loading...

Tuesday, November 12, 2013

Juruteknik komputer maut tersepit



Inalillahi wainailaihi rojiun

12 November 2013
Marang: “Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan dia beberapa kali menganggukkan kepalanya sebelum meninggal dunia,” kata Mohd Ruzi Muda, 43, saksi kemalangan maut di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Pulau Kerengga, di sini, semalam.

Mohd Ruzi berkata, kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu menyebabkan mangsa, Zuhaifu Azlan Mukhtar, 33, seorang juruteknik komputer berasal dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu tersepit lebih sejam sebelum berjaya dikeluarkan sepasukan sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max dari arah Marang ke Dungun memotong dua kenderaan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Alza dipandu mangsa dari arah bertentangan.

Mangsa yang bertugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit, Mohd Rifaie Mohd Zaman, 19, dari Masjid Kampung Raja, Chendering, Kuala Terengganu patah kaki kanan dan rakannya Mohd Fardhu Mahadi, 20, cedera di muka serta kepala.

Ketika kejadian, Zuhaifu Azlan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Binjai Rendah, Marang selepas isterinya, Norsuhaida Mohd Nor, 31, memaklumkan salah seorang daripada tiga anak mereka sakit.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/articles/Sejamtersepit//Article?HarianMetro




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my