loading...

Sunday, November 10, 2013

Bas sekolah terbalik

Guru dan murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Ladang Serkam, Merlimau, Melaka yang dalam perjalanan pulang rombongan sekolah dari Alor Setar, Kedah cedera ringan sejurus bas dinaiki mereka terbabit kemalangan dan terbalik di susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban.

11 November 2013
NILAI - Sekumpulan 40 murid dan guru mengalami detik cemas apabila bas sekolah yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kejadian di Km 46.4 Lebuhraya Elite dekat sini awal hari ini.



Dalam kejadian 1.30 pagi berhampiran persimpangan Nilai-Bangi Lebuhraya Utara-Selatan itu, bas terbabit dipercayai hilang kawalan ketika menghampiri simpang berkenaan sebelum terbabas dan terbalik di tepi jalan.

Menurut jurucakap polis kejadian turut menyebabkan sebuah lori yang membawa muatan sayur-sayuran yang mengekori turut terbabas dan terbalik apabila cuba mengelak bas berkenaan.

Bas itu dipercayai dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Serkam, Melaka, manakala lori tersebut menuju ke Singapura, kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.

Ekoran kejadian, 16 penumpang bas dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan dengan 15 dirawat sebagai pesakit luar dan seorang dimasukkan ke dalam wad, katanya.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis sedang menyiasat punca kemalangan.


Hilang Kawalan

Seremban: Seramai 19 murid, waris dan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Serkam, Merlimau, Melaka yang dalam perjalanan pulang selepas mengikuti rombongan ke Langkawi, Kedah cedera sejurus bas dinaiki mereka terbabas dan terbalik di susur masuk Lebuhraya Utara - Selatan menghala ke Seremban, Nilai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Lebuhraya Utara - Selatan Hubungan Tengah (Elite) menuju ke Melaka sebelum hilang kawalan.

Katanya, seramai 40 individu yang mengikuti rombongan itu melalui detik mencemaskan apabila bas terbabit dikatakan tergelincir sebelum berpusing tiga kali dan terbalik.

Akibatnya, 18 murid dan guru sekolah itu mengalami kecederaan, manakala seorang wanita berusia 33 tahun yang mengikuti rombongan bersama anaknya retak tulang belakang berserta kecederaan lain.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai apabila pemandu bas keliru berikutan lokasi kejadian mempunyai dua susur iaitu ke Kuala Lumpur dan Seremban.


“Tambahan pula jalan yang dilalui licin kerana hujan malam tadi (semalam),” katanya pemandu lingkungan 40-an itu yang bertindak menekan brek kecemasan menyebabkan bas berpusing, terbabas dan terbalik.

Mohd Yusoff berkata, sebuah lori yang membawa muatan sayur yang berada di belakang bas terbabit turut terbalik apabila cuba mengelak daripada melanggar kenderaan itu.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/bas-terbalik-40-murid-guru-nyaris-maut-1.219792
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Basrombongansekolahterbabas/Article/index_html




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my