Saturday, January 19, 2013

Askar wataniah maut



Inalillahi wainailaihi rojiun

20 Januari 2013
GOMBAK – Tindakan pemandu lori yang membuat pusingan U haram di Jalan KL-Ipoh menghala ke Rawang di sini, awal pagi semalam membawa malang kepada seorang askar wataniah apabila dia maut akibat merempuh kenderaan berat itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125z dikatakan dalam perjalanan menghala ke Selayang.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, ketika tiba di Kilometer 22.8, sebuah lori tiba-tiba berhenti untuk membuat pusingan U. Menurutnya, mangsa yang terkejut dipercayai tidak sempat mengelak kenderaan di depannya dan terlanggar bahagian belakang lori itu.

Rempuhan menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter daripada motosikal ditungganginya. Mangsa, Muhammad Shahzani Abdul Mutalib, 21, yang masih bujang mengalami kecederaan teruk di bahagian dalaman maut serta-merta di tempat kejadian.

“Mayat mangsa yang beralamat di Bandar Baru Selayang itu dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

“Lori yang membuat pusingan U haram itu melarikan diri selepas kejadian dan masih belum membuat laporan polis. Kita dalam usaha mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang dirempuh mangsa itu,” katanya.

Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, saksi kemalangan atau mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Muhamad Izam Ibrahim di talian 03-61262273, 03-61262257 atau 013-2006111 untuk membantu siasatan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/askar-wataniah-maut-rempuh-lori-1.123209


Gadis maut menyeberangi laluan


Inalillahi wainailaihi rojiun

20 Januari 2013
BAGAN SERAI - Seorang remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Banjar, di sini jam 5 petang, kelmarin.

Mangsa, Nurul Asyikin Jamil,18, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dikatakan ingin menyeberangi laluan untuk ke pulang ke rumah setelah singgah di rumah rakannya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, tindakan mangsa yang cuba menyeberangi laluan itu tidak disedari sebuah kenderaan yang datang dari arah Bagan Serai menghala ke Kuala Gula menyebabkan rempuhan berlaku.

“Pemandu kereta kereta jenis Proton Iswara  berusia 49 tahun itu tidak menyangka mangsa menyeberangi jalan secara tiba-tiba dan bertindak merempuh mangsa setelah tidak sempat mengelak.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan,kaki dan leher,” katanya, semalam.

Mat Fauzi berkata, mangsa terus dikejarkan ke Klinik kesihatan Bagan Serai oleh orang ramai sejurus kemalangan berlaku, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

“Mayat mangsa diserahkan ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat, siasatan lanjut masih dijalankan ke atas kes ini di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/maut-dirempuh-kereta-1.123300


Kereta membawa 25 tong diesel kemalangan



PASIR PUTEH - Kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 45.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Rabu lalu menggemparkan penduduk apabila 25 tong berisi bahan bakar dipercayai diesel ditemui dalam salah satu kereta tersebut.

Kereta jenis Perodua Kenari itu diubahsuai termasuk membuang tempat duduk belakang bagi membolehkan banyak tong dapat dibawa.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, tong-tong itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan lanjut.

Katanya, dalam kejadian jam 11.30 malam di Kampung Gaal Hilir itu, kereta yang membawa diesel merempuh sisi kereta jenis sama yang membelok ke kanan jalan dari arah Jerteh.

“Daripada maklumat yang kita dapat, dua lelaki di dalam kereta berisi diesel menghilangkan diri, sementara pemandu kereta yang dirempuh mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Anis bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Mohd Kamal berkata, pihak polis meminta orang ramai yang melihat kemalangan itu tampil membantu siasatan.

Penduduk, Zakaria Mansur, 53, berkata, dia bergegas ke tempat kejadian selepas mendengar dentuman kuat dari marah jalan.

Katanya, ketika dia sampai, tidak ada orang di dalam kereta yang terbalik, sebaliknya terdapat banyak tong minyak.

“Saya tidak berani mendekati kereta itu kerana bimbang berlaku letupan sehinggalah jentera bomba tiba dan menyembur air di atas jalan bagi membersihkan kesan minyak,” katanya.

Difahamkan kereta yang dirempuh membelok ke kanan kerana pemandunya berhajat untuk menziarahi aktivis Umno yang meninggal dunia pada hari tersebut.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kereta-penuh-diesel-terbalik-1.122996


Friday, January 18, 2013

Pelajar Tengku Abdul Rahman Putra maut



19 Januari 2013
TEBUK PULAI, Sabak Bernam - Hasrat seorang pelajar tingkatan empat untuk ke sekolah tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer (KM) 41 Jalan Teluk Intan-Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, ketika kejadian jam 7.10 pagi itu, motosikal mangsa, Lin Sen Kai, 19, dipercayai bergesel dengan sebuah lori sebelum hilang kawalan.

Menurutnya, keadaan pagi berkenaan yang berkabus juga dipercayai menjadi punca berlakunya pergeseran antara dua kenderaan terbabit.

“Mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah pagi tersebut  tidak dapat mengawal motosikal jenis Yamaha Ego LC yang ditunggangnya.

"Mangsa kemudiannya terhantuk pada besi belakang lori berkenaan yang menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Noor Mushar berkata, akibat hentakan tersebut, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdul Rahman Putra cedera parah di bahagian kepalanya.

Katanya, mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mengesahkan bahawa kematian mangsa berpunca daripada terhantuk pada besi yang terdapat di belakang lori tersebut.

Noor Mushar berkata, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan daripada pemandu lori dan keluarga mangsa berhubung kejadian tersebut.

“Bagaimanapun kita mempunyai nombor pendaftaran lori tersebut hasil bantuan orang awam dan usaha mengesannya akan dilakukan sekiranya dia masih tidak tampil ke balai polis,” katanya.

“Orang awam yang mempunyai maklumat juga diminta hadir ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kes langgar lari melibatkan seorang warga emas di KM 39 Jalan Klang-Teluk Intan, Selasa lalu.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang dijalankan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil dan kerjasama dan maklumat orang awam diperlukan.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/maut-motosikal-bergesel-lori-1.122971




OKU maut rempuh tiang elektrik



Inalillahi wainailaihi rojiun

19 Januari 2013
DUNGUN – Kegembiraan seorang pemuda selepas minum bersama rakan di sebuah kedai makan bertukar tragedi apabila dia menemui ajal dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kemalangan kira-kira jam 4.50 awal pagi semalam itu dipercayai berlaku ketika Mohd Rizuan Rosli, 22, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jerangau Sungai selepas minum bersama rakannya di sebuah kedai di bandar Dungun.

Sampai di Kilometer 80.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Proton Wira Aeroback dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui satu selekoh lalu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik.

Mangsa yang merupakan OKU tersepit dalam keretanya yang remuk itu sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun tiba untuk memberikan bantuan.

Mohd Rizuan yang kudung kaki kiri mati serta merta di tempat kejadian selepas cedera teruk pada bahagian kepala.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang mengesahkan kejadian memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya untuk dibawa pulang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jerangau Sungai,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tragedi-awal-pagi-langgar-tiang-elektrik-1.123018




Thursday, January 17, 2013

Proton Iswara rempuh belakang bas

Proton Iswara rempuh belakang bas




18 Januari 2013
NILAI  – Dua lelaki cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah  bas dalam satu kemalangan di Kilometer 277, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah Utara, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, keduadua mangsa yang menaiki kereta  jenis Proton Iswara itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur sebelum terlibat dengan nahas berkenaan.

Jurucakap polis berkata, kereta yang dinaiki mangsa berumur lingkungan 20-an  itu dipercayai hilang kawalan, sebelum merempuh sebuah bas yang rosak di lorong kecemasandari arah belakang.

“Bas dari arah Seremban ke Kuala Lumpur ini berhenti di lorong kecemasan, selepas mengalami kerosakan gear sebelum dirempuh kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa.

“Siasatan awal mendapati kemungkinan kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan, sebelum merempuh belakang bas terbabit,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, bas persiaran berkenaan tidak membawa sebarang penumpang dan pemandu bas juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang yang  mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.

Katanya, kedua-dua lelaki berkenaan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar  Seremban untuk menerima rawatan kecemasan dan keadaan mereka dilaporkan kritikal.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dua-parah-proton-iswara-dinaiki-hilang-kawalan-1.122764


Van sekolah rempuh treler



18 Januari 2013
Bukit Beruntung: “Saya dengar dentuman kuat dari luar dan van dinaiki bergegar,” kata mangsa kemalangan, Muhd Izz Sirhan Salahuddin, 12, menceritakan detik cemas kemalangan membabitkan van sekolah dengan sebuah lori 10 tan, semalam.

Kejadian berlaku pada jam 2.15 petang di Jalan Bukit Beruntung ke Rawang berhampiran persimpangan lampu isyarat berdekatan Pusat Perniagaan Adenium dekat sini ketika dia bersama lima rakannya dalam perjalanan dari Taman Melur ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Sentosa Fasa 3 di sini.


Van sekolah dipandu pemuda berusia 20-an itu merempuh lori yang dipercayai membuat pusingan ‘U’ di persimpangan itu. Katanya, dua rakannya dikenali Meor Muhammad Nur Hakim Meor Muhammad Ridzwan dan Muhammad Danish Azhar berumur 11 tahun cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dengan bantuan orang ramai.

“Ada rakan menjerit memanggil ibu dan ayah kerana terkejut.


“Saya cedera di kepala. Manakala tiga rakan lain berumur 11 tahun tidak cedera dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di sebuah klinik swasta,” katanya yang ditemui Harian Metro, di sini, semalam.


Saksi kejadian, Muhd Fauzi Misnan, 44, berkata, ketika kejadian dia menjamu selera di sebuah restoran berhadapan tempat kejadian.

Katanya, dia bergegas ke lokasi apabila mendengar suara kanak-kanak meraung kesakitan dan mendapati mereka berlumuran darah di muka,” katanya.


“Saya terharu dengan tindakan pantas orang ramai membantu menyelamatkan mangsa yang tersepit pada dinding van sekolah itu.

“ Kasihan mendengar ada yang merintih dan menangis setelah terbabit dengan kemalangan itu,” katanya yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber:
hmetro.com.my/articles/2013011805010820130118050108//Article




Maut bersama


Inalillahi wainailaihi rojiun.

18 Januari 2013
KUBANG PALAS - “Beberapa kali sebelum ini, dia (mangsa) sering menjawab buah masih muda apabila disuruh panjat pokok duku. Namun tengah hari tadi (kelmarin) dia terus berbuat demikian dan berjaya dapatkan kira-kira lima kilogram (kg) duku. Rupanya ia petanda.”

Demikian luahan Faridah Omar,48, ibu kepada Wan Firdaus Wan Alias, 23, yang maut bersama rakan wanitanya, Sinawati Sanusi, 21, apabila motosikal jenis EX5 dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Toyota Vios, di sini, kira-kira jam 8.45 malam kelmarin.

Menurut Faridah, kali terakhir dia bertemu anak ketiga daripada enam beradik itu kira-kira jam 2 petang kelmarin sewaktu pulang ke rumah di Kampung Alur Lik daripada tempat kerja dan sempat bergurau berebut menggunakan bilik air untuk mandi.

“Saya pulang ke rumah seketika untuk berehat dan mandi sebelum kembali ke tempat kerja. Secara kebetulan ketika itu, dia juga ingin mandi kerana mahu keluar berjumpa rakannya. Dia sempat seloroh bergurau sambil memberitahu biar dia mandi dahulu.

“Bagaimanapun, ketika sedang berehat di rumah saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada abangnya memaklumkan kejadian menimpa Wan Firdaus. Saya serta suami, Wan Alias Wan Muda, 53, bergegas ke lokasi dan melihat dia hanya terbujur kaku. Saya tidak sangka dia pergi secepat ini apatah lagi siang tadi (kelmarin), dia kelihatan seperti biasa. Malah, dia juga begitu gembira memanjat pokok duku apabila disuruh ibu saudaranya tanpa sebarang alasan bukan sebagaimana kebiasaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di lokasi kejadian, di sini, malam kelmarin.

Kata Faridah, anaknya yang mesra dipanggil Piji itu berkemungkinan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka yang terletak kira-kira 25 kilometer dari lokasi kejadian.


Masuk laluan bertentangan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa bertembung sebuah Toyota Vios dipandu seorang wanita berusia 25 tahun berasal dari Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu.

“Mangsa menunggang motosikal bersama Sinawati dari arah Kuala Terengganu-Telemong, manakala pemandu kereta dari arah bertentangan.

“Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi, salah seorang daripada mereka memasuki laluan bertentangan hingga bertembung dan kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke Setiu dan kemalangan berlaku di satu selekoh di Kampung Kubang Palas ini. Pemandu kereta yang dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu tidak cedera.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kita juga meminta orang ramai yang melihat kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.


Motosikal hempap badan

Penduduk, Wan Makri Wan Mohd ,35, berkata, sebaik terdengar bunyi dentuman kuat, dia bergegas keluar dan mendapati seorang wanita sedang berusaha keluar dari kereta sambil menjerit.

“Saya sedang berehat di rumah sebelum dikejutkan bunyi dentuman kerana kejadian berlaku berhampiran rumah saya. Mulanya saya sangka hanya seorang mangsa terlibat kerana terlihat mayat perempuan terbaring kaku atas bahu jalan.

“Apabila diteliti, saya terkejut mendapati seorang lelaki bersama motosikal berada dalam longkang. Saya serta beberapa yang lain membantu keluarkan motosikal yang menghempap badannya sebelum berjaya keluarkannya. Ketika itu dia sudah tidak bergerak.

“Kawasan ini sering berlaku kemalangan, terbaru melibatkan sebuah kereta merempuh tiang elektrik kira-kira dua minggu lalu. Bagaimanapun, kejadian malam ini merupakan kes maut yang pertama terjadi di sini,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/maut-bersama-rakan-wanita-1.122770



Maut rempuh tiang elektrik

 Inalillahi wainailaihi rojiun

18 Januari 2013
DUNGUN - Seorang pemuda terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di KM 80.5, Jalan Kuala  Terengganu-Kuantan, Batu 49, di sini awal pagi tadi.
  
Mohd Rizuan Rosli, 22, yang berasal dari Kampung Jerangau Sungai, di sini terbunuh selepas kereta Proton Wira Aeroback yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang tiang elektrik di situ lalu terbalik.
  
Kemalangan 4.50 pagi itu dipercayai berlaku selepas kenderaan itu hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di situ, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian.
  
Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas minum bersama rakan di Bandar Dungun.
  
Ketua Polis Daerah, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
  
Katanya, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Dungun terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.
  
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Wa," katanya.
 - Bernama

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pemandu-maut-kereta-langgar-tiang-elektrik-awal-pagi-1.122775



Remaja cedera rempuh pacuan empat roda



17 Januari 2013
Alor Gajah: Seorang remaja lelaki cedera di kepala dan badan selepas motosikal Yamaha 125Z ditunggang merempuh belakang pacuan empat roda di bulatan Pengkalan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.15 petang, Muhammad Khairil Saadon, 18, dalam perjalanan dari rumahnya di sebuah taman berdekatan ke pekan Alor Gajah.

Menurut Muhammad Khairil, ketika kejadian dia yang menunggang sendirian di belakang pacuan empat roda itu terkejut apabila kenderaan berkenaan tiba-tiba berhenti.

“Motosikal saya hilang kawalan mengakibatkan saya merempuh belakang kenderaan itu lalu tercampak ke tengah jalan.

“Sebaik tercampak, saya berasa seperti di awangan dan sakit di beberapa anggota badan,” katanya.

Menurutnya, pemandu pacuan empat roda berusia awal 40-an itu kemudian mengangkatnya ke bahu jalan.

“Tindakan pemandu pacuan empat roda itu mengangkat saya ke tepi jalan berjaya mengelak kejadian buruk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Alor Gajah Staf Muda (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry berkata, penunggang motosikal itu dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/2013011704491020130117044910//Article/index_html



Mangsa merangkak keluar





17 Januari 2013
Alor Gajah: Seorang lelaki parah apabila Proton Saga dipandu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 225.2, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Pedas-Linggi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi, kereta dipandu Sadiq Sahidan, 30-an, dari Johor ke Kuala Lumpur dipercayai terbabas merempuh besi penghadang jalan dan berpusing beberapa kali sebelum terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas.


Difahamkan, kejadian disedari seorang pengguna jalan raya bersama dua anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang kebetulan melalui tempat kemalangan.

Menurut anggota JPAM dikenali sebagai Musliha, 20-an, dia bersama rakannya terkejut melihat sebuah kereta dengan tayarnya ke atas di laluan paling kiri dalam keadaan berasap.


“Apabila mendekati kenderaan berkenaan, saya melihat seorang lelaki sedang merangkak keluar dari keretanya yang remuk dengan mukanya berlumuran darah selain cedera pada kedua-dua belah kakinya.


“Saya dan rakan membantunya keluar,” katanya.

Difahamkan kereta dipandu mangsa terseret 30 meter sebelum berpusing beberapa kali lalu terbalik.


Katanya, dia menghubungi pasukan perubatan untuk meminta bantuan.

“Tidak lama selepas itu, dua ambulans dari Hospital Tampin dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah tiba di tempat dan membawa mangsa ke hospital,” katanya.


Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Daerah Alor Gajah Staf Muda (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 6.05 pagi.


“Setiba di lokasi, mangsa sedang dirawat dua anggota JPAM yang kebetulan berada di tempat kejadian dan mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Merangkakkeluarkeretaterbalik//Article/index_html




Penjenayah terbabas


17 Januari 2013
PASIR PUTEH: Tiga penjenayah yang dikehendaki polis Kelantan kerana terbabit dalam pelbagai kes seperti samun dan curi kenderaan cuba melanggar sebuah daripada tiga kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Terengganu yang mengejar mereka sebelum terbabas lalu merempuh pagar rumah seorang penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Pachakan, berhampiran sempadan Pasir Puteh-Besut, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, kereta Proton Waja yang dinaiki tiga suspek itu nekad membuat pusingan 'U’ untuk merempuh sebuah kereta peronda di bahagian depan menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Akibat tembakan itu, Proton Waja yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu terbabas lalu merempuh pagar rumah milik seorang penduduk kampung.

Sebaik terbabas, ketiga-tiga penjenayah itu terus keluar dari kenderaan untuk melarikan diri, namun, dua daripada mereka berjaya diberkas selepas masing-masing cedera akibat terkena tembakan di kaki kanan dan terhantuk di cermin depan kenderaan.


Seorang lagi rakan mereka, Hapizan Mohd Hanapi, 39, atau lebih dikenali 'Ijae Tikus’ dari Felda Aring, Gua Musang, berjaya meloloskan diri dan polis kini giat memburunya.

Sumber:
hmetro.com.my/articles/Penjenayahterbabascubalanggarkeretaperonda//Article



Kepala dan kaki mangsa hancur digilis


17 Januari 2013
SABAK BERNAM - Seorang warga emas maut dalam keadaan mengerikan setelah basikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di kilometer 39 Jalan Klang - Teluk Intan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, mangsa, Sampol Pieei, 78, maut di tempat kejadian akibat digilis lori dan beberapa kenderaan lain selepas rempuhan tersebut.

Menurutnya, dalam kejadian pada jam 7.50 malam tersebut mangsa dipercayai cuba melintas jalan dan dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu laju.

“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang basikal.

"Mangsa mengalami kecederaan parah. Kepala dan kaki mangsa hancur digilis,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam bagi untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian tersebut.

“Suspek yang melanggar mangsa juga masih tidak membuat sebarang laporan dan kita sedang mengesannya. Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai langgar lari,” katanya.

Beliau berkata, ahli keluarga mangsa juga masih belum membuat sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, saksi kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan dan membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kepala-kaki-hancur-akibat-dirempuh-kereta-1.122218


Wednesday, January 16, 2013

Seorang maut seorang patah tengkok

16 Januari 2013
KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang dipandu mereka bertembung di Kilometer 128.5 Jalan Kuantan-Segamat dekat Felda Chanis, Rompin, tengah hari tadi.
  
Mangsa, Ahmad Safuan Muslim, 49, dari Segamat, Johor, yang memandu Proton Savvy, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami manakala Mohd Shafik Mohd Shukri, 21, pemandu Proton Wira, patah tengkuk dan kaki kanan.
  
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Yahaya berkata dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, Ahmad Safuan dari arah Segamat menuju Kuantan.
  
"Kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu Proton Wira itu memotong sebuah kenderaan di hadapannya, namun gagal masuk semula ke laluannya.
  
"Pada masa yang sama, mangsa yang datang dari arah bertentangan telah bertembung dengan Proton Wira berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat sementara Mohd Shafik dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk rawatan.
  
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/lelaki-maut-seorang-parah-nahas-di-km-128-5-kuantan-segamat-1.122092


Maut kereta bertembung lori

16 Januari 2013

KUANTAN - Akibat hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan, seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan lori di km37 Jalan Jerantut - Temerloh, dekat Temerloh semalam.

Hew Yuh Fuh, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, ketika kejadian pada pukul 12.55 tengah hari itu, Lee dalam perjalanan dari Jerantut menuju ke Temerloh.

"Mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh lori itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamed Fauzi berkata, mayat Lee dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat. - Bernama

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/lelaki-maut-nahas-kereta-dan-lori-di-temerloh-1.122023


Monday, January 14, 2013

Kereta rempuh kedai makan


15 Januari 2013
BACHOK – Seorang warga emas cedera pada kepala dan seorang lelaki cedera pada bahagian kepala, lengan dan dada apabila warung berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Telaga dirempuh sebuah kereta, awal malam kelmarin.

Pengusaha warung, Mohamad Zulkifli, 53, berkata kedua-dua mangsa ketika itu berada di dalam kedainya yang tiba-tiba dirempuh sebuah kereta yang menyebabkan bumbung kedai runtuh.

Mohamad berkata, kejadian berlaku pada jam 7.34 malam itu, melibatkan ibunya, Tuan Zaharah Tuan Sulaiman, 76,  dan seorang pelanggan, Zakaria Mat, 48, yang berada dalam warung berkenaan.

“Ketika itu ibu saya ketika itu duduk di meja makan dan manakala Zakaria baru sahaja hendak menunggang motosikalnya untuk pulang ke rumah.

“Saya sempat melihat sebuah kereta proton Iswara Aeroback berwarna merah seakan terbang merempuh pohon kekabu sebelum terbabas ke dalam kedai,” katanya.

Katanya, dua mangsa tersebut dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana tidak sedarkan diri sejurus selepas kejadian.

Menurutnya, kereta Proton itu dipercayai dipandu laju dari satu selekoh dan bergeser dengan sebuah kereta Viva yang dipandu oleh Rozi Che Ibrahim, 34, yang cedera ringan walaupun  keretanya mengalami kerosakan teruk.

“Akibat kejadian itu banyak kelengkapan barangan dalam warung, dua kereta saya yang diletak di tepi kedai dan motosikal Zakaria rosak teruk.

“Laporan mengenai kemalangan itu sudah dibuat oleh anak saya di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Bachok pada jam10 malam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani ketika dihubungi  mengesahkan kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kereta-rempuh-kedai-makan-1.121526


Wanita maut digilis



14 Januari 2013
BUKIT TAGAR - Seorang wanita maut dalam keadaan mengerikan pagi semalam apabila badannya berkecai digilis beberapa kenderaan setelah tercampak daripada kereta dinaikinya.

Rakan lelakinya pula parah akibat tercampak ke dalam gaung dan hanya ditemui selepas mangsa dilihat merangkak ketika cuba mendapatkan pertolongan.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 7 pagi di Kilometer 415.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara selepas Plaza Tol Bukit Tagar dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, siasatan mendapati kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa terbabas ke lorong kanan dan melanggar pengadang jalan.

“Kereta ini dipandu lelaki yang identitinya masih belum dikenalpasti dan terbabas ke kanan sebelum melanggar pengadang jalan lalu berpusing di lorong tengah.

“Mangsa (wanita) tercampak keluar dan dipercayai dilanggar oleh kenderaan lain. Mayat mangsa berkecai dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB),” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai M Karti berusia 26 tahun dan beralamat di Taman Perumahan Permai Suri, Bidong, Kedah.

Katanya, pemandu kereta terbabit pula sedang menerima rawatan di Hospital Slim River dan masih dalam keadaan trauma serta tidak boleh bercakap.

“Masa kejadian cuaca dilaporkan baik. Sehingga kini belum ada laporan polis dibuat pemandu kenderaan lain yang terlibat dengan insiden itu.

“Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Kulim, Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat.

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/wanita-maut-digilis-rakan-lelaki-parah-tercampak-dalam-gaung-1.120981





Hasrat Anak ke Universiti Musnah



Inalillahi wainailaihi rojiun

14 Januari 2013
 MUAR - Impian seorang remaja untuk melanjutkan pengajian ke menara gading tidak kesampaian apabila maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bakri, Batu 3/4, berhampiran sebuah stesen minyak di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Syaharuddin  Md Noh, 20, sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bertembung dengan sebuah kereta dan sebuah motosikal lain.

Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fuad, 30an, berkata, adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di sebuah pusat boling, di sini.

“Arwah baru bekerja di pusat boling itu sementara menunggu keputusan STPM keluar.

“Dia (Syaharuddin) seorang adik yang baik, pelajar yang bijak dan taat kepada kedua ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, sebelum kejadian, Allahyarham adiknya ada menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran hingga ke universiti, namun semuanya tinggal kenangan.

Sementara itu, pekerja stesen minyak yang  mahu dikenali sebagai Syam, 25, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam premis berkenaan.

Dia yang merupakan saksi kejadian berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat seterusnya keluar melihat dan mendapati mangsa sudah terbaring di atas jalan, manakala sebuah kereta jenis Myvi putih berhenti dan kemudian berlalu pergi.

“Ketika itu ada beberapa pengguna jalan berkenaan turut berhenti dan mereka kemudiannya menghubungi ambulan serta polis,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal. Bagaimanapun, setakat ini (jam 10 pagi semalam) hanya waris mangsa yang membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah ( HPSF) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/remaja-maut-dalam-kemalangan-1.121137



Padah lori lawan arus


14 Januari 2013
BAGAN SERAI - Tindakan seorang pemandu lori barangan lusuh yang cuba melawan arus memandu menyeberangi jalan membawa padah apabila lori yang dipandu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kiub ais di Batu 10, Jalan Taiping di sini petang kelmarin.

Saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Rahim berkata, kemalangan berlaku pada jam 4 petang menyebabkan lori muatan kiub ais itu terbabas sebelum merempuh sebatang tiang seterusnya masuk ke dalam longkang.

Menurutnya, keadaan lori barangan lusuh lebih mengerikan kerana terbalik dan menyebabkan muatan yang dibawa bertaburan di atas jalan.

“Dalam kejadian itu, pemandu lori kiub ais tidak sedarkan diri akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala pemandu lori barangan lusuh bersama dua kelindannya tercampak beberapa meter dari kawasan kemalangan.

"Seorang daripada kelindan lori barangan lusuh maut di tempat kejadian kerana pendarahan teruk pada kepalanya. Dua mangsa lagi cedera parah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Seorang lagi saksi yang enggan dikenali memaklumkan, lori barangan lusuh dikatakan cuba menyeberang jalan, namun tindakan nekad pemandu lori bertukar tragedi apabila dirempuh lori kiub ais dari arah Taiping menuju Parit Buntar.



Setengah jam selamat mangsa

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai memaklumkan, bomba menerima maklumat awam berhubung kejadian pada jam 3.50 petang dan telah bergegas ke lokasi kejadian.

Seramai sembilan anggota bomba diketuai Penolong Bomba Kanan 2, Mohd Rodzi Che Pa mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan pemandu lori kiub ais yang tersepit dalam kenderaan.

"Sebaik sahaja dikeluarkan, ketiga-tiga mangsa yang cedera parah termasuk pemandu lori kiub ais dikejarkan Hospital Taiping untuk rawatan.

"Seorang lagi mangsa, A Denesh, 16 maut di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian.


Tayar musnahkan rumah

Kemalangan berkenaan turut menyebabkan sebuah keluarga kerugian hampir RM10,000 apabila sepasang tayar lori yang melayang merosakkan sebahagian besar dinding serta bumbung rumah.

Muhammad Syukri Hafiz Ibrahim, 28 menceritakan, kejadian itu menyebabkan bahagian atas ruang rumah dan tempat letak kereta rosak teruk.

“Pada mulanya saya terdengar bunyi dahan pokok patah dan tidak menyangka sesuatu yang buruk berlaku.

“Saya terkejut mendengar bahagian atas rumah seperti dihentam sesuatu dan saya berlari keluar untuk memastikan apa yang berlaku,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di sini semalam.

Syukri berkata, sewaktu berlari keluar rumah, dia sekali lagi dikejutkan dengan bunyi yang kuat dan mendapati bumbung tempat parkir kereta runtuh.

“Saya terkejut mendapati sepasang tayar lori turut berada bersama runtuhan bumbung. Bahagian atas rumah musnah teruk akibat hentaman tayar itu,” katanya.

Syukri berkata, ketika dia bersama ibu bapanya meninjau keadaan rumah, pemandu lori yang tidak sedar tayar belakangnya di bahagian kiri tercabut, tiba di rumahnya dan berjanji untuk membayar ganti rugi.

Menurutnya, pemandu lori itu memaklumkan hanya mengetahui tayar belakang lorinya tercabut setelah dikejar dan ditahan seorang penunggang motosikal sejauh tiga KM dari lekasi kejadian.

"Pemandu lori itu juga terkejut melihat kerosakan teruk pada rumah kami, memandangkan jarak rumah dengan lokasi kejadian kira-kira 20 meter. Kami telah melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad ketika melawat lokasi kejadian menyuarakan simpati kepada keluarga pemilik rumah terbabit di atas kerosakan dialami akibat kejadian itu.

“Saya harap sumbangan diberikan pihak kami dapat meringankan beban kerugian mangsa sekeluarga. Kami akan bantu mangsa menguruskan soal ganti rugi dan bersedia menyediakan khidmat guaman sekiranya tiada penyelesaian terbaik dicapai kedua-dua pihak,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/padah-lawan-arus-jalan-dua-lori-bertembung-seorang-maut-tiga-cedera-1.121031

Sunday, January 13, 2013

Tak sempat beli kereta baru

Inalillahi wainailaihi rojiun

14 Januari 2013
DUNGUN – Hasrat seorang kakitangan bank untuk membeli kereta baru selepas beberapa tahun berkhidmat tidak kesampaian, apabila dia menemui ajal selepas melanggar seekor kerbau, dekat sini, pagi semalam.

Kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika Muhammad Faiz Mohd Zawawi, 27, yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 dalam perjalanan dari Felda Jerangau ke tempat kerjanya di Al Muktafi Billah Shah.

Sampai di kilometer 57 Jalan Jerangau-Jabor, kakitangan Bank CIMB itu dikatakan telah melanggar seekor kerbau melintas jalan.

Mangsa yang baru bertugas enam bulan di Bank CIMB Al Mukhtafi Billah Shah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, malam sebelum kejadian, arwah tidak pulang ke rumah kerana tidur di rumah rakannya yang baru melangsungkan perkahwinan.

Dia dikatakan bertolak dari rumah rakannya di Felda Jerangau awal pagi, sebelum terbabit dengan kemalangan yang meragut nyawanya.

Sementara itu, menurut abang arwah, Farid Zawawi, 29, adik lelakinya yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai kredit di Bank CIMB cawangan Dungun dan Paka itu, beria-ia membeli kereta baru untuk berulang alik ke tempat kerjanya.

“Mengikut rancangan, dia mahu membeli kereta awal tahun ini, tak sangka pula hasratnya itu tidak kesampaian," katanya yang ditemui ketika menuntut jenazah arwah adiknya di Unit Forensik Hospital Dungun.

Jenazah arwah yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik dibawa pulang untuk urusan pengebumian di kampung ibu bapanya dekat Bukit Payung, Marang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan masih menyiasat berkenaan insiden terbabit.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/kakitangan-bank-maut-langgar-kerbau-1.121019



Pelajar tidak hirau keselamatan jalan raya

Bahaya pelajar melintas jalan raya yang banyak kenderaan

13 Januari 2013
TEMERLOH- Keselamatan pelajar sekolah ketika pergi atau pulang dari sekolah perlu dipandang serius sama ada pihak sekolah, ibu bapa dan orang awam.

Hal ini kerana terdapat segelintir daripada mereka tidak memikirkan aspek keselamatan diri sendiri kerana mahu cepat pergi atau pulang dari sekolah.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa buah sekolah mendapati pelajar ini keluar dari pintu pagar sekolah untuk pulang ke rumah bertaburan dan pelbagai keletah dapat dilihat.

Ada antara mereka melintas jalan utama ketika kenderaan banyak, menunggang motosikal tanpa topi keledar, berbasikal, berlari, memanjat pembahagi jalan dan sebagainya.

Jika masalah ini dibiarkan pastinya ada korban jiwa berlaku dan jika itu berlaku siapa yang harus dipersalahkan.


Terap aspek keselamatan

Seorang penjaga, Mohd Jaliludin Mohamad Sani, 40, berkata, pihak sekolah seharusnya menerapkan selalu aspek keselamatan dalam kalangan pelajar dan memastikan mereka pulang dari sekolah mengikut laluan yang lebih selamat.

Menurutnya, pembinaan beberapa buah jejantas di jalan utama Temerloh-Mentakab dekat Kampung Batu Satu semata-mata demi menjaga keselamatan pelajar supaya mereka tidak melintas jalan yang sibuk dengan kenderaan itu.

“Kita lihat apabila pelajar ini pulang sekolah mereka berlari atau melulu ke jalan utama tanpa memikirkan bahaya atau kenderaan yang sedang dipandu laju.

“Mereka sanggup menggadai nyawa sendiri daripada melintas dengan mengikut jejantas yang dibina. Hanya segelintir sahaja yang bersikap ‘degil’ itu dan ramai yang mengikut laluan jejantas kerana mereka sedar bahaya yang menanti jika melintas jalan tersebut,” katanya.


Ada yang degil

Seorang lagi peniaga, Harun Ali Safie, 34, berkata, ada segelintir pelajar ini sengaja memanjat pembahagi jalan itu dan mengikut laluan pembahagi jalan yang berlubang akibat dilanggar kenderaan.

Menurutnya, setiap hari pelajar ini pulang ke sekolah mereka berhadapan maut dan dia sendiri berasa sangat takut melihat gelagat pelajar ini yang sedang melintas jalan.

“Masalah ini perlu dipantau dan mana-mana pelajar yang degil ini harus diberikan hukuman atau pengajaran. Ibu bapa mereka perlu dipanggil supaya dapat menasihati anak mereka supaya mematuhi keselamatan jalan raya dan berjalan pulang dengan melalui jejantas yang disediakan.

“Janganlah kerana sikap mahu cepat pulang sanggup menggadai nyawa sendiri. Malang itu tidak berbau dan pastinya pemandu yang akan dipersalahkan kerana melanggar pelajar,” katanya.


Guna jejantas disediakan

Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Shafiq, 16, berkata, dia lebih gemar melintas jalan daripada mengikut jejantas yang lebih jauh dan penat memanjat tangga.

Menurutnya, tambahan pula dengan melintas jalan itu dia cepat dapat menahan bas atau teksi yang melalui jalan itu untuk pulang ke rumah.

“Saya tahu bahaya melintas jalan tetapi saya sudah biasa dan saya akan memastikan semasa melintas tiada kenderaan melalui jalan itu.

“Saya juga tahu sikap saya ini boleh mengundang bahaya tetapi ramai kawan-kawan turut melintas jalan jadi saya juga turut serta melintas jalan,” katanya.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/pelajar-tidak-hirau-keselamatan-1.120802



Gadis Porsche 911 Turbo maut

Elizabeth Cheang maut Porsche 911 Turbo rempuh pokok

13 Januari 2013
Georgetown: Kegembiraan dua sahabat bersiar-siar pada malam minggu bertukar tragedi apabila seorang daripadanya meninggal dunia selepas kereta jenis Porsche 911 yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Kelawei/Jalan Cantonment, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi apabila kereta dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun bersama seorang gadis berusia 24 tahun dari arah Tanjung Tokong, dekat sini, menghala ke pusat bandar terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Elizabeth Cheang maut kemalangan


Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan setibanya di kawasan terbabit lalu merempuh pokok di bahu kanan jalan.

Menurutnya, rempuhan berkenaan menyebabkan kereta remuk teruk terutama di bahagian hadapan.


Katanya, kejadian itu juga menyebabkan penumpang wanita maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.


“Pemandunya mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital, manakala penumpang yang maut dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

 “Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Menurutnya, polis minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu agar dapat menghubungi Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181872 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Maklumat dari berita harian, Kejadian jam 6 pagi itu mengorbankan Elizabeth Cheang, 24, yang berada di tempat duduk penumpang depan, manakala pemandu yang hanya dikenali sebagai Lee, 32, parah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata kenderaan hampir RM1 juta itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pokok di bahu jalan.

“Kenderaan terbabit remuk, manakala penumpang wanita mati serta-merta di tempat kejadian. Mangsa parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang. Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sumber:
hmetro.com.my/articles/Porscheragutnyawagadis/MA/Article
bharian.com.my/bharian/articles/Porscherempuhpokok_penumpangterbunuh/Article


Tak sempat jamah pulut kuning



Inalillahi wainailaihi rojiun

13 Januari 2013
Arau: “Saya sedih hasrat ayah mahu menjamah pulut kuning tidak kesampaian selepas dia maut akibat lemas selepas terbabit dalam kemalangan. Sebelum itu, arwah sempat berpesan supaya saya menyimpan pulut berkenaan untuknya sebelum keluar dari rumah.”

Itu luahan sedih Jasniza Jis Fazil, 20, selepas menerima berita kematian bapanya, Jis Fazil Jaafar, 43, yang maut dalam kemalangan sebelum tercampak ke sungai berhampiran mengakibatkan bapanya lemas di Jalan Tambun Tulang, di sini, awal pagi semalam.

Katanya, dia menyimpan pulut kuning yang diperolehinya daripada kenduri tahlil jirannya selepas bapanya memesan agar menyimpan sebahagian daripada makanan berkenaan.

“Saya sedih dan terkilan kerana hasrat ayah untuk menjamah makanan itu tidak kesampaian selepas dia maut akibat lemas ketika terbabit dalam kemalangan.

“Selepas mengetahui kejadian yang menimpa ayah, saya bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati ayah sudah tiada,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/articles/Lemaslepasnahas/MA/Article


Konvoi Maut


Inalillahi wainailaihi rojiun

13 Januari 2013
KERIAN - Kegembiraan sembilan remaja berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka maut dalam satu kemalangan di Gunung Semanggol, di sini semalam.

Kemalangan membabitkan sebuah motosikal di Kilometer 180.6 Lebuh raya Utara-Selatan (arah Utara), di sini jam 6 pagi itu mengorbankan penunggang motosikal, Muhammad Amizie Razali, 34, dari Kapar, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berpunca apabila motosikal jenis Yamaha RX-Z yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum tercampak dan jatuh di laluan kenderaan laju.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa yang juga merupakan pelajar kolej meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami pendarahan teruk di kepala manakala kaki kiri mangsa dikenal pasti patah.

“Keadaan mangsa mengejutkan lapan lagi rakannya yang lain sebelum seorang daripada mereka sempat menarik tubuh mangsa ke laluan kecemasan bagi mengelak dirempuh kenderaan lain.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sementara menunggu waris keluarga untuk menuntut jenazah,” katanya, semalam.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/konvoi-berakhir-tragedi-1.120549



Terpelanting 50 meter



13 Januari 2013
 GEORGETOWN – Akibat tidak mengikut undang-undang jalan raya dengan berhenti di lampu isyarat berwarna merah, seorang remaja lelaki terpelanting 50 meter apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi berhampiran dengan lampu isyarat Sungai Pinang di Bandar Sungai Pinang.

Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, dipercayai lelaki yang cedera parah itu dari Lebuh Sungai Pinang 1 menghala ke Jalan Sungai, dan dia melanggar lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah.

“Orang ramai nampak dia tunggang motosikal pada masa itu agak laju dan melanggar lampu isyarat sementara ada sebuah motosikal lain dari Georgetown menghala ke Bayan Lepas juga sedang melalui jalan yang sama.

“Tetapi motosikal lagi satu itu mengikut lampu isyarat yang betul, mungkin disebabkan laju, mangsa yang melanggar lampu isyarat tadi terpelanting dari tempat asal ke jarak 10 kaki dari tempat dia membawa motosikal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Ketika di tempat kejadian, kepala mangsa dipenuhi darah dan pasukan penyelamat cuba menenangkan mangsa yang pada ketika itu kelihatan agak lemah.

Sementara itu penunggang motosikal dari arah Georgetown yang juga menunggang secara bersendirian hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu.

Didapati kedua-dua motosikal penunggang rosak teruk apabila hampir 50 peratus bahagian motor rosak dan pecah akibat pertembungan kuat berkenaan.

Orang ramai di tempat kejadian, Shahliza Hussain berkata, sememangnya kawasan tempat kejadian seringkali menjadi tempat kemalangan berikutan ramai penunggang mahupun pemandu kenderaan yang gagal mematuhi lampu isyarat di situ.

Menurutnya, sedangkan ia adalah jalan yang agak berbahaya berikutan lampu isyarat tersebut menjadi laluan kepada motosikal yang melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

“Lampu isyarat di sini agak sekejap kalau berwarna hijau, tetapi motosikal ataupun kereta dan tidak ketinggalan lori memang selalu langgar saja lampu isyarat kalau sudah berwarna merah.

 “Jadi saya harap supaya pihak polis pantau mereka yang tidak patuh undang-undang ini kerana tindakan mereka hanya mendatangkan risiko kemalangan nyawa kepada penunggang motosikal yang tidak bersalah pada pendapat saya,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/padah-tidak-patuh-lampu-isyarat-1.120779



Pengawal keselamatan SK Gual Tinggi nyaris maut



13 Januari 2013
RANTAU PANJANG – Pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dekat sini, cedera parah dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di hadapan Maahad Muhammadi Rantau Panjang, tengah hari semalam.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang setelah membeli ais  terjatuh di tengah laluan ke Pasir Mas bernasib baik apabila orang ramai yang melihat kejadian terus mengawal lalu lintas agak sibuk ketika itu seterusnya mengelaknya menjadi mangsa langgar kenderaan lain. 

Berikutan kejadian, Nik Noorakirudin Ismail,32, dari Taman Bakti Gual Tinggi patah pergelangan kaki serta luka di beberapa bahagian anggota badan dan dikejarkan ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan sementara pemandu Honda City dipercayai tidak cedera. 

Kenderaan terlibat ialah sebuah motosikal, Perodua Viva, Kia Sutera, Honda City dan pacuan empat roda jenis Mazda.

Ketika kejadian, tiga kenderaan iaitu Perodua Viva, Kia Sutera serta pacuan empat roda diparkir di hadapan kedai membaiki kenderaan  yang merupakan ahli keluarga pemilik bengkel berkenaan.

Saksi enggan dikenali berkata, dia hanya sempat melihat kereta Honda City dari arah Pasir Mas ke Rantau Panjang dipandu laju meluru ke arah kenderaan diparkir di hadapan kedai membaiki kenderaan di Banggol Kulim dan kemudian melanggar  motosikal ditunggang seorang lelaki dan  merempuh  Kia Sutera serta pacuan empat roda jenis Mazda.

Menurutnya, rempuhan kuat  Mazda diparkir di tengah-tengah antara Kia Sutera dan Perodua Viva terhimpit seterusnya  mengenai pintu  Perodua Viva di sebelahnya serta menyebabkan bahagian pintu pemandu rosak teruk.

“Saya tidak pasti sama ada pemandu cuba memotong kenderaan lain atau sebaliknya kerana sempat melihat kenderaan itu telah hampir dengan kereta di parkir dan kemudian terus melanggarnya.

“Kejadian berlaku begitu pantas, saya lihat kereta itu seolah-olah terbang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pemilik kereta Perodua Viva, Tengku Roslinda Tengku Rosdi, 27, berkata, dia meletakkan kenderaannya di hadapan kedai membaiki kereta kira-kira jam 11 pagi dan kemudiannya keluar makan tidak jauh dari tempat kejadian.

Menurutnya, ketika sedang makan dia dikejutkan dengan panggilan daripada suaminya memaklumkan keretanya dirempuh dan bergegas pulang untuk melihat keadaan di tempat kejadian.

“Saya terkejut menerima panggilan dari suami  memandangkan kereta diparkir di hadapan kedai dan bukannya di tepi jalan tambahan kerosakannya juga agak teruk.

“Kereta ini saya gunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja dan buntu memikirkan kenderaan untuk digunakan ke tempat kerja selepas ini,” katanya.

Tengku Roslinda berkata, dia bercadang menuntut ganti rugi bagi membaik pulih kenderaannya daripada pemandu Honda City terbabit bagi membolehkan kenderaan itu dibaiki segera dan boleh digunakan untuk ke tempat kerjanya.

Sementara itu, pemilik Mazda yang juga mertua Tengku Roslinda, Ismail Yusof, 50-an berkata, kos membaik pulih ketiga-tiga kenderaan miliknya, anak serta menantu melebihi RM10,000.

Menurutnya, mereka sekeluarga bercadang menuntut ganti rugi untuk membaiki kerosakan ketiga-tiga kederaan terlibat.

“Kami bercadang menuntut ganti rugi bagi membolehkan ketiga-tiga kenderaan terlibat dibaiki memandangkan kesemuanya kami gunakan pada setiap hari untuk urusan seharian.

“Tiga kenderaan terlibat kemalangan, sebuah lagi sedang dibaiki menyebabkan tidak ada kenderaan boleh kami gunakan sekarang,” katanya.

Berikutan kejadian, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Unit Rantau Panjang memaklumkan kepada Sinar Harian pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian kira-kira jam 1 petang.

Lans Koperal Zulilawati Abdullah berkata, beliau bersama dua anggota bergegas ke tempat kejadian seterus membawa mangsa, penunggang motosikal ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pengawal-nyaris-maut-1.120639



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount