Sunday, November 3, 2013

Tak sempat meraikan Deepavali




3 November 2013
Kuala Lumpur: Kegembiraan dua sahabat membuat persediaan sempena sambutan Deepavali berakhir tragedi apabila motosikal dinaiki mereka terbabas menyebabkan kedua-duanya maut, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, Fetrik Anthonysamy, 25, dan Jayaramen Vathiveelo, 21, dikatakan dalam perjalanan dari Little India, Brickfields untuk pulang ke rumah.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 sebelum terbabas di Jalan Tun Sambanthan dari arah Brickfields menghala ke Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang dengan laju sebelum terbabas lalu merempuh pokok.


“Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa cedera parah di kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan atau menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999.





Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/TaksempatraiDeepavali/MA/Article/index_html
ntv7.com.my/



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount