loading...

Tuesday, November 13, 2012

2 Kemalangan berasingan di Serdang


13 November 2012
SERDANG – Gara–gara hilang kawalan, seorang penunggang motosikal maut merempuh sebatang pokok di kilometer 44.7 Lebuhraya Kesas, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dikatakan dalam perjalanan dari arah Puchong menuju ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

Beliau berkata, berkemungkinan panik motosikal yang gagal dikawal kemudian merempuh sebatang pokok menyebabkan mangsa, Maxwell Anak Berauh, 27, jatuh ke atas jalan.

Katanya, mangsa yang beralamat di Rumah Laso Nanga Antawau Balleh, Kapit Sarawak maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Abd Razak berkata, dalam kes berasingan, seorang pemuda maut selepas tercampak keluar dari sebuah kereta di Kilometer 18.2 Lebuhraya Maju Ekspress (Mex), malam kelmarin.

Beliau berkata, dalam kejadian 7.35 malam itu, mangsa, Mohd Farid, 24, dikatakan menaiki kereta jenis Proton Putra bersama dua lagi rakannya.

Kesemua mereka jelasnya, menaiki kenderaan itu dari arah Kuala Lumpur menuju ke Putrajaya.

Abd Razak berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki tiga lelaki itu hilang kawalan, terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebalah kanan.

Katanya, mangsa yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

“Pemandu kereta, Mohd Fairuz (23), cedera dan dirawat di Hospital Serdang manakala penumpang yang duduk di sebelah depan, Abu Tahir (23), hanya mengalami cedera ringan.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta hubungi Pegawai Penyiasat Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Inspektor Mohd Alfian Mohd Zainal di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/penunggang-maut-rempuh-pokok-1.103416

berilah isyarat pergerakan anda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my