KUALA ABANG – Impian murni seorang pemotong rumput menyambung kerja selepas beberapa hari tidak bekerja akibat melecur disambar petrol mesin rumput berakhir dengan tragedi ketika dia melakukan kerja pembersihan dekat sini, petang semalam.
Kemalangan kira-kira jam 3 petang di Kilometer 62, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dikatakan dilanggar sebuah lori.
Ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Mohamad Riduan Othman, 27, yang bekerja dengan syarikat kontraktor di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dikatakan baru memulakan kerjanya selepas berehat di bawah teduhan pokok tidak jauh dari lokasi kemalangan.
Rakan mangsa, Shamsul Kana Ibrahim, 39 berkata, dia yang berada kira-kira tidak jauh dari lokasi terbabit cemas apabila tiba-tiba melihat orang ramai mengerumuni lokasi.
“Apabila tiba di situ, alangkah terkejutnya saya melihat Riduan dalam keadaan terbaring kaku dan sudah tidak bernyawa,” katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.
Sumber: Sinarharian
No comments:
Post a Comment