Saturday, November 16, 2013

Bas nyaris terbalik


17 November 2013
KARAK – Seramai 25 penumpang bas henti-henti berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki nyaris terbalik dalam kemalangan di Kilometer 8 Jalan Sertik-Mempaga kira-kira jam 6.50 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, bas membawa 10 lelaki dewasa dan 15 penumpang wanita dewasa dalam perjalanan dari Bentong ke Felda Lurah Bilut.

Katanya, selepas menghantar penumpang di Felda Sertik, bas meneruskan perjalanan ke Mempaga.

“Ketika sampai di tempat kejadian, bas yang dipandu lelaki berusia 34 tahun itu cuba mengelak sebuah lori dari arah hadapan.

“Akibatnya, bas yang dipandu dipercayai termasuk ke kiri kaki lima jalan yang tanahnya berkeadaan lembut dan kemudiannya melanggar tiang lampu jalan,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, dalam kejadian itu pemandu dan 25 penumpang tidak mengalami kecederaan.

Katanya, bas mengalami kerosakan di bahagian depan sebelah kiri akibat kejadian itu.

“Bas kemudiannya di bawa ke depoh syarikat bas di Felda Lurah Bilut.

“Hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian berlaku, jalan lurus dan cuaca baik” katanya.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/bas-nyaris-terbalik-25-penumpang-selamat-1.221614



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount