar dari simpang.


“Saya tidak nampak motosikal mangsa sebab pandangan terhalang oleh kereta lalu keluar dari simpang menyebabkan berlaku perlanggaran,” katanya.


Lelaki terbabit diserahkan kepada polis, tetapi enggan dihantar ke hospital walaupun mendakwa mengalami kesakitan di bahu kanan.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibuhamilditimpamotor/Article/index_html


Gagal memotong Treler



16 November 2012
KUANTAN -  Seorang pesara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ditemui mati dalam longkang selepas motosikal ditunggangi terbabas ketika cuba memotong sebuah treler yang membawa muatan kelapa sawit, di Kilometer 5, Jalan Bentong-Karak, Benus, dekat sini.
  
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang, mangsa R Ganesan, 53, dari  Taman Perumahan Simpang Kalang, dekat Raub, mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.
  
Pegawai Penguatkuasa Trafik dan Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pahang ASP Zainal Abidin Othman, berkata ketika kejadian, mangsa yang cuba memotong lori berkenaan terlanggar tayar belakang kenderaan berat itu mengakibatkan mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam longkang di kiri jalan.
  
"Namun, mangsa yang terhumban ke longkang dikatakan lemas kerana longkang berkenaan terdapat air selain mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Katanya, pemandu treler itu, Hashim Osman, 30, mendakwa dia menyedari tindakan mangsa yang cuba memotongnya.
  
"Polis juga sudah mengambil keterangan daripada pemandu treler terbabit dan ahli keluarga mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya, malam tadi. - Bernama


Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/pesara-perkeso-maut-terlanggar-tayar-lori-1.104052



Suami isteri maut dirempuh Iswara



16 November 2012
KULIM - Sepasang suami isteri berusia 50 dan 46 tahun maut apabila motosikal jenis Honda 90 yang ditunggang dirempuh sebuah kereta Proton Iswara di Jalan Titikarangan Baling kira-kira jam 7.50 petang kelmarin.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa dipercaya datang dari arah Baling menuju ke Kulim untuk pulang ke rumah mereka di Taman Pudina, Lunas. Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala maut di tempat kejadian sebelum di bawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

“Mangsa dipercayai balik ke kampung untuk menyambut Deepavali. Tiba di tempat kejadian, sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan memotong kenderaan di hadapannya sebelum merempuh motosikal mangsa.

"Akibat rempuhan kuat, kedua-dua mangsa melambung ke bahu jalan. Dari siasatan awal dijalankan mendapati, lampu motosikal mangsa tidak berfungsi manakala cukai jalannya sudah tamat sejak 2003,” katanya.

Beliau menasihatkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kereta supaya mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya.

Katanya, pihak insurans tidak akan membuat sebarang ganti rugi terhadap mangsa sekiranya kenderaan yang dinaiki mereka itu tidak mempunyai cukai jalan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/suami-isteri-maut-dirempuh-kereta-1.104168


Nyaris maut bertembung treler tangki minyak

kemalangan kereta Proton Saga Aeroback dan lori treler tangki minyak

16 November 2012
ALOR GAJAH - Sepasang suami isteri nyaris maut apabila kereta Proton Saga Aeroback yang dinaiki mereka dilanggar sebuah treler tangki minyak di Lebuh Ayer Keroh-Melaka-Jasin (AMJ), Sungai Petai di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kereta dipandu, Suzana Mohd Said, 32, dari Paya Datuk menuju ke bandar Melaka sebelum dilanggar sebuah treler yang dipandu Mohd Firdaus Md Aris, 29, dari arah sama.

Perlanggaran itu mengakibatkan kereta dinaiki pasangan terbabit berpusing beberapa kali dan menghala semula ke Paya Datuk sebelum pintu sebelah pemandu dirempuh treler berkenaan.

Suzana berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke bandar Melaka untuk membeli barang berniaga bersama suaminya, Mohd Fauzi Abd Malik, 35, apabila bahagian belakang keretanya dilanggar secara tiba-tiba oleh sebuah treler.

“Ketika itu, saya memandu perlahan di laluan kiri dan tiba-tiba ada sebuah treler memasuki laluan saya sebelum melanggar bahagian belakang  menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan.

“Berdebar-debar apabila kereta berpusing beberapa kali di tengah jalan raya sebelum treler itu merempuh bahagian tepi kereta sebelah saya,” katanya.

Katanya, bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku, dia bersama suaminya keluar melalui pintu sebelah penumpang sebelum dibantu penduduk.

Saksi berkata, dia yang berada di luar rumahnya melihat treler tangki minyak itu kelihatan terhuyung-hayang untuk memotong.

“Pemandu treler itu cuba mengelak daripada merempuh kereta berkenaan, namun gagal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/suami-isteri-nyaris-maut-treler-tangki-minyak-langgar-kenderaan-dinaiki-1.104105



Lima sekawan nyaris maut



16 November 2012
KUALA LANGAT - Lima sekawan nyaris maut apabila kereta mereka naiki terbabas dan terbalik dalam kejadian di Kilometer 25, Jalan Klang Banting, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang dan semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas meraikan Deepavali, gagal mengawal kenderaan hingga terbalik.

Seorang saksi, Murugan, 35, berkata, kenderaan dipandu laju itu menghala ke Banting sebelum terbalik secara tiba-tiba ketika membuat pusingan U berhampiran sebuah stesen minyak di Jenjarum.

“Nasib baik tiada kenderaan bertembung dan pengguna jalan raya membantu mengeluarkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Banting untuk dirawat," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian itu, bagaimanapun tiada laporan polis dibuat oleh mangsa terlibat.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/lima-sekawan-nyaris-maut-1.104156


Sahabat baik hingga akhir hayat


Inalillahi wainailaihi rojiun 
16 November 2012

JENGKA - Dua sahabat yang maut dalam kemalangan di Kilometer 39.9 Jalan Bandar Jengka menuju ke Temerloh, tengah malam kelmarin, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, semalam.

Mangsa, Mohammad Aizat Mohammed, 17, dan Khairul Izham Khalid, 17, adalah pelajar Sekolah Menengah Felda Jengka 18 dan sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan, kedua-dua pelajar itu bersahabat baik dan sering mengulang kaji pelajaran bersama menyebabkan kedua ibu bapa mereka mengambil keputusan mengebumikan jenazah mereka dalam satu liang lahad, di sini.

Ibu kepada Mohammad Aizat atau lebih mesra disapa Alang, Sumiah Muntalib, 51, berkata, biarpun dia dan suami, Mohamed Abdul Rahman, 56, reda dengan pemergian anaknya itu, namun jauh di sudut hati terasa kehilangan.

“Arwah seorang yang sangat ceria dan ramah dalam keluarga kami. Kami sedih kerana pemergiannya membuatkan hidup kami sedikit sunyi tanpa keletahnya.

“Lebih menyedihkan di saat akhir sebelum dia meninggal, arwah sempat menyikat rambut saya dan memeluk erat ayahnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumiah berkata, sebelum arwah keluar tengah hari kelmarin, anaknya itu menariknya masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu serta tidak membenarkan adik-beradik lain masuk.

“Di dalam bilik itu, dia menyikat rambut saya. Tidak lama kemudian, dia keluar dari bilik tersebut dan memeluk ayahnya yang tidur.

“Tidak lama kemudian datang seorang rakannya mengajaknya keluar. Dia memberitahu saya hendak mengulang kaji bersama rakan dan keluar minum. Itulah kali terakhir saya menemui arwah sebelum mendapat tahu dia meninggal akibat kemalangan jalan raya,” katanya.


Tiada tanda pelik

Ibu kepada Khairul Izham, Zainab Abu berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum kejadian.

“Saya tidak tahu ke mana dia pergi pada hari itu kerana dia tidak memberitahu kami apa-apa. Saya cuma sedar kawannya datang menjemputnya keluar.

“Sekitar jam 11 malam, saya mula risau kerana dia masih tidak pulang, malah SMS (khidmat pesanan ringkas) kakaknya juga tidak berjawab,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian, datang seorang rakan anaknya yang bertanyakan tentang arwah.

“Rakannya datang bertanya sama ada arwah ada di rumah atau tidak. Apabila saya menjawab tiada, barulah dia memberitahu arwah terlibat dengan kemalangan, namun tidak pasti benar atau tidak.

“Sedang saya berborak dengan rakan arwah, saya menerima panggilan telefon memaklumkan perkara sama. Saya dan suami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati arwah sudah tiada,” katanya.

Zainab dalam pada itu meminta kepada rakan-rakan arwah sekiranya anaknya itu ada berhutang, supaya tampil menuntutnya di rumah mereka, di sini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 12.15 pagi kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, motosikal yang ditunggang Mohammad Aizat dan dibonceng Khairul Izham dipercayai dalam perjalanan dari bandar Jengka menuju rumah mereka di Felda Jengka 18.

“Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa terbabas ke kiri jalan. Motosikal yang dipandu masuk ke dalam longkang dan melanggar tebing batu. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/kemalangan-dua-sahabat-disemadi-dalam-satu-liang-lahad-1.104100


Wednesday, November 14, 2012

Anggota polis trafik parah dirempuh motosikal


14 November 2012
GEORGETOWN: Seorang anggota polis trafik parah akibat dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 127.6 menghala arah utara Sungai Dua, Butterworth, dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pada kejadian 2.50 petang itu anggota berkenaan, Lans Koperal Abu Talib Shariff, 23, sedang mengeluarkan surat saman kepada seorang pemandu kereta yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu melebihi had laju.

"Motosikal yang dipandu laju seorang lelaki secara tiba-tiba merempuh Abu Talib dan mengheretnya sejauh 30 meter sebelum beliau tercampak ke lorong kecemasan," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota berkenaan di Penang Adventist Hospital, di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan insiden itu keseluruhan struktur tulang muka dan bahu kiri anggota berkenaan patah selain tulang rusuk di bahagian belakangnya retak.


Difahamkan anggota berkenaan berada dalam keadaan stabil dan ditahan di hospital itu untuk jangka masa yang lama berikutan kecederaan yang dialaminya.


Abdul Rahim menggesa semua pengguna jalan raya agar peka dengan keadaan persekitaran sewaktu memandu terutamanya ketika terdapat sekatan jalan atau seumpamanya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya lelaki yang melanggar Abu Talib yang turut patah bahu kanannya kini berada di Hospital Kepala Batas dan dia akan ditahan sebaik sehaja selesai menjalani rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000 atau penjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan," katanya. - Bernama


Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Polistrafikparahdirempuhmotosikalketikabertugas/Article/index_html


Terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau


Inalillahi wainailaihi rojiun

14 November 2012
PENDANG: Empat individu yang tidak dikenali identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris dekat sini, Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira 1.30 petang tadi apabila kereta jenis Proton Saga berwarna putih dipercayai masuk ke Kampung Titi Haji Idris dekat sini, iaitu kira-kira 200 meter dari jalan utama Titi Haji Idris- Pekan Pendang dengan tempat kejadian.

Siti Fatimah Hussin, 34, berkata dia ketika itu yang berada di hadapan rumahnya yang bertentangan dengan tempat kejadian ternampak sebuah kereta dari jalan utama menghala masuk ke kampungnya dan tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman kuat dari arah sungai.

Katanya kereta tersebut yang terbabas ke dalam sungai tenggelam dengan cepat akibat arus sungai yang deras. Bagaimanapun tiada kelibat mangsa yang cuba keluar daripada kenderaan tersebut bagi menyelamatkan diri.

"Saya dengar bunyi 'boom' dan terus nampak ada kereta dah jatuh dalam sungai. Kemudian saya beritahu jiran dan tak lama kemudian kereta tu terus tenggelam. Saya terus hubungi bomba dan polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini Selasa.

Difahamkan kesemua mangsa bukan penduduk kampung tersebut dan mungkin orang luar yang datang untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan sungai itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar, Mohd Faizol Aziz berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan 22 anggota dari Pendang dan Kota Setar termasuk empat penyelam.

Katanya operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada 2.30 petang tadi bagaimanapun menghadapi kesukaran ekoran arus sungai yang terlalu deras serta keadaan sungai yang dalam iaitu kira-kira 5 meter.

JPAM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Setar menggunakan dua bot bagi melakukan kerja-kerja menyelamat dan mencari kenderaan mangsa di sekitar kawasan tersebut.

Setakat pukul 5 petang ini usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai lemas, gagal. - BERNAMA

Trak penunda menarik kereta mangsa mati lemas, Mohamad Shawal Razali, 24, dari Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang yang ditemui mati lemas di Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris. Gambar.

Al-Fatihah

Sumber:
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/11/14/mstar_jenayah/20121113193725&sec=mstar_jenayah


Penunggang Motosikal Melecur Rempuh Myvi



14 November 2012
SENAI  - Seorang lelaki nyaris maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta sebelum terbakar di Jalan Salleh, Muar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, Mohd Fauzi Madon dari Palong Timur, Segamat, cedera di muka dan tangan selain melecur di bahagian badan serta menerima rawatan kecemasan di tempat kejadian.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Sementara itu, pemandu kereta jenis Myvi iaitu seorang wanita berusia 20-an cedera di kepala tetapi dilaporkan stabil setelah menerima rawatan awal di tempat kejadian.

“Akibat rempuhan itu kereta tersebut remuk di bahagian kanan manakala motosikal tersebut terbakar sebahagiannya.

Mangsa kemudian mendapat bantuan awal sebelum dikejarkan ke hospital.

“Sehingga kini mangsa masih dirawat di HPSF dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan,” katanya.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/penunggang-motosikal-melecur-1.103647



Demi nyawa penumpang bas ekspres


14 November 2012
NILAI - Demi menyelamatkan nyawa 25 penumpang sebuah bas ekspres lain, seorang pemandu bas berusaha mengawal kenderaannya daripada berlanggar sehingga termasuk ke dalam longkang di tepi lebuh raya.

Kejadian berlaku kira-kira 2.20 petang di Kilometer 274 Lebuhraya Utara - Selatan, di sini, semalam membabitkan dua bas ekspres dan sebuah kereta jenis Proton Waja.

Difahamkan, pemandu bas ekspres tanpa penumpang berkenaan dalam perjala-nan dari Singapura ke Pantai Remis, ditemani seorang lagi pemandu gantian mengekori sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan ke ibu negara. 


Jurucakap polis berkata, kemalangan ketika hujan gerimis itu bermula apabila bas ekspres diekori mangsa yang memuatkan 25 penumpang berhenti secara mengejut sebelum melintang di tengah jalan.

"Pemandu bas itu terpaksa membrek mengejut untuk mengelak sebuah Proton Waja di hadapannya sehingga bas terbabit melintang di tengah lebuh raya.

“Dalam masa sama, pemandu sebuah lagi bas yang berada di belakang tidak mempunyai pilihan selain sedaya upaya mengelak kenderaannya sehingga ke bahu jalan mengakibatkan bas berkenaan terbabas masuk dalam longkang tepi lebuh raya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.

Tindakan pantas pemandu terbabit berjaya menyelamatkan 25 penumpang dalam bas berkenaan dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

Jurucakap polis berkata, kesemua 25 penumpang yang nyaris terbabit dalam kemalangan itu tetap meneruskan perjalanan ke destinasi selepas berhenti sebentar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusuff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian.


Sesak 10 kilometer

Pengguna lebuh raya menghala ke utara terpaksa menempuh kesesakan sepanjang kira-kira 10 kilometer apabila dua bas ekspres terbabit kemalangan di Kilometer 275, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, petang semalam.

Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.


Tinjauan mendapati kesesakan turut berlaku di kedua-dua arah apabila sebahagian pengguna lebuh raya memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian.

Begitupun, kecekapan pihak berkuasa termasuk anggota polis trafik dan peronda lebuh raya berjaya mengawal lalu lintas, sekali gus kesesakan hanya berlaku kira-kira 12 minit sebelum bas ekspres yang melintang dialihkan dan trafik beransur lancar.


Sementara itu, seramai 25 penumpang menempuh detik mencemaskan apabila bas ekspres dinaiki hilang kawalan dan melintang di tengah jalan di tempat kejadian.


Menurut seorang pemandu bas yang enggan dikenali berusia 20-an, ketika kejadian dia yang mengekori bas ekspres berkenaan terkejut melihat ia melintang di tengah jalan dipercayai gagal dikawal. “Saya terus menekan brek bagi mengelak merempuh bas itu, sebelum bas dipandu terbabas ke dalam longkang dan terbalik.

“Syukur tiada yang cedera, bagaimanapun, jika saya merempuh bas pertama itu, berkemungkinan ada nyawa penumpang akan melayang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, bas yang melintang di tengah jalan itu dipercayai dari arah Pontian, Johor untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (BTS), di ibu negara sebelum hilang kawalan. “Bas yang dinaiki 25 penumpang itu kemudian melanggar besi penghadang lebuh raya sebelum melintang di tengah jalan menyebabkan bas kedua terpaksa membrek kecemasan. “Akibatnya, bas kedua terbalik memasuki longkang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku berikutan ketika kejadian, tiada penumpang dalam bas dari Singapura ke Pantai Remis, Perak itu,” katanya. Katanya, bagaimanapun, kemalangan itu menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah lebuh raya apabila semua pengguna mengambil kesempatan untuk melihat kejadian itu.


“Kita sudah mengambil keterangan kedua-dua pemandu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kemalangan.

“Saksi kejadian diminta tampil di balai berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 bagi membantu siasatan,” katanya.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pemandu-bas-sanggup-masuk-longkang-elak-rempuh-satu-lagi-bas-1.103694
hmetro.com.my/articles/Sesak10kilometer2baskemalangan/Article


Kerani Maut Rempuh Lori Tanah


Inalillahi wainailaihi rojiun

14 November 2012
BUKIT BERUNTUNG - Seorang kerani maut setelah motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori yang bergerak perlahan di Kilometer 459.1 Lebuh Raya Utara Selatan selepas Jejantas Sungai Buloh di sini, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Mangsa Mohd Azlan Kamaruddin, 22, yang menunggang sendirian dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Batu Gajah, Perak menuju ibu negara.

Saksi memaklumkan, mangsa dipercayai merempuh lori muatan tanah di lorong paling kiri lebuh raya yang dalam perjalanan dari Bidor, Perak menuju Subang Jaya.

“Mungkin mangsa tercampak selepas merempuh belakang sebelah kanan lori terbabit.

“Mangsa maut di tempat kejadian dipercayai kerana parah kepala,” katanya.

Sumber polis memaklumkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian itu turut mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira 10 kilometer arah Kuala Lumpur.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kerani-maut-rempuh-lori-tanah-1.103657

Ketatkan tali topi keledar

Maut dihempap kepala lori balak


14 November 2012
JERANTUT - Seorang penumpang wanita berbangsa Cina maut dihempap kepala lori balak yang dipandu teman lelakinya ketika dalam perjalanan ke Ipoh, Perak, di sini, kelmarin.

Mangsa, Au Way Ling, 25, mati di tempat kejadian manakala teman lelakinya, Yung Cheng Foo, 43, cedera di kaki apabila lori yang dipandu dikatakan terbabas, lalu terjatuh dalam gaung di kilometer 27, jalan Kuala Tahan menuju Jerantut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 4.45 petang.

“Ketika cubaan mendaki bukit, pemandu yang membawa muatan kayu balak itu difahamkan gagal mengawal kenderaannya lalu menggelongsor dan terjunam dalam gaung,” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan dua kren, lima jentera bomba dan anggota keselamatan lain dijalankan bermula jam 5 petang hingga 12.30 pagi.

“Ia memakan masa lama kerana mangsa yang masih hidup perlu dikeluarkan dengan berhati-hati kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya.

Azid berkata, pemandu yang tersepit berjaya dikeluarkan dan memaklumkan kepada anggota keselamatan bahawa masih ada lagi seorang mangsa terlibat dalam kemalangan terbabit.

“Operasi menyelamat diteruskan dan tidak lama kemudian, mayat penumpang ditemui dan didapati tersepit bawah kepala lori,” katanya kepada Sinar Harian.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/maut-dihempap-kepala-lori-1.103649


Naris Maut Rempuh Lembu



14 November 2012
RANTAU PANJANG – Sepasang suami isteri nyaris maut apabila Perodua Myvi dinaiki merempuh seekor daripada sekumpulan empat lembu di Gual Mesa, kira-kira 7.15 petang kelmarin.

Berikutan kejadian, kereta mangsa rosak teruk pada bahagian hadapan sementara lembu tersebut patah tanduk kiri serta luka di beberapa bahagian badan.

Ketika kejadian, mangsa, dikenali Nabila, 23, bersama suami, Mohd Saiful Putra Che Daud, 23, dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Tok Deh, dekat sini dari Kota Bharu setelah menziarahi datuknya yang menghidap leukemia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) .

Nabila berkata, ketika hampir dengan tempat kejadian, dia dan suami ternampak sekumpulan lembu melintas jalan.

Menurutnya, jarak antara kumpulan lembu dengan kereta agak dekat menyebabkan suaminya merempuh salah seekor daripada empat lembu tersebut.

“Saya bersyukur suami memandu tidak laju ketika kejadian sementara saya pula turut memakai tali pinggang keledar. Jika tidak memakai tali pinggang ketika itu, saya percaya saya turut cedera,” katanya yang sedang mengandungkan anak kedua.

Nabila berkata, dia bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi kecewa dengan sikap tidak bertanggung jawab pemilik ternakan tersebut.

Katanya, pemilik sepatutnya tidak melepaskan ternakan berkeliaran di merata tempat tambahan kawasan  berkenaan sentiasa sibuk dengan kenderaan pada setiap masa.

Menurutnya, sikap tidak bertanggung jawab pemilik lembu tersebut bukan sahaja menyebabkan dia dan suami menanggung kerugian terpaksa membaik pulih kerosakan kenderaan, tetapi trauma dengan kejadian.

“Saya berharap selepas ini pemilik ternakan akan lebih bertanggung jawab bagi mengelak kejadian serupa menimpa pengguna lain pada masa akan datang.

“Keadaan tempat kejadian yang gelap tanpa sebarang lampu jalan menyebabkan kami tidak nampak haiwan tersebut dari jarak jauh,” katanya.

Sementara itu pengguna jalan tersebut, Abdullah Che Man,58, memohon pihak berkuasa tempatan turun padang memantau ternakan dibiarkan bebas berkeliaran di tepi jalan.

Menurutnya, sikap tidak bertanggung jawab pemilik bakal mengundang risiko kepada pengguna lebih-lebih lagi pada waktu malam.

“Pengguna berdepan sebarang kemungkinan sama ada kerosakan kenderaan, kecederaan dan kehilangan nyawa. Jalan ini juga merupakan laluan utama pengunjung ke pekan Rantau Panjang, kemunculan ternakan di tepi jalan bakal mengundang imej negatif pengunjung ke kawasan bebas cukai di musim cuti ini,” katanya.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/suami-isteri-nyaris-maut-1.103698



Pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar Maut Kemalangan


Inalillahi wainailaihi rojiun

14 November 2012
KOTA BHARU - Seorang sukarelawan Muktamar Tahunan Pas ke-58 maut di tempat kejadian apabila mangsa melambung selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh Proton Waja di Panchor, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, motosikal ditunggangi Muhammad Hakim Mat Jid, 15, dari Kemumin dipercayai dipandu laju dan gagal dikawal sebelum terbabas dan merempuh kereta yang dipandu Wan Hassan Wan Ismail, 50.

Mangsa yang juga merupakan pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka maut di tempat kejadian dipercayai cedera teruk di bahagian kepala.

Rakannya, Zafri Ahmad, 15, berkata, sebelum kejadian mangsa menaiki motosikal secara berkumpulan dengannya dalam perjalanan pulang ke asrama selepas selesai membuat persiapan muktamar di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Menurutnya, dia menyedari kejadian menimpa Hakim setelah berpatah balik ke Jalan Kemumin untuk mencarinya apabila mendapati mangsa tidak berada dalam kumpulan sama selepas kira-kira beberapa minit menunggu di jambatan Pak Nik Lah.

“Setelah lama menunggu saya mengambil keputusan untuk mencarinya dan saya terkejut apabila sampai di tempat kejadian saya melihat tubuh Hakim terbaring kaku, “katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Zafri berkata, kali terakhir berjumpa Hakim ketika sama-sama bertugas di Putik dan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan akan meninggalkan mereka semua.

Dalam pada itu, Wan Hassan yang dalam perjalanan dari Pengkalan Datu ke Padang Tembak berkata, ketika tiba di tempat kejadian, dia melihat mangsa seolah-olah ingin membelok sebelum merempuh kereta dipandunya.

Menurutnya, sebaik keluar dari keretanya dia mendapati mangsa yang tercampak kira- kira tiga meter di sebelah kiri dari kenderaannya sudah tidak bernyawa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, kejadian berlaku di Jalan Panchor berhampiran Jambatan Pok Nik Lah,
Kampung Petani, Sering melibatkan motosikal jenis Wave dan Proton Waja.

Katanya, mangsa dipercayai cuba memotong di garisan berkembar dan masuk ke laluan bertentangan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/penunggang-remaja-maut-1.103635



Suami Isteri maut rempuh lori simen


Inalillahi wainailaihi rojiun

14 November 2012
 JEMPOL - Sepasang suami isteri - abang dan kakak ipar kepada Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin, maut setelah kereta yang dinaiki merempuh bahagian belakang lori simen yang sedang berhenti dekat lampu isyarat, di Kilometer 2 Jalan Bahau-Kemayan, sekitar jam 8 pagi tadi.

Mangsa, Udin, 74, dan isterinya, Sanah Ismail, 72, menaiki kereta jenis Proton Waja datang dari arah Mahsan menghala ke Bahau semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal memperlahankan kenderaannya ketika tiba di lampu isyarat lalu merempuh  lori berkenaan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/abang-mp-jempol-isteri-maut-kemalangan-1.103789

Jangan terlalu rapat


Tuesday, November 13, 2012

Teksi terperosok remuk bertembung treler


13 November 2012
Pantang maut sebelum ajal.

Begitulah nasib seorang pemandu walaupun teksinya remuk dan terperosok di hadapan sebuah treler.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi di kilometer 5.3, Lebuhraya Silk-Kajang berhampiran Cheras Jaya.

Sebuah treler yang dipandu di lorong paling kiri lebuhraya dipercayai tidak sempat mengelak apabila sebuah teksi tiba-tiba berhenti di hadapannya.

Treler kemudian terus merempuh dan mengheret teksi terbabit sejauh lebih 20 meter.

Cubaan orang ramai untuk mengeluarkan pemandu teksi tidak berjaya kerana mangsa tersepit dari bahagian pinggang di tempat duduknya.




Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, tiba kira-kira 15 minit kemudian.

Pemandu teksi dikenali sebagai Kasmir Mohammed, 53 tahun, dari Cheras, cedera parah di bahagian tangan, badan dan tulang rusuknya.

Mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.


Sumber:
tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Tersepit_Selepas_Dirempuh_Treler.html

doa kemalangan jalan raya

Bas Ekspes Rempuh Treler


13 November 2012
26 penumpang terselamat selepas sebuah bas ekspres yang mereka naiki melanggar sebuah treler membawa kontena yang terbabas.

Kejadian berlaku di KM 250 Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS di Rawang, Selangor menuju utara awal pagi tadi.

Bas dalam perjalanan dari Johor ke Ipoh, yang kebanyakan penumpangnya ingin menyambut perayaan Deepavali.


Kejadian berlaku kira-kira jam 2:30 pagi ketika hujan lebat.

Treler yang membawa kontena itu dikatakan dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.



Sejurus itu, sebuah bas ekspres dalam laluan sama tidak sempat mengelak lalu melanggar treler berkenaan.

Akibatnya, pemandu bas mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki manakala semua 26 penumpang termasuk pemandu kedua bas ekspres itu, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua pemandu bas ekpress ini yang berasal dari Ipoh juga pulang untuk menyambut Deepavali.

Pemandu lori treler juga selamat.


Sumber:
tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Bas_Ekspes_Rempuh_Treler_26_Penumpang_Nyaris_Maut.html

jangan memandu jika mengantuk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount