Saturday, March 10, 2012

Kepala Wanita Ditembusi Besi Pengadang



SEREMBAN – Seorang wanita maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur ditembusi besi pengadang dalam kemalangan ngeri di Kilometer 14.7, Lebuhraya Kajang – Seremban Sdn Bhd (Lekas), arah selatan berhampiran Pajam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang, wanita dipercayai warga China itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa bersama rakannya, Thai Yin Sei, 25, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban dari arah Kajang.

“Kereta yang dipandu Yin Sei dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pengadang besi di kiri lebuh raya.

“Rempuhan kuat menyebabkan besi pengadang jalan menembusi cermin depan kereta sebelah pemandu hingga ke belakang kereta,” katanya, semalam.

Menurutnya, rakan mangsa yang parah di kepala di hantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan wanita terbabit.

“Sejurus tiba, kami mendapati seorang lelaki yang juga pemandu kereta sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar.

“Bagaimanapun, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mantin dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bangi terpaksa ambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong pe­ngadang besi berkenaan untuk mengeluarkan mayat wanita terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kemalangan.

Saksi kejadian diminta hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Najib Zamuri di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kepala-hancur-tembus-besi-1.31202

Friday, March 9, 2012

Mana abah dan mami



Inalillahi wainailaihi rojiun

KUANTAN: “Mana abah dan mami, nak abah dengan mami”. Itulah perkataan bermain di bibir Nurhudiyana Norazman, 12, mangsa tunggal yang terselamat dalam kemalangan mengorbankan bapanya, Norazman Ibrahim, 42; ibunya, Norhayati Ibrahim, 42, dan abangnya, Akif Iskandar, 17, di Kilometer 210.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Gambang, di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, keluarga malang berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu menghadiri majlis kenduri kahwin anak kepada sepupu Norazman.


Norazman yang memandu kereta Proton Waja miliknya, dipercayai terbabas sebelum melanggar belakang lori membawa muatan bijih besi dan akibat rempuhan itu, dia meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di dada menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gambang.

Anak sulung pasangan itu, Akif pula meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) jam 4.18 petang semalam akibat parah di kepala. Nurhudiyana pula cedera ringan dan masih dirawat di HTAA.


Norazman seorang eksekutif kualiti di Kilang Proton, Shah Alam, Selangor manakala Norhayati berasal dari Kemaman, Terengganu dan mereka tinggal di Taman Puchong Perdana, Selangor.


Nurhudiyana yang masih belum tahu ibu, bapa serta abangnya itu sudah meninggal, terpaksa ditenangkan doktor yang merawatnya dan selain ahli keluarga, tidak sesiapa dibenarkan menemuinya bagi mengelak emosinya terganggu.

Kakak Norazman, Noor Dinal Ibrahim, 49, berkata arwah bersama keluarganya pulang ke Kuala Terengganu kerana mahu menghadiri majlis perkahwinan anak sepupunya hari ini dan keluarga terbabit sepatutnya bertolak selepas jam 9 pagi ini namun tidak menyangka mereka mengambil keputusan bertolak lebih awal.


Menurutnya, sehingga kini, dia bersama suami, Radzi Abd Aziz, 51, terpaksa merahsiakan kematian keluarga Nurhudiyana kerana bimbang emosi anak saudaranya itu terganggu.

Katanya, dia mendapat tahu mengenai kejadian terbabit melalui rakan mangsa yang kebetulan terlihat kereta mangsa terbabit kemalangan dan menghubunginya pada jam 2.30 pagi.


“Selepas mengesahkan nombor pendaftaran kereta adik, saya bersama suami seperti tidak percaya selain tertanya-tanya mengapa mereka bertolak balik terlalu awal kerana dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Terengganu selepas jam 9 pagi. Bagaimanapun, saya reda dengan pemergiannya dan kami sedang menumpukan perhatian kepada anak bongsu mangsa,” katanya.


Noor Dinal berkata, anak saudaranya itu hanya mahu bertemu bapa dan ibunya dan perkataan itulah yang kerap disuarakan sekali gus membuatkan semua ahli keluarga sedih tetapi mereka tidak boleh menceritakan kejadian sebenar.


“Saya terkilan dan sedih kerana arwah yang turut menyatakan hasratnya untuk bermain golf di Terengganu selepas mendapat tiket cabutan bertuah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri majlis di Proton, bulan lalu, tidak kesampaian,” katanya.


Mengenai masa depan Nurhudiyana, Noor Dinal yang juga pengusaha Taska di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor berkata, kemungkinan dia bersama suami akan menjaga dan menganggap kanak-kanak itu seperti anak sendiri.


Menurutnya, semua jenazah mangsa dijangka akan dikebumikan dalam satu liang di Kuala Berang, Terengganu pagi ini selepas disembahyangkan di Masjid Indera Mahkota, di sini, petang semalam.


Sementara itu, Pegawai Penguat kuasa Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, Norazman meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan tubuh manakala isterinya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gambang.


“Anak sulung mangsa meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di HTAA akibat kecederaan di kepala, pada jam 4.18 petang, semalam. Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu berasal dari Mentakab dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Siasatan awal mendapati, kejadian terbabit berlaku di laluan selekoh dan berbukit manakala keadaan sekeliling gelap kerana tiada lampu,” katanya.


Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Al-Fatihah...

Sumber:
hmetro.com.my/articles/2012031003570220120310035702/Article
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm


Suami Isteri Warga Emas Maut



Inalillahi wainailaihi rojiun

KUALA KRAI - Sepasang suami isteri maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Kilometer 98, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat Laloh, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari di simpang empat Laloh itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda dinaiki pasangan terbabit, lori, treler dan kereta sedang diparkir di tepi jalan.

Mangsa, Che Daud Hassan, 61, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya, Saudah Muhammad, 51, menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK), kira-kira jam 7 malam.

Ketika kejadian, kedua mangsa beralamat di Kampung Slow Machang, dekat Sungai Sok, Manek Urai dalam perjalanan pulang dari kebun getah mereka di Pasir Linggi, Gua Musang ke rumah seorang menantu di Kampung Lata Rek.

Kemalangan terjadi apabila belakang Toyota Hilux dinaiki mangsa dirempuh sebuah lori ketika sedang berhenti di simpang empat itu lalu terbabas ke laluan bersebelahan dan dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan.

Pelanggaran menyebabkan treler dari arah Kuala Krai itu pula terbabas dan merempuh sebuah kereta tanpa penumpang yang diparkir di tepi jalan berhampiran tempat kejadian.

Susulan kejadian, polis menahan pemandu lori yang merempuh belakang kenderaan mangsa bagi membantu siasatan selepas ujian air kencing mendapati lelaki berusia 30 tahun itu positif dadah.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi Bilik Mayat HKK apabila ahli keluarga serta kenalan masih terkejut dan bersedih dengan nahas menimpa Che Daud dan Saudah.

Seorang anak mangsa, Ahmad Rozi, 31, berkata, kejadian itu amat mengejutkan dia serta enam adik beradiknya yang lain kerana tidak ada sebarang perubahan ditunjukkan ibu bapa mereka.

“Tidak nampak apa-apa perubahan malah keduanya kelihatan biasa sahaja,” katanya yang mengetahui mengenai kejadian itu ketika berada di sebuah lagi kebun getah milik keluarganya, juga di Pasir Linggi.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu ibu bapanya adalah kira-kira jam 8 pagi hari kejadian ketika mereka keluar dari rumah untuk ke kebun getah yang baru ditanam di kawasan sama.

“Sudah tiga hari ayah dan mak tak keluar menoreh kerana hujan, jadi mereka berdua pergi ke kebun getah yang baru ditanam untuk kerja meracun,” katanya yang merupakan anak ketiga.

Che Daud dan Saudah meninggalkan empat anak lelaki serta tiga perempuan berusia antara 19 dan 36 tahun termasuk tiga orang yang tinggal bersama di Kampung Slow Machang, dekat sini.

Dalam pada itu, jenazah Saudah dibawa keluar dari wad HKK dan dihantar ke bilik mayat jam 8.50 malam untuk dimandikan serta dikapankan bersama jenazah suaminya yang sudah berada di bilik itu sejak tengah hari.

Kedua-dua jenazah kemudian disembahyangkan di bilik mayat dengan diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan turut disertai Ketua Pemuda Umno bahagian ini, Tuan Aziz Tuan Mat.

Tanpa mengira perbezaan fahaman politik, kedua pemimpin terbabit kemudian turut bersama ahli keluarga mengangkat jenazah ke atas van untuk dibawa pulang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sok, dekat sini.

Turut kelihatan menziarahi sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital jam 11 malam, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas kawasan, Jamaluddin Yasat dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, juga sepupu Saudah, Mohamad Jusoh.

Setiausaha Majlis Tindakan Dun Manek Urai, Mohd Sapardi Yusoff dan Penghulu Mukim Batu Lada, Abd Razak Taib juga kelihatan hadir menziarahi dan menyertai solat jenazah.

Al-Fatihah...

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/suami-isteri-maut-nahas-1.31068

Tragedi Pulang Dari Pasar Malam

Inalillahi wainailaihi rojiun

KUANTAN: “Saya mendengar arwah menjerit ‘Ya Allah’ sebelum kami berdua terpelanting ke permukaan jalan,” kata Amera Idayu Ghazali, 23, dari Sungai Karang, di sini, yang terbabit dalam kemalangan bersama seorang lagi rakannya, Nur Hazwani Hamzah, 23, di Kilometer 11, Jalan Kuantan-Kemaman, di Pantai Batu Hitam, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Nur Hazwani dari Temerloh dan bekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Kuantan, di sini, maut di tempat kejadian akibat cedera di beberapa bahagian tubuh manakala Amera Idayu yang membonceng, cedera di pinggang.


Difahamkan, kedua-dua sahabat karib itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli makanan di pasar malam Balok, di sini, sebelum motosikal ditunggang bertembung sebuah kereta yang membelok ke kanan.

Menceritakan tragedi itu, Amera Idayu berkata, dia sempat melihat arwah menahan kesakitan dan memegang tangannya sebelum mereka dihampiri seorang wanita yang mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.


“Ketika itu, saya tidak berdaya bangun kerana kesakitan di pinggang dan amat sedih selepas rakan baik saya pergi dalam sekelip mata saja.


“Beberapa jam selepas itu, saya baru teringat saya pernah bergurau jika bergambar bertiga, seorang daripadanya akan meninggal dan saya tidak menyangka kata-kata itu menjadi kenyataan.

“Ketika itu, arwah hanya ketawa dan menganggap kata-kata saya mengarut. Saya sendiri sebenarnya hanya bergurau saja,” katanya ketika ditemui sejurus dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).


Katanya, Nur Hazwani pernah menunjukkan berperangai pelik ketika keluar bersamanya pada cuti hujung minggu lalu apabila mengenakan kasut dan pakaian serba putih sedangkan dia tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.

Amera Idayu berkata, akibat kemalangan itu, dia yang sepatutnya dijadualkan memulakan kerja baru di sebuah pasar raya semalam, menghubungi majikan barunya untuk mendapatkan kebenaran cuti kerana masih dibelenggu kesakitan di pinggangnya.


Sementara itu, Pegawai Penguat kuasa Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, siasatan mendapati motosikal ditunggang Nur Hazwani bertembung dengan kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun yang membelok ke kanan untuk menghala ke Pantai Batu Hitam dari bandar ini.


Menurutnya, ketika kejadian kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar manakala permukaan jalan basah akibat hujan.


Katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu terbabit yang hadir membuat laporan di Balai Trafik Kuantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Jenazah mangsa sudah dituntut keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan sebelum dibawa pulang ke Temerloh,” katanya.

Al-Fatihah...

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Pergisekelipmata/Article/index_html

Lesen motosikal untuk warga emas

SUNGAI PETANI - Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah (JPJ) mempelawa pemilik motosikal khususnya warga emas di kawasan Parlimen Merbok menyertai program 'Satu Komuniti Satu JPJ' untuk membolehkan mereka memiliki lesen memandu lebih mudah dan cepat.

Penyelaras Parlimen Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata program anjuran bersama Umno bahagian Merbok dan JPJ itu mensasarkan golongan berumur 45 tahun ke atas dan terhad kepada 500 orang.

"Progam ini akan dijalankan setelah penyertaan mencukupi. Orang ramai boleh datang ke pejabat Umno Merbok untuk mengisi borang penyertaan," katanya selepas selesai mesyuarat program itu bersama JPJ di sini, hari ini.

Beliau yang juga ketua Umno Merbok, berkata program itu antaranya bertujuan menyemai kesedaran memiliki lesen memandu kepada warga emas dan memupuk sikap menunggang secara berhemah semasa di jalan raya.

Tarikh tutup penyertaan program ialah pada 31 Mac dan tarikh program itu akan dimaklumkan kemudian, katanya. - Bernama

Tiga Bersaudara Maut



Inalillahi wainailaihi rojiun

BATU PAHAT – Hujan lebat tidak berhenti di daerah ini pagi semalam mengundang padah kepada tiga bersaudara apabila mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 110, Koris, Senggarang.

Dalam kemalangan yang berlaku jam 1 pagi itu, Kancil dipandu Saiful Bakhri Abdullah, 30, yang turut dinaiki Ramley Napi, 43 dan Lasnang Paduk, 56, remuk teruk setelah bertembung sebuah Honda Civic.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, selain keadaan gelap, difahamkan ketika kejadian keadaan jalan agak licin kerana hujan lebat lalu ia menyukarkan kenderaan menekan brek.

“Kancil tersebut dalam perjalanan dari Batu Pahat setelah salah seorang mangsa, Lasnang selesai melakukan rawatan tradisional di sana. Disebabkan jalan licin, anak saudara Lasnang, Saiful

Bakhri gagal mengawal kenderaan yang mereka naiki sejurus tiba di selekoh Koris, dari arah Johor Bahru menghala ke Melaka lalu bertembung dengan sebuah Honda Civic dipandu seorang wanita berusia 40-an.

“Kesan pertembungan itu, Kancil berkenaan berpusing beberapa kali sebelum menghentam sebatang pokok di bahagian bahu jalan," katanya kepada Sinar Harian.

Din berkata, kesan hentaman itu menyebabkan Kancil berkenaan melekat pada pokok manakala kereta dan pemandu Honda Civic terbabit tercampak kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika pihak polis sampai di lokasi, Saiful Bakhri sudah meninggal dunia berikutan kecederaan parah di beberapa bahagian tubuhnya.

Dua lagi mangsa, Ramley yang merupakan sepupu kepada Saiful Bakhri dan Lasnang turut menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.

“Pemandu wanita berkenaan yang juga cedera parah dikejarkan ke Hospital Batu Pahat,” katanya.

Sementara itu, kesemua mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid dan Rengit.

Sinar Harian dimaklumkan, pasukan bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa.

Din berkata, berdasarkan siasatan awal, semua mangsa yang maut berasal dari Rengit, Benut dan Senggarang.

Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi keluarga mangsa di Kampung Sungai Kluang Laut, Rengit, bagaimanapun mereka enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan tragedi itu.

Al-Fatihah...

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/tragedi-jalan-licin-1.30635

Padah melintas pembahagi jalan


 Inalillahi wainailaihi rojiun

ALOR SETAR - Tindakan seorang remaja lelaki melintas pembahagi jalan membawa padah apabila motosikalnya dirempuh sebuah kereta, di Jalan Anak Bukit, malam kelmarin.

Mukhsinin Mustafa, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam dan mangsa dipercayai cuba melintas pembahagi jalan sebagai jalan pintas ke laluan bertentangan.

“Ketika mangsa menunggang motosikalnya melintasi pembahagi jalan berkenaan, dia dirempuh kereta sebaik sahaja berada di laluan bersebelahan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, disebabkan rempuhan kuat, mangsa mengalami cedera parah dan maut di tempat kejadian.

“Pemandu kereta yang berusia 22 tahun tidak cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Jenazah mangsa dibawa pulang ke rumahnya pada jam 1.30 pagi.

Al-Fatihah..

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/remaja-maut-motor-dirempuh-kereta-1.30670

Terkeluar Tulang Buku Lali




SENALING – Tindakan seorang penunggang motosikal yang keluar secara melulu di kawasan simpang mengundang padah apabila bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga BLM di Jalan Senaling-Tampin, semalam.

Kejadian berlaku jam 9 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 40-an tercampak ke bahu jalan sehingga menyebabkan kaki kirinya patah dan tulang buku lali tersembul keluar manakala pemandu kereta berkenaan yang juga seorang wanita­ tidak cedera.

Petugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Majeran Lon berkata, pihak JPAM menerima panggilan kira-kira 9.03 minit dan bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kami melihat seorang lelaki sedang mengerang kesakitan berikutan kakinya patah hingga menyebabkan tulang buku lali terkeluar. Dia masih dalam keadaan sedar dan berada di tepi jalan,” katanya.

Majeran berkata, kejadian itu berlaku apabila­ lelaki tersebut keluar dari simpang Bemban arah ke Senaling secara melulu.

“Dipercayai kereta tersebut dari arah Melaka menuju ke Kuala Pilah. Namun apabila tiba di simpang Bemban–Senaling, sebuah motosikal keluar secara mengejut menyebabkan pemandunya tidak dapat mengelak lalu merempuh lelaki berkenaan. Akibat rempuhan itu, lelaki berkenaan tercampak dan kepala terhantuk di atas jalan. Dia cedera di kepala, dahi dan kaki,” katanya.

Katanya, pihaknya yang tiba awal di tempat kejadian menghulurkan bantuan kecemasan sebelum menunggu ketibaan ambulans dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

“Saya bersama kakitangan hospital memberi­ rawatan awal sebelum mangsa dibawa untuk rawatan susulan. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut memberikan bantuan dengan mengangkat mangsa ke tempat selamat,” katanya.

Sementara itu, difahamkan, bahagian sisi motosikal mangsa remuk dan lampu depan pecah manakala kereta berkenaan rosak sedikit di bahagian depan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/padah-keluar-secara-melulu-1.30731

Warga Emas Digilis Treler


Inalillahi wainailaihi rojiun 

KOTA BHARU – Seorang warga emas maut dalam keadaan mengerikan apabila otaknya berkecai akibat digilis sebuah treler dalam kemalangan di bulatan jam besar di sini, pagi semalam.

Mangsa, pengawal keselamatan, Adnan Awang, 59, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya pecah selain kecederaan parah di bahagian dada dan lengan.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Mahkamah Kota Bharu membelok ke kiri menuju ke Jalan Sultan Ibrahim sebelum bergesel dengan treler dari arah bulatan.

Mangsa kemudian terjatuh ke bawah perut lori sebelum kepalanya digilis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sementara itu, keadaan di sekitar lokasi kemalangan tambah pilu apabila anak bongsu mangsa, Nor Adilah Adnan, 23, bersama suami, Mohd Fauzi Zaki, 31, tiba kira-kira sejam 30 minit kemudian.

Nor Adilah berkata, dia mendapat tahu berita itu daripada panggilan telefon orang awam yang menghubunginya menggunakan telefon bimbit mangsa.

“Dia (mangsa) baru balik daripada mengambil ubat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana penyakit gout yang dihidapi dan sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Pasir Mas,” katanya.

Seorang kakitangan Muzium Kelantan, Mohd Tarmizi, 48, berkata, dia yang menyedari kejadian bergegas untuk memberi bantuan, bagaimanapun, mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Saya lompat dari pagar untuk cuba berikan bantuan dengan segera. Tetapi tidak mampu buat apa-apa akibat kepalanya digilis dan maut di situ. Cuma dapat menutup mayatnya menggunakan surat khabar sebelum polis tiba,” katanya. Mayat dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat.

Al-Fatihah..

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/penunggang-digilis-treler-1.30638

Thursday, March 8, 2012

Akibat Tinggalkan Lori Ditepi Jalan



Inalillahi wainailaihi rojiun

SUNGAI PETANI – Seorang remaja maut setelah motosikal ditunggangnya terlanggar lori yang ditinggalkan di tepi jalan dalam kejadian di Jalan Angsana, Taman Keladi kira-kira 8.05 malam, kelmarin.

Sumber polis memberitahu, mangsa, Mohamad Izhar Yahya, 18, yang melalui jalan tersebut tidak menyedari kehadiran lori yang diletakkan di laluan itu lalu melanggar kenderaan tersebut.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa datang dari arah Taman Keladi sedang menghala ke arah Taman Sri Wang.

“Mangsa yang tidak menyedari ada lori di tepi jalan melanggar bahagian belakang tepi sebelah kiri lori yang diparkir di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan, mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Sementara itu, adik mangsa, Mohamad Ikmal, 15, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, abangnya ketika kejadian dalam perjalanan menuju ke sebuah pasar raya bagi membantu ibu yang sedang berniaga.

Mangsa, yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Difahamkan, jenazah Allahyarham telah dituntut keluarga jam 11.30 malam kelmarin.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/remaja-maut-terlanggar-lori-1.30380


Kereta Terjunam Jalan Mendap



KUALA LIPIS - Seorang lelaki warga Indonesia cedera parah, manakala dua rakannya cedera ringan apabila kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang akibat jalan raya mendap.

Kejadian di Kilometer 43 Jalan Benta-Jerantut berdekatan Kampung Terap itu berlaku kira-kira jam 9 malam mengakibatkan laluan terbabit terputus dua.

Pemandu, Herman, 27, berkata, ketika kejadian, dia bersama dua rakannya, Anuar, 30 dan Wan, 45, dalam perjalanan dari arah Benta menuju ke Jerantut.

“Kami tinggal di Taman Sama, Jerkoh. Ketika kejadian, kami dalam perjalanan menuju ke Jerantut. Ketika itu hujan lebat, manakala keadaan sekeliling gelap-gelita.

“Saya tidak perasan ada rekahan pada laluan terbabit. Ketika melalui jalan itu, kereta saya tiba-tiba terjatuh bersama mendapan tanah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Herman berkata, dia hanya sedarkan diri selepas diangkat keluar pengguna lain yang kebetulan melalui jalan itu.

“Saya tidak ingat apa-apa dan hanya sedar ketika dibaringkan di tepi jalan. Selain itu, lutut dan dahi saya juga mengalami kecederaan dan terpaksa menerima beberapa jahitan.

“Saya juga dimaklumkan Anuar yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, manakala saya bersama Wan dirawat di Hospital Kuala Lipis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan mengesahkan kejadian itu.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/kereta-terjunam-akibat-jalan-raya-mendap-1.30470

10 Penumpang Van Cedera Bertembung Kereta



JELI – Seramai 10 cedera apabila van dan kereta jenis Honda bertembung dekat Kilometer 2 Jalan Jeli Dabong, dalam kejadian jam 8.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, kejadian berlaku apabila van yang datang dari arah Dabong hendak membelok masuk untuk mengisi minyak dekat stesen berdekatan.

“Pemandu van tidak menyedari ada sebuah kereta jenis Honda dari arah pekan Jeli menuju ke Belahat ketika sedang membelok, menyebabkan dua kenderaan tersebut bertembung.

“Kesan pelanggaran itu menyebabkan 10 mangsa yang berada dalam van tersebut cedera parah di mana penumpang dan pemandunya tersepit, manakala pemandu kereta Honda Mohd Farizi Mohd Shakri ,19, cedera parah di kepala,” katanya.

Antara yang cedera, pemandu van Abdul Majid Awang, 55, penumpang, Faridah Said. 50, Fatimah Yusof, 82, Esah Salleh, 67, Che Som Ab Rahman, 77, Dalila Diana Nik Shamsuddin, 20, Hasiah Husin, 52, Mek Yah Samad, 68, Jah Awang, 83, Rafiah Ab Rahman,70.

Sheik Azhar berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Krai dan Tanah Merah untuk menerima rawatan lanjut.

“Difahamkan ketika cuba membelok untuk mengisi minyak, pemandu van tersebut tidak menyedari ada sebuah kereta sedang meluncur laju dari arah bertentangan.

“Saya minta supaya semua pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu dan sentiasa peka dengan keadaan lalu lintas di sekitar,” katanya .

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah seksyen 43 (1) akta pengangkutan jalan 1987.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/van-kereta-bertembung-10-cedera-1.30478

Wednesday, March 7, 2012

Ibu maut meninggalkan anak 3 tahun



 Inalillahi wainailaihi rojiun

KOTA TINGGI: “Ibu bangunlah, bangun.” Itu rintihan Ahmad Razin Faizal, berusia tiga tahun yang tidak memahami ibunya, Fatimah Othman, 35, sudah meninggal dunia selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 28.5, Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, tiga daripada lima penumpang sebuah Proton Saga terbunuh selepas merempuh sebuah lori. Selain Fatimah, dua lagi mangsa iaitu ibunya Saemah Mantu, 65, dan Muhammad Hazwan Ahmad, 25, yang dikatakan bakal melangsungkan pertunangan dengan adik Fatimah, Fazlina, 21, pada 24 Mac ini yang terselamat dalam kemalangan itu. Fatimah cedera parah di kepala dan badan manakala Muhammad Hazwan serta Saemah tersepit dalam kereta yang remuk sebelum mayat mereka dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat.


Dalam kejadian itu, Ahmad Razin dan Fazlina yang terselamat hanya cedera ringan.

Sejurus kemalangan, Ahmad Razin dilihat terus memeluk tubuh ibunya yang kaku selepas dikeluarkan orang ramai dan diletakkan di tepi jalan. Tindakan kanak-kanak itu yang terus mengejutkan ibunya menyebabkan suasana pilu dalam kalangan orang ramai yang berada di tempat kejadian.


Sementara itu, Fazlina ketika ditemui berkata, dia amat sedih dan sukar untuk menerima hakikat tiga insan disayanginya iaitu ibu, kakak serta bakal tunangnya kini sudah meninggal dunia akibat kemalangan itu.


“Sebelum kejadian, arwah ibu gembira dan tidak sabar melihat saya bertunang pada 24 Mac ini memandangkan saya anak bongsu daripada enam beradik dan pada masa sama abang akan melangsungkan perkahwinan pada 17 Mac.

“Arwah ibu begitu gembira kerana bakal menyambut menantu baru, tetapi malang tidak sempat meraikannya, malah impian saya sendiri untuk berumah tangga juga tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di HKT.


Fazlina berkata, dia ditemani ibu, kakak serta anak saudaranya itu pergi ke Kuala Lumpur menaiki bas Sabtu lalu bagi membeli barangan untuk majlis pertunangannya.

Menurutnya, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Felda Air Tawar 1 menaiki kereta yang dipandu Muhammad Hazwan.


“Saya duduk di hadapan dan sedang tidur sebelum tersedar apabila kereta merempuh lori.


“Saya tidak tahu bagaimana kemalangan itu berlaku. Orang ramai datang bantu mengeluarkan kami,” katanya.


Abang Fazlina, Mohd Fadzil, 42, berkata, adiknya bertugas sebagai pembantu tadbir di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi menjalani kursus sehari di Mahkamah Sesyen Johor Bahru sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. “Seorang lagi adik lelaki saya, Azhari, 31, akan melangsungkan perkahwinan di Gelang Patah pada 17 Mac ini dan berikutan itu, kami sekeluarga bercadang mengadakan majlis doa selamat pada hari pertunangan Fazlina nanti,” katanya.

Al-Fatihah...



Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/2012030702514020120307025140/Article/index_html
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
sinarharian.com.my/edisi/johor/hajat-tidak-kesampaian-1.30135

2 Pelajar Maut


MUAR – Kegembiraan sembilan sahabat bertemu rakan-rakan di Batu Pahat bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah terbabit dalam kemalangan di Parit Tengah, Parit Jawa dekat sini, awal pagi semalam.

Mereka yang terbunuh ialah Alex Chan Zhi Wee, 16, dan Sim Jian Chen, 16.

Zhi Wee adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak, manakala Jian Chen adalah pelajar SMK Sungai Abong.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.04 pagi itu, dipercayai ke­reta dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan sebelum merempuh lampu jalan dan juga perhentian bas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komi­sioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

“Tiga lagi mangsa yang cedera parah telah dipindahkan ke hospital swasta di Melaka untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengang­kutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/dua-rakan-terbunuh-1.30101

Korban RM200k Untuk Selamatkan Nyawa


KOTA BHARU - Pemain pertahan Kelantan, Daudsu Jamaluddin, 27, terlibat dalam kemalangan selepas dikatakan gagal mengelak sebuah motosikal yang membuat pusingan U di Jalan Pengkalan Chepa-Kota Bharu di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun beliau bersama isteri, Nursyahmina Rasudin, 26 serta anaknya, Nik Dhiya Qistina, 18 bulan tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Pakar Perdana.

Menurutnya, semasa kejadian pada jam 8.15 malam, dia yang menaiki kereta jenis Mistubishi Lancer menghala ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, untuk menghantar isterinya ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi.

“Ketika sampai di selekoh berhampiran kem tentera Markas Lapan Briged, saya nampak sebuah motosikal dan seorang lelaki terbaring di atas jalan selepas dikatakan dilanggar sebuah kereta Iswara dari arah jalan yang sama, bagi mengelak melanggarnya, saya cuba pusing stereng kereta ke tepi tetapi tindakan saya itu menyebabkan kereta saya terbabas.

“Ini merupakan kejadian pertama yang melibatkan saya dan keluarga dalam kemalangan seumpama ini selepas empat tahun menggunakan kereta ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Daudsu berkata, walaupun terkejut dengan kejadian itu, dia masih bersyukur kerana anak serta isterinya terselamat.

“Kerugian dianggarkan lebih RM200,000 berdasarkan kerosakan dan nilai sebenar kereta terbabit iaitu RM124,000.

“Apa pun kejadian ini tidak akan saya lupakan kerana ia turut melibatkan keluarga, namun saya masih bersyukur kerana mereka selamat,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan dan sebuah motosikal.

“Mangsa yang menaiki motosikal dikatakan membuat pusingan U dirempuh kereta Iswara dari Kota Bharu ke Pengkalan Chepa yang gagal mengelak lalu melanggar mangsa sementara kereta yang dipandu Daudsu yang berada pada arah yang sama, gagal mengelak motosikal yang dilanggar lalu terbabas ke tepi jalan.

"Lelaki terbabit mengalami kecederaan di kepala dan kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) serta dilaporkan stabil,” katanya.

Azham berkata, pemandu Iswara membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) sejurus selepas kemalangan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/daudsu-kemalangan-rugi-rm200-000-1.30111


Pemadu lori maut terputus tangan



MARAN - Tindakan nekad seorang kelindan terjun dari tingkap pintu lori berjaya menyelamatkan nyawanya sementara pemandu lori berkenaan maut dalam satu kemalangan di Kilometer 104.7 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat simpang Chenor, semalam.

Mokhsin Mat Sobri, 25, berkata, lori yang membawa muatan ayam segar dari Kuantan menuju ke Temerloh itu hilang kawalan ketika melalui jalan yang tidak rata sebelum terbabas dan melanggar bahagian tengah sebuah lori balak tanpa muatan dari arah bertentangan.

Menurutnya, menyedari akan melanggar dengan lori balak berkenaan, dia secara spontan bertindak terjun dari lori tersebut.

“Ketika menuruni bukit di jalan raya yang tidak rata dan rosak ini, lori kami tidak stabil. Pada mulanya hampir terbabas ke kiri jalan sebelum pemandu cuba mengilas kembali ke laluan asal. Ketika ini saya sedar yang kami akan melanggar lori balak berkenaan lalu tanpa berfikir panjang, saya terus terjun ikut tingkap pintu,” katanya.

Mokhsin berkata, tergamam dengan kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu, dia tidak menyangka akan kehilangan seorang rakan baik.


Hentaman kuat

Pemandu lori balak terbabit, V Mahendran, 53, berkata, jalan lurus di lokasi kejadian membolehkan dia melihat pergerakan tidak stabil lori membawa muatan ayam segar itu.

Menurutnya, pergerakan terhuyung-hayang itu dipercayai kerana tindakan pemandu mahu mengelak laluan tidak rata.

“Saya mulanya agak lori ini akan terbabas ke bahu jalan dan terkejut apabila ia melanggar bahagian tengah lori yang saya pandu.

“Hentaman kuat menyebabkan lori saya terbalik ke hadapan namun bagi mengelak kecederaan teruk, saya memegang kuat stereng lori. Selama 32 tahun memandu lori balak, ini kali pertama saya terlibat dalam kemalangan ngeri,” katanya.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Rahmat berkata, dia memandu kereta mengekori belakang lori membawa ayam segar itu dengan jarak sebuah lagi kereta di hadapannya.
Menurutnya, ketika menuruni bukit, lori tersebut dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum bergerak ke kiri dan kanan.

“Tiba-tiba saya terkejut melihat lori ini melanggar badan sebuah lori balak dan menyebabkan satu dentuman kuat. Kedua-dua lori seakan tercampak dan terheret ke hadapan secara bertentangan di laluan masing-masing. Saya berhentikan kereta dan dapati pemandu lori membawa muatan ayam tersepit dengan sebelah tangan terputus,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, De­puti Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, hentaman kuat menyebabkan pemandu lori membawa muatan ayam segar itu tersepit sebelum dikeluarkan dengan bantuan Bomba dan Penyelamat Maran.

Menurutnya, mangsa yang beralamat di Kuantan, Karim Mohd Baki meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.

“Mayat mangsa di ba­wa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/pemandu-lori-putus-tangan-1.30045

Tuesday, March 6, 2012

Penduduk Taman Desa Pelangi mohon jejantas



HULU LANGAT 5 Mac - Penduduk Taman Desa Pelangi, Hulu Langat meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan jejantas di kawasan berkenaan demi keselamatan dan kemudahan orang ramai.

Penduduk mendakwa, ketiadaan jejantas di kawasan berkenaan mengundang pelbagai bahaya kerana Jalan Hulu Langat yang menghala ke Sungai Long itu digunakan oleh lori-lori simen, lori pembancuh simen dan lori mengangkut batu dan pasir untuk dibawa ke kuari berdekatan.

Menurut mereka, lori-lori berkenaan menggunakan laluan tersebut tanpa mengira waktu dan kelajuan kenderaan berat berkenaan juga melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber:
utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm

Pengawal keselamatan Plaza Tol Maut



Inalillahi wainailaihi rojiun

KAJANG - Seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras-Kajang maut apabila dirempuh sebuah motosikal di laluan paling kiri yang dikhaskan untuk kenderaan berat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, mangsa, Nordin Abas, 60-an tidak sedarkan diri setelah tercampak kira-kira lima meter daripada laluan tol berkenaan.

Rakan mangsa, Mohd Basri, 39, berkata, ketika kejadian, mereka sedang bertugas seperti biasa di pos pengawal yang terletak di lorong lapan Plaza Tol Batu 11 dari arah Kajang-Cheras sebelum mangsa beredar kerana ingin ke tandas yang terletak di pejabat Tol Grand Saga.

Menurutnya, mangsa berpakaian lengkap dengan jaket keselamatan, malah melalui lorong yang disediakan untuk kakitangan sebelum sebuah motosikal datang secara tiba-tiba dan merempuh ketika mangsa ingin melintas.

“Saya sedang bertugas ketika itu dan hanya mendengar bunyi kuat sebelum melihat sebuah motosikal tersadai di sisi jalan, mangsa tercampak ke kaki lima laluan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang akibat kecederaan serius di kepala, sementara penunggang motosikal hanya mengalami luka ringan di muka dan tangan.

Allahyarham Nordin yang juga merupakan pesara polis telah berkhidmat sebagai pengawal keselama­tan plaza tol lebih 3 tahun.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pengawal-plaza-tol-maut-1.29709

Monday, March 5, 2012

Padah Melawan Arus

Inalillahi wainailaihi rojiun

SHAH ALAM 4 Mac - Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan polis secara melawan arus maut setelah merempuh sebuah kereta di Persiaran Masjid di sini awal pagi ini.

Dalam kemalangan pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Aidil Hamidi Ismail, 33, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu datang dari arah Bulatan Setia Jasa dan dipercayai cuba berpatah balik di laluan bertentangan selepas menyedari sekatan polis kira-kira 200 meter di hadapan.

Ekoran daripada tindakan itu, mangsa dipercayai telah merempuh kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia lingkungan 20-an.

Mangsa disahkan mati di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat manakala mayatnya telah dituntut keluarganya dari Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Operasi Ops Samseng Jalanan, Penguat Kuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Supritendan Hambazi Abd. Rahmat ketika ditemui selepas operasi itu berkata, kejadian terbabit disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Hambazi berkata, ia dijalankan bermula pukul 1.30 pagi ini dan berakhir kira-kira satu jam kemudian.

Hasil daripada operasi itu, pihaknya telah memeriksa lebih 250 motosikal dan beberapa pelajar sekolah antara yang turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam sekatan jalan raya itu.

"Sebanyak 115 saman dikeluarkan dan sembilan motosikal turut disita membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, tiada cukai jalan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lampu brek, pemandu kereta tidak memakai tali pinggang keledar dan tiada brek ketiga.

"Kebanyakan penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan berusia 16 tahun hingga 20-an," katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm


Bas pelancong dari Genting Highlands terbalik


KUALA LUMPUR: Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands hari ini.


Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.

"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong kepada Bernama.

Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti.


Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.


Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya. -- BERNAMA




Sumber dari Berita Harian, Polis dan anggota penyelamat terpaksa memecahkan bumbung bas persiaran yang terbalik ketika menuruni pusat peranginan Genting Highlands, awal pagi tadi, bagi menyelamatkan mangsa yang tersepit.

Setakat tengah hari tadi, dua pelancong warga India terbunuh selepas bas yang membawa 22 penumpang itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, jam 7.55 pagi.
Bas berkenaan yang dilaporkan membawa pelancong India dari pusat peranginan itu menuju ke ibu negara, dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh tembok pembahagi jalan.
Kejadian mengakibatkan semua 22 penumpang serta dua pemandu bas yang juga warga tempatan, tersepit selepas bas yang disewa daripada Syarikat Star Mart Ekspres itu terbalik.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita berusia 55 tahun yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa adalah lelaki yang disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Kita terpaksa memecahkan bahagian bumbung bas bagi membawa keluar semua mangsa termasuk menarik mereka yang tersepit dicelah-celah bumbung bas yang pecah akibat kemalangan itu.

"Pihak penyelamat diketuai Jabatan Bomba terpaksa membawa keluar mangsa seorang demi seorang dan membawa keluar mangsa kemalangan dengan berhati-hati bagi mengelak mangsa mengalami kecederaan lebih serius.
Katanya, kebanyakan mangsa yang parah dikejarkan ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sehingga kini pihak polis menahan pemandu bas berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam keadaan merbahaya hingga mengakibatkan kematian.

"Kita juga masih menyiasat sama ada kejadian berpunca daripada masalah sistem brek bas atau bas dipandu dalam keadaan laju ketika menuruni bukit dan melalui selekoh," katanya.

Sementara itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menerusi Ketua Polis Pahang menyampaikan ucapan takziah terhadap semua mangsa yang terlibat.

VIDEO



Sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

bharian.com.my/bharian/articles/NahasdiGenting_Penyelamatterpaksapecahbumbungbaskeluarkanmangsatersepit/Article

Maut angkara babi hutan



Inalillahi wainailaihi rojiun

BESUT: Seorang wanita maut selepas suaminya terlanggar seekor babi hutan yang melintas sebelum kemudiannya terbabas bertembung sebuah kereta dari arah bertentangan di Kampung Anak Ikan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Noor Azira Md Nayan, 24, yang merupakan pembantu program Kewangan Mikro Bandar di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuala Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian badan.

Bagaimanapun suami mangsa yang membawa kereta jenis Perodua Myvi, Che Mohd Azmil Che Mohd, 24, bersama seorang lagi pemandu terlibat yang membawa kereta Perodua Kelisa, Marzita Mat Yahya, 32, dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata ketika kejadian pasangan itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dan ingin menghantar isterinya bekerja.


"Namun semasa perjalanan suami mangsa terkejut apabila seekor babi hutan keluar dari semak di sebelah kiri jalan untuk melintas ke jalan sebelah kanan.


"Pemandu kereta Myvi itu gagal mengelakkan babi itu lalu melanggarnya dan terbabas ke laluan sebelah kanan sebelum sebuah kereta Kelisa yang dipandu dari arah Kuala Terengganu gagal mengelak lalu melanggar kereta berkenaan di bahagian di sebelah penumpang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian kemalangan lain petang semalam, Kamaruddin berkata seorang terbunuh dan lima cedera parah selepas dilanggar kereta yang tidak memberhentikan kenderaan di simpang jalan di kilometer 2, Jalan Kampung Raja-Tembila dekat persimpangan Kampung Paya Rawa.

Kejadian pukul 4.15 petang itu menyebabkan pemandu kereta jenis Proton Wira, Mohamad Zain Junus, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di bahagian kepala dan badan.

Turut cedera parah ialah isteri mangsa, Bidah Junus, 45, dan tiga anaknya, serta pemandu sebuah lagi kereta Mohd Zaitu Mohd Zahid, 45, yang tinggal di Rumah Awam Kos Rendah, Kampung Anak Ikan, Besut.

Katanya mangsa dan keluarga dikatakan baru balik dari menghadiri majlis kenduri kahwin saudaranya di Cheneh, Kemaman.

"Kejadian berlaku apabila Mohd Zaitu yang memandu kereta jenis Proton Wira telah keluar dari persimpangan Jalan Sekolah Menengah Teknik Besut untuk ke kiri menuju Kuala Terengganu tanpa berhenti di simpang berkenaan.

"Namun pada masa yang sama datang kereta yang dipandu Mohamad Zain dari arah Kuala Terengganu menuju ke arah Kampung Raja yang tidak sempat mengelak lalu menyebabkan perlanggaran," katanya.

Kesemua yang cedera dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut. -- BERNAMA

Al-Fatihah...

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitamautbertembungkeretalainangkarababihutanmelintas/Article/index_html

Maut dirempuh Ketika menukar tayar

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mahu menukar tayar dengan memberhentikan van dipandunya di tepi jalan menemui ajal selepas dirempuh sebuah kenderaan lain di Kilometer 6 Lebuh Raya Persekutuan berhampiran persimpangan Kerinchi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa, Rajendran Sockalingam, 50, dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di sebuah hotel di Petaling Jaya dari arah pusat bandar.


Bagaimanapun, tiba di tempat kejadian mangsa memberhentikan kenderaannya di tepi jalan selepas mendapati tayar van berkenaan pancit.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Nor ketika dihubungi berkata, ketika mangsa menukar tayar vannya sebuah kereta Volkswagen Scirocco dipercayai dipandu laju melanggar bahagian belakang sebelah kanan van mangsa sebelum merempuh mangsa. “Berikutan rempuhan kuat itu, van mangsa terseret sejauh 10 meter sebelum terbakar. Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan,” katanya.


Menurutnya, pemandu kereta terbabit yang juga wanita cedera ringan akibat daripada impak beg udara yang keluar selepas perlanggaran.


Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Taman Desa yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa 10 minit untuk memadamkan api.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.


Sementara itu, adik mangsa, Raja Sockalingam, 47, berkata dia difahamkan selepas abangnya berhenti untuk menukar tayar sebelum menyedari dia tidak menyimpan tayar gantian.

“Mendiang menghubungi tempat kerjanya supaya tayar gantian dihantar kepadanya,” katanya.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Matidirempuhtukartayar/Article/index_html

Sunday, March 4, 2012

Berkecai Kemalangan 2 Lori 1 Kereta



KEMAMAN – Empat lelaki nyaris maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Chukai – Air Putih dekat simpang tiga ke Taman Seroja, Binjai, di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Dalam kejadian berkenaan, pemandu lori satu tan, Wong Twee Kuang, 52, bernasib baik kerana terselamat biarpun badan lori yang dipandunya hancur berkecai mengakibatkan kepala lorinya menghentam dan menindih sebuah kereta di hadapannya sejurus lori yang dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah lori tiga tan.

Berikutan itu, pemandu lori tiga tan yang membawa muatan perabot, Mohd Khairul Affendi Mohd Norawie, 26, mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki akibat terkena serpihan kaca sementara kelindannya berserta pemandu kereta jenis Kia Rio berusia 54 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Twee Wong yang berasal dari Air Jernih berkata, ketika kejadian dia memberhentikan keretanya untuk masuk ke simpang kanan kerana mahu ke bengkel kereta sebelum secara tiba-tiba dirempuh kuat dari belakang oleh lori tiga tan terbabit.

“Terperanjat saya apabila secara tiba-tiba terdengar rempuhan kuat dan sejurus itu lori saya terdorong ke depan dan melanggar pula sebuah kereta di hadapan yang berada di laluan bertentangan.

“Saya keluar ikut pintu di sebelah tempat duduk penumpang, bila keluar saya lihat badan lori hancur bertaburan di atas jalan,” katanya yang bekerja sebagai kontraktor ketika ditemui di lokasi kejadian.

Lori kepunyaan Twee Kuang itu bagaimanapun tidak membawa sebarang muatan dan terdapat satu tin cat di belakang menyebabkan cat memercik ke seluruh sisa serpihan badan lori sebaik kemalangan berlaku.

Menurut bapa kepada tiga anak ini, dia dalam perjalanan dari Chukai ke Binjai untuk berbincang dengan pemilik sebuah bengkel bagi menghantar sebuah lorinya yang lain ke situ untuk dibaiki.

“Ketika kejadian terdapat sebuah kereta yang mahu keluar dari simpang, jadi saya memberhentikan dahulu kereta dan memberi lampu isyarat untuk masuk ke simpang kanan, tetapi malang tidak berbau kerana belum sempat masuk simpang lori saya dirempuh pula,” katanya.

Twee Kuang  yang kelihatan masih trauma dengan tragedi malang itu mengakui nahas itu adalah kemalangan pertama yang dialaminya sejak membawa lori puluhan tahun.

Akibat nahas itu, lori tiga tan pula remuk teruk di bahagian pemandu selain cermin pecah sementara kereta turut remuk di bahagian hadapan kerana ditindih kepala lori.

Ketua  Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Lori perabot berpusing

Sementara itu, Mohd Khairul Affendi berkata, dia keliru dengan lori di hadapannya dan tidak menyedari sama ada lori di hadapannya memberikan lampu isyarat mengakibatkan dia gagal mengelak sepenuhnya sebelum melanggar belakang lori terbabit.

“Sejurus perlanggaran itu cermin lori pecah lalu lori yang saya pandu berpusing sekali dan terbabas beberapa meter ke hadapan di bahu kiri jalan,” katanya.

Mohd Khairul Affendi yang berasal dari Kuantan, Pahang bersama kelindannya sewaktu kejadian itu datang dari arah Kampung Tempurung menghala ke Binjai untuk pulang ke Kuantan.

Kutip sisa kayu badan lori

Dalam pada itu, nahas berkenaan menyebabkan jalan sesak sebelum beberapa orang orang awam yang prihatin bertindak mengalihkan sisa kemalangan ke tepi bagi melancarkan kembali lalulintas.

Abdul Jabbar Wahab, 41, yang kebetulan melalui tempat kejadian sejurus kejadian baru berlaku berkata, dia terkejut apabila melihat serpihan kayu badan lori bertaburan di atas jalan membuatkan jalan sesak.

“Saya kutip sisa kayu dan alihkannya ke tepi kerana kereta tidak dapat melalui tempat kejadian. Ketika itu jalan sudah mulai sesak.

“Alhamdulillah walau melihat keadaan lori dan kereta teruk namun kesemua empat mangsa yang terlibat terselamat,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pengkalan Binjai.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/empat-nyaris-maut-badan-lori-hancur-1.29245

Tak sempat menimang cahaya mata


Inalillahi wainailaihi rojiun

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pemandu teksi untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila maut setelah motosikal yang diboncengnya dirempuh sebuah lori pasir, di Jalan Tasik Permai, Ampang, di sini, Sabtu.



Dalam kemalangan ngeri pada 11.30 pagi itu, Muhammad Syafiq Yahya dan rakannya Saiful Ramli, kedua-dua berumur 24 tahun, maut di tempat kejadian apabila motosikal jenis Honda Wave yang mereka tunggang dirempuh dari belakang oleh lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata akibat pelanggaran itu mereka digilis oleh lori berkenaan yang menyebabkan kepala mereka hancur serta isi perut terburai di atas jalan raya.

Beliau berkata ketika kejadian Muhammad Syafiq dan Saiful, kedua-duanya bekerja sebagai pemandu teksi, dipercayai dalam perjalanan dari kawasan rumah mereka di Taman Industri Lembah Jaya untuk membeli peralatan membaiki teksi.

"Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat manakala pemandu lori berumur 54 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, isteri Muhammad Syafiq, yang sedang sarat mengandung lima bulan dan hanya mahu dikenali sebagai Nurul Huda, 25, berkata beliau tidak menyangka hari ini merupakan kali terakhir suaminya menghantarnya ke tempat kerja.

"Suami saya selalu bergurau dengan saya...semalam dia ada katakan dia tidak dapat membantu saya membasuh baju lagi...semua dia suruh saya buat sendiri, saya tidak sangka ia merupakan gurauan yang ada makna disebaliknya," katanya dengan hiba ketika ditemui Bernama Rumah Mayat HKL.

Nurul Huda berkata suaminya merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik dan mempunyai dua orang anak berusia lima tahun dan lapan bulan selain menunggu kelahiran anak ketiga.

Dalam pada itu, saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Mamat, 31, berkata beliau melihat motosikal mangsa dihimpit terlebih dahulu sebelum terjatuh dan digilis.

"Saya kesal pemandu lori itu memandu secara berbahaya dan melulu sehingga menyebabkan dua nyawa melayang," katanya. - BERNAMA


Al-Fatihah...

Sumber:

mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/3/3/mstar_jenayah/20120303182622&sec=mstar_jenayah

sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/dua-rakan-baik-maut-digilis-1.29315

nst.com.my/top-news/two-men-crushed-to-death-by-lorry-in-crash-1.55094


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount