loading...

Tuesday, May 24, 2011

Terkejut Mangsa Kemalangan Anak Tirinya


KUANTAN – Seorang remaja yang dalam perjalanan ke pusat mencuci kenderaan, maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah teksi di Km5, Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang di sini.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam itu, mangsa Abdul Rahim Mohd Ayob, 18, cedera parah dileher dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Lebih memilukan kejadian itu turut disaksikan bapa tiri mangsa yang juga dalam perjalanan ke pusat mencuci kenderaan berkenaan.

“Abdul Rahim dan saya bekerja di pusat mencuci kenderaan di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang, saya melihat kemalangan itu dan apabila menghampiri saya dapati ia membabitkan anak tiri saya,” kata Muhamad Ali Abdullah kepada pemberita di sini, Selasa.

Muhammad, 38, berkata beliau sempat memangku mangsa yang ketika itu masih bernyawa.

“Sebaik sampai di hospital, saya dimaklumkan dia telah meninggal dunia,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi berkata motosikal mangsa dilaporkan melanggar bahagian teksi jenis Proton Iswara ketika kenderaan berkenaan berhenti untuk mengambil penumpang.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my