loading...

Monday, November 21, 2011

Warga Emas Maut Bertembung Bas Kementerian Pendidikan


 Inalillahi wainailaihi rojiun 

TELUK INTAN - “Saya sangat sayangkan ibu dan begitu terasa kehilangannya selepas kejadian berkenaan, namun saya harus reda serta menerima ketentuan ALLAH.”

Begitulah luahan Hafis Muhammad, 29, anak tunggal kepada Samiah Ariffin, 57 yang maut bersama sepupunya, Abdullah Hanifah Ismail, 34, dalam kemaalangan di persimpangan Taman Jaya, Jalan Padang Tembak, di sini, pada jam 8.10 malam kelmarin.

Kereta jenis Proton Wira yang dinaiki Samiah dan Abdullah Hanifah telah bertembung dengan sebuah bas milik Kementerian Pendidikan selepas dirempuh sebuah treler dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Teluk Intan.

Hafis yang ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) berkata, Samiah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap ketika kali terakhir dia bertemu ibunya itu pada malam Khamis lalu.

“Kali terakhir bertemu ibu, saya lihat ibu berkelakuan seperti biasa dan ada memaklumkan, dia akan menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat bersama arwah bapa saudara di Teluk Intan.

“Berita kemalangan yang melibatkan arwah ibu dan bapa saudara merupakan kejutan besar bagi saya dan seluruh keluarga,” katanya ketika ditemui, di sini, pagi semalam.

Masih sebak dan enggan mengulas lebih lanjut, Hafis turut memaklumkan, kali terakhir dia berjumpa dengan Abdullah Hanifah yang sepatutnya menjadi pengapit kepada pengantin lelaki, adalah pada September lalu.

Dalam pada itu, Hafis memaklumkan proses bedah siasat telah selesai dan jenazah mereka telah dituntut oleh pihak keluarga untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Hutan Melintang, selepas Solat Zohor, semalam.

Sinar Harian turut dimaklumkan, kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Batu 8, Hutan Melintang dan Samiah telah menetap di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya, Selangor.

Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan kepala setelah kereta yang mereka naiki terperosok di bawah bas terbabit.

Al-Fatihah

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my