Friday, May 20, 2011

Maut ! Mendapatkan Semula Rantai Adik

Al-Fatihah... 

PADANG BESAR 20 Mei - Seorang kakak yang geram terhadap peragut kerana cuba meragut rantai leher adiknya bertindak nekad mengejar suspek dengan motosikal di Jalan Kangar-Padang Besar, di sini malam semalam.

Namun, dalam kejadian pukul 7.45 petang itu, motosikal tersebut hilang kawalan setelah dihimpit suspek lalu melanggar belakang sebuah kenderaan.

Mangsa, Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, kemudian terjatuh dan digilis sebuah kereta sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Nur Syaza Yasmin ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Bukit Keteri.

Dia sedang menuju ke sebuah kedai menjual telefon bimbit selepas mengisi minyak di Beseri apabila seorang remaja lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghampirinya.

Remaja itu berpura-pura bertanyakan sesuatu sebelum bertindak cuba meragut rantai adiknya, Nur Syaza Naurah, 15.

Menurut Nur Syaza Naurah, suspek gagal meragut rantai dipakainya yang hanya diperbuat daripada plastik, namun kakaknya yang marah dengan tindakan lelaki itu bertindak mengejarnya.

"Saya membonceng untuk mengecam nombor pendaftaran motosikal suspek. Suspek yang melihat kami mengejarnya telah bertindak menghimpit motosikal kami menyebabkan kakak hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar belakang sebuah kenderaan," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Bukit Keteri, di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, katanya, kakaknya tercampak di tengah jalan raya dan tidak sedarkan diri akibat hentakan di kepala, manakala dia sendiri terlantar di bahu jalan.

Katanya, dia cuba membantu kakaknya untuk ke tepi jalan raya, namun sebuah kenderaan dari arah belakang menggilis kakaknya sebelum memecut ke arah Padang Besar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Deros ketika dihubungi hari ini mengesahkan kemalangan tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

Jenazah Nur Syaza Yasmin yang dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Keteri, sebelum solat Jumaat, hari ini.



Bapa mangsa, Ruslan Ali, 49, ketika ditemui memberitahu, Nur Syaza Yasmin sebelum ini pernah memberitahu bermimpi memakai pakaian, namun semuanya tidak muat kerana kecil.

Sumber: Utusan

Kempunan Jumpa Anak Isteri

Al-Fatihah...



MARANG – Sudah menjadi rutin setiap minggu, seorang penyelia teknikal sebuah syarikat perkapa-lan dari Kemaman, Tengku Azman Tengku Saibon, 38, akan pulang menjenguk isteri dan tiga anaknya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dengan memandu kereta seorang diri.

Bagaimanapun, suratan takdir sudah menentukan minggu ini adalah minggu terakhir mangsa yang beralamat dari Kampung Putat Pendek, Pasir Mas dapat berbuat demikian selepas bapa tiga anak itu maut dalam kemalangan malam kelmarin.

Kemalangan yang berlaku lebih kurang jam 9 malam di Kilometer 25.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Alor Tuman di sini, ketika Tengku Azman dalam perjalanan pulang ke Pengkalan Chepa selepas pulang dari kerja.

Sepupu mangsa, Mohd Faisal Mohd Fauzai, 28, berkata, kebiasaannya arwah akan ke rumah isterinya di Pengkalan Chepa untuk bertemu anaknya terlebih dahulu sebelum pergi melawat keluarganya di Kampung Rupek, Pasir Hor pada keesokan harinya.

Menurutnya, sejak bekerja sebagai penyelia teknikal di sebuah syarikat perkapalan di Kemaman lebih kurang setahun lalu arwah tidak pernah terlepas dan pasti akan pulang menjenguk keluarga setiap minggu dengan memandu seorang diri.

“Bagaimanapun semalam, kami semua terkejut dengan kejadian kemalangan yang menimpanya namun kami tetap reda dengan ketentuan Tuhan kerana Tuhan lebih menyayanginya,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, nahas itu dipercayai berlaku apabila kereta Mercedes yang dipandu Tengku Azman gagal dikawal sewaktu mengambil selekoh dan terbabas ke kiri jalan lalu merempuh penghadang jalan ketika dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu .

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dari dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Marang diketuai Penolong Kanan Penguasaha Bomba, Mohd Zamri Awang Long dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa tersepit.

Mohd Zamri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu lebih kurang jam 8.30 malam dan tiba di lokasi kemalangan tersebut setengah jam kemudian sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira jam 10 malam.

“Kita terpaksa menggunakan pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mangsa berikutan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta dipandunya merempuh besi pengadang jalan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan Mohamad Zohan Seman ketika dihubungi mengesahkan menerima lapo-ran mengenai kejadian kemalangan di Kilometer 25.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan itu.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan dalaman yang teruk di dada dan siasatan awal polis mendapati kemala-ngan berlaku tanpa melibatkan pertembungan dengan kenderaan lain.

“Mayatnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga mangsa pagi semalam,” katanya.



Sumber dari Utusan.. Kemalangan pukul 8.30 malam itu mengakibatkan mangsa, Tengku Azman Tengku Saibon, 38, tersepit dalam kereta yang remuk dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke Kampung Putat Pendek, Kota Bharu, Kelantan dan bekerja di sebuah syarikat penyelenggaraan luar pesisir di Kemaman.

Seorang penduduk, Ramlah Yatim, 40, berkata, kemalangan itu berlaku ketika dia dan keluarga sedang menikmati makan malam sebelum terdengar bunyi kesan brek yang kuat.

"Kami lalu bergegas keluar dan ternampak sebuah kereta remuk terlanggar besi penghadang jalan depan rumah. Saya juga melihat seorang lelaki tersepit pada bahagian pemandu dan dalam keadaan parah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Ramlah, beberapa pengguna jalan raya berhenti dan cuba membantu tetapi gagal kerana keadaan mangsa kritikal dan hanya mampu mengajar lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah.



"Anggota bomba dan penyelamat yang datang tidak lama kemudian mengeluarkan mayat mangsa dengan mengopak bumbung kereta," katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Mohd. Zohan Seman ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.


Thursday, May 19, 2011

Kancil bertembung Lori Simen


Al-Fatihah...

SEREMBAN, 19 Mei -- Menyayat hati... Seorang wanita terbunuh apabila kereta Produa Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa simen ketika sedang melalui Jalan Bukit Putus dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 3.15 petang tadi dekat sini.


Ekoran pertembungan itu mangsa, Pauziah Ibrahim, 25, yang memandu seorang diri dari arah Kuala Pilah menuju Seremban tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Tragedi Ngeri


PUCHONG – Seorang pembonceng wanita maut dalam keadaan menyayat hati dengan isi kepalanya hampir terkeluar apabila motosikal dinaiki terbabas di Lebuh Puteri berhadapan pasaraya terkenal di Bandar Puteri, malam kelmarin.

Difahamkan, penunggang motosikal jenis Kawasaki yang membawa mangsa turut cedera parah di bahagian tangan dan kaki, namun sempat dikejarkan ke hospital.

Jurucakap Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam membabitkan sebuah kenderaan yang belum dapat dipastikan jenisnya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa merupakan warga Indonesia dikatakan baru pulang dari tempat kerja di Bandar Puteri menuju ke Batu 7, Jalan Puchong.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mereka dipercayai dihimpit sebuah kenderaan lain sehingga gagal dikawal.

“Motosikal itu terjatuh dan terseret beberapa meter sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya.

Beliau berkata, pembonceng dikenali dengan nama Rosida, 28, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala rakannya yang mengalami cedera parah sempat dikejarkan ke hospital oleh ambulan yang tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas dihubungi orang ramai yang menyaksikannya.

“Saya menggesa saksi yang melihat kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-89422222,” katanya.

Wahai Kenderaan Berat !



LAHAT – Pemandu kenderaan berat diminta lebih bertimbang rasa dan prihatin dengan keselamatan pengguna lain, ketika keluar masuk di simpang masuk Jalan Simpang Pulai ke Kampung Pengkalan Timah, di sini. 






Pengguna, Azlan Wahab, 50 berkata, kenderaan berat melalui laluan itu sebelum masuk ke jalan utama, dan didakwa memandu laju serta bersaing sesama mereka untuk mengejar trip perjalanan.



Menurutnya, lebih membimbangkan apabila kenderaan berat menyeberang jalan secara bahaya, termasuk waktu kesibukan lalu lintas. 






“Kadangkala, saya lihat kenderaan berat menyeberang ke jalan besar secara melulu dan membimbangkan penduduk di sini, terutama terdapat sekolah berhampiran.



“Sepatutnya pemandu kenderaan berat perlu lebih berhati-hati dan jangan sesekali membahayakan keselamatan pengguna dan penduduk,” katanya kepada :Sinar Harian. 






Azlan berkata, dia bimbang sekiranya berlaku kemalangan jiwa akibat sikap pentingkan diri pemandu kenderaan berat kelak.



“Saya harap pemandu kenderaan berat ini dapat lebih bertimbang rasa dan jangan hanya mementingkan diri mereka sahaja.



“Saya juga merayu kepada pihak berwajib agar mengambil tindakan tegas, serta lebih efisien dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.



Azlan berkata, kerap berlaku kemalangan di kawasan itu dan dia berharap tidak akan berlaku insiden yang boleh meragut nyawa pengguna jalan raya.



Azlan turut menegaskan perkara yang dibangkitkan membabitkan keselamatan semua pihak yang menggunakan jalan di kawasan itu termasuk pelajar sekolah. 






“Kita semua cari rezeki, namun dalam masa yang sama semua pihak perlu saling menjaga keselamatan bersama demi kebaikan semua pihak,” katanya.


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9077234.asp


Berpantang maut

KUANTAN – Seorang pemandu treler nyaris maut apabila kenderaan berat sarat muatan kayu yang dipandunya terbalik di persimpangan Jalan Kuantan-Pelabuhan, dekat Sungai Ular, di sini, semalam.

Menurut mangsa, Nuzuamry Abdullah, 42, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, dia dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, gagal mengawal kenderaan berat yang dipandunya ketika mengelak sebuah kereta yang cuba memintasnya.

Nuzuamry yang menetap di Gong Badak, Terengganu, berkata kereta yang tiba-tiba memotongnya cuba untuk masuk semula laluan di sebelah kiri kerana hendak keluar ke simpang yang berada tidak jauh di depan.

“Keretanya seakan-akan menghimpit lori saya ketika hendak memasuki semula laluan menyebabkan saya terpaksa memulas stereng ke sebelah kiri bagi mengelak daripada melanggarnya.

“Akibat tindakan itu, treler saya terbalik dengan muatan kayu yang dibawa bertaburan di atas jalan dan treler juga mengalami kerosakan teruk,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, dia tidak mengalami sebarang kecederaan parah sebaliknya hanya sakit pada dada dan pemeriksaan yang dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, mengesahkan kesakitan itu tidak serius.

“Syukur nyawa saya masih panjang. Melihatkan keadaan lori yang terbalik, mungkin ramai yang menyangka saya sudah mati.

“Sepatutnya saya ke Kuala Lumpur bersama seorang lagi rakan, namun rakan saya itu tiba-tiba demam dan menyebabkan saya terpaksa memandu bersendirian.

Mungkin ada hikmahnya dia tidak mengikut saya,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut masih dilakukan pihaknya bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Maut dipangkuan Bapa


KUALA TERENGGANU - Siapa sangka, anak yang selama ini jarang bersua muka akibat perpisahan keluarga, akhirnya menemui ajal di pangkuan bapanya sendiri, akibat cedera parah setelah terbabit dalam satu kemalangan.

Dalam kejadian malam kelmarin, akibat melanggar lampu isyarat merah, seorang remaja maut setelah motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah teksi di lampu isyarat Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam menyebabkan mangsa, Muhamad Shazwan Yusrien Yusuf, 19, dari Kampung Pantai Kuala Ibai, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Kampung Tok Adis menghala ke Chendering melanggar lampu merah.

“Pada masa sama, sebuah teksi yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Chendering tiba di tempat kejadian dan meneruskan perjalanan memandangkan ketika itu, lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.

“Tiba di pertengahan simpang di lampu isyarat terbabit, kedua-dua kenderaan ini bertembung antara satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Zamri, akibat pelanggaran itu, mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu teksi pula hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sejauh kira-kira satu kilometer setelah matanya dimasuki serpihan kaca yang pecah.

“Rakan mangsa yang membonceng bersama mangsa dan dua penumpang teksi terbabit pula hanya cedera ringan serta dirawat di hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebagai pesakit luar,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Yusuf Mohamad, 43, berkata, walaupun jarang berjumpa selepas berpisah dengan bekas isteri, namun dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya berada di sisi sebelum anaknya itu menghembuskan nafas terakhir.

“Malah paling memberi makna kerana arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya sendiri,” katanya. 



Yusuf berkata, setelah berpisah dengan bekas isterinya beberapa tahun lalu, hubungannya bersama mangsa tidak rapat dan kali terakhir dia melihat mangsa tiga hari lalu, apabila anaknya itu yang menunggang motosikal melewati hadapan rumahnya yang terletak di Rumah Murah Kuala Ibai.


Wednesday, May 18, 2011

Guru Maut Selepas Diraikan Hari Guru


17 Mei 2011. REMUK...kereta Proton Iswara dipandu Md Nordin hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dalam keadaan hujan lebat dan merempuh bas dalam perjalanan pulang selepas diraikan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson. Guru berusia 56 tahun itu maut dalam kemalangan di Jalan Sua Betong-Air Kuning.

PORT DICKSON: Memilukan apabila seorang guru lelaki yang dipercayai baru selesai meraikan sambutan Hari Guru di sekolahnya terbunuh selepas kereta dipandunya merempuh sebuah bas sekolah dalam kemalangan di Kilometer 23, Jalan Sua Betong-Air Kuning di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Md Nordin Md Daud, 56, yang memandu kereta Proton Iswara dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seri Rembau, Rembau.

Lelaki warga emas berkenaan sebelum itu dikatakan baru selesai menyambut Hari Guru di tempat beliau mengajar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Si Rusa, di sini.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal pihaknya mendapati cuaca ketika itu hujan dan kereta dipandu mangsa hilang kawalan sejurus tiba di satu selekoh di sekitar lokasi kejadian. “Keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan merempuh bahagian depan sebuah bas sekolah yang datang dari arah bertentangan hingga remuk teruk,” katanya.

Kereta Terbang


ALOR GAJAH: “Syukur kerana kemalangan ini tidak membabitkan kehilangan nyawa. Selalunya, anak-anak duduk di beranda sebelum mengaji,” kata Sabrina Taib, 36, menceritakan kejadian sebuah kereta terbabas dan melanggar dinding rumahnya di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, dekat sini, petang kelmarin.

Menurutnya, kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki itu terbalik dengan empat tayar di atas dan berlaku limpahan petrol sehingga mencetus kebimbangan berlakunya kebakaran.


“Masa itu saya duduk berehat dengan tiga anak saudara di bahagian belakang rumah pusaka itu sambil menonton televisyen kira-kira jam 3.20 petang.

“Tiba-tiba saya dengar dentuman kuat di bahagian depan rumah disusuli bunyi kaca pecah. Mulanya saya terfikir pokok tumbang atau rumah dipecah masuk.




“Disebabkan tidak sedap hati, saya membuka pintu belakang dan berjalan ke hadapan rumah sebelum ternampak sebatang dahan patah, namun tiada pokok tumbang.


“Saya terus berjalan ke depan dan tergamam melihat sebuah kereta terbalik dengan empat tayar di atas di beranda rumah. Sebaik terbau petrol saya terus berlari mendapatkan pertolongan anak saudara untuk mengeluarkan mangsa kemalangan itu,” katanya.

Menurutnya, anak saudaranya yang membantu memberitahu ada petrol melimpah keluar dari kereta berkenaan.


“Kami seperti hilang arah kerana takut sesuatu lebih buruk berlaku iaitu kereta itu meletup sebelum pemandu kereta yang cedera merangkak keluar kira-kira lima minit kemudian dan terus naik ke atas jalan kerana rumah kami berada di bawah tebing di selekoh.

“Kemudian anggota polis tiba diikuti anggota bomba menyembur cecair bagi menghalang limpahan minyak petrol itu,” katanya yang masih terkejut.


Sabrina berkata, dia bersyukur kerana tiada ahli keluarganya atau orang lain mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu.


Katanya, kejadian itu kali kedua dan kemalangan pertama berlaku sekitar 1980-an apabila tayar sebuah lori tercabut serta terpelanting ke rumah berkenaan tetapi tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kerosakan.


“Setengah jam sebelum kejadian, suami ada bersama pesakit di sebuah bilik di tepi beranda yang rosak teruk. Kebetulan dia (suami) yang juga pengamal perubatan tradisional pergi merawat pesakit di Tampin, Negeri Sembilan.


“Saya anggarkan kerosakan dialami kira-kira RM20,000,” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan menerima laporan kemalangan itu ketika dihubungi petang semalam.


Menurutnya, hasil siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu terbabit gagal mengawal kenderaannya akibat dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar rumah terbabit.



Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai dan berbahaya hingga menyebabkan kemalangan serta Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas, Akta Pengangkutan Jalan 166/59.

Penunggang Maut Terseret


KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal terbunuh manakala pemandu kereta cedera parah dan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25, Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Damansara, jam 3 petang semalam.

Kam Yoke Wai, 36, dari Taman Lembah Maju mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan selepas motosikalnya dirempuh kereta sebelum diseret sejauh beberapa meter.
Menurut sumber polis, kereta dipandu seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri lebuh raya dan merempuh motosikal mangsa.

Katanya, kereta yang dipercayai dipandu laju itu dilaporkan terhumban ke tepi jalan sebelum merempuh sebatang pokok berhampiran tempat kejadian.

Bumbung kereta itu remuk menyebabkan pemandunya tersepit di tempat duduk, namun berjaya dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, katanya.
Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sumber : Harian Metro

Sunday, May 15, 2011

AWAS ! Ngeri, Kepala Pecah Walaupun Pakai Helmet

 Tayar treler yang telah menggilis kepala seorang penunggang motosikal, di Rusia




serpihan topi keledar yang telah pecah



KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Polis mempunyai kuasa untuk merampas dan memusnahkan topi keledar yang tidak mematuhi standard SIRIM di bawah undang-undang baru berkaitan topi keledar yang sedang dirangka oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dengan kerjasama pihak polis. Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata undang-undang baru itu bertujuan membanteras penjualan dan penggunaan topi keledar palsu yang dibuat daripada bahan yang rapuh dan tidak mampu melindungi kepala pengguna motosikal. Ketika ditemui selepas mengetuai Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong Hentian Sebelah Puchong Selatan di sini hari ini, beliau berkata topi keledar yang tidak diiktiraf SIRIM dijual dan digunakan secara meluas di Malaysia dan keadaan itu perlu dibendung segera. "Harga topi keledar yang mendapat standard SIRIM tak jauh beza dengan harga topi keledar berfesyen tapi tak berkualiti, jadi tiada sebab mengapa orang ramai tak boleh membeli yang berkualiti," katanya. Advokasi dan pendidikan juga perlu dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada pengguna motosikal supaya menggunakan lorong motosikal khas dan memandu tidak melebihi had laju 60 km sejam, katanya. Beliau berkata kempen kali ini, yang mempromosikan isu-isu keselamatan jalan raya terutama bagi golongan berisiko tinggi iaitu para penunggang dan pembonceng motosikal, mendapat sokongan dan kerjasama kelab motosikal. "Kami mahu penunggang motosikal sendiri mendekati dan mempengaruhi penunggang lain dalam mengamalkan pemanduan yang selamat," katanya. Selain itu, Suret berkata ibu bapa dan guru mestilah bertanggungjawab dengan melarang remaja di bawah umur atau tidak mempunyai lesen menunggang motosikal. Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dan sentiasa mengikuti had laju yang ditentukan terutamanya pada musim cuti sekolah dan perayaan ini. -- BERNAMA 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount