loading...

Friday, November 16, 2012

Suami isteri maut dirempuh Iswara



16 November 2012
KULIM - Sepasang suami isteri berusia 50 dan 46 tahun maut apabila motosikal jenis Honda 90 yang ditunggang dirempuh sebuah kereta Proton Iswara di Jalan Titikarangan Baling kira-kira jam 7.50 petang kelmarin.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa dipercaya datang dari arah Baling menuju ke Kulim untuk pulang ke rumah mereka di Taman Pudina, Lunas. Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala maut di tempat kejadian sebelum di bawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

“Mangsa dipercayai balik ke kampung untuk menyambut Deepavali. Tiba di tempat kejadian, sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan memotong kenderaan di hadapannya sebelum merempuh motosikal mangsa.

"Akibat rempuhan kuat, kedua-dua mangsa melambung ke bahu jalan. Dari siasatan awal dijalankan mendapati, lampu motosikal mangsa tidak berfungsi manakala cukai jalannya sudah tamat sejak 2003,” katanya.

Beliau menasihatkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kereta supaya mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya.

Katanya, pihak insurans tidak akan membuat sebarang ganti rugi terhadap mangsa sekiranya kenderaan yang dinaiki mereka itu tidak mempunyai cukai jalan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/suami-isteri-maut-dirempuh-kereta-1.104168


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my