Sunday, May 11, 2014

Pelajar maut motosikal dirempuh kereta


Inalilahi wainalilahi rojiun

11 Mei 2014
BESUT: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di KM13, Jalan Jerteh-Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata dalam kejadian di simpang tiga Lata Belatan, Jabi, pada 11.30 pagi semalam itu, Muhammad Aqis Ikhman Khairuddin, 14, mati di tempat kejadian.


"Motosikal pelajar itu keluar secara melulu dari simpang itu menyebabkan pemandu Proton Persona, juruteknik Mohd Safri Salleh tidak sempat mengelak dan merempuhnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, Mohd Safri, 28, hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, mayat Muhammad Aqis Ikhman dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk pengebumian.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2014051013030820140510130308/Article/?mutakhir=1



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount