loading...

Wednesday, May 14, 2014

Maut Dalam Perjalanan Melawat Pengebumian Rakan





14 Mei 2014
GEORGETOWN - Niat seorang warga emas yang mahu melawat pengebumian rakannya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Megazine di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Davinder Singh, 76, terjatuh daripada motosikalnya dipercayai akibat serangan jantung.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas terhentak di atas jalan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghadiri majlis pengebumian rakannya di Jalan Gudwara yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi dia terjatuh.

Rakan mangsa, Sohan Singh berkata, sebaik menerima berita mengenai kemalangan yang menimpa rakannya itu, dia bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya ketika itu berada di rumah rakan untuk menghadiri majlis pengebumiannya bagaimanapun dikejutkan pula dengan kematian mangsa yang terjatuh daripada motosikal.

“Setahu saya, mangsa memang mempunyai masalah jantung dan dia mungkin diserang penyakitnya itu hingga membuatkan dia terjatuh daripada motosikal dan kepalanya terhentak,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, mangsa menunggang motosikal seorang diri dan dia hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh secara tiba-tiba.

“Akibatnya, kepala lelaki berkenaan terhantuk di atas jalan dan setakat ini polis juga masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya itu.

“Ini kerana selain kecederaan kepala yang dialaminya, mangsa juga didakwa mempunyai penyakit jantung dan kita tidak menolak kemungkinan kematiannya itu berpunca daripada serangan jantung,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/tak-sempat-hadiri-pengebumian-1.280001
http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Lelaki_Maut_Dalam_Perjalanan_Melawat_Pengebumian_Rakan.html



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my