loading...

Wednesday, December 4, 2013

Percutian tujuh sekeluarga bertukar tragedi



Inalillahi wainailaihi rojiun

4 Disember 2013
GEORGETOWN - Percutian tujuh sekeluarga dari Sungai Petani, Kedah ke negeri ini bertukar tragedi apabila dua daripada ahli kelurga mereka maut dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran dengan kawasan Pantai Jerejak disini petang semalam.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu mengorbankan seorang ibu dan anak lelakinya manakala tiga lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah van kilang dari arah bertentangan.

Saodah Hashim, 48, dan Nazirul Afif Mohd Bakri, 11, disahkan mati ditempat kejadian manakala tiga ahli keluarga yang lain yang mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, van kilang yang dipandu seorang lelaki berusia 40an itu hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta berkenaan.

Bagaimanapun pemandu terbabit mengalami kecederaan ringan.

Kesemua yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.

Pegawai Kanan Bomba II, Balai Jalan Perak, Kamaruzi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan dari Balai Bomba Bayan Baru kira-kira jam 3.15 petang dan sebaik tiba dilokasi kejadian mendapati terdapat mayat seorang kanak-kanak lelaki yang terbaring di atas jalan raya dipercayai terpelanting keluar dari kereta yang dinaiki mangsa.

Kamaruzi berkata, empat mangsa lagi tersepit didalam kereta jenis Proton Wira itu dan berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

“Sebaik tiba kita dapati darah berlumuran di atas jalan raya malah pihak bomba juga terpaksa memotong kereta terbabit bagi menyelamatkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu.

“Kita ambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa ekoran kereta itu remuk teruk dan kesemua mangsa di hantar ke HPP untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

“Kita akan jalankan siasatan sebaik mangsa berada dalam keadaan stabil dan kes ini disiasat mengikut Seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Al-Fatihah











Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/dua-beranak-maut-kemalangan-1.227217
http://carigold.com/




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my