Saturday, August 6, 2011

Jurutera Maut Rempuh Bas


KUALA LUMPUR 6 Ogos - Tindakan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta memaksa seorang pemandu bas ekspres berhenti di lorong kecemasan lebuh raya awal pagi ini mengundang padah apabila bas itu dirempuh oleh sebuah kereta lain mengakibatkan pemandunya terbunuh.

Kejadian pukul 1.30 pagi di Kilometer 297.1, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Bangi itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Manjung, Perak ke Johor Bahru, Johor.

Bas itu kemudian dipintas dan diarah berhenti oleh kereta yang dinaiki oleh dua lelaki terbabit yang mendakwa kenderaan mereka telah bergesel dengan bas tersebut sebelum itu.

Sebaik sahaja bas tersebut berhenti, dua lelaki itu turun untuk memeriksa sisi kanan belakang kenderaan tersebut bagi mencari kesan geselan seperti didakwa mereka.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta Perodua MyVi yang dipandu oleh seorang jurutera penyelenggara, Yoong Hou Chin, 36, gagal mengelak daripada merempuh belakang bas yang sedang berhenti itu sebelum kenderaannya terbabas dan melintang di tengah lebuh raya.

Difahamkan, salah seorang lelaki yang meminta bas ekspres berhenti sebelum itu turut mengalami kecederaan akibat rempuhan tersebut, tetapi dia bersama rakannya bertindak melarikan diri selepas kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kemalangan itu menyebabkan Hou Chin yang bekerja sebagai jurutera penyelenggara di syarikat Numec Engineering, Jalan Klang Lama mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan dari ibu negara, manakala bas ekspres membawa 17 penumpang dari Manjung menghala ke Johor.

"Bagaimanapun, semua penumpang bas itu tidak mengalami kecederaan dan meneruskan perjalanan dengan menaiki bas lain," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Difahamkan, salah seorang daripada penumpang bas berkenaan adalah pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menjalankan tugas pemantauan terhadap pemandu bas ekspres dengan menyamar sebagai penumpang.

Abd. Rashid berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan Malaysia

Penumpang Maut


 Seorang remaja lelaki yang juga penumpang di bahagian belakang maut apabila kereta Proton Iswara yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan di Kilometer 17 Jalan Tampin-Kuala Pilah kira-kira jam 4.35 petang, kelmarin.

Manakala pemandu dan dua lagi penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk mendapat rawatan.

Pemandu lori, Osman Karim, 50, berkata, ketika tiba di selekoh Kampung Tering, dia sempat menekan brek lorinya, namun tetap melanggar dengan kereta itu yang melintang di tengah jalan.

Menurutnya, dia dari bengkel yang terletak di Renggoh untuk ke Kuala Pilah. Walau bagaimanapun, ketika tiba di selekoh itu, dia nampak kereta itu hilang kawalan dan masuk arah bertentangan.

“Saya cuba mengelak tetapi tidak berjaya lalu terlanggar bahagian sisi kiri belakang kereta berkenaan.

“Saya percaya, seorang penumpang bahagian belakang kanan tercampak ke dalam semak, manakala seorang lagi terperosok di kerusi belakang. Pemandu cedera parah dan seorang perempuan yang berada di kerusi hadapan cedera,” katanya.

Katanya, dia dan dua kelindan hanya mengalami cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara dari arah Kuala Pilah menghala ke arah Tampin hilang kawalan semasa melalui selekoh.

Menurutnya, selepas itu, kereta berkenaan terbabas ke kanan dan berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, lori yang datang dari arah Tampin menghala ke Kuala Pilah tidak sempat mengelak lalu terlanggar kereta mangsa. Akibat rempuhan itu, kereta berkenaan terbabas ke dalam semak dan remuk di bahagian sebelah kiri.

“Mangsa yang meninggal dunia dikenali Abdullah Hinmi Md Hashim, 17, beralamat Kuala Sungai Tebong Melaka kerana mengalami cedera di bahagian kepala dan badan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Friday, August 5, 2011

Awi Rafael Kemalangan

KUALA LUMPUR – Awi Rafael terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan iaitu berhampiran dengan jejantas ala San Francisco yang menghubungkan kawasan Sunway dengan Kelana Jaya.

 Menurut Awi, kereta pacuan 4 roda yang dipandunya telah dilanggar dari belakang lalu terbabas sehingga menyebabkan pintu di bahagian tempat duduk pemandu jadi remuk. Syukur, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku pada Awi Rafael.





Sumber: rentakartis.com
             facebook.com

Mr Bean Kemalangan


Rowan Atkinson, pelawak dalam filem Mr Bean, terlibat dalam satu kemalangan di Haddon, Cambridgeshire. Kemalangan itu berlaku apabila kereta McLaren F1 yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok.  Kereta McLaren F1 yang dibelinya dengan harga £ 650.000 pada tahun 1997 .

Pelakon berusia 56 tahun itu walaubagaimanapun terselamat apabila dia berjaya mengeluarkan dirinya dari kereta sebelum terbakar.

Panggilan kecemasan telah dibuat ke tempat kejadian yang berhampiran kampung Haddon, Cambridgeshire pada jam 7:30 pagi.

Anggota bomba berjaya memadamkan api dan Atkinson telah dibawa ke Hospital Daerah Peterborough kerana mengalami kecederaan bahu.

Seorang saksi berkata: "Rowan sangat bernasib baik kerana masih hidup jika dilihat keadaan kereta."






Sumber: news.sky.com



Mr Bean actor Rowan Atkinson has left hospital in a wheelchair after his 230mph McLaren supercar hit a tree and a lamp post before catching fire.

The star - also famous for his role in the Blackadder series - was driven away from Peterborough City Hospital in a private ambulance.

He suffered a shoulder injury when his rare McLaren F1 car spun off the road near the Cambridgeshire village of Haddon.

The 56-year-old walked away from the wreckage and waited for firefighters to arrive.

"We were called to the scene of a single vehicle collision on the A605 near Haddon at about 7.30pm yesterday," a Cambridgeshire Police spokesman said on Friday.

"The driver of the vehicle, a man, was taken to Peterborough City Hospital."

Mr Atkinson was later said to be in a stable condition in hospital.

Cambridgeshire Ambulance Service confirmed the actor had suffered a "minor shoulder injury" as a result of the accident.

Atkinson had only just finished filming the latest edition of the spy spoof movies Johnny English and was due to attend the last day of editing in preparation for the film's release in September.

The star's love of fast cars is well documented.

The McLaren F1 car he was driving is one of the fastest road cars ever made, with a top speed of 230mph. Only 106 were ever made.

Maut Dirempuh Treler


Al-Fatihah..

SEREMBAN – Seorang maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan barangan gantian Honda dan sebuah motosikal Yamaha Lagenda di Kilometer 261.1, Lebuhraya Plus arah selatan pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, penunggang motosikal, Ahmad Amin Syakri, 47, meninggal dunia di tempat kejadian, sementara pembonceng, Abdul Hairil Abdul Sharif, 30, cedera parah.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa ketika itu berada di lorong kecemasan telah mengubah laluan ke lorong kiri secara tiba-tiba menyebabkan treler terbabit tidak sempat mengelak.

“Mangsa yang juga pekerja buruh landskap dipercayai dari arah Nilai ke Mambau, sementara treler terbabit dalam perjalanan dari Perlis ke Melaka.

“Bagaimanapun, pemandu treler tidak cedera dan dia ditahan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk tindakan selanjutnya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber: Sinar Harian

Buruh Maut Rempuh Datsun


BAYAN LEPAS – Seorang buruh yang baru pulang dari kerja maut dalam keadaan perutnya terburai selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan yang sedang keluar dari persimpangan Jalan Permatang Damar Laut kelmarin.

Dalam kejadian kira – kira 7.40 malam, mangsa, Lye Hock Soon, 42, dikatakan dalam perjalanan dari Bayan Lepas ke Batu Maung sebelum merempuh kereta jenis Datsun yang berada di persimpangan itu.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa melambung melepasi kereta berkenaan sebelum tercampak ke atas jalan sehingga menyebabkan perutnya terburai dan kecederaan parah di kepala.

Ketua Bahagian Trafik Daerah Barat Daya, Cif Inspektor Mohd Zin Mat Ali berkata, mangsa dikatakan baru pulang dari kerja di Batu Maung dan dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Pulau Betong, Balik Pulau.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit mengalami cedera parah di bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati, penunggang terbabit melanggar kereta yang keluar dari persimpangan jalan itu.

“Kami sedang menjalankan siasatan berhubung punca kejadian berikutan pemandu terbabit masih belum sedarkan diri,” katanya.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: SH

Wednesday, August 3, 2011

Guru Maut Pulang dari Sekolah


Al-Fatihah

BESUT: Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu terbunuh setelah kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Sungai Tong, petang ini.

Mangsa Ahmad Yusrizal Yusof, 30, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian muka dan badan akibat perlanggaran tersebut yang berlaku kira-kira jam 1.35 petang.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Rohaizat Mohd Ani berkata, ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan untuk mengambil
isterinya, Azlina Mohd Razali yang mengajar di SMK Sungai Tong setelah habis
mengajar.


Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan terbabas di satu selekoh tajam sebelum berlanggar secara berhadapan dengan lori tangki minyak kelapa sawit yang dalam perjalanan ke Kota Baharu.


Menurut beliau, maklumat pemandu lori tangki itu belum diperoleh tetapi difahamkan hanya mengalami cedera ringan.

“Ahmad Yusrizal sering berulang ke sekolahnya dari rumahnya di Kuala Terengganu itu meninggal dunia di tempat kejadian,” kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas termasuk kumpulan Konvoi Kembara Merdeka yang dalam perjalanan ke daerah Besut untuk menyertai satu program berbuka puasa di Masjid As Solihin dekat Padang Luas, Jerteh. -Bernama

Sumber berita: Metro Harian




Tak Sempat Berbuka Puasa


Al-Fatihah
KULAIJAYA – Seorang lelaki tidak sempat berbuka puasa bersama keluarga tersayang apabila terkorban dalam nahas kemalangan di Kilometer 30.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur ke Johor Bahru, semalam.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa tidak sempat mengelak sebuah lori di hadapannya, lalu merempuh lori berkenaan sehingga menyebabkannya maut.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kejadian kira-kira jam 2 petang semalam dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang lelaki berusia 30 tahun itu melanggar sebuah lori.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa telah melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.

“Ketika itu, lori terbabit sedang diparkir di lorong kecemasan setelah pemandunya mendapati terdapat kerosakan pada lori tersebut,” katanya.

Zulkefly berkata, penunggang motosikal berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas khusunya dari arah Kuala Lumpur-Johor Bahru sejauh kira-kira lima kilometer namun berjaya dikawal anggota polis dan petugas lebuh raya kira-kira satu jam kemudian.

 Sumber: SH

Maut Ke Tempat Kerja


IJOK - Seorang remaja maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 22 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, G Yogeswaran, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital apabila mengalami cedera parah di bahagian kepala.

Motosikal yang ditunggangi Yogeswaran, 17, dipercayai terbakar setelah bertembung dengan sebuah kereta jenis Volvo yang hilang kawalan setelah dirempuh sebuah lori dari arah belakang.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kuala Selangor, Cif Inspektor Roslan Ismail berkata, bahagian belakang kenderaan yang dipandu KY Sivapragasam, 25, dirempuh sebuah lori menyebabkan kereta berkenaan masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa.

"Pelanggaran itu mengakibatkan kereta berkenaan terjunam masuk ke kawasan semak sejauh 30 meter, sementara motosikal mangsa terbakar," katanya kepada Sinar Harian.

Ketika kejadian, Yogeswaran yang berasal dari Kampung Jawa Selangor, Bestari Jaya dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Kuala Selangor ke Kuala Lumpur.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius di kepala dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut, bagaimanapun dimaklumkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.

Pemandu kereta mengadu sakit di bahagian kaki sementara pemandu lori, Ong Seong Choon, 25, yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuala Selangor tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Roslan berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil memberi keterangan untuk membantu siasatan.

"Pengguna juga dinasihatkan supaya memandu dengan berhemah menjelang musim perayaan ini untuk bersama polis mengurangkan kadar kemalangan khususnya di daerah ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Parah Dirempuh Lori


SUNGAI SIPUT (U) – Satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori dan sebuah motosikal dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, kejadian telah menyebabkan penunggang, V Heridas, 19, mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, polis turut dimaklumkan bahawa mangsa yang menunggang motosikal bersendirian, sedang cuba untuk menyeberang jalan ketika kejadian.

“Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang dan pada ketika itu, mangsa baru sahaja keluar daripada sebuah bengkel berhampiran.

“Polis juga difahamkan, ketika mangsa sedang menyeberang jalan, sebuah lori datang daripada arah kiri dan bertembung dengan mangsa,” katanya ketika dihubungi, Sinar Harian semalam.

Azman berkata, akibat daripada kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah termasuk patah paha sebelah kanan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Siput (HSS) dalam kadar segera untuk mendapatkan rawatan ke atas kecederaannya.

“Setelah menjalani rawatan di HSS, mangsa kemudiannya di rujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Azman, pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis dengan segera untuk membantu siasatan.

Beliau turut menyatakan rasa lega apabila kemalangan yang berlaku tidak melibatkan kehilangan jiwa.

Azman menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati di jalanraya.

Sumber: SH

Tuesday, August 2, 2011

2 Sahabat Maut 1 Ramadhan

Al- Fatihah...

SEGAMAT: Dua sahabat maut pada hari pertama Ramadan dengan seorang daripadanya terbunuh di tempat kejadian manakala rakannya maut selepas hampir lima jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat selepas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Kampung Jawa petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, penunggang motosikal, Mohd Shadan Mohd Adam, 20, maut selepas lima jam dirawat di ICU Hospital Segamat akibat cedera parah di kepala dan badan manakala rakannya yang membonceng, Mohd Saiful Suhadi, 24, meninggal dunia di tempat kemalangan akibat cedera parah di seluruh anggota badan.

Menurut sumber polis, motosikal Yamaha RD 250 yang ditunggang Mohd Shadan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan Proton Gen.2 dari arah Felda Medoi menuju ke bandar ini tidak dapat mengelak lalu bergesel dengan motosikal ditunggang mereka.
Katanya, akibat rempuhan itu dua sahabat berkenaan cedera parah dengan Mohd Saiful meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Shadan dikejarkan ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mohd Shadan yang cedera parah di kepala dan badan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam tadi (semalam). Jenazah dua sahabat dari Kampung Jawa di sini dihantar ke rumah mayat untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mereka yang melihat kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Metro

Kancil Rempuh Bas



KARAI – Tiga penumpang dan seorang pemandu sebuah bas berhadapan detik cemas apabila pengangkutan awam itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil berhampiran simpang Karai, di sini, semalam.

Bas berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Ipoh ketka kejadian berlaku pada jam lebih kurang 2.15 petang.

Seorang penumpang bas, Fiona Mohd Ariffin, 36 berkata, dalam kejadian berkenaan, kereta kancil itu dilihat seperti hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebelah kiri bahagian hadapan bas berkenaan.

“Sebelum kereta itu bertembung dengan bas yang kami naiki, saya nampak ia berada dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum masuk ke laluan bas.

“Saya terkejut ketika itu lantas menjerit sekuat hati, sementara pemandu bas berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada bertembung dengan kereta itu, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam,

Mengaku takut dan cemas, Fiona berkata, seluruh badannya menggeletar saat berhadapan dengan situasi berkenaan.

Menurutnya, selepas berlaku pelanggaran berkenaan, bas yang mereka naiki telah tersadai di sebelah kanan jalan, manakala kereta berkenaan di sebelah kiri.

“Ada lima orang penumpang berada dalam bas ketika itu termasuk kelendan serta pemandu bas, dan kami bersyukur kerana terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Semantara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohamad Idris berkata, bomba menerima panggilan pada jam 2.36 petang dan seramai tujuh anggota bersama dua buah jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Sampai di tempat kejadian kami dapati pemandu kereta kancil terbabit tersepit dalam kenderaan dan kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkannya dengan selamat sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dirawat.

“Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan dan berkemungkinan pemandu bas telah cuba mengelak kereta kancil yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun itu,” katanya.

Sumber: SH

Kepala Wanita Hancur Digilis


BUKIT BERUNTUNG: Seorang pembonceng motosikal wanita, Y Tilakavathi, 43, terbunuh dengan kepalanya hancur akibat digilis beberapa kenderaan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 6, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 malam apabila mangsa yang membonceng motosikal teman lelakinya berusia 33 tahun bergesel sebuah kenderaan lalu terbabas dan terjatuh.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sungai Choh ke Bukit Beruntung.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal Modenas Kriss dinaiki mangsa dan teman lelakinya hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.


“Mangsa tercampak beberapa meter selepas bergesel sebuah Proton Iswara yang datang dari Bukit Beruntung.


“Mangsa dipercayai digilis beberapa kenderaan menyebabkan sebelah tangannya putus dan ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat sementara penunggang yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menerima rawatan lanjut.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Metro Harian

Sunday, July 31, 2011

Proton Wira Terbakar Rempuh Bas UITM


ALOR GAJAH: Seorang pekerja sebuah stesen penapisan minyak maut selepas Proton Wira dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Lendu, dekat sini, pagi semalam.

Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Alor Gajah, Cif Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Khairul Fazli Suli, 33, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah.


Menurutnya, Proton Wira dipandu mangsa dari arah Port Dickson hilang kawalan selepas dipercayai memotong sebuah kereta di satu selekoh lalu bertembung dengan bas membawa 24 pelajar UiTM itu.

“Pemandu bas dikatakan menekan brek kecemasan namun terlajak sebelum kenderaan itu dirempuh kereta mangsa. Akibat rempuhan, Proton Wira itu terperosok di bahagian depan bas.


“Sejurus kemalangan, berlaku beberapa letupan kecil lalu kenderaan itu terbakar dan menyebabkan pemandunya melecur,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, mayat mangsa dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Saharuddin mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Zainuddin Joned berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

“Sebaik tiba, kami mendapati kedua-dua kenderaan itu terbakar dan api berjaya dipadam dalam masa satu minit.


“Mayat pemandu kereta yang terbakar dikeluarkan dalam masa 10 minit,” katanya.

Rentung Proton Wira

“Saya nampak pemandu Proton Wira itu bergerak lemah sebelum kenderaannya terbakar,” kata seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terbabit kemalangan di jalan Kampung Paya Rumput-Lubok China, di sini, pagi semalam.

Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd Fadhli, 19, berkata dia tidak sempat membantu pemandu kereta itu kerana api marak dengan cepat.


“Saya dan beberapa pelajar lain segera berlari ke belakang bas kerana bimbang kereta dan bas meletup.

“Pemandu bas segera menghubungi talian kecemasan dan bomba tiba dalam masa beberapa minit untuk memadam kebakaran,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Khairul Fazli Suli, 33, maut dan badannya melecur hampir 40 peratus selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas UiTM kampus Lendu.


Bagaimanapun, 24 pelajar dan dua pensyarah serta pemandu dan pembantunya di dalam bas itu tidak cedera.

Metro Ahad difahamkan, Khairul Fazli dari Port Dickson, Negeri Sembilan yang bekerja di stesen penapisan minyak sebuah syarikat di Sungai Udang datang dari arah Lubok China menuju ke Masjid Tanah sebelum kereta dipandunya dikatakan hilang kawalan.


Menceritakan kejadian itu, Mohd Fadhli berkata, dia dan beberapa penumpang lain terkejut selepas pemandu bas menekan brek kecemasan.

Katanya, pemandu bas mengelak ke kanan namun bertembung dengan kereta berkenaan.


“Sebaik berlaku kemalangan, pemandu bas segera turun dan membuka pintu kecemasan lalu mengarahkan semua penumpang turun kerana bimbang bas terbakar.


“Kami sepatutnya menghadiri satu program di Eagle Ranch, Pasir Panjang namun terkandas di tengah jalan kerana kejadian ini,” katanya.


Sementara itu, pemandu bas, Mohamad Amin, 46, berkata ketika di tempat kejadian, sebuah kereta dilihat hilang kawalan lalu merempuh bahagian depan bas dipandunya.


“Saya cuba tekan brek sejauh 50 meter namun disebabkan jalan licin, bas terus bergerak dan pada masa sama saya cuba mengelak ke kiri jalan.


“Bagaimanapun, bas dipandu tetap terbabit kemalangan dengan kereta itu. Sebaik berlaku kemalangan, saya segera turun dan mengarahkan penumpang turun melalui pintu kecemasan,” katanya yang bertolak dari UiTM Lendu jam 8.10 pagi menuju ke Pasir Panjang, Negeri Sembilan.


Menurutnya, dia bersyukur semua penumpang bas tidak cedera, namun terkilan kerana tidak dapat membantu Khairul Fazli yang melecur.

Sumber: myMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount