Sadis, Ngeri Asas Iktibar dan Pengajaran

Saturday, May 7, 2011

Ngeri Luar Negara

Kemalangan berlaku di luar negara...

Kemalangan Maut, Pertembungan antara lori dan kereta


Ngeri... hancur muka


Kalaulah kancil yg bertembung... entahlah


Walaupun pakai tali pinggang keledar dan ada air bags... perlu hati-hati

Semoga menjadi ikhtibar kita semua... :(

Friday, May 6, 2011

Kaji Muatan Lori Balak


PARIT PANJANG - Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parit Panjang, Jamalludin Abdullah, 43, menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji muatan lori balak yang dikatakan faktor utama kerosakan jalan di sini.

“Saya harap pihak berwajib tidak memandang remeh mengenai masalah ini kerana jalan dilalui oleh lori balak akan mengakibatkan pemendapan jalan.

“Pemendapan jalan ini seterusnya akan mengakibatkan jalan menjadi rosak dan pastinya akan memberi kesan kepada pengguna lain,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa lori balak yang melalui jalan di sini dipandu dengan kelajuan yang membahayakan.





Jamalludin turut menasihatkan kepada pemandu lori balak lebih berhati-hati ketika memandu.

“Saya harap perkara ini mendapat perhatian terutama majikan pemandu lori berkenaan dengan menasihati pekerja mereka supaya lebih peka kepada keadaan sekeliling.

“Jikalau perkara ini berterusan, tidak mustahil kemalangan akan berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Maut di Sabak Bernam


SABAK BERNAM – Seorang pemandu dan penumpang yang tersepit maut di tempat kejadian, manakala seorang cedera parah dan seorang lagi cedera ringan apabila kereta Toyota Vios yang dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda di kilometer 43, Jalan Teluk Intan Klang, dekat Tebuk Pulai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu juga, dua penumpang pacuan empat roda cedera parah di kepala manakala pemandunya cedera di bahagian bahu.

Saksi kejadian, Mohd Yusof Dollah, 57, berkata, kereta Toyota Vios dari arah Sungai Besar menuju Sabak Bernam dipercayai membuat pusingan U, ketika pacuan empat roda dan kereta yang dipandunya melalui jalan di lorong pertama dan kedua arah Sabak ke Sungai Besar.

“Sebelum itu, pacuan empat roda berada di belakang kereta saya dan mengubah laluan ke lorong ke dua dan tiba-tiba Toyota Vios itu masuk ke laluan pacuan empat roda dan menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung. Kejadian itu betul-betul berlaku di depan mata.

“Saya hampir terlibat dan percikan kaca kedua-dua kenderaan itu mengenai kereta saya. Saya cuba mengelak sedikit dan Alhamdulillah tidak apa-apa kerana tidak memandu laju. Jika saya memandu laju dan mengelak kemalangan itu, mungkin akan terbabas ke parit berhampiran,” katanya.

Difahamkan, saksi dalam perjalanan pulang dari Pekan Sabak Bernam ke rumahnya di Sungai Limau bersama isterinya, Rosmi Tahir, 52, masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan mata mereka.

Sementara itu, anak kepada pemandu pacuan empat roda, Lim Keh Lun, 25, berkata, ibunya dalam perjalanan menghantar nasi ke tempatnya bekerja sebelum menghantar adik dan seorang lagi rakannya ke pusat tuisyen di Sungai Besar.

“Saya menerima panggilan telefon dari ibu yang separa sedar memaklumkan tentang kemalangan ini. Saya kemudiannya bergegas mencari lokasi kemalangan ini dan setibanya di tempat kejadian, ibu mengadu sakit di bahagian bahu, manakala adik dan rakannya cedera parah di bahagian kepala,” katanya.

Pihak bomba berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit kira-kira jam 8.11 minit malam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohamad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua mangsa yang maut tidak dapat dikenal pasti identitinya berikutan tiada pengenalan diri ditemui.

Pelajar Maut Rempuh Treler Muatan Simen



JELI - Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kedah maut setelah motosikal yang ditungganginya jenis Yamaha LC melanggar bahagian tengah treler muatan simen di Kilometer 115.3 Jalan Timur Barat, dekat Batu Melintang, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintedan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, ketika kejadian, mangsa, Razali Zainal Abidin, 23, berasal dari Rantau Panjang bersama seorang lagi rakannya yang menunggang sebuah lagi motosikal dari Rantau Panjang dalam perjalanan menuju ke Sintok, Kedah.

“Apabila sampai satu selekoh tajam, motosikal mangsa gagal dikawal dan terbabas ke sebelah kanan jalan dan terlanggar bahagian tengah lori treler muatan simen.

“Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jeli kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, paha dan lutut.

“Manakala rakannya hanya cedera ringan apabila motosikalnya terlanggar motosikal mangsa dan pemandu treler pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, motosikal mangsa remuk kerana terlanggar besi di bahagian tengah treler tersebut. Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian kelmarin.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/kelantan/content/story9061411.asp

Sudah Dilanggar Lori, Disambar Pula Petrol Mesin Rumput


KUALA ABANG – Impian murni seorang pemotong rumput menyambung kerja selepas beberapa hari tidak bekerja akibat melecur disambar petrol mesin rumput berakhir dengan tragedi ketika dia melakukan kerja pembersihan dekat sini, petang semalam.

Kemalangan kira-kira jam 3 petang di Kilometer 62, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dikatakan dilanggar sebuah lori.

Ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Mohamad Riduan Othman, 27, yang bekerja dengan syarikat kontraktor di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dikatakan baru memulakan kerjanya selepas berehat di bawah teduhan pokok tidak jauh dari lokasi kemalangan.

Rakan mangsa, Shamsul Kana Ibrahim, 39 berkata, dia yang berada kira-kira tidak jauh dari lokasi terbabit cemas apabila tiba-tiba melihat orang ramai mengerumuni lokasi.

“Apabila tiba di situ, alangkah terkejutnya saya melihat Riduan dalam keadaan terbaring kaku dan sudah tidak bernyawa,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Sumber: Sinarharian

Mazda CX9 Hangus di Kuantan


KUANTAN- Sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Mazda CX9 yang dipandu seorang lelaki hangus terbakar selepas disambar api secara tiba-tiba ketika melalui Jalan Pintasan Kuantan berhampiran simpan ke Lapangan terbang Kuantan di sini, petang semalam. 



Dalam kejadian kira-kira-kira jam 3.30 petang itu, pemandunya berjaya menyelamatkan diri bagaimanapun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM300,000.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang , Penolong Penguasa Bomba, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.30 petang berhubung kejadian sebelum satu jentera bersama empat anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, pihaknya yang tiba mendapati sebahagian kenderaan mewah itu sudah hangus terbakar.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 8 minit untuk memadamkan kebakaran bagaimanapun kenderaan tersebut musnah sama sekali,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Anuar berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan. 

Sumber: Sinarharian

Kemalangan di Kampung Tok Uban



PASIR MAS – Empat maut manakala dua parah dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di Kampung Tok Uban, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Haliluddin Rahim, berkata mangsa Mohd Faisal Fakruddin, 16, dari Kampung Chetok, Pasir Mas; Che Samsudin Mat Ghafar, 16, dari Kampung Pasir Jering, Kuala Krai; Ariff Mohd Zain, 35, dari Kampung Chetok, Pasir Mas; dan Wee Tai Kit, 40, dari Kampung Cherang Kota Baharu; mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.



Dua mangsa yang cedera parah ialah seorang anak Ariff, Aliff Azhar, 12; dan Hazayudi Mohd Zainal Abidin, 36, dirawat di Hospital Lati dekat sini.

Haliluddin berkata, kemalangan berlaku kira-kira 7.20 malam apabila motosikal Honda Wave yang ditunggang Ariff dan anaknya Aliff melawan arus sebelum bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggang Mohd Faizal dan sepupunya Che Samsudin.



“Akibat pertembungan itu, tiga daripada mangsa tercampak ke atas jalan raya lalu digilis dua lori dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 ROSLIZA Che Ramli merawat anaknya, 
Mohd. Alif Azhan Ariff yang cedera ringan di Hospital Pasir Mas, kelmarin

Beliau berkata, selepas pertembungan itu, sebuah Volvo yang dipandu Hazayudi dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas cuba mengelak daripada merempuh mangsa yang terbaring di atas jalan raya, menyebabkan kenderaan beliau masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Proton Saga yang dipandu Wee. – BERNAMA

Thursday, May 5, 2011

Kemalangan Ngeri

Ronda-ronda web orang putih,,, tiba-tiba jumpa ni... emmm bila, di mana entah la... tapi memang ngeri.
Al-fatihah untuk si arwah...






2 Rumah dirempuh kereta


GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri warga emas nyaris maut selepas kediaman mereka di Jalan Magazine di sini dirempuh sebuah kereta awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, pasangan berusia 70-an yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu dikejutkan dengan satu rempuhan yang kuat dari bahagian hadapan rumah mereka.

"Tiba-tiba sahaja sebuah kereta berada dalam rumah tidak jauh dari tempat kami menonton televisyen.
"Mujur kami sempat melarikan diri sebaik mendengar rempuhan itu dan tiada kemalangan mahupun cedera ringan yang berlaku ke atas saya dan juga suami," kata wanita yang enggan dikenali itu di rumahnya di sini semalam.

Akibat rempuhan yang kuat katanya, bahagian bawah tingkap rumah berusia kira-kira 150 tahun yang berhias dengan jubin bercorak klasik itu rosak teruk manakala dinding rumah retak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata, kejadian rempuhan itu melibatkan sebuah teksi dan kereta Perodua Myvi termasuk sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di hadapan rumah terbabit.

Sumber: Kosmo



BUKIT KATIL - Seorang ibu tergamam melihat sudut rumahnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Noraishah Samad, 25, terkejut apabila terdengar dentuman kuat sebelum gegaran menakutkan semasa sedang menyuapkan anaknya di ruang tamu.

“Ketika terdengar bunyi dentuman itu, saya hanya terfikirkan anak lelaki saya yang berada di sudut rumah ketika kenderaan berkenaan merempuh dinding penjuru rumah,” katanya.

Menurutnya, dentuman itu juga menyebabkan dua anak perempuannya berusia setahun dan tiga tahun menangis ketakutan.

“Pada mulanya saya sangka ia kemalangan biasa saja. Selepas rasa rumah bergegar dan menjenguk keluar, saya tak sangka ada kenderaan rempuh dinding rumah saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang saksi yang dikenali sebagai Arif, 17, sebaik saja melihat kenderaan itu terjunam, dia terlihat pemandu kenderaan lingkungan usia 30-an tersepit di tempat duduk, selain seorang lelaki berusia lingkungan 40-an di tempat duduk sebelah pemandu.

“Beberapa orang awam serta penduduk terus menarik keluar pemandu terbabit dan menghubungi ambulan untuk membawa mereka ke hospital,” katanya.

Sumber: Sinarharian

Wednesday, May 4, 2011

Bernasib Baik...

Bahaya betul la... nasib baik tak jadi ape-ape kat kanak-kanak tu....

Tuesday, May 3, 2011

Pelancong Thailand Kemalangan di Juru, Penang

BUTTERWORTH: Lapan pelancong rakyat Thailand cedera, dua daripadanya parah apabila bas persiaran yang mereka naiki merempuh pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 139.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di Juru, awal hari ini.



Ketika kejadian pada jam 4 pagi itu, bas berkenaan membawa 28 penumpang dan dalam perjalanan dari Johor ke Hadyai, Thailand.

"Kesemua penumpang yang cedera itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan manakala penumpang lain meneruskan perjalanan dengan bas yang lain," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob.
Beliau berkata, kejadian dikatakan berpunca apabila pemandu bas persiaran berusia 24 tahun itu gagal mengawal kenderaan kerana jalan licin akibat hujan.



"Sebuah kereta yang berada di belakang bas itu turut terlanggar bas berkenaan tetapi pemandunya dilapor tidak cedera," katanya.

Beliau berkata, pemandu bas berkenaan sudah membuat laporan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika bersabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum setahun. - BERNAMA

Sumber: http://www.bharian.com.my
Gambar: http://peraktoday.com

Kemalangan di Sg Lebir

Kemalangan berlaku di lebuhraya timur barat berdekatan RNR Sungai Lebir.



Untuk maklumat lanjut layari blog sahabat gengblogger hisyam92.com

Kemalangan Di Rusia

 Sebuah van berhenti di persimpangan jalan

 Kereta keluar dari simpang disebelah kiri

 Kereta terlindung dengan van...

 Sebuah kereta dari arah van tiba..

dan.... apakah yang berlaku?.. jom lihat video dibawah


Kemalangan Lebuhraya Persekutuan

video

Kemalangan di Brazil


Ngeri, wanita Brazil terbunuh apabila kereta mereta bertembung dengan lori.


Seperti biasa, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.




Maut Ketika Mengurus Jenazah Bapa Saudara


KOTA BHARU: Belum sempat meratap kematian bapa saudaranya, seorang bapa menghadapi dugaan kedua apabila terpaksa menerima hakikat kematian anak ketiganya yang maut dalam kemalangan dekat Pintu Geng di sini, petang semalam.
Abdul Aziz Che Ahmad, 53, yang kehilangan bapa saudaranya pagi semalam, dikejutkan dengan berita buruk kemalangan motosikal membabitkan anaknya, Mohd Fairu Haziman Abd Aziz, 26, kira-kira jam 3.50 petang.
Katanya, ketika kejadian, dia masih berada di Tanah Perkuburan Pintu Geng bagi menguruskan jenazah bapa saudaranya.

“Saya tidak sedar pun dia keluar rumah kerana sibuk menguruskan kematian bapa saudara pagi tadi (semalam). Tiba-tiba seorang adiknya, Mohd Fairul Anuar, 25, yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak abangnya terbabit kemalangan.

“Dia segera menghubungi saya sebelum bergegas ke tempat kejadian. Namun, sebaik sampai saya terkilan dia sudah meninggal dunia,” katanya. 

Menurutnya, anak ketiga daripada enam beradik itu yang bekerja sebagai pembantu gerai di Pasar Borong Wakaf Che Yeh adalah seorang yang pendiam. 

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Khabardukaditanahkubur/Article/index_html

Monday, May 2, 2011

Dirempuh Kereta Ketika Berlumba

Sunday, May 1, 2011

Kemalangan di Sepanyol



video

video

Peniaga ayam maut terbabas


TEMERLOH – Seorang peniaga ayam yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut apabila kereta dipandu terbabas ke dalam longkang di Kilometer 13 jalan Jerantut Temerloh dekat simpang Taman Seri Makmur, Kuala Krau.

:Dalam kejadian jam 5.30 pagi semalam itu, mangsa Rosenizam Mohd Tahar, 32, dari Kampung Bukit Lada, Kerdau memandu seorang diri dari Kuala Krau menuju ke Mentakab.

Apabila tiba di tempat kejadian kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik ke dalam longkang di tepi jalan.

Akibat kejadian, mangsa cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, ketika kejadian keadaan jalan lurus, cuaca dan permukaan jalan baik.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

:Sementara itu, dalam kes berlainan seorang pekerja asing yang bekerja di sangkar ikan di Kampung Paya Kechik di sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Semantan jam 7 petang Khamis lalu.

Mohd Nor berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Wantriyadi, 20, masih gagal dikesan sejak operasi mencari dilakukan kelmarin.

“Operasi mencari dilakukan pasukan penyelamat terdiri dari polis, polis Marin, Kuantan, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dianggotai 27 anggota serta lima bot,” katanya.

Mohd Nor berkata, turut membantu mencari adalah 22 penduduk kampung iaitu dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Paya Kechik dan JKKK Lompat dengan lapan bot nelayan digunakan.

Sumber: Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount