loading...

Wednesday, April 16, 2014

Karpal Singh Maut Kemalangan


17 April 2014
IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama







Pemandu lori positif dadah

Kampar: Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), membabitkan kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh dan pembantunya, awal pagi tadi, positif dadah jenis ganja.

Menurutnya, saringan awal ujian air kencing positif dadah jenis ganja dan pemandu lori terbabit ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

"Ujian makmal akan dilakukan bagi mendapatkan keputusan lebih tepat,"katanya.

Mayat mendiang Karpal selamat dibawa keluar

IPOH - Mayat mendiang Karpal Singh selamat dibawa keluar dari bilik bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tepat jam 1.30 petang, tadi.

Mayatnya akan dibawa pulang ke kediamannya di Jalan Utama, Kebun Bunga, Pulau Pinang supaya orang ramai berpeluang memberi penghormatan terakhir.

Mayat Karpal dibawa ke HRPB kira-kira jam 7.30 pagi tadi setelah dipindahkan dari Hospital Kampar.



VIDEO
Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Ngeri


Sumber:
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/17/Karpal-Singh-dies-car-accident/
http://www.sinarharian.com.my/semasa/karpal-singh-pa-maut-kemalangan-1.271279
http://www.thesundaily.my/news/1019318
http://www.fz.com/content/karpal-singh-dies-crash-son-gobind-serious-condition
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/daps-karpal-singh-killed-in-car-crash
http://www.hmetro.com.my/articles/Pemanduloripositifdadah/Article?mutakhir


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my