Saturday, November 16, 2013

4 Maut Nahas Jalan Raya



Inalillahi wainailaihi rojiun

17 November 2013
GERIK - Seorang pelajar perempuan yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam kemalangan apabila motosikal dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di kilometer 60.4, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, kelmarin.

Mangsa, Siti Nursyafiqah Muhamad Fuzi, 17, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad (SMKDA) Lenggong, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Gerik.

Kemalangan pada jam 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan penunggang motosikal yang juga sepupu mangsa, Fatin Ezwani Mohd Zaidi, 24, dan seorang penumpang kereta yang belum diketahui identitinya maut serta merta di tempat kejadian.

Pemandu dan dua penumpang kereta yang terlibat dalam kemalangan itu pula cedera dan menerima rawatan lanjut di Hospital Gerik.

Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Inspektor Mohd Zamzuri Mat Nawi berkata, Siti Nursyafiqah dan Fatin Ezwani tercampak ke atas jalan raya selepas bertembung dengan kereta secara bertentangan.

“Siasatan awal polis mendapati kereta dari arah Lenggong ke Gerik yang dipandu seorang wanita terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal dinaiki dua remaja perempuan terbabit,” katanya.

Sepupu Siti Nursyafiqah yang enggan dikenali berkata, mangsa dalam perjalanan ke sekolahnya untuk mengambil telefon bimbit yang dipinjam rakannya.

Dua remaja itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Lawin Selatan selepas solat Isyak pada hari sama.

Sementara itu di Taiping, seorang pekerja kilang turut maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di kilometer 7.7 Jalan Taiping-Selama jam 6.30 pagi semalam.

Mangsa, Hasiah Ariffin, 48, dari Kampung Changkat Larah, Kamunting dan dalam perjalanan ke tempat kerja di Kamunting meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. Seorang lagi penunggang motosikal hanya cedera ringan.

Katanya, lelaki berusia 30 tahun dari Taman Kaya Simpang itu dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

“Mayat mangsa telah selamat dibedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan," katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, memandu secara melulu menyebabkan kematian.

Yusuf berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Inspektor Razif Harun di talian 05-8291231.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/empat-maut-nahas-jalan-raya-1.221629



Bas nyaris terbalik


17 November 2013
KARAK – Seramai 25 penumpang bas henti-henti berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki nyaris terbalik dalam kemalangan di Kilometer 8 Jalan Sertik-Mempaga kira-kira jam 6.50 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, bas membawa 10 lelaki dewasa dan 15 penumpang wanita dewasa dalam perjalanan dari Bentong ke Felda Lurah Bilut.

Katanya, selepas menghantar penumpang di Felda Sertik, bas meneruskan perjalanan ke Mempaga.

“Ketika sampai di tempat kejadian, bas yang dipandu lelaki berusia 34 tahun itu cuba mengelak sebuah lori dari arah hadapan.

“Akibatnya, bas yang dipandu dipercayai termasuk ke kiri kaki lima jalan yang tanahnya berkeadaan lembut dan kemudiannya melanggar tiang lampu jalan,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, dalam kejadian itu pemandu dan 25 penumpang tidak mengalami kecederaan.

Katanya, bas mengalami kerosakan di bahagian depan sebelah kiri akibat kejadian itu.

“Bas kemudiannya di bawa ke depoh syarikat bas di Felda Lurah Bilut.

“Hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian berlaku, jalan lurus dan cuaca baik” katanya.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/bas-nyaris-terbalik-25-penumpang-selamat-1.221614



Maut setelah ziarah saudara meninggal


Inalillahi wainailaihi rojiun

17 November 2013
Kuala Pilah: Dua warga emas yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Gombak, Selangor selepas menziarahi seorang saudara yang meninggal di Kampung Terusan Seberang, di sini, maut apabila kereta dinaiki mereka dirempuh lori dari arah belakang di Kilometer (KM) 24.5, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di Terachi, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, Hussain Abu, 76, dan isterinya Hasnah Ahmad, 68, mengalami pendarahan serius di kepala dan badan sebelum meninggal dunia jam 5.30 petang di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Pemandu kereta, Nurshaheera Zainurin, 21, yang juga cucu dan anak mangsa, Sofia, 48, hanya cedera ringan.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, kedua-dua mangsa bersama anak cucunya datang ke kampung terbabit, Selasa lalu, untuk menziarahi seorang saudara yang meninggal dunia.

“Kira-kira jam 3 petang semalam (kelmarin) mangsa menyatakan hasrat mahu pulang ke Gombak biarpun kami menghalang dan memintanya bermalam di sini.

“Namun, mereka menolak dan meneruskan perjalanan sebelum kami dihubungi dan dimaklumkan mengenai kemalangan itu,” katanya.

Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Kepis, Juasseh, di sini, semalam.

Saksi kemalangan yang hanya ingin dikenali Razali, 40-an, berkata, sebelum kejadian, keempat-empat mangsa dilihat menaiki kereta jenis Perodua Kelisa dan dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke Seremban.

“Bagaimanapun, tiba-tiba pemandunya (Nurshaheera) membuat pusingan U untuk ke sebuah kedai di tepi jalan, menyebabkan sebuah lori dari arah Seremban merempuh belakang kenderaan itu,” katanya.

Katanya, akibat rempuhan lori berkenaan, dua warga emas itu yang berada di tempat duduk belakang cedera parah. Bagaimanapun, pemandu lori tidak cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Azmi Abdul Rahim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ajalbalikziarahsaudarameninggal/MA/Article



2 pegawai penjara Tapah maut



Inalillahi wainailaihi rojiun

17 November 2013
Tapah: Dua pegawai Penjara Tapah yang dalam perjalanan pergi memancing maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum `melekat’ pada sebatang pokok kelapa sawit di bahu jalan.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi semalam, pemandu kereta Mohamad Yusof Ahmad, 23, dan rakan setugasnya Mohamad Firdaus Husin, 20, maut selepas kereta dipandu gagal dikawal ketika melalui selekoh berhampiran Kilometer 12.5 Jalan Tapah ke Changkat Petai, di sini.


Akibatnya kereta Honda dinaiki ketiga-tiga mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit.

Nahas itu menyebabkan Mohd Firdaus yang duduk di bahagian hadapan penumpang mati di lokasi kejadian manakala Mohamad Yusof meninggal dunia di Hospital Tapah.

Seorang lagi mangsa, Muhamad Izwan Mat Alias, 24, yang duduk di bahagian belakang kenderaan mengalami cedera parah dan dirawat di hospital yang sama.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/2mautkeretamelekat/MA/Article
http://www.nst.com.my/latest/two-tapah-prison-staff-killed-in-horrific-car-crash-1.402991



Friday, November 15, 2013

3 maut 2 parah Bertembung Lori



Inalillahi wainailaihi rojiun

16 November 2013
Tawau: Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia setahun terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kejadian di Jalan Bombalai-Merotai, dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika kereta dinaiki lima sekeluarga bertembung dengan sebuah lori 10 tan dan dua lagi anggota keluarga terbabit cedera parah.


Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, ketika kejadian keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kalabakan, dekat sini.

Menurutnya, mangsa Hasan Batin, 60, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zaimah Kahar, 40, dan Sayyid Muhammad Ibnu Qayyim Rogiman, satu tahun, meninggal dunia di Hospital Tawau.


Katanya, ibu bapa Sayyid Muhammad Ibnu Qayyim, Rogiman Syed Aidit, 25, dan Arnizah Kamis, 26, mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan lanjut di hospital sama. Mereka berada dalam keadaan stabil.


“Siasatan awal mendapati kereta Proton Saga yang dipandu Rogiman bertembung dengan lori 10 tan yang dipercayai gagal memasuki laluan kiri selepas memintas sebuah kenderaan lain.

“Gara-gara gagal melepasi kenderaan di hadapan, lori tanpa muatan itu merempuh kereta yang dinaiki mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurut Awang Besar, salah seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi termasuk bayi terbabit meninggal dunia di Hospital Tawau di sini.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Loribawabala/MA/Article/index_html



Empat sekeluarga maut



Inalillahi wainailaihi rojiun

16 November 2013
GUA MUSANG – Empat sekeluarga maut dan dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 53.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, dekat sini, pagi semalam.


Mangsa yang berasal dari Kota Bharu itu, pemandu kenderaan Toyota Harrier, Wan Mahmud Sabri Wan Idris, 52, isterinya, Narul`Aini  Abdullah, 53, anak perempuan mereka, Wan Najihah Wan Mahmud Sabri, 10, dan ibu kepada Wan Mahmud Sabri, Zainab Abdullah, 68.

Dua mangsa yang cedera parah iaitu anak perempuan pasangan terbabit, Wan Nadirah Wan Mahmud Sabri, 13, dan pemandu kenderaan pikap jenis Mazda, Raja Yusoff R Ismail, 62, berasal dari Pasir Puteh, dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika keluarga terbabit dalam perjalanan dari rumah mereka di Kubang Kerian, Kota Bharu menuju ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kenderaan dipandu Wan Mahmud Sabri dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan kenderaan dipandu Raja Yusoff yang dalam perjalanan dari  Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

“Empat mangsa yang cedera parah di kepala dan badan, maut serta-merta di tempat kejadian, manakala dua lagi yang parah menerima rawatan awal di Pusat Kesihatan Bandar Chiku sebelum dirujuk ke HKK," katanya.

Dalam pada itu, Saiful Bahri menyifatkan kemalangan itu paling ngeri dalam tempoh setahun ini.

"Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/empat-sekeluarga-maut-1.221394



Wanita warga emas maut diragut


Inalillahi wainailaihi rojiun

15 November 2013
SEREMBAN: Perjalanan pulang dua beranak ke rumah berakhir dengan tragedi memilukan apabila ibunya maut selepas motosikal dibonceng ditendang peragut di Jalan Tuan Haji Said, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa Jamariah Ahir, 64, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala anak perempuannya, Norain Mohd Yusof, 23, cedera ringan di kaki serta tangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Deputi Superintendan Baharudin Mustapha berkata, mangsa bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Sikamat selepas mengambil Jamariah yang bekerja sebagai pencuci di sebuah bank di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini.

"Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan mahu meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal itu.


"Siasatan awal mendapati, berlaku tarik-menarik antara kedua-dua mangsa dan peragut menyebabkan salah seorang suspek menendang motosikal mangsa," katanya kepada Harian Metro, di sini.


Katanya, akibat tendangan itu, kedua-dua mangsa jatuh dan Jamariah maut di tempat kejadian.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Wargaemasmautdiragut//Article?HarianMetro


Dua suspek kes ragut maut


Inalillahi wainailaihi rojiun

15 November 2013
TASEK GELUGOR: Dua suspek kes ragut maut selepas motosikal dinaiki merempuh jengkaut dalam kejadian di Kampung Tok Alang kira-kira jam 5.45 petang tadi.

Suspek Mohd Zaidi Hamid, 27, dan Muhammad Azrai Jamaludin,19, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Sementara seorang anggota polis yang mengejar mereka, Lans Koperal Rizal Izwan cedera selepas turut melanggar jengkaut berkenaan.




Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Duasuspekkesragutmautkemalangan/Article?mutakhir
http://panggungopera.blogspot.com/2013/11/5-gambar-sadis-2-suspek-peragut-maut.html

Wednesday, November 13, 2013

Gara-gara sakit jantung


14 November 2013
GOPENG – Seorang lelaki yang dipercayai diserang sakit jantung nyaris mencederakan pengguna lain termasuk Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Ng Kong Soon apabila memandu dalam keadaan melulu di sepanjang Jalan Gopeng, di sini, semalam.

Lelaki berusia 60-an yang memandu pacuan empat roda itu merempuh sebuah motosikal dan kereta milik seorang guru serta hampir merempuh kereta polis yang dinaiki Kong Soon yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke lokasi penemuan mayat terbakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, penunggang motosikal berusia 50-an cedera parah selepas kereta terbabit merempuh motosikalnya dari arah bertentangan yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke arah Gopeng.

Bagaimanapun, menurut saksi, Ahmad Termizi Mohd Ghazali, 41, berkata, guru terbabit selamat walaupun kereta Perodua Vivanya terseret beberapa meter akibat rempuhan kuat dari bahagian kanan.

“Orang ramai kemudiannya membantu menyelamatkan pemandu kereta terbabit yang dilihat separuh sedar sambil memegang dadanya. Dia turut cedera di kepala akibat hentakan kuat.

“Lelaki terbabit bersama penunggang motosikal kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Termizi berkata, anak mangsa yang berada di tempat kejadian memberitahu bapanya baru pulih dari menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.

Sementara itu, Kong Soon berkata, setakat jam 6 petang, pihaknya masih belum menerima laporan polis berhubung kejadian itu berikutan kedua-dua mangsa masih mendapatkan rawatan di HRPB.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/lelaki-sakit-jantung-rempuh-kenderaan-lain-1.220846



Lima sahabat nyaris maut



14 November 2013
JASIN - Lima sekawan nyaris maut apabila kereta jenis Honda Civic yang dinaiki terbabas di Jalan Ulu Duyong Bemban - Gapam, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, kereta yang dipandu mangsa berusia 20-an hilang kawalan ketika melalui selekoh dari Ulu Duyung menghala ke Ayer Keroh sebelum merempuh sebuah pokok dan terbabas di bahu jalan.

Sumber polis berkata, penumpang di hadapan cedera di kaki akibat tersepit manakala pemandu dan tiga yang lain hanya cedera ringan.

Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bukit Katil.

“Mangsa yang cedera ringan berjaya dikeluarkan orang awam, manakala mangsa di tempat duduk pemandu yang cedera di kaki diberikan bantuan awal oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lima-sekawan-nyaris-maut-1.220867



Anggota polis diseret lori kontena.


13 November 2013
Nibong Tebal: Sepasang suami isteri terpaksa menahan kesakitan setengah jam apabila kereta Proton Wira dinaiki dihempap lori kontena di persimpangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, di sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 8.45 malam kelmarin, Ruslan Yunus, 36, yang juga anggota polis dari Balai Polis Nibong Tebal bersama isterinya, Azmila Awang, 34, dan anak lelaki mereka berusia enam tahun nyaris maut apabila kereta dinaiki remuk dihempap lori kontena yang membawa muatan kotak kosong.

Bagaimanapun Ruslan, isteri dan anaknya terselamat dan suami isteri itu hanya cedera ringan sementara anak mangsa dan pemandu kontena berusia 51 tahun tidak cedera.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, kemalangan berlaku apabila lori kontena dari arah Nibong Tebal ke Sungai Jawi membawa muatan kotak kosong dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba keluar dari simpang Masjid Jawi.

Berikutan itu katanya, lori tersebut terbabas di sebelah kiri jalan manakala muatan kontena dibawa terbalik dan menyeret kereta dinaiki keluarga itu sehingga ke tepi longkang.

"Anggota polis itu bersama isteri dan anaknya terperangkap 30 minit dalam kereta berkenaan dan mereka berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian.

"Kesemua mereka dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan manakala pemandu lori itu cedera," katanya hari ini.

Shafien berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
http://m.utusan.com.my/Jenayah/20131113/je_03/Kontena-terbabas-seret-kereta-anggota-polis
http://www.hmetro.com.my/articles/Detikgetirtigaberanak//Article?HarianMetro






Tuesday, November 12, 2013

Juruteknik komputer maut tersepit



Inalillahi wainailaihi rojiun

12 November 2013
Marang: “Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan dia beberapa kali menganggukkan kepalanya sebelum meninggal dunia,” kata Mohd Ruzi Muda, 43, saksi kemalangan maut di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Pulau Kerengga, di sini, semalam.

Mohd Ruzi berkata, kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu menyebabkan mangsa, Zuhaifu Azlan Mukhtar, 33, seorang juruteknik komputer berasal dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu tersepit lebih sejam sebelum berjaya dikeluarkan sepasukan sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max dari arah Marang ke Dungun memotong dua kenderaan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Alza dipandu mangsa dari arah bertentangan.

Mangsa yang bertugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit, Mohd Rifaie Mohd Zaman, 19, dari Masjid Kampung Raja, Chendering, Kuala Terengganu patah kaki kanan dan rakannya Mohd Fardhu Mahadi, 20, cedera di muka serta kepala.

Ketika kejadian, Zuhaifu Azlan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Binjai Rendah, Marang selepas isterinya, Norsuhaida Mohd Nor, 31, memaklumkan salah seorang daripada tiga anak mereka sakit.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/articles/Sejamtersepit//Article?HarianMetro




Bas persiaran terbalik



12 November 2013
Kuala Lumpur: Seorang penumpang tersepit dan patah kaki selepas bas persiaran dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, awal pagi semalam.



Bagaimanapun, mangsa, Chong Ah Seong, 58, dan seorang lagi penumpang yang cedera dikeluarkan anggota pasukan penyelamat sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) untuk rawatan lanjut.

Kejadian jam 5 pagi itu berlaku apabila bas persiaran membawa 22 penumpang pelancong tempatan dalam perjalanan dari Ipoh ke Genting Highlands hilang kawalan sebelum terbalik ketika melalui satu selekoh tajam di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu yang tiba jam 5.30 pagi, kira-kira setengah jam selepas menerima panggilan kecemasan.


Sumber:
hmetro.com.my/articles/Terbaliklayanselekohtajam/



Tak sempat jenguk anak demam

Seorang pemuda berusia 33 tahun maut, manakala penyelia sebuah kilang keropok cedera, selepas dua kenderaan bertembung di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Pulau Kerengga

Inalillahi wainailaihi rojiun

12 November 2013
MARANG - Hasrat seorang bapa untuk menjenguk anaknya yang demam tidak kesampaian selepas dia maut dalam nahas di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Marang Resort dan Safari Pulau Kerengga, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Zuhaifuazlan Mukhtar memandu Perodua Alza maut di lokasi, manakala penyelia kilang keropok yang memandu kenderaan pacuan empat roda, Muhamed Rifaie Mohd Zaman, 18, patah kaki kanan.

Saksi kejadian, Mohd Rozi Muda, 43, berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu pacuan empat roda terbabit memotong beberapa kenderaan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dari arah bertentangan.

“Saya dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Dungun, tiba-tiba dia (pacuan empat roda) memotong kenderaan saya dan memotong sebuah lagi kereta Toyota Vios di hadapan tetapi tidak lepas lalu bertembung dengan Perodua Alza,” katanya.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabit remuk teruk di bahagian hadapan dan terbabas di tepi jalan.

Mohd Rozi berkata, kereta dipandunya juga hampir terbabas namun dapat dikawal.

“Saya kemudian memberhentikan kereta di tempat selamat dan keluar untuk melihat keadaan mangsa, ketika itu mangsa (yang meninggal dunia) masih lagi bergerak, manakala pemandu pacuan empat roda mengalami kecederaan ringan.

"Saya segera menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu yang berlaku betul-betul di hadapan mata saya," katanya.

Bomba keluarkan pemandu tersepit

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang diketuai pegawai operasinya, PBK II, Mohd Kuty Mohamad tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan dan berjaya mengeluarkan pemandu Perodua Alza yang tersepit.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi, manakala pemandu Perodua Alza yang beralamat dari Pulau Rusa, Kuala Terengganu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Menurutnya, pemandu pacuan empat roda kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Beliau dalam pada itu menasihatkan pengguna jalan raya agar mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang, tambahan risiko kemalangan meningkat pada musim tengkujuh.

Al-Fatihah


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pemuda-maut-kereta-bertembung-1.220131



Monday, November 11, 2013

Dua sahabat nyaris maut


11 November 2013
PARIT BUNTAR - Dua sahabat berdepan detik cemas dan nyaris maut apabila kenderaan dipandu merempuh pembahagi jalan serta tiang lampu isyarat sebelum terbalik, di Simpang Tiga di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, mereka dalam perjalanan dari Tanjung Piandang ke pusat bandar Parit Buntar atas urusan perniagaan sebelum Wira Aeroback dipandu hilang kawalan ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

"Mujurlah kami cuma cendera ringan biarpun kereta terbalik dengan keempat-empat tayar di atas.

"Orang awam yang ada di lokasi kejadian juga turut prihatin membantu kami keluar daripada kereta," katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, Adnan Zainal, 36, berkata, terkejut melihat sebuah kereta tiba-tiba melanggar tiang lampu isyarat ketika dia memberhentikan kenderaannya di laluan bertentangan di persimpangan itu.

"Lampu isyarat patah dan jatuh betul-betul di hadapan kenderaan saya, manakala kereta dipandu mangsa pula terbalik.

“Mujurlah dua mangsa itu hanya cedera ringan dan di bawa Hospital Parit Buntar dengan ambulans,” katanya.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/kereta-terbalik-dua-sahabat-nyaris-maut-1.219626



Pelajar maut terperosok bawah treler


Inalillahi wainailaihi rojiun

11 November 2013
KEMAMAN – Hasrat dua pelajar Ranaco Education & Training Institute (Reti) pulang ke hostel selepas tamat kelas berakhir dengan tragedi apabila maut dirempuh sebuah treler dalam nahas tragik
di Kilometer 155.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Jambatan Geliga, Chukai, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Ezrein Fitri Shaiful Bahari, 18, yang menunggang motosikal dan rakannya yang membonceng, Mohd Shaufi q Shahfuan Soilin, 22,  terperosok bawah treler dan nyaris digilis.

Mohd Ezrein yang berasal dari Taman Seri Paya Rumput, Melaka dan Mohd Shaufi q yang berasal dari Kuala Penyu,  Sabah, merupakan pelajar semester pertama jurusan Diploma Pengurusan Profesional Keselamatan dan Kesihatan dan mula belajar di kolej berkenaan pada sesi kemasukan Oktober lalu.

Nahas itu berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari kampus Reti dan mereka  baru sahaja tamat kelas jam 3 petang serta dalam perjalanan pulang ke hostel di Taman Banggol Indah, Mak Lagam  ang jaraknya kira-kira 7 kilometer dari kampus.

Rakan sebilik mangsa, Mohd Shafik Afdal, 18, berkata, kedua-dua rakannya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan  ketika mereka makan tengah hari bersama di kafe di hadapan kampus.

“Semasa makan bersama, arwah Mohd Ezrein nampak agak gembira kerana dia beritahu pada saya yang ibunya baru sahaja kirimkan duit," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kemaman, semalam.

Mohd Shafi k berkata, dia hanya tahu tragedi menimpa dua rakannya itu selepas  tamat kelas. "Semasa saya mahu pulang saya lihat jalan sesak.  Ketika menghampiri lokasi kejadian sayu hati saya  lihat  kedua-duanya terperosok bawah treler,” katanya.

Treler terbabas  Sementara itu, Ketua Polis Daerah  Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian dipercayai berlaku  ketika treler yang menghala ke arah Kuala Terengganu- Kuantan terbabas lalu melanggar motosikal mangsa yang juga dari arah sama.

“Berikutan itu, penunggang dan pembonceng tercampak atas penghadang tengah jalan lalu terperosok bawah treler  yang melintangi jalan empat lorong berkenaan.

“Berikutan nahas ini, laluan dari Geliga ke Kuala Terengganu terpaksa ditutup dan dilencongkan ke Mak Lagam.

Laluan ke Kuantan pula dibuka satu lorong,” katanya.  Nahas berkenaan menyebabkan jalan dari arah Kuala Terengganu-Kuantan sesak sejauh lebih 10 kilometer selama beberapa jam.

Pemandu treler berkenaan yang berusia 34 tahun dan berasal dari Taman  Kampung Padang, 1, Kuantan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Chukai.

Al-Fatihah


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/dua-pelajar-maut-dirempuh-treler-1.219573



Sunday, November 10, 2013

Bas sekolah terbalik

Guru dan murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Ladang Serkam, Merlimau, Melaka yang dalam perjalanan pulang rombongan sekolah dari Alor Setar, Kedah cedera ringan sejurus bas dinaiki mereka terbabit kemalangan dan terbalik di susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban.

11 November 2013
NILAI - Sekumpulan 40 murid dan guru mengalami detik cemas apabila bas sekolah yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kejadian di Km 46.4 Lebuhraya Elite dekat sini awal hari ini.



Dalam kejadian 1.30 pagi berhampiran persimpangan Nilai-Bangi Lebuhraya Utara-Selatan itu, bas terbabit dipercayai hilang kawalan ketika menghampiri simpang berkenaan sebelum terbabas dan terbalik di tepi jalan.

Menurut jurucakap polis kejadian turut menyebabkan sebuah lori yang membawa muatan sayur-sayuran yang mengekori turut terbabas dan terbalik apabila cuba mengelak bas berkenaan.

Bas itu dipercayai dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Serkam, Melaka, manakala lori tersebut menuju ke Singapura, kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.

Ekoran kejadian, 16 penumpang bas dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan dengan 15 dirawat sebagai pesakit luar dan seorang dimasukkan ke dalam wad, katanya.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis sedang menyiasat punca kemalangan.


Hilang Kawalan

Seremban: Seramai 19 murid, waris dan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Serkam, Merlimau, Melaka yang dalam perjalanan pulang selepas mengikuti rombongan ke Langkawi, Kedah cedera sejurus bas dinaiki mereka terbabas dan terbalik di susur masuk Lebuhraya Utara - Selatan menghala ke Seremban, Nilai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Lebuhraya Utara - Selatan Hubungan Tengah (Elite) menuju ke Melaka sebelum hilang kawalan.

Katanya, seramai 40 individu yang mengikuti rombongan itu melalui detik mencemaskan apabila bas terbabit dikatakan tergelincir sebelum berpusing tiga kali dan terbalik.

Akibatnya, 18 murid dan guru sekolah itu mengalami kecederaan, manakala seorang wanita berusia 33 tahun yang mengikuti rombongan bersama anaknya retak tulang belakang berserta kecederaan lain.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai apabila pemandu bas keliru berikutan lokasi kejadian mempunyai dua susur iaitu ke Kuala Lumpur dan Seremban.


“Tambahan pula jalan yang dilalui licin kerana hujan malam tadi (semalam),” katanya pemandu lingkungan 40-an itu yang bertindak menekan brek kecemasan menyebabkan bas berpusing, terbabas dan terbalik.

Mohd Yusoff berkata, sebuah lori yang membawa muatan sayur yang berada di belakang bas terbabit turut terbalik apabila cuba mengelak daripada melanggar kenderaan itu.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/bas-terbalik-40-murid-guru-nyaris-maut-1.219792
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Basrombongansekolahterbabas/Article/index_html




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount