loading...

Wednesday, November 6, 2013

Rempuh tembok



7 November 2013
SABAK BERNAM – Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta Toyota Vios yang dipandunya terlibat dalam kemalangan selepas terbabas lalu merempuh penghadang tembok Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa Mohd Ezri Mohd Isa, 29, yang beralamat di Jalan Kapar Klang itu dipercayai memandu seorang diri sebelum hilang kawalan sebelum merempuh tembok terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, Mohd Khairul Anuar Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku di Parit 11 Sekinchan sewaktu mangsa yang memandu kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Teluk Intan menuju ke Klang.

“Mangsa gagal mengawal kenderaannya hingga menyebabkannya terbabas dan melanggar tembok Syabas hingga menyebabkan kereta dipandunya itu remuk di bahagian depan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khairul berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu jam 5.41 pagi daripada orang awam yang melaporkan terdapat satu kemalangan sebelum tiba ke lokasi kejadian enam minit selepas itu.

“Seramai empat anggota kami bergegas ke tempat kejadian  kemudian telah  melakukan operasi  menyelamat  mangsa  yang tersepit di bahagian  hadapan tempat duduk pemandu,” katanya.

Beliau berkata, operasi  mengeluarkan mangsa yang tersepit tidak berdepan banyak masalah kerana mangsa berjaya dikeluarkan antara tiga hingga lima minit sebaik saja pasukannya tiba ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan dan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang bagi menjalani rawatan lanjut.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/lelaki-nyaris-maut-kereta-rempuh-tembok-1.218472



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my