KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan dicari polis bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang pekerja pembaikan jalan dan mencederakan dua yang lain dalam kejadian di Jalan Mahameru di sini awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi di Jalan Mahameru dari arah Jalan Duta menghala ke Jalan Semantan.
“Kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Waja dari Jalan Duta telah melanggar papan amaran yang diletakkan di bahagian belakang sebuah lori dan terbabas ke dalam kawasan jalan yang sedang dibaiki lalu melanggar sebuah lagi lori dan mesin ‘stroller’.
“Akibat pelanggaran tersebut, mesin stroller berkenaan telah terpelanting dan terkena pada seorang pekerja yang sedang melakukan kerja penurapan jalan mengakibatkan kematian serta mencederakan dua lagi rakan sekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Sarifudin, selepas kemalangan tersebut, pemandu Proton Waja berkenaan telah bertindak keluar dari kereta dipandunya yang mengalami kerosakan dan melarikan diri.
“Bagi tujuan membantu siasatan, pihak polis JSPT Kuala Lumpur kini mengesan seorang individu dengan nama G. Kesavan yang beralamat terakhir di B-12-08 AC-4 Blok B 11, Jalan Taman Sri Sentosa, 58000 Kuala Lumpur,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Ejaron di talian 011-37455332 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee (03-2071 9999)/ Hotline JSPT Kuala Lumpur (03-20260267/69) atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
loading...
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Saturday, August 14, 2021
Polis kesan individu larikan diri selepas kemalangan
Tuesday, January 22, 2019
Mazda CX-5 Tercampak Dari Jambatan Pulau Pinang
SEBUAH kereta tercampak ke dalam laut berhampiran Jambatan Pulau Pinang pada 20 Januari 2019.
Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, kenderaan terbabit dipercayai terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Vios sebelum tercampak ke dalam laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang ketika menghala ke Seberang Perai.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, Toyota Vios terbabit remuk di hadapan dan belakang, ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, katanya, ketika kejadian saksi mendakwa ada sebuah lagi kenderaan terjunam ke dalam laut.
“Kita bekerjasama dengan polis marin bagi misi mencari dan menyelamat.
“Bot digunakan di lokasi kejadian untuk mencari kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.
polis akan merekodkan keterangan pemandu kereta Toyota Vios berusia 21 tahun itu yang kini masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Sama ada lelaki itu akan ditahan atau sebaliknya bergantung pada siasatan yang polis jalankan. Beri ruang kepada polis lengkapkan siasatan,” katanya.
Beliau berkata polis juga masih menunggu laporan ujian darah pemandu Toyota Vios itu untuk memastikan sama ada lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah ketika kemalangan berkenaan atau tidak.
“Selain laporan ujian darah, pihak polis juga menunggu laporan perubatan lelaki itu daripada doktor merawatnya bagi membantu siasatan kes kemalangan berkenaan,” katanya.
Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini awal pagi semalam.
Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun yang juga pelajar sebuah kolej swasta.
Saturday, October 6, 2018
5 Sekeluarga Rentung Dalam Kemalangan Selepas Terowong Menora
HANYA jeritan lemah meminta tolong didengari saksi kemalangan ngeri membabitkan treler dan sebuah yang terbakar hingga mengakibatkan lima orang dipercayai satu keluarga rentung di Kilometer 255.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, Kuala Kangsar, hari ini.
Nurul Amelia Amran yang sedang memandu dari arah bertentangan berkata, ketika berselisih dengan kereta mangsa beberapa minit selepas kemalangan itu, dia mendengar jeritan seorang wanita yang tersepit di dalam kereta meminta tolong.
Menurutnya, ketika kejadian keretanya hanya beberapa meter dari kereta mangsa dan dia berasa sangat terkilan kerana tidak mampu menolong mangsa.
“Saya dalam perjalanan menuju ke arah Ipoh dari Kuala Kangsar dan nampak semuanya dengan mata sendiri...dari jauh saya nampak treler itu menghampiri kereta mangsa sehingga ia dihimpit di antara treler dan pembahagi jalan.
“Ketika kereta saya berselisih dengan kenderaan yang kemalangan itu, saya terdengar suara seorang perempuan meminta tolong.
“Suara itu sangat lemah, tetapi saya boleh dengar kerana berada tidak jauh dari kejadian itu dan saya berhenti di bahu jalan untuk melihat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, hari ini.
Nurul Amelia berkata, ramai pengguna lebuh raya lain yang berhenti untuk menolong mangsa di dalam kereta itu, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.
Dalam kemalangan pada 11.45 pagi itu, treler membawa muatan bijih besi yang dikatakan dalam perjalanan daripada Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kereta berkenaan ke pembahagi jalan konkrit di tengah laluan.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri, berkata buat masa ini identiti semua mangsa masih belum diperoleh susulan rentung dan usaha mengenalpasti mangsa sedang dijalankan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan treler yang membawa muatan biji besi (amang) dengan kereta yang nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan kerana ia terbakar.
“Kenderaan berat dan kereta itu dipercayai dari arah selatan menghala ke utara dan sebaik tiba di lokasi kejadian, treler berkenaan hilang kawalan menyebabkan mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan sebelum menghimpit dan menggesel beberapa kenderaan lain termasuk kereta yang terbakar itu.
“Kereta dinaiki mangsa diseret di lorong kanan menyebabkan terhimpit antara pembahagi jalan konkrit di tengah laluan dengan badan treler sebelum terbakar,” katanya.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu pemandu dan semua penumpang kereta berkenaan tersepit di dalam kenderaan dan setakat ini, lima disahkan maut di tempat kejadian.
Menurutnya, pemandu treler berusia 41 tahun pula tidak cedera dan dan maklumat lanjut semua mangsa akan diberikan sebaik pegawai penyiasat memperolehinya.
5 Rentung
LIMA dipercayai sekeluarga disahkan rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora di Kuala Kangsar, hari ini.
Dalam kejadian 11.45 pagi itu, treler membawa muatan bijih besi dikatakan dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kereta berkenaan ke pembahagi jalan konkrit di tengah laluan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri, berkata buat masa ini identiti semua mangsa masih belum diperoleh susulan rentung dan usaha mengenalpasti mangsa sedang dijalankan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler jenis Volvo bersama muatan biji besi (amang) dengan sebuah kereta yang nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan (terbakar).
“Kenderaan berat dan kereta itu dipercayai dari arah selatan menghala ke utara dan sebaik tiba di lokasi kejadian, treler berkenaan dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaan mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan sebelum menghimpit dan menggesel beberapa kenderaan lain termasuk kereta yang terbakar itu.
“Kereta dinaiki mangsa diseret di lorong kanan menyebabkan terhimpit antara pembahagi jalan konkrit di tengah laluan dengan badan treler sebelum terbakar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, akibat kemalangan itu pemandu dan semua penumpang kereta berkenaan tersepit di dalam kenderaan dan setakat ini, disahkan lima maut terbakar di tempat kejadian.
Katanya, pemandu treler berusia 41 tahun tidak cedera dan maklumat lanjut mengenai semua mangsa akan diberikan kemudian.
“Usaha mengenalpasti jenis kereta terbakar itu sedang dijalankan dan siasatan lanjut kini dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abd Sattar, berkata kerja mengalihkan treler berkenaan dilakukan dan pemeriksaan pihaknya mendapati seramai lima mangsa ditemui rentung dalam kereta berkenaan.
“Semua mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Kami kemudian melakukan kerja mengalihkan sepenuhnya treler berkenaan,” katanya.
Video
Saturday, June 23, 2018
Dua Beranak Maut
IBU bersama anak lelakinya maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 8 Jalan Pontian-Kukup berhampiran Pontian, malam tadi.
Kemalangan 10.10 malam itu menyebabkan Norasmah Ab Karim, 37, bersama anak lelakinya, Muhammad Azqullah Azhar, 4, meninggal dunia di tempat kejadian.
Turut cedera suami Norasmah, Azhar Zainal, 39, serta seorang lagi anak lelaki mereka, Muhammad Aizat Azhar, 10, selain penumpang belakang yang juga ibu Norasmah, Noraini Sulaiman, 60.
Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga mangsa berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda.
"Kenderaan mangsa dari arah Pontian menghala ke Serkat, manakala kenderaan pacuan empat roda dari arah Sinar Harapan menghala ke Serkat.
"Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang tiba di lokasi kemalangan tidak memberhentikan kenderaannya sebelum membelok ke kiri," katanya.
Akibat perlanggaran itu katanya, dua penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian.
"Semua mangsa termasuk pemandu dan dua penumpang yang cedera kemudian di hantar ke Hospital Pontian untuk tindakan lanjut," katanya.
Katanya, pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera ringan.
Beliau berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu akan ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) bagi membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber:
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/351015/dua-beranak-maut
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/440707/ibu-anak-4-tahun-maut-nahas
Sunday, October 1, 2017
Penunggang Motosikal 250cc Maut
KUALA ROMPIN - Akibat pusingan U sebuah kenderaan, seorang penunggang motosikal 250cc meninggal dunia selepas tidak sempat mengelak sebelum merempuh kenderaan berkenaan.
Kejadian kemalangan yang berlaku di Kilometer 139.2 Jalan Kuantan - Johor Bahru sekitar jam 9.55 malam tadi itu menyebabkan mangsa, Mustapa Kamal Nordin, 46, berasal dari Felda Keratong 10 maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, berkata, kedua kenderaan terlibat dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Tanjung Gemok.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca dari kenderaan jenis Proton Wira yang sedang membuat pusingan U sebelum dirempuh mangsa.
"Lokasi kejadian merupakan jalan lurus, mangsa yang menunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu melanggar Proton Wira berkenaan.
"Akibat perlanggaran, motosikal itu telah terbabas ke laluan bertentangan dan mangsa telah meninggal di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Azli berkata, pemandu Proton Wira yang tidak mengalami kecederaan itu telah ditahan di lokap IPD Rompin untuk siasatan lanjut.
"Mayat mangsa pula telah dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat," katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/maut-rempuh-kereta-buat-pusingan-u-1.737161
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut
HULU SELANGOR - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat kemalangan jalan raya di KM 44.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Lim Bak Phai berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.45 pagi.
Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Muhammad Nur Syazwan Mohd Zamri, 21.
“Mangsa yang menunggang motosikal telah memotong sebuah lori lalu sebelum masuk laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah kereta dari hadapan.
“Akibat kemalangan ini, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan cedera parah di bahagian kepala,” katanya.
Bak Phai berkata, kedua-dua pemandu dan penumpang kereta berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.
Sumber:
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/10/286068/young-superbike-rider-killed-kl-collision
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/penunggang-motosikal-kuasa-tinggi-maut-1.737209
Sunday, September 24, 2017
Enam motosikal 'rebah' dalam terowong
SEKURANG-kurangnya enam motosikal yang sedang berkonvoi, terbabit dalam kemalangan dalam Terowong Genting Sempah, dekat Bentong, petang kelmarin.
Rakaman dipercayai kamera litar tertutup (CCTV) dalam terowong memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial sejak malam kelmarin.
Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ANIH Berhad dalam kenyataan mengesahkan kejadian berlaku kira-kira 5.35 petang.
“Kami sebagai syarikat konsesi KLK memaklumkan kemalangan dalam Terowong Genting Sempah yang rakamannya sedang tular menerusi Facebook berlaku pada 5.35 petang semalam (Sabtu).
"Kejadian membabitkan dua motosikal bergesel sesama sendiri dan jatuh di laluan kanan. Susulan kejadian, seorang penunggang mengalami kecederaan ringan.
"Kemalangan itu dapat dikawal sepenuhnya oleh petugas LPT Ronda,” katanya.
Dalam video itu, sebuah motosikal yang berada di garisan tengah cuba memotong dua kereta apabila ia bergesel dengan sebuah lagi motosikal.
Pergeselan itu menyebabkan sebuah kereta di lorong kanan tidak sempat mengelak dan melanggar salah satu motosikal berkenaan yang kemudian terjatuh ke bahu jalan.
Tiga motosikal yang berada di belakang tidak sempat mengelak daripada merempuh sebuah motosikal yang jatuh.
Sementara itu, polis yang dihubungi menyatakan seorang mangsa yang cedera ringan dalam kemalangan itu diberi rawatan awal di lokasi dan siasatan lanjut sedang dilakukan
Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/266493/enam-motosikal-rebah-dalam-terowong-metrotv
Sepasang suami isteri maut kemalangan
KOTA TINGGI - Sepasang suami isteri maut manakala tujuh lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 59.5 Lebuh Raya Senai-Desaru pagi tadi.
Kejadian itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Muhamad Faizal Ramli, 30, dan Nurul Farehah Syawal, 28 maut di lokasi kejadian.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Sailaini Oda berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.19 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HRV, Proton Waja dan Perodua Myvi.
"Dua mangsa maut manakala tujuh lagi dilaporkan cedera. Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Kesemua mangsa yang cedera termasuk seorang kanak-kanak perempuan merupakan anak pasangan berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar dan Sungai Mas.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/suami-isteri-maut-kemalangan-babit-tiga-kenderaan-1.734583
Penunggang motosikal maut terbabas
JASIN - Seorang pemuda maut dalam satu kemalangan jalan raya apabila kenderaan ditunggangnya dipercayai hilang kawalan di Jalan Kelubi Jasin malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Mohd Syafiq Muhammad, 29, yang menunggang motosikal bernombor pendaftaran jenis Yamaha R1 dalam perjalanan dari Kelubi menghala ke Bandar Jasin.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Arshad Abu, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Mohd Syafiq terbabas lalu melanggar bahagian hadapan kenderaan Honda CRV yang diparkir di kiri jalan menghala ke Kelubi.
"Dalam kemalangan ini penunggang telah meninggal dunia di tempat kejadian.
"Bagaimanapun pemilik kenderaan Honda CRV tersebut, Wan Azlan Wan Abd Jalil,51, tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Mayat Mohd Syafiq yang merupakan seorang peniaga dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
“Pihak polis meminta saksi awam kejadian tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/penunggang-motosikal-maut-terbabas-1.734591
1 Maut 4 Cedera Dalam Pertembungan
MARANG - Seorang wanita maut manakala empat cedera selepas kereta dinaiki bertembung di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, di Gong Balai di sini, hari ini.
Ketika kejadian pada jam7.10 pagi itu, mangsa, Noorulizaine Mat Noh, 35, yang memandu kereta jenis Proton Iriz maut di tempat kejadian dan penumpang, Mohamad Norkhairullah Mohd Subaha, 28, cedera ringan.
Mangsa yang beralamat dari Taman Sakti Manir, Kuala Terengganu dalam perjalanan ke Kemaman, manakala penumpang kenderaan itu dari Jalan Merawang Kampung Mak Chili Paya, Kemaman.
Tiga lagi mangsa, pemandu Proton Persona, Lim Mee Cin, 35, dan dua penumpang, Chal Siok Fun, 37, Lee Jul Si, 7, yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu turut cedera.
Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Lim hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dipandu Noorulizaine dari arah bertentangan.
Pemandu Proton Persona juga merupakan seorang guru bersama dua penumpang kereta itu dipercayai dalam perjalanan untuk menyertai pertandingan Larian Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pemandu Proton Iriz meninggal dunia di tempat kejadian akibat pertembungan dua kenderaan itu.
Menurutnya, penumpang Proton Iriz dan tiga lagi mangsa cedera menaiki Proton Persona dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Bedah siasat tidak dijalankan kerana waris tidak mahu menjalankan bedah siasat dan telah membuat laporan polis untuk tidak menjalankan bedah siasat ke atas mangsa.
"Jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital sama dan kemudiannya diserahkan kepada waris mangsa untuk urusan pengebumian," katanya hari ini.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/satu-maut-empat-cedera-kereta-bertembung-1.734428
Saturday, August 26, 2017
Tiga Terbunuh Di Marang
TIGA terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 44, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Pasir Putih, Marang, awal pagi ini.
Kemalangan membabitkan Perodua Viva dan Proton Saga BLM, pada 7.30 pagi.
Difahamkan, mangsa membabitkan dua penumpang Proton Saga BLM dan seorang Perodua Viva maut di tempat kejadian.
Identiti ketiga-tiga mangsa masih belum diperoleh.
Ketua Balai Bomba Marang, Penolong Penguasa Bomba, Hasan Embong berkata, sepasukan lapan anggota dengan satu jentera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
“Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sember : https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/257829/tiga-maut-di-marang
Saturday, August 12, 2017
Anak ADUN Jitra maut kemalangan
ANAK lelaki Exco Kedah maut selepas 4WD dinaiki terbabas dan melanggar pokok di KM12.7 lebuh raya PLUS, Changlun, dekat Kampung Bendang Perang, hari ini.
Mangsa iaitu Irfan Aminuddin, 20, adalah anak Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan Kedah, Datuk Aminuddin Omar.
Allahyarham duduk di kerusi depan penumpang.
Pemandu yang juga rakannya, Wan Khuzairi Wan Cik, 27, turut maut dalam kemalangan pada kira-kira 4 petang itu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 4.30 petang.
Menurutnya, seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, mereka mendapati Toyota Hilux remuk teruk selepas melanggar pokok.
"Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit namun mereka disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Aminuddin yang turut ke lokasi kemalangan sebaik mengetahui kejadian itu kelihatan sebak dan menekup mukanya sebaik melihat jenazah anaknya dibawa keluar.
Tidak sempat memotong
TANAH MERAH - Dua maut dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 9.7, Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, dekat Kampung Paloh, di sini, malam kelmarin.
Nahas kira-kira jam 8.16 malam itu membabitkan kereta Toyota Corona dinaiki dua mangsa yang maut, Proton Persona dipandu seorang guru lelaki dan Toyota Vios dinaiki seorang pembantu farmasi wanita.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mangsa yang maut ialah Mohamad Fikri Firdaus Mat Deris, 25, dan Shafiq Safwan Mohd Foza, 26.
Katanya, pembantu farmasi berusia 31 tahun pula patah tangan kanan dan luka di kaki, manakala guru berusia 53 tahun tidak cedera.
“Siasatan awal mendapati kereta Toyota Corona dinaiki dua mangsa dipandu laju dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.
“Kereta mangsa kemudian merempuh kereta Proton Persona yang datang dari arah bertentangan lalu berpusing dan merempuh pula kereta Toyota Vios yang berada di belakang.
“Rempuhan itu menyebabkan kereta Toyota Vios terbabit terbabas ke dalam gaung di sebelah kiri jalan menghala ke Pasir Mas,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.
Suzaimi berkata, kedua-dua mangsa yang masing-masing beralamat di Jalan Mahsuri dan Kampung Bendang Baru, Bukit Panau, meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan,” katanya.
Tambah beliau, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Sumber: sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tidak-sempat-memotong
Maut Bertembung Di Kampung Chepa
KOTA BHARU - Seorang pemuda maut selepas tercampak dari motosikal yang ditunggangnya dalam kejadian kemalangan di Kampung Chepa, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa, Muhamad Azam Shafie, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa bersama seorang rakannya berusia 19 tahun masing-masing menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara berasingan.
“Masing-masing menunggang motosikal dari arah Binjai menuju ke Kota Jembal dalam keadaan laju. Setibanya di Kampung Chepa, dua motosikal terbabit bergesel.
“Motosikal dinaiki Muhamad Azam kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah hadapan,” katanya.
Ismail berkata, akibat kejadian itu Muhamad Azam tercampak dan cedera parah sebelum meninggal dunia.
“Rakan mangsa yang turut terjatuh dari motosikal cedera ringan manakala pemandu kereta tidak cedera.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sumber: sinarharian.com.my/edisi/kelantan/maut-motosikal-bertembung-kereta
Saturday, October 1, 2016
Tak sempat hadir konvokesyen
Graduan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sabak Bernam maut selepas kereta dipandunya terbabas di Sungai Tengar, dekat sini ketika dalam perjalanan menghadiri konvokesyennya di PSIS kira-kira, 8 pagi tadi.
Difahamkan mangsa, Nurul Azmina Alias, 21, yang berasal dari Cheras memandu kereta bapanya bersendirian untuk ke PSIS sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan 8.14 pagi dan lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam bergegas ke lokasi.
"Kemalangan membabitkan kereta yang terbabas sendiri dan ketika anggota tiba di lokasi mangsa sudah dikeluarkan orang awam.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Mangsa sepatutnya menerima Diploma Alam Sekitar, pagi tadi dalam sesi kedua.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan
Maut Tersepit
Seorang pekerja kilang maut manakala dua cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 10 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pemandu kereta Proton Saga, Chong Peng Tiam, 40, dari Jalan Pasir Bedamar, maut di lokasi manakala pemandu kereta Nissan Sylphy mengalami pendarahan dalam perut.
Seorang lagi wanita berusia 20 tahun yang juga penumpang Nissan Sylphy turut mengalami kecederaan retak tulang tangan kanan akibat kemalangan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati kereta Nissan Sylphy dipandu lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai cuba memotong kenderaan lain di laluannya sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung secara berhadapan dengan kereta Proton Saga berkenaan.
“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta Proton Saga tersepit di tempat duduknya dan maut di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dikeluarkan anggota bomba dan dihantar ke Hospital Teluk Intan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian turut mendapati keadaan jalan bertar lurus dan kering serta cuaca baik.
“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
- http://www.sinarharian.com.my
Sunday, August 21, 2016
Rentung Dalam Mercedes-Benz
Shah Alam: Satu mayat rentung ditemui dalam sebuah kereta Mercedes-Benz yang mempunyai logo kelab rekreasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbakar di Bulatan Anggerik Mokara, Seksyen 31 di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata mayat yang tidak diketahui identiti itu ditemui bomba di tempat duduk pemandu kereta berwarna hitam bernombor pendaftaran AJP 9 kira-kira 5 pagi.
"Kereta itu berada dalam kawasan bulatan dan terbakar sepenuhnya.
"Pemandunya dipercayai datang dari arah Kota Kemuning dan gagal mengawal kenderaannya hingga terbabas masuk ke kawasan bulatan seterusnya melanggar sebatang pokok dalam kawasan bulatan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pokok itu tumbang dan menghempap kereta berkenaan sehingga menyukarkan pemandu menyelamatkan diri.
Shafien berkata kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin dan serpihan kaca serta beberapa bahagian kereta tercampak di sekitar kawasan bulatan.
Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber- http://www.hmetro.com.my/node/160756
Sunday, July 10, 2016
Bas Ekspres Rempuh 10 Kereta
Ipoh: Dua cedera selepas kereta mereka naiki dirempuh bas ekspres yang turut merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, bas ekspres yang dipercayai hilang kawalan, merempuh 10 kereta di depannya.
Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa dalam kereta, dipercayai kereta pertama dirempuh bas berkenaan, cedera.
"Bas ekspres itu yang dalam perjalanan ke selatan dan membawa 28 penumpang, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta di depannya.
"Setakat ini hanya dua mangsa itu dilaporkan cedera manakala pemandu dan penumpang bas serta kereta lain tidak cedera," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama punca kemalangan, termasuk kemungkinan kecuaian pemandu bas atau pemandu terbabit mengantuk atau masalah teknikal.
Insiden kemalangan itu turut menjadi viral di laman sosial Facebook di mana rakaman kamera litar tertutup Lebuhraya PLUS berhubung kejadian itu turut dikongsi pengguna. Dalam klip video berdurasi selama 13 saat itu, bas ekspres berkenaan kelihatan dipandu laju dan gagal dikawal sebelum ia merempuh beberapa buah kenderaan di hadapan dan sisi kanannya.
VIDEO
Satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan kilometer 265.8 selatan dari Terowong Menora menghala ke Ipoh
Wednesday, July 6, 2016
Solat Aidilfitri Terakhir
Kluang: Tiga sahabat karib maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari solat sunat Aidilfitri di Kilometer 32 Jalan Yong Peng – Kluang berhampiran Pekan Paloh di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kereta Proton Iswara Aeroback yang dinaiki empat orang sahabat itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebatang pokok sehungga menyebabkan kenderaan itu terputus dua.
Katanya, akibat daripada kejadian itu, pemandu kereta, Muhammad Nabil Fahmi Bakhtiar, 17, bersama penumpang hadapan Basrie Bunawan, 19, mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Seorang lagi penumpang yang duduk di bahagian tempat duduk belakang iaitu Mohamad Nor Fitri Mohamad Sabtu, 19, sempat dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pekan Paloh di sini, namun tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan.
"Manakala, seorang lagi penumpang di belakang iaitu Nur Muhamad Amin Saiman, 17, mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospita Enche Besar Hajjah Kalthom Kluang di sini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Muhamad berkata, jenazah ketiga-tiga mangsa dirujuk ke hospital berkenaan untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Batu 10 di Paloh.
"Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk mengenal pasti punca kejadian dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk menyalurkan maklumat.
"Siasatan awal polis mendapati jalan di tempat kejadian adalah dalam keadaan lurus sehala dan kering," katanya
Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/150343
Sunday, July 3, 2016
Bayi maut kemalangan
Semporna: Seorang budak perempuan berusia 1 tahun 5 bulan maut manakala ibu bapanya cedera parah apabila kereta Proton Waja mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Semporna-Tawau, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, Nordania Dalisha meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya Mohd Razalie Hajal Lajim, 30, dan isterinya Mariana Abdul Hana, 27, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Semporna.
Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.10 petang dan lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Bomba menerima laporan berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Waja dinaiki mangsa, Proton Saga FLX dan sebuah bas mini persiaran.
“Setiba di lokasi, ada seorang bayi perempuan meninggal dunia dan dua mangsa cedera parah bersama lima lagi mangsa lain yang cedera ringan. Semua mereka dikeluarkan orang awam dari kenderaan masing-masing," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Mohd Affendy, semua mangsa dibawa ke hospital berhampiran oleh orang awam untuk rawatan dan bomba hanya melakukan operasi pemantauan di kawasan berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































