Saturday, May 28, 2011

Penuntut kolej maut motosikal dirempuh lori

Al-Fatihah...
KUANTAN 27 Mei - Seorang penuntut di sebuah kolej swasta maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah lori tangki di Kilometer 71 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, di sini semalam.
 
Kemalangan pukul 4.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Mohamad Khusyairi Anuar Mohd. Nor, 24, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pegawai Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Supritendan Mohd Najid Jusoh berkata, lori itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat.

"Siasatan mendapati mangsa dari arah Segamat disyaki terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian tepi sebelah kanan lori itu.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera teruk di kepala dan badan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Najid berkata, siasatan turut mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu yang sah serta tidak memakai topi keledar.


"Kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Harap-harap tak de lah jadi sampai mcm ni yerr


Lima Agensi Terlibat Latihan Nahas

JEMPOL 27 Mei - Lima jabatan dan agensi kerajaan daerah ini semalam menyertai latihan kemalangan 'Ex-Terminal' di sini bagi meningkatkan kecekapan kakitangan masing-masing apabila berdepan dengan situasi kemalangan maut.

Meskipun sudah terlatih, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Daerah Jempol (MDJL) serta Hospital Jempol menyertai latihan itu bagi memastikan masing-masing berada pada tahap siap sedia yang tinggi.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, dalam latihan ini, mereka berhadapan dengan situasi kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas, dua buah kereta dan dua motosikal di Kilometer 19, Jalan Bahau-Kemayan dekat Kampung Air Hitam di sini.

Bas Terbakar di Bukit Palah


BUKIT PALAH - Pemandu bas syarikat SKA menarik nafas lega apabila tindakannya mengalihkan bas yang terbakar dipandunya ke tepi jalan telah menyelamatkan pengguna jalan raya di sini.


Kebakaran yang berlaku di Lebuh AMJ kira-kira jam 12.30 tengahari itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang jalan tersebut.


Pemandu, Johari Sulaiman, 42, berkata, ketika kejadian dia sedang memberhentikan bas di lampu isyarat memandangkan lampu merah.


“Tiba-tiba saya ternampak asap dari bahagian depan, saya pasti ketika itu enjin bas sudah terbakar.


“Dengan segara saya mengalihkan bas ke tepi jalan supaya api tidak merebak ke kenderaan lain.


“Saya juga bimbang sekiranya api terpercik ke arah penunggang motorsikal yang berhenti, nasib baiklah ia tidak meletup, jika tidak pasti ada yang terkorban,” katanya kepada Sinar Harian di sini.


Jelasnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Muar ke Terminal Bas dan Teksi Melaka Sentral.


“Nasib baiklah tiada penumpang, sekurang-kurangnya keadaan dalam bas masih terkawal,”katanya.


Sementara itu salah seorang saksi kejadian berkata, ketika kejadian dia berada betul-betul di sebelah bas tersebut.


“Saya nampak api sudah marak di bahagian enjin depan, malah saya dan seorang lagi segera menghubungi pasukan Bomba,”katanya.


Menurut Pengurus Syarikat Bas SKA, Jason Poh, bas berkenaan dibeli dengan harga RM90,000 pada tahun 1999 dahulu.


“Saya anggarkan kerugian berjumlah RM40,000 memandangkan hampir separuh bahagian bas dan enjin tidak boleh digunakan lagi.


“Kebakaran ini mungkin berpunca daripada kegagalan fungsi pendawaian,” katanya.


Sementara Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Mohd Sharil Zauni berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 12.46 tengahari.


“Sebanyak tiga jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan pada jam 1.15 petang.


“Punca kebakaran belum dapat dikenal pasti bagaimanapun tiada korban nyawa berlaku,” katanya.

Friday, May 27, 2011

Kemalangan 3 Bas Ekspres


IPOH: “Saya terkejut apabila treler berkenaan tiba-tiba mencelah masuk ke hadapan laluan saya menyebabkan cuba mengelak sebelum dua bas di belakang berlanggar,” kata pemandu bas ekspres Sri Maju, Jamaluddin Azmi, 40-an.


Dalam kejadian jam 1.40 pagi semalam, 10 penumpang bas cedera apabila tiga bas ekspres dan sebuah kereta terbabit dalam kemalangan berhampiran Kilometer 282.5, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Simpang Pulai.



“Saya memandu bas di lorong kanan sebelum sebuah treler menghimpit ke laluan saya. Akibatnya saya menekan brek untuk mengelaknya.


“Pada masa sama, sebuah kereta Proton Persona di belakang bas saya turut membrek secara mengejut tetapi tak sempat menyebabkan dia merempuh bas saya,” katanya.




Menurutnya, sebuah lagi bas ekspres yang mengekori rapat di belakang kereta itu turut membrek bagi mengelakkan merempuh kereta itu.




“Malangnya sebuah lagi bas ekspres yang berada rapat di belakang bas kedua itu gagal mengelak sebelum merempuh bas di hadapannya,” katanya yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke Johor Bahru.


Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan 10 penumpang bas ekspres paling belakang cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.




“Treler yang menjadi punca kemalangan itu sempat melarikan diri. Saya bersyukur kerana kemalangan ini tidak menyebabkan kecederaan parah atau kematian,” katanya. Sementara itu, Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab berkata, hanya lima daripada 10 penumpang bas terbabit yang cedera dibawa ke HRPB untuk rawatan pesakit luar.


“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah bas Ekspres Sri Maju berhenti secara tiba-tiba selepas dihimpit sebuah treler yang memotongnya.




“Pada masa sama, sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki turut berhenti kecemasan manakala sebuah lagi bas ekspres Intercity yang juga mengekori dari belakang turut berhenti tetapi dirempuh sebuah bas ekpres Maraliner yang mengekori dari belakang,” katanya.






Five injured in bus crash

IPOH: Five people were injured when the express bus they were travelling in collided with two other buses and a car at KM282 of the North-South Expressway. District traffic chief Deputy Supt Mohd Rodzi Rajab said the five victims, aged between 20 and 45, sustained minor injuries in the 1.40am incident yesterday.

“They received outpatient treatment at the Raja Permaisuri Bainun Hospital,” he added.

DSP Mohd Rodzi said the bus was on its way to Kuantan from Kangar when it rammed into a stalled express bus, about 2km from the Simpang Pulai interchange.

“The impact caused the stalled bus to crash into a Proton Persona and another express bus in front, both of which were parked on the emergency lane,” he said.

He added that the drivers and passengers of the two buses and car were unhurt.

video

Thursday, May 26, 2011

Malang Si Rempit


MASJID TANAH - Tindakan seorang remaja melontar cabaran terhadap rakannya semasa menunggang motosikal mengundang padah apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Pengkalan Balak, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, remaja berusia 21 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan meluru laju bersama seorang lagi rakannya yang menunggang motosikal berasingan.

Kedua-dua mereka dikatakan menunggang motosikal dalam keadaan memecut sambil memotong dan mencelah beberapa kenderaan lain atas jalan raya.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka gagal mengawal motosikalnya sebelum termakan jalan, lalu merempuh sebuah kereta datang dari arah bertentangan.

Mangsa dikatakan melambung dan terjunam atas cermin hadapan kereta dinaiki sepasang suami isteri.

Ketika kejadian, mangsa juga dikatakan tidak memakai topi keledar, sebaliknya diletakkan di bahagian depan motosikalnya.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa orang awam ke Hospital Kem Terendak, di sini sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

Seorang saksi kejadian, Ahmad Warid, 20-an, berkata, dia terkejut melihat dua motosikal meluru laju melepasi kereta di hada­pannya, sebelum seorang daripadanya masuk ke laluan bertentangan.

“Motosikal itu celah-mencelah melepasi kenderaan di hadapan. Tiba-tiba saya nampak seorang daripada motosikal itu bertembung dengan sebuah kereta.

“Masa itu mangsa kelihatan melambung ke atas kereta sebelum menjunam semula menghentam cermin hadapan kereta jenis Honda itu sehingga retak,” katanya.

Seorang lagi saksi, Abdullah Hasan, 59, berkata, dia nampak mangsa melambung ke udara sebelum kepalanya terjunam terlebih dahulu ke atas cermin hadapan kereta.

“Saya nampak rakan mangsa yang menunggang motosikal satu lagi terus melarikan diri entah ke mana. Mungkin dia takut,” katanya.

Sementara itu, pemandu kereta, Abu Kasim Ahmad, 67, dan isterinya, Nik Badariah Nik Ahmad, 48, dikatakan dalam perjalanan dari Pengkalan Balak ke sebuah chalet di Telok Gadong.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

2 cedera 1 parah; Bas Ekspres Terbabas


KUALA LUMPUR 25 Mei - Seorang penumpang lelaki parah manakala tiga lagi cedera apabila sebuah bas ekspres yang dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 20.4, Lebuh Raya Karak dekat sini awal pagi ini.

Bas ekspres yang membawa muatan 33 penumpang ketika itu dalam perjalanan menghala ke ibu negara dari Kuala Terengganu sebelum terbabit dalam nahas kira-kira pukul 5.40 pagi.

Bas itu dikatakan terbabas apabila cuba mengelak daripada melanggar sebuah motosikal yang berhenti secara mengejut.

Dari sumber Sinar Harian pula mengatakan bahawa pemandu bas berkenaan memandu bersendirian tanpa pemandu kedua dan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bas berkenaan berlepas dari Terengganu jam 10 malam kelmarin.


“Seorang penumpang, Mohd Shuhada Abd Rashid, 21, patah bahu kiri akibat tersepit dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Selayang.


Menurutnya, dua lagi penumpang, Zaini, 33, dan Ng Peh Lian, 34, yang dirawat di hospital sama dibenarkan keluar semalam.

Three passengers injured after bus skids into ditch

GOMBAK: Three passengers were injured after a City-bound express bus from the East Coast hit a divider and skidded into a ditch at Km20.4, Karak Highway early yesterday morning.

Gombak district police chief, ACP Abdul Rahim Abdullah said the incident happened at 5.40am when the bus with 32 passengers, was on its way to the Putra Bus Station in Kuala Lumpur.

“When the bus approached a sharp bend, the driver lost control, hit the divider, after which the bus fell into the ditch at side of the highway.”

The injured were identified as Mohd Shuhada Abd Rashid, 21, Ng Peh Lian, 34, and a man known only as Zaini, 33. All three were sent to Selayang Hospital for treatment.

The case is being investigated under Section 42 of the Road Transport Act 1987 for reckless and dangerous driving.

Sumber: Utusan, Sinar Harian & The Malay Mail

Wednesday, May 25, 2011

Belum Ajal

BELUM AJAL: Mangsa (dua kiri) selepas keluar dari kenderaannya yang remuk teruk


SIBU: Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Persiaran Brooke di sini pada jam 9.30 malam Ahad lalu.

Keadaan kereta yang remuk teruk di bahagian hadapan menyebabkan orang ramai menyangka pemandunya tidak mempunyai harapan untuk hidup.

Insiden tersebut menarik perhatian pengguna jalan raya lain sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas di situ.

Sangkaan orang ramai bagaimanapun ternyata meleset apabila pemandu kereta terbabit dilihat merangkak keluar dari kenderaannya.

Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda berhenti di bahu jalan raya dengan lampu isyarat turut dinyalakan kerana pemandunya mahu menjawab telefon bimbitnya.

Difahamkan, kereta Kancil tersebut tidak sempat membrek dan melanggar bahagian belakang pacuan empat roda itu.

Impak pelanggaran yang agak kuat menyebabkan kereta Kancil tersebut berputar sekali sebelum ia tersadai di tepi jalan.

Pemandu kereta terbabit berjaya keluar dari kenderaan itu beberapa minit kemudian.

Polis bergegas ke lokasi kemalangan selepas dihubungi orang awam.

Maut diseret lori pasir



SUBANG JAYA: Seorang lelaki maut apabila kenderaan dipandunya dirempuh dan diseret lori membawa muatan pasir lebih 150 meter di Persiaran Tujuan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Sabarudin Junus (gambar), 30-an, memandu kereta Proton Saga berseorangan menghala ke Persiaran Tujuan sebelum dilanggar dari belakang oleh lori pasir yang cuba memasuki lorong paling kiri jalan berkenaan secara tiba-tiba.



“Pemandu lori terbabit memberi alasan brek gagal berfungsi semasa menuruni bukit sebelum merempuh kereta mangsa.
“Selain itu, sebuah teksi yang cuba mengelak kemalangan berkenaan turut dilanggar lori berkenaan,” katanya.

Menurut sumber, dua lagi kenderaan yang datang dari arah Bulatan Kewajipan turut terbabit dalam kemalangan itu selepas lori berkenaan terbabas ke kiri sebelum melanggar penghadang jalan.



Bagaimanapun, semua pemandu dan penumpang kenderaan lain terselamat dalam kemalangan itu dan hanya luka kecil.
Mangsa berasal dari Sabah itu cedera parah di seluruh badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berkata, pemandu lori berusia 41 tahun itu ditahan siasatan lanjut.

Pelajar SMK Pinji Terbunuh

IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun terbunuh manakala rakannya berusia 14 tahun parah apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pengkalan Pegoh di sini Rabu.


Ketika kejadian pada pukul 2.40 petang itu, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji di sini itu dalam perjalanan pulang dari sekolah.


Setakat ini, identiti kedua-dua pelajar itu belum dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan ditemui pada mereka, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ibrahim Abu Bakar.


Beliau berkata pelajar berusia 15 tahun itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakannya yang juga cedera parah di kepala dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, katanya kepada pemberita.


Ibrahim berkata motosikal yang dinaiki pelajar itu dirempuh kereta pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak di atas jalan.

Pelajar maut, tujuh cedera


MACHANG - Seorang remaja maut, manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan lima kenderaan di Kampung Batu 23, Labok di sini, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 3.30 petang itu membabitkan dua lori, dua motosikal dan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, penunggang motosikal iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, Mohd Aizat Adnan, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua mangsa, pemandu kereta dan kelindan lori cedera parah selebihnya cedera ringan.

“Sebelum kejadian, kereta kancil dari Kota Bharu ke Kuala Krai dipercayai cuba membelok ke kanan sebelum dilanggar lori.

“Akibat perlanggaran berkenaan, kereta Perodua Kancil itu memasuki laluan bertentangan yang kemudiannya dirempuh sebuah lori lain dan dua motosikal dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu,” katanya.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Machang atau pegawai penyiasat, Ketua Inspektor, Zolkifli Said menerusi 09-9758141.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tuesday, May 24, 2011

Terkejut Mangsa Kemalangan Anak Tirinya


KUANTAN – Seorang remaja yang dalam perjalanan ke pusat mencuci kenderaan, maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah teksi di Km5, Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang di sini.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam itu, mangsa Abdul Rahim Mohd Ayob, 18, cedera parah dileher dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Lebih memilukan kejadian itu turut disaksikan bapa tiri mangsa yang juga dalam perjalanan ke pusat mencuci kenderaan berkenaan.

“Abdul Rahim dan saya bekerja di pusat mencuci kenderaan di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang, saya melihat kemalangan itu dan apabila menghampiri saya dapati ia membabitkan anak tiri saya,” kata Muhamad Ali Abdullah kepada pemberita di sini, Selasa.

Muhammad, 38, berkata beliau sempat memangku mangsa yang ketika itu masih bernyawa.

“Sebaik sampai di hospital, saya dimaklumkan dia telah meninggal dunia,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi berkata motosikal mangsa dilaporkan melanggar bahagian teksi jenis Proton Iswara ketika kenderaan berkenaan berhenti untuk mengambil penumpang.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – BERNAMA

Monday, May 23, 2011

Tragedi Subuh


LEDANG – Seorang pengawal keselamatan yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kampung Simpang Lima Darat, Bukit Gambir di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Mohamad Hussin Ahmad Dasuki, 43, menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya di Kampung Parit Pulai, Serom, untuk ke tempat kerja di Serom 8.

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian kira-kira jam 6.10 pagi, motosikal mangsa dari arah Bukit Gambir bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa terjatuh serta mengalami kecederaan parah di kepala akibat terhantuk pada jalan itu dan mati serta merta di tempat kejadian.

Manakala dua lagi mangsa kemalangan iaitu Nasrul Azrin Mistam, 19, dan Amri Bunawar, 20, mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan lanjut.

Rakan Mohamad Hussin, Zakaria Kaliman, 47, berkata, dia terkejut sebaik menerima berita insiden yang menimpa rakannya itu.

Menurutnya, dia ada bertemu dengan Allahyarham kelmarin semasa bersama-sama menjadi juruhebah (DJ) sambilan di majlis perkahwinan di Serom 8.

“Sepanjang pertemuan ini, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kelihatan ceria seperti biasa.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang besar kerana saya dan dia sering bersama-sama menjadi DJ dalam majlis perkahwinan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Lori rempuh Wira


LUKUT – Dua kenderaan dari arah Seremban menghala ke Lukut terlibat dalam satu kemalangan di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah lori di Batu 6 Jalan Port Dickson-Seremban.

Menurut seorang saksi kejadian, yang hanya mahu dikenali sebagai Ghani, 33, kenderaan terbabit dari arah sama, namun lori yang berada di belakang kereta tidak dapat mengawal kenderaan kerana brek dipercayai tidak berfungsi ketika berada di lampu isyarat.

“Lori terbabit kemudian merempuh kereta berkenaan mengakibatkan penumpang di tempat duduk hadapan cedera dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lukut.

“Kereta berkenaan dipandu oleh suami mangsa dan dua anaknya yang masih kecil duduk di belakang tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Sinar Harian difahamkan pemandu dan kelindan lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Manakala, mangsa merupakan seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 30-an.

Hentian Bas Tengah Jalan Tidak Rasional


KUANG – Sebuah hentian bas yang berada di tengah-tengah jalan di Pekan Kuang dekat sini bukan sahaja mengelirukan tetapi juga membahayakan orang ramai.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata penduduk yang ditemui tidak berpuas hati dengan pelan pembinaan jalan diperhentian bas itu.

Peniaga kedai runcit, Choo, 35, berkata, minggu lalu berlaku kemalangan membabitkan dua lori di situ.

Menurutnya, kemalangan yang kerap berlaku di situ menyebabkan penduduk tempatan kini bimbang dengan tahap keselamatan mereka.

“Kebanyakan yang keliru adalah pengguna jalan raya yang tidak biasa melalui jalan ini, terutama simpang hendak membelok ke stesen komuter, jadi pihak berkuasa tempatan (PBT) harus mengkaji semula perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar Haron, 49, berkata, masalah itu sudah lama berlaku dan sepatutnya penyelarasan jalan sebelum pembinaan hentian perlu dibuat dengan teliti.

“Pembinaan jalan termasuk garisan pada jalan dan papan tanda perlu dibina bagi memberitahu pengguna jalan raya di situ tetapi perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Menurutnya, laluan terbabit juga sibuk setiap hari terutama membabitkan lori membawa pasir dari kuari yang datang dari Kuang ke Rawang.

“Jadi sebelum keadaan lebih buruk berlaku, ada baiknya perkara itu diberi perhatian.

“Isu ini adalah soal keselamatan sebelum berlaku kejadian lebih buruk. sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Volvo Terjun Longkang Besar


UKAY PERDANA - Seorang cedera parah manakala lima cedera ringan apabila kenderaan yang dinaiki menjunam ke dalam longkang besar di Jalan Kelab Ukay 6, di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada jam 11.55 malam itu, sebuah lori sampah yang sedang menuruni bukit dari Ukay Perdana bertembung dengan sebuah kereta Volvo dan kedua-dua kenderaan terbabit menjunam ke dalam longkang besar sedalam 20 meter.

Saksi kejadian, Mohd Fuad Dahaman, 46, berkata, dia ternampak sebuah lori sampah yang sedang laju menuruni bukit ketika dia sedang membelok dari simpang Taman Bukit Mulia.

Menurutnya, dalam keadaan jalan basah kerana baru hujan, lori itu dilihatnya hilang kawalan sebaik menghampiri persimpangan lampu isyarat Bukit Antarabangsa yang kebetulan bertukar lampu merah.

“Bagi mengelak tiga kenderaan yang sudah berhenti di lampu isyarat itu, lori terbabit melencong ke kiri laluan.

“Pada waktu itu juga, sebuah kereta Volvo sedang memasuki simpang terbabit dan lori yang dipercayai menghadapi masalah brek bertembung kereta tersebut serta melanggar pengadang dan terjunam ke dalam longkang,” katanya.

Seorang lagi saksi, Azam Azman, 36, berkata, kejadian itu adalah kali kedua berlaku di lokasi sama.

“Sebelum ini sebuah lori pasir juga pernah menjunam ke dalam longkang itu dan sememangnya persimpangan lampu isyarat terbabit sangat bahaya terutama sekali kenderaan yang berhenti dari Bukit Antarabangsa.

“Ini kerana kebanyakan kenderaan dari Ukay Perdana menurun laju sebelum sampai di persimpangan lampu isyarat ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd Zin Yaakob berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Ampang dan seorang penumpang wanita yang menaiki kereta Volvo cedera parah.

“Mangsa yang menaiki lori terdiri daripada tiga warga asing Bangladesh dan seorang India.

“Pihak kami menerima panggilan kejadian pada jam 12.10 pagi dan tiba di lokasi pada jam 12.21 pagi,” katanya.

Jabatan Pertahanan Awam Semarak turut datang untuk memberikan bantuan. 

Mangsa kemalangan sempat selamatkan diri


ALOR GAJAH - Seorang mangsa kemalangan nekad keluar sendiri dari kenderaannya selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Air Hitam Lendu, berdekatan Kompleks Rakan Muda, di sini kelmarin.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu bernasib baik kerana berjaya menyelematkan diri, biarpun sudah tersepit dalam keretanya yang remuk.

Dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi itu, mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara dari arah Alor Gajah menuju ke Masjid Tanah bertembung dengan Proton Waja dari arah bertentangan.

Seorang saksi, R. Sugumar, 37, berkata, semasa kejadian, dia sedang memandu, manakala Proton Waja berkenaan berada di hadapannya.

“Setiba di selekoh, Proton Iswara dari arah bertentangan meluru laju sebelum merempuh Proton Waja berkenaan.

“Saya nampak kereta itu hilang kawalan dan makan jalan di laluan bertentangan. Tambahan pula keadaan jalan licin akibat hujan dan menuruni bukit licin,” katanya.

Dia yang juga Ketua MIC Bahagian Masjid Tanah berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua kereta terlibat melintang atas jalan raya. Dalam keadaan cemas, katanya, dia bertindak keluar dari kereta membantu mengeluarkan mangsa.

“Pemandu Proton Waja itu sesak nafas akibat hentakan kuat pada stereng. Saya juga lihat pemandu Proton Iswara tersepit sudah keluar sendiri dari keretanya.

Menurutnya, bantuan keselamatan tiba sejurus selepas itu sebelum kesemua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah.



“Pemandu Proton Iswara itu hanya cedera ringan, sementara pemandu kereta Proton Waja hanya mengalami kesukaran bernafas, manakala pasangannya tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount