loading...

Wednesday, August 3, 2011

Parah Dirempuh Lori


SUNGAI SIPUT (U) – Satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori dan sebuah motosikal dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, kejadian telah menyebabkan penunggang, V Heridas, 19, mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, polis turut dimaklumkan bahawa mangsa yang menunggang motosikal bersendirian, sedang cuba untuk menyeberang jalan ketika kejadian.

“Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang dan pada ketika itu, mangsa baru sahaja keluar daripada sebuah bengkel berhampiran.

“Polis juga difahamkan, ketika mangsa sedang menyeberang jalan, sebuah lori datang daripada arah kiri dan bertembung dengan mangsa,” katanya ketika dihubungi, Sinar Harian semalam.

Azman berkata, akibat daripada kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah termasuk patah paha sebelah kanan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Siput (HSS) dalam kadar segera untuk mendapatkan rawatan ke atas kecederaannya.

“Setelah menjalani rawatan di HSS, mangsa kemudiannya di rujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Azman, pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis dengan segera untuk membantu siasatan.

Beliau turut menyatakan rasa lega apabila kemalangan yang berlaku tidak melibatkan kehilangan jiwa.

Azman menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati di jalanraya.

Sumber: SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my