loading...

Wednesday, May 25, 2011

Belum Ajal

BELUM AJAL: Mangsa (dua kiri) selepas keluar dari kenderaannya yang remuk teruk


SIBU: Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Persiaran Brooke di sini pada jam 9.30 malam Ahad lalu.

Keadaan kereta yang remuk teruk di bahagian hadapan menyebabkan orang ramai menyangka pemandunya tidak mempunyai harapan untuk hidup.

Insiden tersebut menarik perhatian pengguna jalan raya lain sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas di situ.

Sangkaan orang ramai bagaimanapun ternyata meleset apabila pemandu kereta terbabit dilihat merangkak keluar dari kenderaannya.

Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda berhenti di bahu jalan raya dengan lampu isyarat turut dinyalakan kerana pemandunya mahu menjawab telefon bimbitnya.

Difahamkan, kereta Kancil tersebut tidak sempat membrek dan melanggar bahagian belakang pacuan empat roda itu.

Impak pelanggaran yang agak kuat menyebabkan kereta Kancil tersebut berputar sekali sebelum ia tersadai di tepi jalan.

Pemandu kereta terbabit berjaya keluar dari kenderaan itu beberapa minit kemudian.

Polis bergegas ke lokasi kemalangan selepas dihubungi orang awam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my