Thursday, May 15, 2014

Cium Mayat Rakan



15 Mei 2014
GEORGETOWN - “Kami jadi sahabat karib sejak usia tujuh tahun, saya tak dapat terima yang dia maut dalam kemalangan,” raungan seorang lelaki apabila melihat rakan baiknya meninggal akibat kemalangan, semalam.

Lelaki yang dikenali sebagi Raj tidak dapat mengawal perasaan dan dilihat beberapa kali mencium rakannya yang terbaring kaku di tepi jalan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Difahamkan, kedua-dua kenderaan itu dari arah Queensbay menghala ke Georgetown.

Mangsa, LS Revaneswaran, 20, yang cedera parah di leher dan kaki disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Pemandu kereta dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Sayuti berkata, dia bersama isterinya dalam perjalanan ke Persiaran Gurney dan tiba-tiba terdengar dentuman serta berasa kereta bergoyang.

“Apabila melihat cermin sisi sebelah kiri, baru saya menyedari berlaku kemalangan.

“Saya nampak mangsa dan rakannya melambung dari motosikal dan terus berhenti kenderaan di tepi jalan,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/cium-mayat-rakan-kemalangan-1.279998



Pelajar maut dirempuh guru



Inalilahi wainalilahi rojiun

15 Mei 2014
Permaisuri: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh seorang guru dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sungai Pinang, Jalan Jelapang, Chalok, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa Khalid Rusydan Hamat, 16, dari Kampung Jelapang di sini, maut ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, ketika kejadian mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Jelapang menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok manakala sebuah kereta Perodua Myvi pula dari arah bertentangan.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggangi mangsa bertembung dengan kereta dipandu guru terbabit yang mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah ini.

"Ketika kejadian, mangsa sedang mendaki bukit sementara guru terbabit sedang menurui bukit sebelum kedua-duanya bertembung di tengah jalan.


"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala guru terbabit hanya cedera ringan," katanya.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Pelajarmautdirempuhguru//Article?BeritaUtama



Wednesday, May 14, 2014

Maut Dalam Perjalanan Melawat Pengebumian Rakan





14 Mei 2014
GEORGETOWN - Niat seorang warga emas yang mahu melawat pengebumian rakannya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Megazine di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Davinder Singh, 76, terjatuh daripada motosikalnya dipercayai akibat serangan jantung.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas terhentak di atas jalan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghadiri majlis pengebumian rakannya di Jalan Gudwara yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi dia terjatuh.

Rakan mangsa, Sohan Singh berkata, sebaik menerima berita mengenai kemalangan yang menimpa rakannya itu, dia bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya ketika itu berada di rumah rakan untuk menghadiri majlis pengebumiannya bagaimanapun dikejutkan pula dengan kematian mangsa yang terjatuh daripada motosikal.

“Setahu saya, mangsa memang mempunyai masalah jantung dan dia mungkin diserang penyakitnya itu hingga membuatkan dia terjatuh daripada motosikal dan kepalanya terhentak,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, mangsa menunggang motosikal seorang diri dan dia hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh secara tiba-tiba.

“Akibatnya, kepala lelaki berkenaan terhantuk di atas jalan dan setakat ini polis juga masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya itu.

“Ini kerana selain kecederaan kepala yang dialaminya, mangsa juga didakwa mempunyai penyakit jantung dan kita tidak menolak kemungkinan kematiannya itu berpunca daripada serangan jantung,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/tak-sempat-hadiri-pengebumian-1.280001
http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Lelaki_Maut_Dalam_Perjalanan_Melawat_Pengebumian_Rakan.html



Guru maut bertembung treler baja


13 Mei 2014
KUANTAN: Seorang guru terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas dan bertembung dengan sebuah treler membawa muatan baja, di Km 19 Jalan Bentong-Raub, dekat Bentong awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, Mohd Arnaz Aboo Hassan, 41,dari Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang meninggal dunia di Hospital Daerah Bentong kira-kira tiga jam selepas nahas, 2.05 pagi itu.

Kejadian turut menyebabkan pemandu lori Mohd Firdaus Ahmad, 29 dan kelindannya Dorowee Awang Kechik, 22, kedua-duanya berasal dari Kelantan, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, katanya di sini.

Mohamad berkata, nahas berlaku ketika guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang itu dalam perjalanan dari arah Raub ke utara.


"Ketika tiba di tempat kejadian, MPV yang dipandu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori yang membawa baja tersebut," katanya.


Akibat pertembungan itu, mangsa dilapor tersepit di tempat duduk pemandu manakala treler berkenaan terbalik menyebabkan muatan baja yang dibawa bertaburan di atas jalan, katanya.


"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong yang tiba di tempat kejadian mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Selain itu, dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Viva yang datang dari arah Raub turut berlanggar sesama sendiri kerana cuba mengelak daripada merempuh treler berkenaan yang melintang di tengah jalan.

Beliau berkata, ketika kejadian keadaan di kawasan tersebut gelap kerana tiada lampu jalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama


Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Gurumautkemalangan/Article?mutakhir


Datuk Seri Anwar Cedera Kemalangan



13 Mei 2014
Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terbabit dalam kemalangan kereta di Desa Sri Hartamas, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam tadi, Anwar Ibrahim mengalami keretakan di tangan kanan berdekatan bahu namun berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan kedua-dua mereka dirawat sebagai pesakit luar.

Menurutnya, kedua-dua mereka dirawat di Hospital Pakar Damansara dan kedua-duanya selamat dalam kejadian itu.

“Sebelum kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan bersama keluarga,” katanya.



Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/AnwarIbrahimcederakemalangan/2013/Article
http://www.astroawani.com/news/show/anwar-terlibat-dalam-kemalangan-kecil-retak-tangan-35774


Sunday, May 11, 2014

Pelajar maut motosikal dirempuh kereta


Inalilahi wainalilahi rojiun

11 Mei 2014
BESUT: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di KM13, Jalan Jerteh-Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata dalam kejadian di simpang tiga Lata Belatan, Jabi, pada 11.30 pagi semalam itu, Muhammad Aqis Ikhman Khairuddin, 14, mati di tempat kejadian.


"Motosikal pelajar itu keluar secara melulu dari simpang itu menyebabkan pemandu Proton Persona, juruteknik Mohd Safri Salleh tidak sempat mengelak dan merempuhnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, Mohd Safri, 28, hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, mayat Muhammad Aqis Ikhman dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk pengebumian.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2014051013030820140510130308/Article/?mutakhir=1



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount