loading...

Monday, December 2, 2013

2 maut dalam kemalangan berasingan


Inalillahi wainailaihi rojiun

2 Disember 2013
PASIR PUTEH - Dua wanita yang secara kebetulan mempunyai nama sama, maut dalam kemalangan berasingan iaitu Kampung Kandis dan Padang Pak Amat, di sini, kelmarin.

Hasmah Ab Rahman, 71, dari Kampung Sega, Machang dan Hasmah Taib, 58, dari Kampung Seligi di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di Kilometer 10.5 Jalan Pasir Puteh-Machang-Jeli di Kampung Kandis, Hasmah Ab Rahman meninggal dunia selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu anaknya dikatakan terbabas sebelum merempuh pokok.

Hasmah bersama dua anaknya, Siti Mariam Ismail, 31, (pemandu) dan Norbadira, 27, dalam perjalanan dari Machang ke rumah seorang lagi anaknya, Normaizi, 45, di Bukit Tok Beng, Terengganu.


Mahu jalani rawatan tradisional

Normaizi ketika ditemui berkata, ibu dan dua adiknya itu berhasrat datang ke rumahnya kerana ingin menjalani rawatan tradisional bagi mengubati penyakit Hasmah dan juga Norbadira.

Katanya, ketika menunggu kehadiran mereka, dia menerima panggilan memaklumkan kereta mereka terbabit dalam nahas di Pasir Puteh.

“Emak seperti tahu ajalnya hampir tiba apabila dia menamakan saya sebagai penama (pewaris) akaun simpanannya di bank, Khamis lalu.

“Saya terkilan kerana tidak sempat memenuhi hasrat ibu bagi mengubati penyakitnya,” katanya.


Minta izin suami untuk ke bandar

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari di Kilometer 34.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Padang Pak Amat, seorang wanita warga emas meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan lori.

Mangsa, Hasmah Taib cedera parah di kepala dalam nahas yang berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai membeli barangan runcit di bandar Pasir Puteh.

Suaminya, Mamat Yaakob, 66, berkata, dia yang mengetahui tragedi itu melalui seorang jiran bergegas ke tempat kejadian sebelum ke Hospital Tengku Anis.

“Dia (arwah) sempat meminta izin daripada saya untuk ke bandar Pasir Puteh bagi membeli stok kad prabayar dan juga beberapa barangan runcit yang semakin berkurangan di kedai kami.

“Arwah juga seorang isteri yang cekal dan kuat semangat, dia sentiasa ambil berat perihal kehidupan empat anak kami yang berusia 23 hingga 38 tahun,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal mengesahkan kejadian itu dan pihaknya meminta saksi tampil membantu siasatan polis berhubung kedua-dua kemalangan tersebut.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/dua-hasmah-maut-kemalangan-1.226370



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my