loading...

Tuesday, November 12, 2013

Tak sempat jenguk anak demam

Seorang pemuda berusia 33 tahun maut, manakala penyelia sebuah kilang keropok cedera, selepas dua kenderaan bertembung di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Pulau Kerengga

Inalillahi wainailaihi rojiun

12 November 2013
MARANG - Hasrat seorang bapa untuk menjenguk anaknya yang demam tidak kesampaian selepas dia maut dalam nahas di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Marang Resort dan Safari Pulau Kerengga, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Zuhaifuazlan Mukhtar memandu Perodua Alza maut di lokasi, manakala penyelia kilang keropok yang memandu kenderaan pacuan empat roda, Muhamed Rifaie Mohd Zaman, 18, patah kaki kanan.

Saksi kejadian, Mohd Rozi Muda, 43, berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu pacuan empat roda terbabit memotong beberapa kenderaan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dari arah bertentangan.

“Saya dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Dungun, tiba-tiba dia (pacuan empat roda) memotong kenderaan saya dan memotong sebuah lagi kereta Toyota Vios di hadapan tetapi tidak lepas lalu bertembung dengan Perodua Alza,” katanya.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabit remuk teruk di bahagian hadapan dan terbabas di tepi jalan.

Mohd Rozi berkata, kereta dipandunya juga hampir terbabas namun dapat dikawal.

“Saya kemudian memberhentikan kereta di tempat selamat dan keluar untuk melihat keadaan mangsa, ketika itu mangsa (yang meninggal dunia) masih lagi bergerak, manakala pemandu pacuan empat roda mengalami kecederaan ringan.

"Saya segera menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu yang berlaku betul-betul di hadapan mata saya," katanya.

Bomba keluarkan pemandu tersepit

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang diketuai pegawai operasinya, PBK II, Mohd Kuty Mohamad tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan dan berjaya mengeluarkan pemandu Perodua Alza yang tersepit.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi, manakala pemandu Perodua Alza yang beralamat dari Pulau Rusa, Kuala Terengganu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Menurutnya, pemandu pacuan empat roda kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Beliau dalam pada itu menasihatkan pengguna jalan raya agar mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang, tambahan risiko kemalangan meningkat pada musim tengkujuh.

Al-Fatihah


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pemuda-maut-kereta-bertembung-1.220131



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my