loading...

Friday, May 6, 2011

Kemalangan di Kampung Tok Uban



PASIR MAS – Empat maut manakala dua parah dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di Kampung Tok Uban, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Haliluddin Rahim, berkata mangsa Mohd Faisal Fakruddin, 16, dari Kampung Chetok, Pasir Mas; Che Samsudin Mat Ghafar, 16, dari Kampung Pasir Jering, Kuala Krai; Ariff Mohd Zain, 35, dari Kampung Chetok, Pasir Mas; dan Wee Tai Kit, 40, dari Kampung Cherang Kota Baharu; mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.



Dua mangsa yang cedera parah ialah seorang anak Ariff, Aliff Azhar, 12; dan Hazayudi Mohd Zainal Abidin, 36, dirawat di Hospital Lati dekat sini.

Haliluddin berkata, kemalangan berlaku kira-kira 7.20 malam apabila motosikal Honda Wave yang ditunggang Ariff dan anaknya Aliff melawan arus sebelum bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggang Mohd Faizal dan sepupunya Che Samsudin.



“Akibat pertembungan itu, tiga daripada mangsa tercampak ke atas jalan raya lalu digilis dua lori dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 ROSLIZA Che Ramli merawat anaknya, 
Mohd. Alif Azhan Ariff yang cedera ringan di Hospital Pasir Mas, kelmarin

Beliau berkata, selepas pertembungan itu, sebuah Volvo yang dipandu Hazayudi dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas cuba mengelak daripada merempuh mangsa yang terbaring di atas jalan raya, menyebabkan kenderaan beliau masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Proton Saga yang dipandu Wee. – BERNAMA

2 comments:

  1. Dekat je ni bro dengan rumah aku. Ada jugak aku snap gambar sikit. tapi tak upload lagi

    ReplyDelete
  2. parah! smpai remuk kereta tu.. bnyak gile kes accident skrg.. adoi.. ngeri2

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my