loading...

Monday, May 23, 2011

Lori rempuh Wira


LUKUT – Dua kenderaan dari arah Seremban menghala ke Lukut terlibat dalam satu kemalangan di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah lori di Batu 6 Jalan Port Dickson-Seremban.

Menurut seorang saksi kejadian, yang hanya mahu dikenali sebagai Ghani, 33, kenderaan terbabit dari arah sama, namun lori yang berada di belakang kereta tidak dapat mengawal kenderaan kerana brek dipercayai tidak berfungsi ketika berada di lampu isyarat.

“Lori terbabit kemudian merempuh kereta berkenaan mengakibatkan penumpang di tempat duduk hadapan cedera dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lukut.

“Kereta berkenaan dipandu oleh suami mangsa dan dua anaknya yang masih kecil duduk di belakang tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Sinar Harian difahamkan pemandu dan kelindan lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Manakala, mangsa merupakan seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 30-an.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my