loading...

Saturday, April 19, 2014

Bas ekspres terbalik di LPT




19 April 2014
Temerloh: Dua penumpang parah apabila bas ekspres dinaiki terbabas dan terbalik di Kilometer 111 Lebuhraya Pantai Timur, dekat susur keluar plaza tol Kampung Awah, di sini, kira-kira 1 pagi tadi.

Empat lagi termasuk seorang kanak-kanak setahun cedera.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi berkata, ketika kejadian bas membawa 28 penumpang dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Semua penumpang dan pemandu bas dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah, di sini, untuk rawatan," katanya.



Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DuaparahnahasbasdekatTemerloh/Article/index_html
https://www.facebook.com/suararakyatnibongtebal?fref=photo



Thursday, April 17, 2014

Pemandu mengamuk




Butterworth: Suasana di Jalan Raja Uda, di sini, kecoh selepas orang ramai di kawasan itu dikejutkan dengan tindakan seorang pemandu secara-tiba mengamuk melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapannya.

Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang, Isnin lalu berpunca salah faham antara suami isteri.

Video kejadian 55 saat itu juga tersebar melalui laman sosial Facebook menunjukkan kereta Citroen melanggar Toyota Estima berkenaan.

Rakaman itu menunjukkan pemandu Citroen berkenaan pada mulanya menghalang Toyota Estima terbabit sebelum melanggarnya beberapa kali.

Orang ramai melihat kejadian itu cuba menenangkan pemandu berkenaan bagaimanapun tidak diendahkan sebaliknya terus melanggar Toyota Estima berkenaan.

VIDEO

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014041701585120140417015851/Article/index_html




Wednesday, April 16, 2014

Karpal Singh Maut Kemalangan


17 April 2014
IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama







Pemandu lori positif dadah

Kampar: Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), membabitkan kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh dan pembantunya, awal pagi tadi, positif dadah jenis ganja.

Menurutnya, saringan awal ujian air kencing positif dadah jenis ganja dan pemandu lori terbabit ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

"Ujian makmal akan dilakukan bagi mendapatkan keputusan lebih tepat,"katanya.

Mayat mendiang Karpal selamat dibawa keluar

IPOH - Mayat mendiang Karpal Singh selamat dibawa keluar dari bilik bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tepat jam 1.30 petang, tadi.

Mayatnya akan dibawa pulang ke kediamannya di Jalan Utama, Kebun Bunga, Pulau Pinang supaya orang ramai berpeluang memberi penghormatan terakhir.

Mayat Karpal dibawa ke HRPB kira-kira jam 7.30 pagi tadi setelah dipindahkan dari Hospital Kampar.



VIDEO
Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Ngeri


Sumber:
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/17/Karpal-Singh-dies-car-accident/
http://www.sinarharian.com.my/semasa/karpal-singh-pa-maut-kemalangan-1.271279
http://www.thesundaily.my/news/1019318
http://www.fz.com/content/karpal-singh-dies-crash-son-gobind-serious-condition
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/daps-karpal-singh-killed-in-car-crash
http://www.hmetro.com.my/articles/Pemanduloripositifdadah/Article?mutakhir


Sunday, April 13, 2014

Bertembung di selekoh



13 April 2014
MERLIMAU - Seorang pemuda maut apabila kereta Proton Wira yang dipandunya, bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 26 Jalan Jasin Merlimau, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, mangsa Mohd Syafiq Abdul Latif, 24, dipercayai dalam perjalanan ke bandar Melaka berseorangan, dari arah Merlimau ke Jasin sebelum terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas yang membawa seramai 20 penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT).

Menurut sumber, mangsa yang mengalami cedera parah di kepala maut di tempat kejadian, manakala pemandu bas berusia 47 tahun bersama 20 penumpangnya terselamat.

“Difahamkan bas itu disewa IPT berkenaan untuk membawa penuntutnya mengikuti rombongan, namun sebaik tiba di lokasi, kenderaan terbabit bertembung dengan kereta dipandu mangsa yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa maut tersepit dan mayatnya dikeluarkan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, bomba menerima panggilan kira-kita jam 10.38 malam dan tiba di lokasi pada jam 10.45 malam.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Yahya Ahmad bersama dengan kekuatan enam anggota.

“Sebaik tiba didapati pemandu kereta Proton Wira itu tersepit di tempat duduknya dan kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mohd Nur Hishamudin Hashim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui laluan berselekoh, lalu terbabas sebelum merempuh bas dipandu seorang lelaki bersama 20 penumpang.

“Rempuhan mengakibatkan mangsa tersepit dan parah di kepala sebelum disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pemuda-maut-tersepit-1.269943




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount