loading...

Tuesday, June 24, 2014

Bas rempuh treler


24 Jun 2014
Jasin: “Jeritan dan tangisan bergema di dalam bas sejurus kemalangan berlaku. Pada masa sama, kelihatan ramai mangsa cedera dan ada antara mereka tersepit di celah tempat duduk penumpang,” kata Teh Yee Wan, 25, penumpang bas ekspres yang mengalami kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 187.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, semalam.

Menurutnya, suasana di dalam bas ketika itu amat kelam-kabut apabila ada penumpang menjerit kesakitan dan terkejut selain beberapa mangsa mengalami kecederaan di anggota badan.

“Saya terjaga selepas seorang penumpang tercampak ke atas badan saya sebaik kemalangan berlaku. Malah, kerusi tempat duduk saya turut beralih kedudukan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, seorang penumpang parah, sembilan cedera manakala 15 lagi terselamat selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler membawa muatan pembetung.

Seorang lagi penumpang, Chee Len Kang, 23, berkata, dia yang tidur terjaga sebaik kemalangan berlaku dan bersyukur kerana terselamat.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Tangisanbergema//Article?BeritaUtama


Monday, June 23, 2014

Kereta pelakon ‘Love You Mr Arrogant’ remuk


23 Jun 2014
Port Dickson: Kereta milik pelakon utama drama popular ‘Love You Mr Arrogant’, Zara Zya, remuk selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Batu 3, Jalan Pantai di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, sebuah kereta model Honda Prelude dikatakan terbabas sebelum merempuh empat kenderaan yang diletakkan di bahu jalan termasuk kereta model Suzuki Swift milik pelakon wanita itu.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama rakan-rakan sedang menjamu selera di sebuah gerai tepi pantai di Bagan Pinang di sini.

Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut sejurus mendengar bunyi dentuman kuat dari arah tempat keretanya diletakkan.

“Sejurus mendengar dentuman itu, saya dan rakan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta saya remuk teruk akibat dirempuh. Namun saya bersyukur kerana tidak berada di dalam kereta ketika kejadian.


“Saya tidak menyangka kedatangan ke Port Dickson kali ini untuk bercuti menjadi pengalaman mengejutkan dan esok (semalam) kami akan balik ke Damansara, Kuala Lumpur,” katanya.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keretapelakonremukdirempuh/Article/index_html



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount