loading...

Wednesday, May 18, 2011

Guru Maut Selepas Diraikan Hari Guru


17 Mei 2011. REMUK...kereta Proton Iswara dipandu Md Nordin hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dalam keadaan hujan lebat dan merempuh bas dalam perjalanan pulang selepas diraikan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson. Guru berusia 56 tahun itu maut dalam kemalangan di Jalan Sua Betong-Air Kuning.

PORT DICKSON: Memilukan apabila seorang guru lelaki yang dipercayai baru selesai meraikan sambutan Hari Guru di sekolahnya terbunuh selepas kereta dipandunya merempuh sebuah bas sekolah dalam kemalangan di Kilometer 23, Jalan Sua Betong-Air Kuning di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Md Nordin Md Daud, 56, yang memandu kereta Proton Iswara dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seri Rembau, Rembau.

Lelaki warga emas berkenaan sebelum itu dikatakan baru selesai menyambut Hari Guru di tempat beliau mengajar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Si Rusa, di sini.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal pihaknya mendapati cuaca ketika itu hujan dan kereta dipandu mangsa hilang kawalan sejurus tiba di satu selekoh di sekitar lokasi kejadian. “Keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan merempuh bahagian depan sebuah bas sekolah yang datang dari arah bertentangan hingga remuk teruk,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my