loading...

Sunday, December 1, 2013

Mekanik maut kereta bertembung lori


Inalillahi wainailaihi rojiun

1 Disember 2013
BATU PAHAT - Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah lori di Kilometer 1, Jalan Kolam Air, Parit Sulong, di sini, kelmarin.


Dalam insiden jam 5.20 petang itu, mangsa, Mohd Fazlan Mohd Idris, 25, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil meninggal dunia di  lokasi kejadian.

Saksi, Rafiq Rashid, 38, memberitahu, kejadian tersebut disedarinya selepas dia terdengar dentuman kuat.

Menurutnya, ketika kemalangan itu, dia berada di kebun berhampiran dan segera bergegas ke lokasi kejadian bagi meninjau punca dentuman berkenaan.

“Saya terus berlari ke arah jalan raya dan mendapati satu kemalangan telah berlaku serta diberitahu penduduk kampung ia membabitkan sebuah kereta dengan sebuah lori yang bertembung.

“Penduduk kampung juga cuba menyelamatkan pemandu kereta yang tersepit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementera itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kemalangan berlaku selepas kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas dan  masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh  sebuah lori.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, pemandu kereta berkenaan tersepit dan disahkan meninggal di  tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk tindakan lanjut sebelum dituntut ahli keluarganya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131201/dn_12/Mekanik-maut-kereta-bertembung-lori
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/pemuda-maut-kereta-dipandu-rempuh-lori-1.226225




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my