loading...
Saturday, January 19, 2013
Gadis maut menyeberangi laluan
Inalillahi wainailaihi rojiun
20 Januari 2013
BAGAN SERAI - Seorang remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Banjar, di sini jam 5 petang, kelmarin.
Mangsa, Nurul Asyikin Jamil,18, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dikatakan ingin menyeberangi laluan untuk ke pulang ke rumah setelah singgah di rumah rakannya.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, tindakan mangsa yang cuba menyeberangi laluan itu tidak disedari sebuah kenderaan yang datang dari arah Bagan Serai menghala ke Kuala Gula menyebabkan rempuhan berlaku.
“Pemandu kereta kereta jenis Proton Iswara berusia 49 tahun itu tidak menyangka mangsa menyeberangi jalan secara tiba-tiba dan bertindak merempuh mangsa setelah tidak sempat mengelak.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan,kaki dan leher,” katanya, semalam.
Mat Fauzi berkata, mangsa terus dikejarkan ke Klinik kesihatan Bagan Serai oleh orang ramai sejurus kemalangan berlaku, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
“Mayat mangsa diserahkan ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat, siasatan lanjut masih dijalankan ke atas kes ini di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/maut-dirempuh-kereta-1.123300
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment