loading...

Tuesday, August 2, 2011

Kancil Rempuh Bas



KARAI – Tiga penumpang dan seorang pemandu sebuah bas berhadapan detik cemas apabila pengangkutan awam itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil berhampiran simpang Karai, di sini, semalam.

Bas berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Ipoh ketka kejadian berlaku pada jam lebih kurang 2.15 petang.

Seorang penumpang bas, Fiona Mohd Ariffin, 36 berkata, dalam kejadian berkenaan, kereta kancil itu dilihat seperti hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebelah kiri bahagian hadapan bas berkenaan.

“Sebelum kereta itu bertembung dengan bas yang kami naiki, saya nampak ia berada dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum masuk ke laluan bas.

“Saya terkejut ketika itu lantas menjerit sekuat hati, sementara pemandu bas berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada bertembung dengan kereta itu, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam,

Mengaku takut dan cemas, Fiona berkata, seluruh badannya menggeletar saat berhadapan dengan situasi berkenaan.

Menurutnya, selepas berlaku pelanggaran berkenaan, bas yang mereka naiki telah tersadai di sebelah kanan jalan, manakala kereta berkenaan di sebelah kiri.

“Ada lima orang penumpang berada dalam bas ketika itu termasuk kelendan serta pemandu bas, dan kami bersyukur kerana terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Semantara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohamad Idris berkata, bomba menerima panggilan pada jam 2.36 petang dan seramai tujuh anggota bersama dua buah jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Sampai di tempat kejadian kami dapati pemandu kereta kancil terbabit tersepit dalam kenderaan dan kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkannya dengan selamat sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dirawat.

“Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan dan berkemungkinan pemandu bas telah cuba mengelak kereta kancil yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun itu,” katanya.

Sumber: SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my