Inalillahi wainailaihi rojiun
KUANTAN — Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Km 34, Jalan Temerloh Bandar Jengka, dekat Maran semalam.
Mohd Sham Md Saad, 38, dari Jengka 15, yang duduk di sebelah pemandu maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Jengka akibat cedera parah di kepala dan badan.
Pegawai Penguatkuasa Tadbir dan Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pukul 4.20 petang itu, mangsa dari arah Temerloh menuju ke Bandar Jengka.
"Tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan.
"Kereta terbabit kemudiannya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah MPV yang datang dari arah Bandar Jengka,” katanya, di sini hari ini.
Zainalabidin berkata pertembungan itu mengakibatkan Mohd Sham tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaikinya.
Rakan mangsa dan pemandu MPV terbabit hanya cedera ringan, katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) AKta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Al-Fatihah
Sumber: Kosmo
No comments:
Post a Comment