loading...

Monday, December 31, 2012

Pelajar maut tiada lesen memandu.

Pelajar maut


Inalillahi wainailaihi rojiun

1 Januari 2013
RAWANG – Kegembiraan seorang pelajar menghabiskan cuti akhir persekolahan bersama rakannya berakhir tragedi apabila motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah kenderaan di kilometer 14 Jalan KL-Ipoh, pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.56 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mandi di sebuah kolam air panas dekat sini.

Jurucakap Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berkata, mangsa Izat Muadzam Junaidi, 16, beralamat di Jalan Klang Lama disahkan maut akibat kecederaan dalaman.

Menurutnya, siasatan awal kemalangan mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah Rawang menghala ke Kuala Lumpur dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan.

Pemandu kenderaan yang masih belum dapat dikenalpasti itu dikatakan melarikan diri selepas kejadian berlaku.

“Mangsa yang hilang kawalan akibat geselan dengan kenderaan lain terpelanting dan tercampak di lorong kiri jalan.

“Kenderaan yang bergesel dengan motosikal mangsa dipercayai melarikan diri dan masih dikesan sehingga kini,” katanya.

Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mangsa didapati tiada lesen memandu.

Sehubungan itu, saksi kemalangan atau mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak,  Inspektor Muhamad Izam Ibrahim di talian 03-61262273, 03-61262257 atau 013-2006111 untuk membantu siasatan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/cuti-akhir-persekolahan-1.116922


Terhumban atas jalan


1 Januari 2013
SEBERANG PERAI - Seorang pemuda nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membelok di Jalan Bagan Ajam berdekatan Klinik Xavier di sini, petang kelmarin.

Rempuhan kuat di bahagian hadapan kiri kereta Toyota Vios dinaiki satu keluarga dalam kejadian pada jam 7.20 petang itu menyebabkan mangsa berusia 20-an, tidak sedarkan diri dipercayai kerana mengalami cedera parah.

Mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan dalam perjalanan dari Bagan Lebai Tahir ke Taman Sri Bagan di Bagan Dalam, untuk bertemu rakan.

Difahamkan, mangsa yang menunggang dalam keadaan laju gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar bahagian hadapan kereta dinaiki keluarga itu yang membelok untuk pulang ke rumah mereka di Taman Meranti Indah di sebelah kanan laluan berkenaan.

Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting dan terhumban di sebelah kenderaan berkenaan menyebabkannya cedera dan tidak sedarkan diri kemudiannya.

Pengguna jalan raya yang prihatin dilihat bersama petugas Klinik Xavier memberikan bantuan di lokasi kejadian sebelum mangsa dibawa dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Seberang Jaya kemudiannya.

Laluan berkenaan turut sesak apabila pemilik kenderaan turut memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat kejadian itu, bagaimanapun aliran trafik kembali lancar sejurus ketibaan polis mengawal keadaan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/tak-sedarkan-diri-selepas-terhumban-ke-atas-jalan-1.116934


Punca radiator tak berfungsi


HOS getah penyalur air dan penutup kerap menjadi punca kegagalan radiator yang berfungsi menyejukkan enjin dengan sempurna.

Ini berikutan kegagalan dua komponen berkenaan membuatkan air dalam radiator bertukar menjadi wap menyebabkan kandungannya semakin berkurangan.

Sekiranya hos getah gagal berfungsi akibat bocor, ia mungkin berpunca daripada keretakan atau rekahan pada permukaannya kerana komponen itu terlalu lama sehingga menjadi keras.

Jika rekahan itu dibiarkan tanpa mengganti hos, kemungkinan ia bocor menyebabkan semua air dalam tangki kosong, sekali gus menaikkan suhu enjin.

Penutup radiator pula gagal berfungsi apabila springnya menjadi keras dan tidak lagi menganjal menyebabkan komponen itu gagal mencengkam bagi menutup lubang memasukkan air.

Keadaan itu menyebabkan air dalam radiator mendidih menghasilkan tekanan sebelum keluar sebagai wap. Lama kelamaan air dalam radiator kehabisan.

Akhirnya, kereta anda tersadai di tepi jalan kerana tidak boleh bergerak apabila suhu enjin terlalu panas.

Sehubungan itu, anda dinasihatkan memeriksa setiap hos getah dari pangkal hingga ke hujung bagi memastikan tiada rekahan.

Periksa juga pangkal hos yang diikat dengan klip kerana bahagian ikatan itu mudah bocor.

Ujian untuk memastikan ketahanan hos getah adalah dengan memicitnya. Getah, eloklah gantikan hos itu dengan segera kerana ia sebagai petanda akan pecah bila-bila masa saja.

Akhir sekali, periksa semua kedudukan hos supaya tidak bergesel dengan dinding atau alat ganti lain.

Sekiranya mahu menukar hos getah, air dalam radiotor perlu dibuang dengan membuka skru saluran keluar air di bawah tangki. Kemudian, buka klip pengikat kedua-dua pangkal hos menggunakan pemutar skru.

Jangan sekali-kali menggunakan kekerasan ketika mencabut pangkal hos itu kerana puntungnya mudah retak, sebaliknya gunakan pisau untuk memotong hos itu. Selepas hos dicabut, gunakan berus dawai membersihkan sekeliling puntung yang mungkin diselaputi karat.

Jangan lupa masukkan dahulu gelung klip pada pangkal hos sebelum diketatkan semula selepas hos itu disumbatkan pada puntung.

Jika menghadapi masalah memasukkan pangkal hos itu, gunakan minyak atau gris yang disapu pada hujung puntung yang bertindak sebagai pelicin. Selepas pangkal hos dimasukkan ke puntung, ketatkan klip menggunakan pemutar skru.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Hosbocor_radiatortakberfungsi/Article/index_html

Maut pada hari lahir



Inalillahi wainailaihi rojiun

31 Disember 2012
SEREMBAN: Maut pada hari lahir. Itu tragedi yang menimpa seorang mekanik apabila baru beberapa jam genap usianya 24 tahun sebelum terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 12, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus, di sini, semalam.



Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, mangsa, Mohamad Yusof Zaharuddin dari Taman Bukit Mutiara, Kuala Pilah maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh sebuah kenderaan dari arah bertentangan.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Seremban maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa gagal mengawal motosikal Honda EX5 ditunggangnya ketika tiba di satu selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung kereta Proton Saga BLM hingga tercampak 15 meter,’’ katanya, di sini, semalam.

Katanya, siasatan awal juga mendapat, mangsa ingin bertemu rakannya di Seremban bagi meraikan hari lahirnya.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Harilahir_harimati/Article/index_html
ntv7.com.my/7edition/local-en/SON_OF_EX_POLICEMAN_DIES_IN_CRASH_ON_24TH_BIRTHDAY.html



Jururawat HUKM maut

Norhamiza Abd Rani, jururawat HUKM maut terbabas

Inalillahi wainailaihi rojiun

31 Disember 2012
KUALA KUBU BHARU - Seorang jururawat dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) maut dalam kemalangan di Kilometer 431.4 Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi semalam.


Norhamiza Abd Rani, jururawat HUKM maut rempuh besi pengadang jalan



Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, kereta Perodua Alza dinaiki mangsa bersama suami dan tiga anaknya terbabas serta melanggar besi pengadang jalan.

“Siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada tayar depan sebelah kiri kereta dinaiki sekeluarga itu pecah menyebabkan pemandunya, Binorizam Basri, 34, gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan melanggar besi pengadang jalan sebelah kiri.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa, Norhamiza Abd Rani, 34, maut di tempat kejadian manakala dua daripada tiga anaknya cedera,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, anak mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Sementara itu, ibu mangsa, Rahmah Itam, 55, bersama suami tiba di Unit Forensik HKKB untuk menuntut jenazah anaknya.

Turut menziarahi mangsa, rakan sekerja serta pegawai dan kakitangan Perodua yang juga rakan sekerja suami Norhamiza yang bekerja sebagai eksekutif di bahagian pengedaran di Kilang Perodua, Sungai Choh.

Rahmah berkata, ketika kejadian anaknya dalam perjalanan kembali ke kediaman mereka di Cheras, Kuala Lumpur setelah menghabiskan cuti seminggu di kampung halaman di Jitra, Kedah.

“Mereka bertolak kira-kira jam 10 malam tadi (kelmarin) kerana bercadang berehat seketika sebelum memulakan kerja malam nanti (semalam).

“Tapi kami terkejut apabila mendapat panggilan mengatakan mereka terbabit kemalangan,” katanya.

Menurutnya, jenazah anaknya akan dibawa pulang ke Jitra untuk dikebumikan.



Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/jururawat-maut-dua-daripada-tiga-anaknya-cedera-1.116704
ntv7.com.my/7edition/local-en/WOMAN_KILLED_HUSBAND_AND_THREE_CHILDREN_INJURED_IN_CRASH.html



Sunday, December 30, 2012

Proton Iswara bertembung Mercedes Benz



 Inalillahi wainailaihi rojiun

31 Disember 2012
KOTA TINGGI - “Sebelum kejadian itu berlaku saya terdengar suara perempuan menjerit sebelum bunyi dentuman yang kuat ekoran kemalangan melibatkan dua kenderaan."

Demikian menurut saksi kemalangan maut Mohd Nazirul Azilini, 16, yang berlaku di Kilometer 24 Jalan Johor Bahru–Mersing berhampiran Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) yang mana turut mengorbankan tiga nyawa kira kira jam 12 tengah hari semalam.

Menurut Mohd Nazirul, menjadi rutin sejak mula cuti persekolahan dia menolong bapa saudaranya menjual lemang di situ, namun dia tidak sangka akan menyaksikan kejadian ngeri itu.

“Ketika itu saya sedang menghidupkan api, namun sebaik sahaja mendengar dentuman kuat saya terus bergegas melihat tempat kejadian yang kira kira 100 meter dari tempat kami berniaga.

“Saya melihat dengan jelas di mana pemandu kereta Proton Iswara itu tersepit di tempat duduk pemandu. Manakala saya turut terdengar tangisan salah seorang kanak kanak yang duduk di bahagian belakang kereta itu.

“Keadaan kereta yang remuk ekoran kemalangan itu menyebabkan saya tidak dapat lihat mangsa lain yang berada dalam kereta itu," katanya.

Dia menambah: “Keadaan pemandu dan sebahagian penumpang kereta tersebut masing masing sudah tidak bermaya akibat mengalami kecederaan yang teruk sehingga terdapat darah yang banyak mengalir di celah pintu kereta."

“Turut kelihatan pemandu kereta Mercedes Benz yang turut mengalami kecederaan. Bagaimanapun saya tidak dapat menolong mangsa kerana harus kembali ke pondok lemang.

“Namun saya melihat orang ramai yang berhenti di tempat kejadian membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa yang maut ialah pemandu Proton Iswara, Ating Dasa, 25, serta dua anak saudaranya, Brigeson Megong, 10, dan Laire Tifany Gasah, 7.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Che Mahazan Che Aik ketika mengesahkan berkata, kejadian Ating meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anak saudaranya meninggal dunia di Hospital Sultanah Ismail.

Kereta Proton Iswara itu dinaiki lima orang termasuk dua anak mangsa. Difahamkan mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) berikutan suaminya seorang anggota tentera.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan mereka terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan lain.

“Ekoran kejadian itu turut menyebabkan dua anak mangsa berusia antara dua dan empat tahun termasuk pemandu Mercedes Benz terbabit parah," katanya lagi.

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/saksi-pemandu-maut-tersepit-dengar-kanak-kanak-menangis-1.116654


3 termasuk dua kanak-kanak maut

30 Disember 2012

KOTA TINGGI – Tiga termasuk dua kanak-kanak maut apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta Mercedes Benz di Kilometer 24 Jalan Johor Baharu-Mersing dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Che Mahazan Che Aik berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dari arah Johor Bahru menghala ke Pulada terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Katanya, ekoran itu kereta Proton Saga tersebut telah bertembung dengan kereta Mercedes yang dari arah Kota Tinggi menghala ke Johor Bahru.

Pemandu Proton Saga, Ating Ak Dasa, 25; Brigeson Megong, 10, dan Laire Tifany Ak Gasah, 6, meninggal di tempat kejadian.

"Kereta Proton Iswara yang dipandu Ating dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Proton Iswara itu turut dinaiki dua anak lelaki Ating berusia dua dan mereka sekeluarga dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Kota Tinggi.

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/3-termasuk-dua-kanak-kanak-maut-1.116647



Diragut Rantai dan Nyawa

pesara Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) maut

30 Disember 2012
KEPALA BATAS 29 Dis. - Hasrat seorang pesara Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di sini bersama isterinya tidak kesampaian setelah dia maut akibat tercampak daripada motosikalnya yang terbabas selepas diragut penjenayah semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Butterworth-Kepala Batas di Permatang Manggis dekat sini pukul 7.30 malam ketika A. Josop, 65, menunggang motosikal jenis Honda Maves tersebut bersama isterinya, A. Laies, 52.

Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal merentap rantai emas yang dipakai Laies dari arah belakang, mengakibatkan motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berikutan itu, kedua-dua mereka dari Bagan Ajam tercampak di atas jalan dengan mangsa cedera parah manakala isterinya bernasib baik dan hanya cedera ringan di tangan kiri.

"Berdasarkan aduan isteri mangsa, peragut telah merentap rantai leher emas berharga RM1,000 yang dipakainya sebanyak dua kali hingga putus.

"Dengan bantuan orang ramai, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kepala Batas," katanya dalam sidang akhbar di Hospital Kepala Batas di sini malam tadi.

Menurut Abdul Rahim, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik untuk dibedah siasat dan dituntut ahli keluarganya pagi ini manakala isterinya masih dirawat.

Beliau berkata, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan mendapati kawasan itu gelap dan isteri mangsa juga tidak dapat mengecam suspek, jenis serta nombor pendaftaran motosikal tersebut.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

"Tiada saksi melihat kejadian berikutan keadaan jalan yang gelap namun polis akan melakukan siasatan bagi mengesan suspek itu," kata beliau.

Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta membangkitkan sebarang sentimen perkauman bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Ini adalah kes jenayah, bukan masalah perkauman. Justeru, saya minta orang ramai jangan cuba putar belitkan isu ini," ujarnya.

Anak sulung mangsa, J. Charles Dorney, 40, berkata, bapanya meninggalkan tiga orang anak iaitu seorang anak lelaki dan dua perempuan yang berumur antara 33 dan 35 tahun.

Kata beliau, mayat bapanya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian di Butterworth.



Suspek melarikan diri

“Suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil rantai leher mangsa,” katanya.
Josop pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2006. Mayat Josop dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat, manakala Alaise mendapat rawatan di hospital yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata gerakan mengesan suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Salam Takziah...

Sumber:
utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121230/je_01/Pesara-maut-angkara-peragut
bharian.com.my/bharian/articles/Pasangannahasselepasdiragut/Article/
hmetro.com.my/articles/Peragutnyawa/Article/artikelMA
tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Isteri_Diragut_Suami_Warga_Emas_Maut.html




Friday, December 28, 2012

Maut dirempuh lori pasir

Abdul Rani Abdullah Aziz, 51, dari Taman Meru 3C, di sini, maut serta merta

Inalillahi wainailaihi rojiun

29 Disember 2012
IPOH - Seorang pemandu lori terbunuh selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan pasir di Jalan Jelapang-Chemor, berhampiran Taman Meru Perdana, pagi semalam.

rempuh Toyota Hilux

Dalam nahas kira-kira jam 8.30 pagi itu, pemandu lori pikap jenis Toyota Hilux, Abdul Rani Abdullah Aziz, 51, dari Taman Meru 3C, di sini, maut serta merta di tempat kejadian.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, pemandu lori muatan pasir bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Jelapang menghala ke Chepor.

“Ketika sampai di lokasi nahas, salah satu tayar lori tersebut pecah menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Manakala lori yang dipandu lelaki berusia 41 tahun yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh bahagian depan kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan bagaimanapun tidak menolak kejadian ekoran pemandu pacuan empat roda gagal mengawal kenderaannya selepas tayar pecah.

Sementara itu, anak perempuan mangsa, Syarifah Norliana Abdul Rani, 9, yang ditemui tidak sangka bapanya pergi meninggalkan mereka sekeluarga secara tiba-tiba.

“Bagaimanapun, ayah sempat belikan baju sekolah untuk kami tiga beradik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HRPB, semalam.

Menurutnya, bapanya sempat membawa dia bersama adiknya, Amir Daniel, 8, dan kakaknya, Syarifah Rashidah, 15, membeli beg dan baju sekolah baru beberapa hari lalu.

Al-fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/maut-dirempuh-lori-pasir-1.116277


Thursday, December 27, 2012

Dua sahabat maut terbabas

Jamiluddin Zaiton dan Sharul Azim Mohd Azmi maut rempuh tiang elektrik


Inalillahi wainailaihi rojiun

28 Disember 2012
MARANG - Dua sahabat maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik, pokok dan pondok menunggu bas di Kilometer 52 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Jambu Bongkok, di sini pagi ini.
  
Dalam kejadian pada 7.50 pagi itu, mangsa Jamiluddin Zaiton, 28, dan Sharul Azim Mohd Azmi, 19, maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala dan badan.
  
Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan berkata dua sahabat yang berasal dari Johor itu sedang dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu dan dipercayai baru pulang dari kampung halaman mereka.
  
Katanya kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua batang tiang elektrik, sebuah pondok bas dan pokok di tepi jalan.
  
"Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa terpelanting sejauh 30 meter sebelum terbalik," katanya ketika dihubungi.
  
"Kereta mangsa remuk teruk dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.
  
Sementara itu pihak Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
  
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.  - Bernama

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/dua-sahabat-maut-rempuh-tiang-pokok-dan-pondok-bas-di-marang-1.116151
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm



Murid maut dilanggar lori ais

 Inalillahi wainailaihi rojiun

28 Disember 2012
KUANTAN - Seorang murid tahun lima maut akibat dilanggar lori ais ketika melintas di Kilometer 12 Jalan Jerantut-Paya Embun-Jerantut Feri dekat Kampung Lada, di Jerantut, petang semalam.

Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa, Mohd Faizol Aidil Arzula, 11, dari Kampung Lada, Jerantut mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kaki kanan.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, mangsa dilanggar semasa sedang melintas jalan secara tiba-tiba.

"Dipercayai mangsa secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan sebelum dilanggar lori muatan ais yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menuju ke Jerantut," katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu lori yang berusia 30-an itu dipercayai tidak sempat membrek kenderaannya kerana jarak terlalu hampir.  

Sementara itu, dalam kejadian berasingan malam tadi, seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres yang membawa 40 penumpang di Kilometer 5 Jalan Bentong-Karak dekat Bentong.

Dalam kejadian 11.15 malam itu, Orang Asli terbabit, Karim a/l Sudin, 28, berasal dari kampung Lobak, Bentong maut di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda hilang kawalan semasa memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan.

"Ekoran itu, mangsa telah bertembung dengan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Bagaimanapun, katanya pemandu bas dan penumpang bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/murid-tahun-lima-maut-dilanggar-lori-ketika-melintas-di-jerantut-1.116159




Wednesday, December 26, 2012

Rempuh lori simen


27 Disember 2012
SHAH ALAM: Seorang pemandu lori kontena nyaris maut apabila lori dipandunya merempuh sebuah lori simen dalam kemalangan di Kilometer 2.2 Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Pelabuhan Klang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, Mohd Nazri Othman, 37, yang memandu lori membawa muatan kepingan kayu tersepit apabila kontena dibawanya menghimpit bahagian kepala lori akibat hentaman kuat sebaik merempuh belakang lori simen berkenaan.


Namun, mangsa dilaporkan stabil selepas dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat.

Difahamkan, lori kontena berkenaan dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pelabuhan Klang untuk menghantar muatan kepingan kayu. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, akibat hentaman yang kuat, bomba terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk memotong bahagian kepala lori yang remuk bagi mengeluarkan mangsa.


Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius tetapi hanya mengalami luka di badan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori simen berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Seramai 20 anggota bomba dengan tiga jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Shah Alam dan Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

“Usaha mengeluarkan mangsa terpaksa dibuat dengan berhati-hati kerana bimbang mangsa akan mendapat kecederaan yang lebih serius memandangkan keadaan kepala lori yang dipandu mangsa remuk kerana dihimpit kontena dibawanya,” katanya.


Katanya, akibat kemalangan itu, pengguna lebuh raya terpaksa menempuh kesesakan lebih empat jam dan keadaan kembali pulih kira-kira jam 11 pagi.


Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemandutersepitrempuhlorisimen/Article/index_html


Gara-gara dua kumpulan samseng bergaduh

27 Disember 2012
PUCHONG: Kegembiraan tiga sahabat yang menjamu selera di sebuah restoran di bandar ini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dilanggar sebuah kereta ketika cuba menyelamatkan diri daripada amukan dua kumpulan samseng disertai lebih 10 orang yang ‘bertempur’ di kawasan berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa, Kenny Chuk, 20, yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sebuah hospital swasta di kawasan berkenaan.


Rakan mangsa, See Yuk Hui, 22, berkata, ketika makan, mereka ternampak dua kumpulan bergaduh di kawasan berhampiran menyebabkan mereka bertiga melarikan diri dari restoran berkenaan.

“Bagaimanapun, Kenny dirempuh sebuah kereta ketika melarikan diri sebelum kami membawanya ke sebuah hospital swasta di kawasan berhampiran. Bagaimanapun, Kenny meninggal dunia sebaik tiba di hospital” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Beliau berkata, dia tidak tahu punca kejadian itu, namun apa yang pasti keadaan bertambah buruk apabila dua kumpulan terbabit bergaduh dengan membaling kerusi dan meja selain bertumbuk.


Menurut See, bagi menyelamatkan diri, mereka melarikan diri dengan menyeberangi jalan ke tempat letak kereta sebelum Kenny dilanggar.

Sumber berkata, polis yang tiba di hospital dan tempat kejadian selepas menerima laporan orang awam menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.


“Seorang daripadanya cedera dipercayai akibat bergaduh manakala seorang lagi adalah pemandu kereta yang melanggar mangsa.

“Sehingga kini, polis masih menyiasat sama ada pemandu kereta itu individu yang terbabit dalam pergaduhan itu atau tidak,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.


Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Dilanggarketikalari/Article/index_html


4 wanita dirempuh Hyundai Accent

Inalillahi wainailaihi rojiun

27 Disember 2012
GOMBAK: Seorang wanita terbunuh manakala tiga rakannya parah akibat dirempuh sebuah kereta ketika berada di bahu jalan untuk melihat kereta mereka yang rosak ditarik trak penunda, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.50 pagi itu, mangsa, Nor Rosaini Mahat, 53, yang juga suri rumah maut di tempat kejadian di Kilometer 23, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur menghala ke Gombak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, tiga rakan Nor Rosaini, semuanya wanita berusia 50-an, turut tercampak sebaik dirempuh sebuah kereta Hyundai Accent, menyebabkan ketiga-tiganya parah.

Menurutnya, sebelum kejadian mereka yang menaiki sebuah kereta menghala ke Gombak berhenti di lokasi kejadian selepas kenderaan itu rosak.


“Mereka menghubungi trak penunda bagi menunda kereta itu ke bengkel. Ketika itu, mereka keluar dari kereta dan berdiri di bahu jalan.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/articles/Tragedimauttundakereta/Article


Anggota polis trafik maut dirempuh van



Inalillahi wainailaihi rojiun

27 Disember 2012
PORT DICKSON – Seorang anggota Polis Trafik di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Port Dickson maut dalam satu kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Pantai Port Dickson sekitar jam 10.54 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa Koperal Shah Rizal Abu Bakar, 30, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut di tempat kejadian.

Menurutnya,  siasatan awal polis mendapati, mangsa menunggang bersendirian dari arah Port Dickson ke Telok Kemang dirempuh sebuah van dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan jalan.

“Penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tengah jalan sebelum dilanggar oleh sebuah lagi kereta dari arah Telok Kemang yang tidak sempat mengelak mengakibatkan mangsa tercampak sejauh kira-kira 20 meter masuk ke dalam kawasan parkir sebuah hotel berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi.

Abd Wahab berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum di bawa ke Bilik Mayat Hospital Port Dickson (HPD) untuk dibedah siasat.

“Pemandu van seorang lelaki yang tidak cedera dipercayai melarikan diri sementara penumpang van tersepit di tempat duduk penumpang hadapan mengalami kecederaan parah dibawa ke HPD untuk rawatan.

“Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik van itu dan operasi memburu pemandu tersebut dilakukan serta-merta. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987,” katanya lagi.

Abd Wahab berkata,  sebelum kejadian Shah Rizal baru sahaja selesai bertugas pada jam 7 malam.

Sementara itu, isteri arwah, Mazlinda Ahmad, 32, ketika ditemui di Bilik Mayat HPD berkata, dia masih terperanjat dengan berita kematian suaminya.

“Arwah baru enam bulan berpindah bertugas di sini (IPD Port Dickson). Kami terpaksa duduk berasingan kerana saya menjaga ibu yang uzur di Bahau sementara dia menyewa di Taman Pantai Mas.

“Memang kami berhasrat untuk tinggal bersama namun, masa belum sesuai. Kali terakhir saya bertemu dengannya adalah dua minggu lalu ketika kenduri di rumah (Bahau). Dua hari lalu kami ada berhubungan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.

Mazlinda yang merupakan seorang suri rumah redha dengan pemergian suaminya.

Hampir 50 pegawai dan anggota trafik menziarahi mangsa di Bilik Mayat HPD.

Jenazah kemudiannya dituntut keluarga sekitar jam 12 tengah hari di Bilik Mayat HPD sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Felda Keratong 7 Bandar Muazam Pahang.

Allahyarham meninggalkan dua anak Qurratul Ain Dayana, 5, dan Mohd Shah Mirza,1.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/anggota-polis-trafik-maut-dirempuh-van-1.115750\


Tak sempat makan nasi goreng

Inalillahi wainailaihi rojiun

27 Disember 2012
KUALA KRAI - Hasrat seorang warga emas untuk menikmati nasi goreng kegemarannya tidak kesampaian, apabila dia maut dalam nahas jalan raya di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Chuchuh Puteri B, dekat sini, kelmarin.

Pada kejadian kira-kira jam 1.15 petang, Isa Awang Mat, 67, dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Zohor, sebelum motosikalnya dirempuh di bahagian kanan oleh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

Akibat kemalangan itu, Isa cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK), sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.15 petang.

Anak sulung mangsa, Kadarisman, 44, berkata, sebelum kejadian, ayahnya memesan nasi goreng di sebuah kedai makan tidak jauh dari masjid, dan berhasrat untuk menikmati makanan itu selepas menunaikan solat Zohor.

“Selepas pesan nasi goreng, ayah saya pergi ke masjid untuk solat Zohor dan ketika membelok untuk masuk ke masjid, motosikalnya dirempuh sebuah motosikal datang dari belakang,” katanya.

Kadarisman berkata, dia tahu mengenai kejadian selepas dimaklumkan jiran lalu bergegas ke tempat kejadian, yang  terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya dan mendapati ayahnya terbaring di tepi jalan.

“Waktu itu, dia sudah tidak sedarkan diri. Saya angkat dia naik kereta untuk dihantar ke hospital sebelum dipindahkan ke atas ambulans di Kampung Peria,” katanya.

Jenazah Allahyarham Isa disembahyangkan selepas solat Isyak, diimami Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chuchuh Puteri B.

Hadir sama menziarahi jenazah, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Allahyarham meninggalkan isteri, Fatimah Awang Teh, 65, dan dua anak termasuk Kadarisman.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Inspektor Low Johan berkata, kejadian berlaku berhampiran Masjid Chuchuh Puteri B, dekat sini.

Ketika kejadian katanya, mangsa menunggang motosikal Kriss dipercayai dalam perjalanan ke masjid sebelum dirempuh sebuah motosikal Yamaha RXZ dinaiki dua lelaki.

“Seorang penunggang Yamaha RXZ cedera ringan manakala seorang lagi tidak cedera,” katanya memberitahu, siasatan kes masih diteruskan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tak-sempat-makan-nasi-goreng-1.115776



Tuesday, December 25, 2012

Tak sempat makan kenduri


Inalillahi wainailaihi rojiun

26 Disember 2012
REMBAU – Dua sahabat tidak sempat menghadiri majlis kenduri kesyukuran rakan sekerja di Taman Seri Rembau di sini apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 35.5, Jalan Seremban-Tampin, semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, pemandu kereta Proton Wira, Azla Imra Subari, 26, dan rakannya yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, Amirul Izwan M Ruhani, 24, mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan tersepit di tempat duduk masing-masing.

Menurut ibu Azla, Maimunah Osman, 54, dari Kampung Baru Tampin, arwah anaknya yang merupakan seorang juruteknik di kilang Honda, Alor Gajah, Melaka ada memberitahunya yang dia bercuti semalam dan berhajat menghadiri kenduri kesyukuran rakan di Rembau.

“Apa yang pelik, arwah tak maklumkan kepada saya waktu dia bertolak. Biasanya setiap kali keluar rumah, dia pasti beritahu saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini, semalam.

Menurutnya, Azla juga baru sahaja melangsungkan pertunangan kira-kira sebulan yang lalu, malah belum sempat melihat gambar majlis pertunangan yang dirakam jurugambar yang ditempah tunangnya itu.

Dalam pada itu, saksi kejadian, Norhayati Muit, 44, berkata, dia dalam perjalanan dari Seremban ke Tampin untuk menghantar ayahnya pulang ke rumah apabila tragedi itu berlaku di depan matanya.

“Saya memandu di belakang Honda CRV dan sebaik tiba di lokasi berkenaan, kereta Proton Wira dari arah bertentangan tiba-tiba masuk ke laluan kami," katanya.

Dalam kejadian itu, sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Jalil Jasin, mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.

Mizan berkata, berdasarkan siasatan awal, kereta yang dipandu mangsa iaitu Proton Wira dari arah Tampin menuju ke Rembau dipercayai terbabas sebelum dilanggar oleh kenderaan lain jenis Honda CRV dari arah bertentangan.

Al-Fatihah


Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/dua-sahabat-maut-tidak-sempat-hadir-kenduri-rakan-1.115443



2 kemalangan maut penunggang motosikal

Inalillahi wainailaihi rojiun

26 Disember 2012
TAMPIN – Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di dua lokasi kemalangan berasingan di daerah ini, malam kelmarin.

Difahamkan kejadian kali kedua itu berlaku dalam tempoh 13 jam dari kejadian pertama.

Kemalangan pertama membabitkan seorang warga emas, Salleh Maadon, 78, kira-kira jam 10.45 malam di kilometer 26.5, Jalan Tampin-Gemas selepas motosikal jenis Suzuki 80 yang ditunggangnya dari arah Gemencheh ke Tampin dilanggar sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, berdasarkan siasatan awal dipercayai warga emas berkenaan dalam perjalanan ke kediamannya di Taman Muhibah, namun dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 56 tahun.

“Susulan perlanggaran itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) bagi rawatan lanjut. Bagaimanapun, mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban dan disahkan mati di hospital berkenaan kira-kira jam 3 pagi.

“Mayat mangsa kemalangan pertama dibedah siasat di HTJ, semalam,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Kooi Cheang berkata, bagi kemalangan kedua pula, mangsa, Bairi Syah Abu Hassan, 34, disahkan maut di Klinik Kesihatan (KK) Jelai selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di kilometer satu, jalan Felda Jelai, pagi semalam.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa iaitu seorang anggota tentera dari Kem Syed Sirajudin Gemas dipercayai terbabas ke bahu jalan lalu melanggar pokok pinang sebelum terjatuh ke dalam cerun.

“Mangsa dikejarkan ke KK Jelai bagi rawatan lanjut. Bagaimanapun, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di KK berkenaan oleh kakitangan kesihatan. Mayat mangsa dihantar ke HT untuk proses bedah siasat," katanya.


Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dua-lelaki-maut-dalam-kemalangan-berasingan-1.115507


Dua Rakan Nyaris Maut



26 Disember 2012
KLANG - Dua rakan bernasib baik apabila terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terbang ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah bas dan sebuah kenderaan lain yang kebetulan melalui Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (TAR) bersebelahan Balai Trafik Klang Selatan, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, pemandu kesemua kenderaan terselamat walaupun keadaan kereta remuk teruk hingga bomba dipanggil ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di tempat duduk masing-masing.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Perdana yang dinaiki seorang lelaki dan wanita itu dari arah Jalan Banting menghala Bulatan Simpang Lima disyaki gagal mengawal kenderaannya ketika melalui satu selekoh agak tajam.

“Kenderaan mangsa gagal dikawal lalu terbang ke laluan bertentangan dan terus merempuh sebuah bas kilang dan sebuah Proton Persona yang dalam perjalanan menghala Jalan Banting.

“Berikutan rempuhan kuat itu, kenderaan dinaiki mangsa remuk teruk menyebabkan kedua-duanya terperangkap di tempat duduk masing-masing.

“Mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar menerusi bantuan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas yang memotong beberapa bahagian kenderaan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua mangsa, menurutnya, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut dan mangsa dikatakan dalam keadaan stabil walau masih trauma dengan kejadian yang nyaris meragut nyawa mereka.

Lebih menyedihkan katanya, pemandu kereta Proton Persona datang dari Pulau Pinang dengan hasrat untuk menemui anaknya di asrama sebuah sekolah di sini.

Bagaimanapun katanya, mangsa dan pemandu bas kilang tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan masih terkejut dengan kejadian itu selain kenderaan masing-masing turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Kemalangan hampir sama kerap berlaku di lokasi itu memandangkan selekohnya yang agak tajam dan berbahaya.

“Jadi semua pemandu diingatkan agar berhati-hati ketika memandu termasuk ketika melalui lokasi itu apatah lagi sebelum ini sudah dua nyawa melayang dalam kejadian hampir sama iaitu memasuki laluan bertentangan dan merempuh kenderaan lain,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/nyaris-maut-kereta-terbang-1.115502


Dua sahabat maut dirempuh lori


Inalillahi wainailaihi rojiun

26 Disember 2012
PEKAN – Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki mereka bersama empat lagi rakan dirempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan di Kilometer 6 Jalan Chini-Kuantan, kelmarin.

Mangsa terbabit ialah pemandu kereta, Mohd Naim Shawaludin Mohd Nazri, 25 dan penumpang di bahagian belakang pemandu, Saidatul Shakinah Abd Razak, 18, di mana kedua-duanya berasal dari Felda Chini 1, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa bersama rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Chini 1 selepas bersiar-siar mengunjungi karnival di Felda Chini Timur.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada lori satu tan dipandu lelaki yang membawa isteri dan seorang anak dari arah Kuantan ke Chini.

Menurutnya, lori dipandu lelaki berusia 40-an itu kemudiannya masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Proton Wira dinaiki enam sahabat terbabit.

“Dalam keadaan hujan dan jalan gelap tanpa lampu jalan, kereta dipandu Mohd Naim Shawaludin tidak sempat mengelak lori yang masuk secara tiba-tiba ke laluannya, sebelum dirempuh pada bahagian kanan sebelah hadapan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Empat rakan mereka dan pemandu lori sekeluarga kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berikutan cedera di beberapa bahagian badan,” katanya.

Yahaya berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan sebelum dituntut ahli keluarga mereka.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Banyak kemalangan dalam tempoh seminggu ini berlaku disebabkan terbabas. Saya mengingatkan orang ramai supaya mementingkan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya.

“Elakkan memandu dalam keadaan mengantuk. Beri tumpuan lebih ketika memandu kerana jalan licin disebabkan hujan berterusan sejak tiga hari lalu,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/dua-maut-dirempuh-lori-1.115498



Pelajar UUM maut dihempap muatan treler


25 Disember 2012
BUKIT KAYU HITAM: Seorang maut manakala tiga lagi cedera termasuk seorang parah selepas kereta dinaiki empat sekawan itu dihempap papan lapis yang menggelongsor dari sebuah lori treler di kilometer 0.5 berhampiran Kompleks Zon Bebas Cukai, di sini, malam semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam berlaku selepas sebuah lori treler yang membawa muatan papan lapis hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan sehingga mengakibatkan papan lapis berkenaan menggelongsor menghempap kereta dinaiki empat pelajar itu.

Mangsa dipercayai pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan parah dialaminya di bahagian kepala akibat dihempap muatan lori treler terbabit.

Bagaimanapun, pemandu lori treler terbabit dikatakan melarikan diri selepas kejadian itu.


Difahamkan, lori treler itu yang datang dari arah Pekan Danok, Thailand tiba-tiba hilang kawalan dipercayai berpunca masalah brek sebelum hilang kawalan ketika menuruni bukit menghampiri Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) yang terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian.

Kereta model Perodua Kancil dinaiki mangsa pada mulanya dikatakan mengekori lori berkenaan sebelum cuba memotongnya apabila mendapati lori hilang kawalan namun sebaik berada di sebelah kiri lori treler itu papan lapis diatasnya mula menggelongsor dan menghempap bahagian belakang kereta.

Ia mengakibatkan kereta mangsa remuk teruk menyebabkan mangsa yang berada di bahagian kanan belakang maut ditempat kejadian manakala rakan disebelahnya cedera parah. Dua lagi rakan mangsa di bahagian hadapan dilaporkan cedera dan masih dirawat di Hospital Jitra.

Pegawai Penyiasat Polis Daerah Kubang Pasu, Inspektor Juhaisham Jusoh ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu mangsa berasal dari ipoh dan baru mendaftar sebagai pelajar di UUM.

Katanya, semua mangsa yang belum dikenalpasti identitinya itu sudah dihantar ke Hospital Jitra untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dalam laman twiter Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sehingga jam 11 pagi ini menyatakan pihaknya masih belum dapat mengalihkan lori berkenaan yang tersangkut pada pembahagi jalan namun sudah membuka laluan itu untuk kegunaan ramai berikutan kerja-kerja mengalihkan papan lapis berkenaan selesai dijalankan awal pagi tadi.

Mangsa

BUKIT KAYU HITAM - Kegembiraan empat penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika makan malam bersama bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dihempap muatan papan sebuah lori berhadapan Duty Free dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Tan Chuan Ta, 20, mati di tempat kejadian manakala tiga rakannya, Khoo Kah Wai, 22; Wong Zong Ching, 24, dan Yong Hoi Siong, 23, masing-masing cedera ringan selepas kereta kancil yang dinaiki mereka dihempap papan yang dibawa sebuah lori.

Kah Wai berkata, mereka mengambil kesempatan cuti minggu peperiksaan untuk menikmati makan malam bersama di Danok, Thailand sebelum pulang semula ke pusat pengajian untuk mengambil peperiksaan akhir mereka.

“Sebaik selesai menikmati makan malam, kami bergerak untuk pulang dan secara tiba-tiba kenderaan kami dihempap muatan yang dibawa oleh lori terbabit.

“Kejadian berlaku sangat pantas dan selepas kejadian itu, saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Katanya, walaupun tinggal secara berasingan dan mengambil jurusan berbeza, di dalam kampus mereka rapat antara satu sama lain.

“Kami rapat sejak belajar dalam kelas yang sama melibatkan beberapa subjek dan mulai dari saat itu, kami sering menghubungi antara satu sama lain untuk ke mana sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Yusof berkata, kesemua mangsa tersepit lebih kurang sejam selepas dihempap sehingga menyebabkan kereta yang dinaiki remuk teruk.

Menurutnya, lori yang membawa muatan sebanyak 572 papan dari arah Thailand-Malaysia itu merempuh pembahagi jalan sebelum muatan yang dibawa terjatuh.

“Kemungkinan lori terbabit mempunyai masalah brek kerana kedudukannya berada di tengah-tengah pembahagi jalan dan disebabkan itu muatan yang dibawa hilang imbangan sebelum barangan terbabit menghempap kenderaan mangsa.

“Pemandu lori dipercayai melarikan diri ke arah Thailand sebaik kemalangan berlaku,” katanya.

Katanya, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan dan bedah siasat.

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan kemudiannya dituntut oleh waris yang berasal dari Semenyih, Kajang,” katanya.


Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Keretadihempappapanlapis/Article/index_html
sinarharian.com.my/edisi/utara/maut-dihempap-ratusan-papan-1.115609


5 maut tersepit

25 Disember 2012
BELURAN: Lima lelaki termasuk dua beradik maut dengan keadaan tersepit di tempat duduk masing-masing apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori bermuatan ikan dalam kemalangan ngeri di Jalan Nangoh Paitan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam berhampiran simpang ladang Muncul Maju, mangsa dikenali sebagai Roling Korang, 34; adiknya, Ugat Korang, 30; Jaffridin Ujin, 31, dan Albert Simon, 29, manakala mangsa terakhir masih belum diketahui identitinya berikutan tidak dokumen pengenalan diri ditemui.

Sementara itu, pemandu lori berusia 34 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Beluran.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan berkata, semua mangsa menaiki kenderaan jenis Perodua Kancil dalam perjalanan dari Kudat menuju ke pekan ini sebelum bertembung lori satu tan yang datang dari arah bertentangan.


"Akibat pertembungan ini, semua mangsa yang berada di dalam kereta mati serta merta di tempat kejadian sementara pemandu lori mengalami cedera ringan.


"Mayat kelima-lima mereka sudah dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Sivanathan, polis masih melakukan siasantan mengenau punca kejadian dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba Kinabatangan, Haris Mustapha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.50 malam dan hanya tiba di lokasi kira-kira jam 12.30 tengah malam kerana lokasinya yang jauh.

"Sebaik menerima laporan, sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kami mendapati semua mangsa dalam keadaan tersepit dan disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Katanya, semua mayat berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/2012122513490320121225134903/Article/index_html




Suami isteri warga emas maut


Inalillahi wainailaihi rojiun 

25 Disember 2012
RAUB – Pasangan suami isteri warga emas meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Kilometer 327 Jalan Raub–Lipis dalam kawasan Kampung Sega, kira-kira jam 8.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Jamidin Jamil, 61, dan isterinya, Rahmah Mohamad Ali, 61, yang beralamat di Jerantut dalam perjalanan ke Raub.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 28 tahun dari arah bertentangan, cuba memotong kenderaan di hadapan.

Pemandu Honda City itu tidak sempat memotong lalu bertembung dengan kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa.

“Pertembungan tersebut mengakibatkan bahagian depan Proton Wira remuk teruk. Manakala, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, pemandu Honda City pula mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di Hospital Raub.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan waris si mati sudah dihubungi untuk pengecaman mayat.

“Pemandu seharusnya mematuhi peraturan dan sentiasa memastikan jarak bersesuaian ketika hendak memotong kenderaan lain.

“Elak sebarang kecuaian sehingga mengakibatkan orang tidak bersalah turut menjadi korban,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/warga-emas-suami-isteri-maut-1.115341


Monday, December 24, 2012

Maut disisi suami


Inalillahi wainailaihi rojiun

25 Disember 2012
KUALA TERENGGANU - “Ketika kejadian, azan Asar di radio baru berkumandang. Saya tergamam dan sempat mendengar isteri memanggil ‘abang’, sebelum dia senyap dan lemah di sisi saya,” kata Mat Rapi Mat Daud, 48.

Mat Rapi merupakan salah seorang mangsa kemalangan di Kilometer 45.8 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Sungai Tong, Setiu, petang kelmarin yang turut mengorbankan isterinya, Rohani Omar, 46.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, kereta Wira yang dipandu Mat Rapi bertembung dengan sebuah Hilux yang terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan.

Akibat daripada kemalangan itu, Rohani yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Besut, Setiu dan kakak kepada wartawan Sinar Harian, Rubiah Omar, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan di kepala.

Dua anaknya yang masing-masing berusia 12 dan 16 tahun cedera ringan manakala pemandu dan penumpang Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mat Rapi ketika ditemui berkata, ketika kejadian, mereka berdua dan dua anak mereka dalam perjalanan ke rumah ibu mertuanya di Kuala Terengganu.

“Sebelum ini jika naik kereta, arwah isteri akan duduk belakang dan minta anak lelaki tunggal kami duduk di depan. Tetapi entah kenapa dia beria duduk di sebelah saya, tidak sangka itu tanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

“Arwah seorang isteri yang baik, malah sehari sebelum kejadian, dia ada bertanyakan ibunya makanan apa yang ingin diminta, memandangkan ibunya kini sudah uzur,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediaman ibu mertuanya di Kampung Gong Tok Nasek di sini, semalam.

Walaupun sedih dengan pemergian isteri tercinta, Mat Rapi reda dan berkata, dia bersyukur kerana sempat membisikkan kalimah syahadah di telinga isterinya, sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/maut-di-sisi-suami-1.115264

Sunday, December 23, 2012

Maut rempuh dinding penghadang


24 Disember 2012
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu maut selepas kereta dipandunya merempuh dinding penghadang sebuah tapak pembinaan di Jalan Kepong, di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, kereta Proton Iswara dipandu mangsa terbabas di bahu jalan dan dikatakan hampir merempuh tiang lampu.


Bagaimanapun, mangsa kemungkinan cuba mengelak tiang lampu berkenaan sebaliknya merempuh dinding penghadang bersebelahan tiang itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa, Liew Ping Fatt , 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


“Kereta mangsa terperosok ke arah dinding zink tapak pembinaan berkenaan dan berada antara tiang dan dinding berkenaan,” katanya.


Katanya, mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Jinjang.

Liew yang tinggal di Batu 8, Jalan Metro Prima, Kepong dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.


Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemandumautrempuhpenghadangtapakbinaan/Article/index_html
ntv7.com.my/7edition/local-en/ISWARA_TERSEPIT.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my