loading...

Thursday, December 5, 2013

Pekerja SWM maut dilanggar lari



5 Disember 2013
TAMPIN – Seorang pekerja SWM Environment Sdn Bhd (SWM) maut dipercayai dilanggar lari di persimpangan lampu isyarat pekan Tampin, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa, V Thamaselvam, 54, dalam perjalanan ke tempat kerjanya dengan berjalan kaki dari rumahnya di Taman Gunung Mas Tampin Jaya menuju ke Tampin.

Menurut adik mangsa, V Selvabala, 48, setiap hari abangnya akan bersiap-siap keluar dari rumah sekitar jam 6 pagi untuk bersarapan di kedai sebelum memulakan tugas kira-kira 7 pagi.

“Memang setiap hari saya berjumpa dengan abang kerana kami bekerja di tempat sama dan saya juga sering menghantar abang pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja. Kali terakhir saya menghantar abang ialah pada Isnin lalu.

“Semalam (kelmarin) saya bercuti dan tidak berjumpa dengan abang, namun pada Isnin lalu abang tidak menunjukkan kelakuan pelik ketika dihantar pulang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika di lokasi kemalangan,  semalam.

Selvabala berkata, abangnya sudah 10 tahun bekerja dengan SWM dan sebelum itu dia bekerja dengan Majlis Daerah Tampin (MDT) selama 22 tahun.

Mangsa meninggalkan seorang balu, Rajendamalar, 54, manakala anak kedua mangsa, Krishnama, 24, merupakan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gemas.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian dan meminta saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ridhwan Ghazali di talian 06-4412570.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pekerja-swm-maut-dilanggar-lari-1.227575



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my