Wednesday, November 13, 2013

Anggota polis diseret lori kontena.


13 November 2013
Nibong Tebal: Sepasang suami isteri terpaksa menahan kesakitan setengah jam apabila kereta Proton Wira dinaiki dihempap lori kontena di persimpangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, di sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 8.45 malam kelmarin, Ruslan Yunus, 36, yang juga anggota polis dari Balai Polis Nibong Tebal bersama isterinya, Azmila Awang, 34, dan anak lelaki mereka berusia enam tahun nyaris maut apabila kereta dinaiki remuk dihempap lori kontena yang membawa muatan kotak kosong.

Bagaimanapun Ruslan, isteri dan anaknya terselamat dan suami isteri itu hanya cedera ringan sementara anak mangsa dan pemandu kontena berusia 51 tahun tidak cedera.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, kemalangan berlaku apabila lori kontena dari arah Nibong Tebal ke Sungai Jawi membawa muatan kotak kosong dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba keluar dari simpang Masjid Jawi.

Berikutan itu katanya, lori tersebut terbabas di sebelah kiri jalan manakala muatan kontena dibawa terbalik dan menyeret kereta dinaiki keluarga itu sehingga ke tepi longkang.

"Anggota polis itu bersama isteri dan anaknya terperangkap 30 minit dalam kereta berkenaan dan mereka berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian.

"Kesemua mereka dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan manakala pemandu lori itu cedera," katanya hari ini.

Shafien berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
http://m.utusan.com.my/Jenayah/20131113/je_03/Kontena-terbabas-seret-kereta-anggota-polis
http://www.hmetro.com.my/articles/Detikgetirtigaberanak//Article?HarianMetro






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount